Friday, December 31, 2004

Image Hosted by ImageShack.us



Januari

Takde yang lebih best untuk kick-off tahun baru dengan membuat satu performance yang paling kontroversi dalam sejarah. Kitaorang main kat majlis Ambang Tahun Baru 2004 anjuran Majlis Daerah Lipis. Time tu lah crowd paling besar penah kitaorang main yang menyebabkan,

"Sakit jantung Pegawai Daerah tengok korang main"



Febuari

Band kitaorang mula serius untuk menghasilkan material sendiri. Time ni semua orang pulun habih brain storm. Hujung minggu kitaorang jamming kat umah Mael. Tapi kesudahannya projek ni terpaksa dihentikan tak tau pasal apa.



Mac

Dalam bulan ni kitaorang semua pulun habis menguruskan persediaan untuk Sure Pekat 2. Hari-hari pegi balai polis, pegi Majlis Daerah, naik tangga Pejabat Daerah, pegi kedai-kedai mintak sponsor. Letih tapi seronok sebab semua orang terlibat. Bulan ni jugak aku me-releasekan zine baru aku 'Journal' yang buat crossover ngan Zine PP iaitu Hilang Punca.



April

Bulan april akan terus dikenang sebab bulan ni Sure Pekat Jamm Festival 2004 (kali kedua) diadakan pada 04/04/04 (4 April 2004). Kali ni kahadiran meningkat berlipat kali ganda. Dan band yang mendaftar pun sampai tak cukup slot. Satu milestone yang besar untuk scene musik Kuala Lipis.



May

Bulan yang penuh dengan gile glam. Sebab ROTTW bulan ni ada kuar muka aku masa Sure Pekat tu. Walaupun kecik je, tapi tetap aku potostet page tu untuk diberikan kepada sanak saudara dan kenalan yang mengenali diri ini.



Jun

Bulan ni apa yang aku paling takut berlaku, dah berlaku. Satu edisi repihan hati dalam aku punya 'circle of friends'. Tak sanggup aku nak cerita. Tapi mende ni aku dah nampak ia akan datang. Kes-kes member yang tak dengar nasihat/amaran aku, dan akhirnya inilah event yang mengubah semangat setiakawan kitaorang selama-lamanya.

Bulan ni jugak aku dah nampak bayang-bayang logo syarikat sulung aku yang akan aku tubuhkan.



Julai

Pada 7 Julai 2004, buat pertama kalinya aku membina Blog aku ni. Dan first post aku berbunyi:

the need of online presence

the need to say something

the need to express

Hightlight Julai:

-Tetiba aku suka pekena nengok Akademi Fantasia

-Tunang member aku meninggal eksiden

-Pertarungan berdarah kat depan kedai aku

-Nengok Siti Nurhaliza Fantasia Tour

-Soft opening Oxygen Studio



Ogos

Bulan yang banyak melepak kat umah nengok Sukan Olimpik.

Edisi 'Repihan Hati' tu berlarutan sampai ke Julai. Bulan ni jugak banyak berkisar pasal memulakan bisnes baru aku ni. Sibuk dan letih. Kendian aku main kat satu skate demo kat Raub. Yang aku anggap sebagai satu session yang paling best sepanjang karier aku sebab semua orang ada beraksi.



September

Anwar kene release, sambutan Karnival Lipis. Time ni bisnes ligat sebab tu aku sentiasa tersenyum. Rokok pun naik harga bulan ni. Kebetulan.



Oktober

Musim buah kat kampung aku. Jenuh panjat rambutan. Beli kasut baru. Time ni aku melancarkan minggu 'Pra-Puasa.



November

Bulan ni blog aku ni jadi putih. Bulan puasa, jadi tak banyak sangat mende berlaku. Bulan ni jugak aku menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke- 'skang-boleh-pegi-mengundi'. Hari raya aku jumpa balik member2 aku masa sekolah dulu. Dapat tau nak pergi bumi kenyalang. Henset ilang. Mem-you're-fired' seorang kakitangan Oxygen Studio.



Disember

Kemuncak kepada 2004 adalah pertemuan semula dengan 'Bidadari'. Bila balik ke tanah melayu, aku telah menulis sebuah cerita yang paling honest penah aku tulis. Paling jujur, paling real.Bulan ni adalah bulan paling sedih sepanjang hidup aku. Adeii...



Summary.

Tahun 2004 ni adalah tahun yang slow. Sebab tak banyak perkara berlaku. Mungkin sebab aku dalam proses mengupgrade kehidupan aku. Mungkin sebab tahun ni aku berhajat untuk independent dan kawal sendiri haluan hidup aku. Tahun ni aku paling banyak ambik risiko. Tahun ni aku banyak belajar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku. Macam biasa setiap tahun mesti ada perubahan yang besar.



Tapi aku syukur sebab 2004 berlalu dan aku masih hidup lagi.

I cant wait to see what 2005 have in store for me

BRING IT ON!!!

Thursday, December 30, 2004

:: Pesanan Kerajaan Malaysia

Dalam bahasa yang mudah difahami semua

Dengan ini kitaorang berhajat untuk meng-kanselkan semua sambutan tahun baru 2005 ni demi untuk menghormati mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami. Orang lain semua tengah bersedih, korang nak bersuka-ria pulak?!

Jadi kitaorang mengumumkan bahawa, tahun ni takde enjoy!

Takde lompat-lompat

Takde bunga api

Takde mat-mat rempit

Takde countdown

Takde akademi fantasia mahupun Misha Omar.

Jesteru itu sila duduk kat umah dan buat doa selamat untuk mangsa. Tuhan baru bagi warning je tu. Jadi kita semua harus beringat.

Sekali lagi ditegaskan, TAKDE ENJOY!



Berita Harian

(sesapa lagi yang ada semangat nak pergi celebrate tahun baru dalam keadaan seperti sekarang ni, haruslah merasa malu kepada diri sendiri. ingat-ingat la woi...)
Image Hosted by ImageShack.us

The Review

KungFu Hustle ni ada nama Stephen Chow atas dia. Sebab tu ramai orang nak nengok. Dan kita boleh bet mesti lawak gilebabi punya.

Cite pasal 'pekan' Pig Sty yang fight ngan The Axe Gang. Memang menyeronokkan. Dan lawak dia tahap premium punya. Tapi kali ni first time aku buat review lepas 1 kali je nengok cite ni. Sebab aku takde hajat nak nengok banyak-banyak kali.



Image Hosted by ImageShack.us

Highlight

-Semua yang kuat-kuat muka selenge.

-Sorang je awek cun dalam cite ni. Yang lain seme hampeh.

-Fight scene is breathtaking

-Choreography - 5/5 (smells like The Matrix)

-Cinematography - 4/5



Image Hosted by ImageShack.us

Scene tak boleh lupa

-Selipar The Beast

-Baling pisau kena bahu sendiri

-Bakul ular tumpah



Overall cite ni, Stephen Chow memang tak menghampakan peminatnya. Tapi sebuah cerita tu memerlukan lebih daripada kesan khas yang menarik untuk menambat hati aku. This movie need more 'story' than the fight scene and sfx.

Aku bagi KungFu Hustle ni 3/5.



KungFu Hustle

Tuesday, December 28, 2004

:: Late Show With kumprinx

:: Kerpan Walk

Tetiba ada pasar malam Rabu kat Sungai Kerpan. (Area Lipis ni la). Dah lama dah ada tapi aku takde peluang langsung nak pegi nengok.

Sehinggalah hari ni selepas diusulkan oleh reorang rakan. Bila aku sampai, keadaan dah berubah. Biasa jalanraya, skang dah jadi pasar. Takde la besar sangat macam pasar Ahad yang biasa tu. Yang banyak adalah mende-mende makanan.

Kami melepak di sebuah kedai makan di depan tapak pasar tu. Suasananya sungguh berbeza.

Awek-awek lalu lalang. Ada yang dengan geng-geng. Ada yang datang ngan mak. Ada jugak amoi-amoi pakai suar pendek sesaje round-round.

Termasuklah seorang gadis ni yang aku jumpa dalam lift tak lama dulu. (Rujuk Persepsi #1) Hehe... kalau jodoh tak ke mana ekk?

Dan pada hari ini jugak aku mendapat tahu bahawa pada hari selasa, area ni tidak lagi dikenali sebagai Sungai Kerpan. Sebaliknya Kerpan Walk. Best ah...



:: Piala Tiger

Sebagaimana rakan-rakan aku yang lain, aku tak into sangat pasal bola ni. Tapi sebentar tadi aku terpaksa menonton satu match ni.

Mesti la kena tengok beb

ini Indonesia lawan Malaysia (semi final first leg)

I've been to Search concert (with Godbless). And i know how Indonesian were in large number.

Thus, this match I have to see.

It's Malaysia versus Indonesia beb!

I was at the edge of my seat the whole game.

Pepehal Malaysia menang 2-1. Lega...



:: Jangan Jadi Bangang (Hold on)

Seorang remaja yang sedang menunggu keputusan PMR telah membunuh diri kat Padang Tengku ari khamis nan lalu. Dengar cerita kat Telang. Ini akan menambahkan jumlah hantu kat area sana. Dan aku selalu jugak lepak minum teh kat sana. Susah la nak turun sana lagi melepak nanti. Spekulasi member-member aku:

-Tertekan sebab pressure ibu bapak pasal result PMR dia.

-Mak dia ugut tak nak bagi makan nasik kalau tak pass PMR. Daripada mati tak makan nasik, baik mati bunuh diri.

-Terlalu takut nak terima hakikat keputusan PMR dia nanti.

Overall, pada pandangan aku, membunuh diri adalah pekerjaan yang bangang dan sia-sia. Awak tu dah la muda lagi. Macam-macam mende lagi boleh buat selain daripada mati. Kalau korang ada consider nak bunuh diri, pikir dulu masak-masak.

Oh ya, cerita ni masuk suratkhabar semalam.



:: Note

I'm off to KL 2moro.

:: Edisi Pagi

6.30am. (Run for Serenity)

Kerana dah putus napas dan 'mintak nyawa' aku benti berehat kat satu astaka kat taman belakang masjid ni. Lepak-lepak...

"Bestnye. Kabus tebal lagi. Sejuk. Aman. Damai. Tenterammmmzzzz...zzz...."

Sedar-sedar dah pukul 10.00am

Gile nasib baik tak kena gigit ngan ular ke rimau ke. Tertidur di kawasan yang berhampiran dengan kawasan hutan dan paya memang bahaya.



:: Upgrade

Tadi aku nengok satu blog ni. Cantik. Akupun nak buat macam tu la jugak. Aku nak tambah sidebar yang interaktif. Nak pakai header yang ada animation. Bubuh gambar awek banyak-banyak...



:: Hantu Lift Kantoi

"Sebenarnya bebudak yang main-main tu kumprinx!"

"Ye ke mana ko tau?"

"Aku tau. Ada orang cerita kat aku. Ko cek la sendiri. Try 'jek' dada dia. Kalau telus ko cabut la.."



Malam semalam balik dari melepak aku terserempak ngan 'hantu' yang selama ini telah menimbulkan kekacauan di apartment aku.

Tindakan aku time tu adalah fusion antara terkejut ngan hangin. Modus operandi dia adalah, tutup lampu lift tu. Pakai kain gebar warna putih. Dan duduk di sudut lift menanti mangsa.

Dalam terkejut aku melancarkan satu 'Tendangan/Jek Dada Padu Maut'. Seperti yang ku duga. Tendangan aku tak telus sebaliknya mengenai sasaran. Dan aku tak berhenti di situ.

"Adeh adeh abang, tolong. Benti benti!!"

Ahhh peduli apa aku. Aku meneruskan kekejaman sampai aku rasa puas hati. Kendian aku drag dia kuar. Dan menekan butang destinasi aku.

Sampai skang ni aku tak tau sapa yang bangang sangat nak jadi hantu tu. Yang panting, hantu dah tewas. Dan keadaan kembali aman di apartment aku ni.

Sesapa lagi ada mengalami gangguan hantu atau puaka,

jangan kontek aku. Kontek Misteri Nusantara.

Monday, December 27, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

Aku tak suka kesian dan bersimpati terhadap orang lain sebagaimana aku tak suka orang lain bersimpati terhadap aku.

But rest assured that when I pity you, you're at you most fucked-up.

Kadang-kadang orang datang kepada aku dan menceritakan masalah diaorang. Dan aku tak suka nengok member-member aku bersedih. Seboleh-bolehnya aku akan bantu mana yang termampu. Paling biasa berlaku, masalah pasal relationship.



Sebenarnya hidup kita ni simple je. Simple sangat.

Kalau lapar - makan nasik

Kalau ngantuk - tido

kalau letih - duduk sebentar berehat

kalau nak hidup senang - rajin-rajinlah berusaha

kalau nak kesudahan yang baik kat sana esok - perbanyakkan amal ibadat dan jangan buat jahat

Tapi aku dapat kenalpasti satu perkara simple yang mampu merumitkan hidup kita di luar jangkaan.



Mengapa orang memutuskan satu hubungan tu?

-Kikis duit

-Gaduh/salah faham

-Family tak restu

-Terlalu mengongkong

-Saling berjauhan dll

Dan memang ada moleknya kita memutuskan hubungan, kalau ada kes-kes yang seperti di atas tu berlaku sebelum things get too fucked-up.

Tapi kalau kita betul-betul nak, kita boleh usaha habis-habisan. Biar putih tulang...

Tapi bagi aku kalau dah namanya cinta, kes-kes yang disebutkan di atas tu adalah remeh sangat. Selalunya aku rasa heran dan bertanya kembali, "Sebab tu je?".



Tanya balik diri korang sendiri, apa sebenarnya yang korang nak?

-Kalau seseorang tu terlalu mengambil berat, itu bukan mengongkong namanya.

-Kalau dia tipon tu dia rindu bukan nak menyiasat apa korang buat.

-Kalau dia bagi peluang bermakna dia sayang korang dan nak tengok korang hepi.

-Kalau dia diam je bukan dia menyampah atau boring, tapi dia takde idea nak cakap dan takut nak cakap yang bukan-bukan.

-Tak perlu rasa bersalah nak buat apa saja yang korang nak buat kalau pasangan korang dah beri kebebasan. Maknanya dia sayangkan korang la tu. Tapi jangan abuse kebebasan yang diberikan.

-Kalau member cakap korang tak ngam bersama, nanti suruh member korang tu carikan pasangan lain untuk ko. Dan berhentilah mendengar suara hati sendiri. Dan jadilah macam lembu yang kena cucuk hidung.



Mungkin perasaan cinta ni terlalu rumit bagi sesetengah orang.

Sunday, December 26, 2004

:: Late Show With kumprinx

:: Gempa bumi dan tsunami

Image Hosted by ImageShack.usTetiba ada gempa bumi kat malaysia. Masa aku sekolah dulu dia ajar yang malaysia ni di luar lingkaran api pasifik, jadi takkan ada gempa bumi kat sini. Skang nengok?!

Kitaorang line-line Pahang ni tak merasa sebab gegaran dia tak sampai sini. Sekali-sekala pekena gempa bumi pun layan gak!

Pasal gelombang tsunami ni aku tak nak main-main. Sebab ada yang terkorban. Aku ucapkan takziah kepada mangsa. Bencana-bencana macam ni kita memang tak duga berlaku kat tempat kita ni. Jadi skang ni moh la kita 'ingat-ingat sama'.

Aku sepanjang hari ni tak nengok tv. Berita ni pun aku dengar member-member sembang.



:: The Apprentice

Image Hosted by ImageShack.usAku prefer tak nak siasat pasal siri ni dalam internet sebab nak rasa thrill nengok tv yang sebenar. Siri ni takde lawan-lawan, takde tembak-tembak dan takde kisah superhero masa kecik. Tapi tetap saspen bila tengok.

Dan aku paling hangin nengok perangai Omarosa ni. Dia ni betul-betul bangang ke, sengaja buat taktik je? Sikap dia mengada-ngada dan takde sikit pun kelihatan keprofesionalisma-an dia. Dah kena 'Fired' pun nak buat hal lagi.



:: Kantoi atau Kebetulan??

Hehe ada orang tu e-mail gambar kat aku...

Bersungguh-sungguh dia buat gambar ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Aku no komen.

:: Tak Nakkk!!!

Image Hosted by ImageShack.us



Kerajaan dah banyak gile kuarkan duit untuk kempan Tak Nak ni. Papan iklan ada merata-rata. Kat TV pun banyak.

Bagi aku setakat gigi rongak sebab isap rokok boleh lagi pegi dentist. Perokok tetap akan merokok. Memula aku tak ambik pot pun pasal kempen ni. Mampos gi ahh...

Setakat belah kepala kuar mende hitam-hitam tu gua tak heran

Setakat belah paru-paru pastu tuang dodol atas dia, tak seram ah...

Tak power ah kempen diaorang ni.



Satu masa dulu dalam zine aku thinkingstr8 isu no.5 aku menulis:

Asapan Rindu

Sejak zaman berzaman rokok telah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Teman kepada mereka yang menghisap, dan musuh kepada mereka yang tak isap rokok dan dah kena kanser paru-paru. Zaman dulu aku tak isap rokok, skang aku isap, sebab dulu aku kononnya sXe. Memang aku tak penah usik rokok ni. Tapi bila dah start, memula layan best je, kemudian makin best sampai rasa nak isap hari-hari. Tapi bila takde aku tidak pula dilanda ketagihan. Ya, rata-rata yang menghisap rokok pasti berkata demikian. Tak ketagih konon, cuba letakkan seorang penghisap rokok yang berjaya di Genting Highlands tanpa sebatang rokok sekalipun. Akupun tak tau nak cakap. Kalau takde aku mesti usaha jugak supaya ada. Mungkin inilah yang dikatakan ketagihan. Jadi apa yang bestnya isap asap ni? Jangan kau bertanya soalan yang demikian terhadap ku, Sejak zaman- berzaman lagi rokok telah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian aku. Bila aku boring, aku jalan-jalan sambil isap rokok. Bila aku sedih aku isap rokok. Bila aku gembira aku rasa nak isap rokok. Dan bila aku sedang meraikan sebarang kejayaan, rokok pasti tersisip kemas di jariku. Bila aku banyak masalah... aku hisap rokok, tarik dalam-dalam lepas tu aku hembuskannya ke langit, ibarat kesemua masalahku itu terbang bersama asapan rindu yang keluar dari rongga paru-paru hitamku. Jelas, langit sentiasa sedia mendengar masalah ku. Cuba aku hembus kat muka Pakcik Bakar?, maunya tak kena hambur? Bila aku rindu kat seseorang, aku pasti hembusan asap ku pasti akan dibawa angin menemui orang yang aku rindui, sekurang-kurangnya sebahagian dari diriku telah menemuinya. Bila aku sakit perut nak buang air, rokok akan meningkatkan lagi kadar lawas dalam diriku. Lepas makan nasik, takde yang lebih seronok daripada melayan asapan rindu. Bila cuaca dingin, asap yang ku hembuskan akan lebih nyata kelihatan. Bila aku rasa sakit tekak, aku tau itu disebabkan olih rokok. Bila batuk, aku tau sebab isap rokoklah jadi batuk. Maka tak perlu lagi aku berjumpa doktor untuk menjalani medikal check-up, diagnosis mahupun dialisis. Tapi bila dah kena kanser? Namun tidak sedetikpun diriku merasa terkilan kerana kelihatannya liku liku kehidupan ku ini terasa amat bermakna.



Satu hari tu aku nengok tv kat opis aku kat bentong.

"Hoh ada iklan 'Tak Nak' baru" getus hatiku.

Iklan ni memula gambar 2 orang member tengah nak starting isap rokok. Bila dia sedut asap tu kamera zoom masuk ke dalam mulut terus ke paru-paru.

Pastu nampak paru-paru dia macam dah jadi buruk. Huduh gile. Pastu ada voice-over,

"No wonder smokers are easily out of breath, their lungs are rotten" (seingat aku macam tu lah ayat dia). Time tu gambar peparu tengah mereput.

Sumpah aku seram gile nengok iklan tu. Aku tak nak peparu aku jadi macam tu. Mana steady peparu reput! Gile ahh...

Maka aku ambik tindakan berjaga-jaga.



Dulu:

-Sekotak Kent9 (20 batang) beli pepagi, dan kompom habis menjelang aku nak start tido.



Skang:

-Aku start beli rokok kotak 10 je. Bila dah habih, aku takkan beli lagi dah untuk hari tersebut. Setiap batang kena consider betul-betul. Adakah aku perlu menghisap sekarang?



Semuanya sebab aku nengok iklan bangang tu. Cilakak betul diaorang ni! Sengaja nak menakut-nakutkan aku. Dah aku terpaksa kurangkan merokok sebab takut peparu aku jadi macam tu. Kali ni aku terpaksa mengaku kalah dengan kempen 'Tak Nak' diaorang tu.



Artikel Harian Metro

Gambar di-songlap dari:

Serambi Maya- Sahal Fikri Fotopages

Saturday, December 25, 2004

:: kumprinx ver 2.1

It's never about the higher you go the harder you fall, it's all actually about how you bounce back!



Selama beberapa hari aku melepak kat opis kat bentong. Bukan ada apa-apa nak buat tapi sesaje melepak.

Dari pagi sampai ke petang sampai ke malam bawak ke pagi esok, aku hanya duduk atas sofa. Tak nengok tv. Tak pasang radio. Tak main game.

Sebenarnya aku perlukan keadaan macam ni untuk berehat dan berfikir. Banyak mende aku pikir. Sejak balik dari bumi kenyalang ari tu aku takde masa nak

Meng-consider keputusan aku

Memujuk diri aku supaya tak bersedih lagi

Menyembuhkan luka di jiwa

Menghayati kekosongan

Mengamati kesunyian

Mencari hikmah di sebalik semua ini

Mem-planning balik masa depan



And in the process I've injured myself a lot.

Men-divert-kan kesakitan di jiwa ni kepada kesakitan yang 'real' punya.

Cet! Darah-darah tangan aku.

Dan amat sukar untuk maintain kewarasan

5 hari beb...



Sekarang

Sepanjang masa aku pasti, tindakan aku tak penah silap.

Aku tau aku dah buat perkara yang betul.

Skang aku terbang lebih tinggi. Dan tak takut lagi jatuh sebab aku dah merasa. Dan aku dah melantun balik sama tinggi.



Luka yang aku dapat sepanjang 3 tahun ni akan sentiasa berdarah. Dan aku akan sentiasa mengingati memori-memori silam ni. Bila-bila masa ingatan tu kembali menerjah kotak fikiran aku, aku akan hayati

Apa yang telah aku kehilangan

apa yang telah aku lakukan

impian yang aku lepaskan

syurga yang aku miliki buat seketika.

Dan aku tak takut untuk menoleh ke belakang



Aku akan buktikan kenapa aku masih hidup dan tak mati bunuh diri lagi.

Because I am still destined for great things.

Jalan di depan aku skang ni lebih best dan mencabar.

Aku akan ambik sebarang risiko

Menurut segala kata hati aku

Buat je apa yang aku nak buat

Aku nak pastikan hidup aku ni bermakna dan menghabiskannya dengan sebaik-baiknya.



From now on I'll embrace life

And live it to the fullest.

For I've been through heaven and hell

For I've seen the best in life

And went through the worst

For I'm still alive and well



For i am kumprinx

Upgraded.



:: Coming Soon!

Persepsi - Tentang Cinta

Special Feature: 2004 Flashback

:: kerana ingin berjumpa

Weii.. apa cite?

Amin ni. Skang

aku kat Bentong.

esok aku balik lipis.

Aku singgah Raub.

ko kena banje

aku lunch.

Amacam, brani?!



Member lama aku yang tetiba aku rasa nak jumpa dia. Padahal sebelum ni takde pun hajat nak jumpa. Mungkin ini aftermath kes 'bidadari' ni kot...

Kitaorang lepak minum jap. Sembang lebih kurang. Pastu aku terus chow.

Aku bukanlah nak melobi apa-apa ngan dia. Tapi ntah la, tetiba je ramai orang yang aku nak jumpa. Ada je nama-nama yang aku teringat.

Jangan jangan...



:: Hari Natal Di Perantauan

Hek ele.. kecoh!

Monday, December 20, 2004

:: Membuat kad pengenalan baru

Hari ni aku tak menjalankan 'Berlari Untuk Ketenangan' sebab aku ada agenda lain yang lebih penting. Nak pegi buat IC baru mesti kena smart tahap nak pegi interview punya sebab gambar yang kat dalam IC tu akan menjadi identiti kita buat satu tempoh masa yang panjang.

Aku tau agak terlewat untuk aku menunaikan tanggungjawap ni, sebab dah lama dah orang suh buat MyCard ni. Maklumlah, aku terlalu sibuk membuang masa.

Pepagi aku dah bersiap dan mengenakan pakaian formal yang jarang-jarang sekali aku pakai. Rasa macam nak pegi interview pulak. Bila dah siap wangi-wangi, aku terus menuju ke Jabatan Pendaftaran dengan penuh bersemangat.

Bila keta aku lalu je depan Jabatan Pendaftaran tu...



"Orang ramai tak ingat. Melimpah-limpah. Ada yang tersepit kat dinding, makcik-makcik 'mintak nyawa' kena himpit. Kanak-kanak menangis. Ada yang menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas kipas, atas meja. Ada yang kena pijak. Awek-awek menjerit merayu pertolongan dari aku. Ada yang masuk dalam tu hajat nak jalan-jalan je, tapi tak dapat keluar. Suasana hiruk pikuk. Hujan lebat dan langit gegak gempita laksana hendak runtuh. Cermin depan Jabatan Pendaftaran tu seolah-olah nak pecah kerana tak dapat menampung orang yang sebegitu ramai. Haiwan-haiwan ternakan semua lari bertempiaran. Pokok-pokok tercabut dari bumi dan berterbangan tanpa haluan. Pontianak dan jembalang mengilai-ngilai. Harimau mengaum kelaparan. Dah la pejabat tu kecik je. Penuh dengan darah dan keringat mereka yang berjuang untuk membuat MyKad."



"Kalau awak malas nak buat MyKad tu, cakap je. Jangan nak buat alasan. Nanti kena denda baru padan muka awak." - mak saya



:: Note

I'm off to Bentong for a few days.

Sunday, December 19, 2004

:: Mimpi (edited)

Petang semalam aku menjalani rutin mingguan merempit ngan Kawasaki turbo aku. Aku jumpa banyak mende-mende yang meremind-kan aku pasal *beeb*. Padahnya tiba malam tu.



(tadi aku cerita detail pasal mimpi ni. Pastu pikir-pikir balik... emm.. tak payah lah...)



Kata orang time mimpi kita tu mencapai kemuncak dia, time tu lah kita terjaga.

2.30am- tak boleh tido dah. Nak buat apa ni.

Bertemankan asap rokok aku melepak di birai katil aku.

Sulitnya memikirkan.

It's hard to think about it

It's harder yet to disregard it.



Haiyaa....

:: Hantu Lift Mengganas!!

Ari ni tadi kecoh semua penghuni apartment aku ni pasal hantu dalam lift tu. Dia berupa seorang gadis yang dibaluti kain kapan. Siap ada tanah-tanah lagi. Bila korang sensorang dalam tu, dia tetiba muncul. Dah beberapa orang dah kena macam tu. Tunggu masa je turn aku pulak.

Namun.

Ari ni naik lift best. Sebab ada rombongan nikah kawin sapa tah, semuanya menginap kat hotel tingkat 5. Sepanjang masa ada je awek-awek yang turun-naik. Maklumlah sibuk nak kawin. Sampai lift tu jadi wangi dengan macam-macam wangian.

Kalau macam ni, itulah petanda bahawa 2-3 hari akan datang ni adalah hari yang best.

The hantu can kiss my ass..


Saturday, December 18, 2004

:: Jangan Panggil saya Pakcik!!

"Pakcik.. pakcik. Semalam ada jumpa tak dompet saya tertinggal kat sini?"

"Hoh! Ada. Lain kali jangan cuai."

Aku heran bebudak suka panggil aku pakcik. Aku belum-pun mendirikan rumahtangga dengan sapa-sapa. Maybe aku ni kelihatan jauuuhh lebih tua daripada yang sepatutnya. Namun jauh di sudut hati aku aku terasa dengan panggilan pakcik ni. Cilakak punya bebudak!

Lepas ni aku nekad akan melempang sesapa lagi bebudak yang panggil aku pakcik.

Jaga-jaga la korang...



:: Tips Nengok Gambar

Kalau korang search 'dsc00001' kat http://images.google.com korang akan dapat nengok gambar yang first sekali orang ambik pakai kamera Sony diaorang. Kalau ong korang baik hari tu dapat la nengok gambar-gambar awek. Try arr.. best woo..



:: Tips Cari Lirik

Aku paling menyampah kalau orang yang nak menyanyi tapi tak tau lirik. Pastu main pakai bantai je. Nyanyi punya la feel, tapi lirik tak betul. Contohnya member saya sorang ni,

"..nothing last forever, sorry, can't be besday..."

Ternyata itu lagu fav dia. Tapi aku biar je dia nyanyi macam tu. Biar dia malu.

Jadi aku suggest kalau korang pakai Winamp dengar lagu, gunakanlah software ni Evil Lyrics. Bila korang main je apa-apa lagu kat Winamp, dia akan otomatik cari dan display lirik dia. Tak ke senang macam tu.

Evil Lyrics boleh jugak digunakan untuk Windows Media Player, iTunes, MusicMatch dll.

Evil Lyrics

Winamp



:: Sure Pekat 3

Tahun depan aku akan menyambung lagi siri 'Sure Pekat Jamm Festival' buat kali yang ke-3. Sure Pekat ni adalah satu jamm session yang besar. Terbuka kepada sesapa pun yang ada band. Nanti slow-slow gua update kat sini. Kalau korang ada band dan nak menyertai.

Image Hosted by ImageShack.us

Ni laporan untuk Sure Pekat II ari tu pada 04/04/04.

(Boleh nengok gambar aku tengah nyanyi.)



Sekian sahaja untuk edisi pagi ni.

Wednesday, December 15, 2004

:: Right now I dont care about anything

Aku ingat petang ni aku nak bersukan ahh. Lama dah tak pekena berdarah lutut ni.

Pagi tadi aku jogging. Ya, jogging. Mende yang aku rasa paling buang masa sekali. Tapi tetiba aku rasa macam nak jenjalan je pepagi. Memula jenjalan, pastu aku pecut lari sampai tak cukup napas. Rasa macam nak mati.



:: Toyota Celica

"Encik, boleh tak bagi saya pandu keta ni sekejap?"

"Hishh.. mana boleh! Awak ni sape?"

"Boleh arr encik. Sekejap je. Satu round"

"Ahh! Tak boleh aku kata!"

"Pegi mati la woii!!"



::Ada hantu

Skang ni kat umah aku tengah heboh orang jumpa hantu dalam lift. Hantu tu wanita berbungkus dengan kain kapan yang ada tanah-tanah sikit.

Korang bayangkan dalam lift terserempak hantu, nak lari ke mana? Cakar muka je yang bolehnya.

Skang ni jangan tanya mengapa aku tak kuar umah malam-malam.

Mempersembahkan

Image Hosted by ImageShack.us

Support
Please post this button/banner on your website/blog. Spread the word.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Link to:
http://kumprinx.greatstreamingvideo.com/bidadari/
or via the alternate server (Geoshities-endure the advert)
http://www.geocities.com/kumprinx/bidadari/

Monday, December 13, 2004

:: Hepi Besday Ika

Semalam gua pegi Besday Party kat umah Ika. Umah dia ni dalam hutan. Cantik, besar dan kat depan umah dia ada satu Storm Evo yang abah dia baru beli. Sampai skang aku jaki ngan Storm tu.

Cerita aku ngan Ika ni bermula 10 tahun yang lalu. Time tu mak bapak dia dua-dia keje. Jadi mak aku babysit Ika ni ngan abang dia. Masa dia kecik-kecik dulu dia ni comel, dan aku suka suap dia makan. Selama setahun mak aku babysit dia tiap-tiap hari, aku dah anggap dia ni macam adik aku sendiri.

Kendian kitaorang pindah. Mak aku pun dah tak babysit dia sebab dia dah start sekolah. Kendian masa berlalu. Sejak aku pindah tu, aku tak penah jumpa dah Ika ni. Cuma dengar khabar angin je yang dia sekolah kat sekolah cina.

2-3 tahun yang lepas aku melepak kat area perumahan umah lama aku ari tu. Tetiba aku terkasima. Rasa macam nak eksiden je. Hilang kawalan memandu. Aku try tanya Mael,

"Sape tu?"

"Itu, yang naik basikal tu?"

"Yang tu la..."

"Itulah Ika"

Terkejut tahap maharaja aku ari tu. Budak kecik yang aku jaga masa kecik-kecik dulu skang ni dah fully grown menjadi seorang awek yang cun dan comel. Cantik.

Malangnya pemikiran dia masih kebudak-budakkan. Maksud saya tak ngam ngan aku yang dewasa ni.

Ika adalah salah satu contoh awek cun yang, walau cantik tahap mana sekalipun, aku takde hati nak ngorat.

Berbalik kepada Besday Party kat umah dia semalam. Makanan banyak gile. Aku ingat adalah dalam 6 bijik ayam goreng aku makan. Kenyang tak ingat beb...

:: Sarawak Spesel Part 6 - Kuching Roundup

Sempat jugak gua pegi melawat bandar Kuching. Padahal jauh gile ngan tempat aku duduk tu. Naik keta 5 jam beb. Sakit belakang. Time ni aku dah tak berapa exited sangat nak jalan-jalan sebab kes 'Bidadari' tu. Tapi memandangkan bukan sokmo aku boleh datang sini, maka aku pun enjoylah seadanya.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

-Dalam perjalanan tu gua letih sangat. Tertido. Entah apalah yg gua buat semalam...

-Kendian gua jumpa buaya. Buat-buat macam Steve Irvin yg bangang tu.

-Kendian kat muzium tu main-main ambik gambar

-Pastu jumpa ikan toman 3 ekor

-Daripada aku beli tabung katak tu baik aku ambik gambar je. Jimat

-Kat meriam pun aku nak amik gambar

-Dan yang paling penting, kat Kuching kena la ambik gambar ngan Kucing!

:: Sarawak Spesel Part 5 - Songkok

Salah seorang daripada sedara mara abah aku adalah seorang pembuat songkok yang mashur. Songkok buatan dia memang first class. Orang dari jauh pun datang tempah songkok kat dia.

Malangnya pasal songkok pun aku tak berapa into sangat. Tapi kebetulan encik pembuat songkok tu baru je meninggal beberapa bulan nan lalu. Skang ni anak-anak dia take over skill dia. Dan nampak gayanya anak-anak dia tu tak berapa into sangat jugak pasal buat2 songkok ni.

Jadi walaupun aku tak into pasal songkok2 ni, aku pun bercadang to have my songkok custom made. Sebelum skill dan kemahiran ni pupus.

Tapi persoalannya, masa bila aku nak pakai songkok ni?

"Ala... awak buat je dulu, nanti nak kawin pakai la..."

Hish... makcik ni cakap yang bukan-bukan pulak. Takut aku.


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, December 12, 2004

Sarawak Spesel Part 4 - Aik Seng

Aik Seng ni adalah sebuah restoren cina kat kampung halaman bapak aku tu. Ceritanya adalah, masa muda-muda dulu mak aku ngan abah aku selalu makan kat sana sama-sama. Dan sekarang kitaorang semua dah besar panjang dan makan kat situ jugak. Kedai tu masih ada kat sana. Menu dia semuanya best-best. Chinese style dan boleh dimakan oleh umat Islam (Halal).

Aku suka makan 'mee kolok'. Macam mee goreng je tapi rasa dia unik. Satu lagi killer menu dia adalah laksa sarawak. Orang kat sana tak panggil laksa sarawak sebab kat sana adalah sarawak. Orang panggil laksa je. Laksa diaorang ni biasanya meehun. Lagi satu perkara, time ni lah nak training makan pakai chop-stick!


Image Hosted by ImageShack.us

Sarawak Spesel Part 3 - Nikah Kahwin

Anak kepada abang abah aku dah menikah. Jadi itulah tujuannya kitaorang datang sana. Nengok dia menikah.

Honestly aku tak into langsung hal nikah-nikah ni. Orang mesti cakap kat aku, "Kalau kau tak pegi nengok orang menikah, nanti ko menikah takde sapa nak datang!". Ahh... peduli apa aku korang nak datang ke tidak bila aku menikah esok.

Mende yang speselnya pernikahan ni adalah:

-Aku ada datang menengok

-Aku pakai baju melayu

Selama ni aku tak penah pakai baju melayu. Tetiba kat sana aku dipaksa memakai baju melayu sebab nak nampak festive sikit la orang kawin. Takpe, aku tak nak menghampakan semua orang, jadi dengan berat hati aku pun dressing ala-ala orang nak beraya.

Semua yang datang tu bertuah sebab dapat nengok aku pakai baju melayu.

Image Hosted by ImageShack.us

Tetiba ada awek 3 orang kerumun belakang gua.

:: Sarawak Spesel Part 2 - Land of Typo

Signboard diaorang memang best.



Image Hosted by ImageShack.us

Tempat letak untuk sapa tuh...?



Image Hosted by ImageShack.us

Baik korang tulis 'karan' je.



Banyak lagi signboard yang best aku jumpa, tapi tak sempat amik gambar.



Image Hosted by ImageShack.us

Ni gambar bonus. Aku suka gambar ni.

:: Sarawak Spesel Part 1 - Naik Kapatebang

Aku gi sana naik kapatebang Air Asia. Tambang murah. RM200 je return. Tapi kapatebang dia macam bas. Malah lebih teruk daripada bas sebab takde numbered seat. Semua orang berebut-rebut macam bebudak sekolah. Dah la seat sempit.

Tapi pengalaman yang paling power dalam kapatebang ni adalah masa dia take-off ngan landing. rasa macam nak mati je. Masa dia berlepas tetiba je dia pecut. Rasa macam naik kapatebang je.

Flight aku tu bertolak pagi. Jadi pepagi tu matahari tengah naik. Aku time tu duduk tepi tingkap. Dapat la nengok keta-keta kecik kat bawah sana. Tetiba kapatebang tu membelah awan. Dan sedar-sedar aku dikelilingi awan yang kuning keemasan. Semuanya kelihatan lembut macam kapas. Indahnya.

Bab pramugari pulak, ianya sangat mengecewakan. I've seen better. Dah la nak makan kena beli. Air mineral pun 3 inggit sebotol. Patut la tambang murah.

Pepehal tindakan Air Asia ni adalah satu sumbangan yang baik kepada kita masyarakat malaysia ni. Skang ni semua orang mampu naik kapatebang.

Setibanya aku kat bumi kenyalang tu, aku terus menarik napas sedalam-dalamnya. Karena aku menjejakkan kaki ke bumi itu adalah ibarat satu impian yang menjadi kenyataan. Aku tau apa yang menanti aku di bumi ini. (Sila baca SP: Bidadari) Aku rasa nak cium tanah, tapi... tak payah ahh!



Pengumuman Spesel Feature: Bidadari

There's a Special Feature coming up and it's entitled 'Bidadari'.

Special feature ni panjang berjela dan aku tengah nak consider nak post kat sini ke ataupun host kat tempat lain.

Panjang sangat aku rasa boleh buat buku.

Ataupun nak submit ke Gangguan Teksual?

Pepehal aku harap korang bersedia.

Sebab ni adalah satu-satunya cerita yang tak pernah diceritakan baik di internet mahupun secara lisan.

Ekslusif.

Saturday, December 11, 2004

:: Kembali di tanah Melayu

Mengumumkan bahawa skang ni gua telahpun selamat tiba di tanah melayu. Selepas 10 hari gua takde kat sini, skang gua banyak cerita nak story kat korang.

Pengalaman gua kat bumi kenyalang ni gua akan ceritakan dalam 2 bahagian. Bahagian pertama adalah cerita yang best, manakana bahagian kedua adalah cerita yang melibatkan kesedihan yang terlampau.

Gua tengah tunggu gambar-gambar siap, kendian baru gua post.



Oh ya..

-Tahniah Miss Peru, Maria Julia Mantilla Garcia sebagai Miss World

-Tahniah Perlis.

Friday, November 26, 2004

:: Pengumuman lagi

"Esok saya bertolak, kena tido awal. Nak jalan jauh ni"

"Kalau awok cakap macam tu, nanti toksah balik dah"



Tak tau lah peel orang tua. Kalau sebut je pasal nak jalan jauh mesti diaorang hangin. Mungin sebab term 'jalan jauh' tu bermaksud dead ataupun meninggal dunia. Lagi power kalau berkelakuan pelik sebelum ke mana-mana. Contohnya:

-tetiba bersalam pasal ngan orang tua sebelum kuar umah

-"Saya ni tak tau la bila baliknya, entahkan tak balik dah"

-Menulis wasiat



Dengan ini gua mengumumkan bahawa tak lama lagi gua akan outstation jauh. Jauh tak ingat punya. Gua akan bepergian selama 10 hari. Skang ni gua banyak mende nak kena setel sebelum kepergian gua ni. Jadi 2-3 hari akan datang ni gua sibuk sikit.

Pasal blog ni, kalau gua jumpa cc mana-mana gua akan post pengalaman gua kat tempat orang.

Yang aku hangin-nye, aku dah lama mengidam nak naik ketapi. Tapi memula dapat naik bas, pastu skang ni dapat naik kapatebang pulak. Bila nak naik ketapinye?

Jangan-jangan aku nanti naik ketapi karan pegi airport. Tapi ketapi karan tu tak best. Takde angin, tak bising sangat. Mungkin balik dari tanah asing nanti gua akan usahakan balik ke Lipis naik ketapi.

Pepehal, sama-sama kita raikan:

SERONOKNYEEEE!!!!



Macau City Guide

:: Mee Kari Pak Teh

tenene net tenene net... (nada dering)

"Heloo"

"Heloo Amin ehh..?"

"Ye saya bercakap, sapa nih?"

"Saya xxxx, yang pulang tipon awak ari tu"

"Ohh.. apa cerita? kat mana skang ni bla bla..."

"Bla bla bla..."

(butir-butir perbualan yang seterusnya tak perlu korang tau)

"Dah sarap?"

"Haa..?"

"Dah breakfast?"

"Belum..."

"Ha jom. Awak tunggu kat depan xxxx. Saya sampai 5 minit lagi"

"Okeh!"



Aku bukan nak cerita bibit-bibit percintaan antara aku ngan awek yang pulang tipon aku ari tu, tapi kali ni aku nak cite pasal Mee Kari Pak Teh yang champion.

Dah lama aku tak pekena. Sejak bulan pose ari tu. Kedai pak teh ni seingat aku first sekali aku pekena mee kari dia masa aku darjah 4. Sejak ari tu aku terus into mee kari dia. Kedai pak teh adalah salah satu breakfast spot yang popular kat Lipis ni. Dia bukak time pagi je sampai pukul 12 tengahari.

Kedai dia ni banyak orang-orang yang keje pejabat melepak. Tak lupa juga mamat-mamat construction turun minum ngan bos diaorang. Cikgu-cikgu pun banyak memonteng kat sini.

Tapi yang paling best sekali sudah tentunya mee kari dia. Kadang-kadang dia letak telur puyuh. Dalam satu hidangan ada sepiring kecik sos cili. Tak pedas sangat tapi sedang molek la. Pak Teh sendiri penah cakap kat aku "Kalau pedas sangat nanti cirit pulak orang-orang yang keje pejabat nanti".

Pepehal Mee Kari Pak Teh adalah satu sebab untuk korang deTour ke Lipis. Tapi pagi je la.

Kalau ada nak melawat ke Lipis nanti. Kontek je la aku. Aku bawak korang makan Mee Kari Pak Teh yang champion.

Thursday, November 25, 2004

:: Alias T-shirt

err... korang nak beli t-shirt tak?



Image Hosted by ImageShack.us

Alias adalah siri popular di tv (8tv, AXN dll). Watak utama dia adalah Sydney Ann Bristow (Jennifer Gardner) seorang 'double agen' untuk CIA ngan SD-6. Later in the series, SD-6 dah dijatuhkan dan dia jadi seorang agen yang paling direspek kat CIA. Cite ni best sebab dia cun gile, kuat pulak tu. Dan seksi tak ingat tak kira apa pakaian dia pakai. Season 3 dah habih. Season 4 siri ni akan menemui peminat pada Januari tahun depan.



Dengan memakai baju ni aku gerenti korang:

-Di pandang tinggi di mata masyarakat

-Awek/pakwe sangkut serta merta

-Disenangi ibu mertua

-Mendapat perhatian. Orang akan tegur "Pehh Alias..."

-Keyakinan diri meningkat



Di print atas t-shirt hitam 100% cotton.

Aneka saiz pilihan (S,M,L,XL,XXL,XXXL!-saiz raksasa pun ada)

RM20 (termasuk shipment)

Bayaran boleh dibuat dengan men-transfer duit ke akaun aku.

(Maybank2U no akaun nanti aku bagi)

Sila kontek aku untuk maklumat lanjut.

019-968 5276 Amin

Cepat!



At Oxygen Studio we belive that you should know very well about the clothes you're wearing.

Image Hosted by ImageShack.us

Alias TV

:: with great power comes great responsibility comes tough decision

Do you find me sadistic?

I'd like to believe, even now, you're aware enough to know there isn't a trace of sadism in my actions.

You easily break under pressure and give up so early. Your role as a team player is very disappointing.

Your negligence towards the company property has caused us great loss. Worst, you're using it towards your own good.

You're abusing the company's policy of 'Work when you want to' when you're not working at all.

I've gone to great length to make sure we all have a flexible working hours, fair share of entertainment and leisure in the company. But you fail to see this as your unprofessional behaviour blur the fact that i really appreciate everybody in the company.



Thus, this is harder for me than it is to you but

you're fired!



Oxygen Studio is hiring



The Apprentice

Kill Bill

Tuesday, November 23, 2004

:: Naik Bas:Special Report

Entah macamana aku boleh naik bas pulak hari ni. Aku nak balik ke Lipis dari Bentong. <sarkastik>Pedal pulak beria-ia nak hantar aku balik, tapi aku menolak dengan sopan</sarkastik>. Bukan tak penah naik bas, tapi dah lama dah aku tak naik bas 'sangkut' macam ni. Selalu naik bas ekspress je. Karier naik bas sangkut aku dah berakhir sedari tahun 1996 ari tu dah. Tapi kalau bas kat KL tu lain la. Aku selalu naik suka-suka sebab ramai gadis2 dan amoi2 yang pergi/balik keje. Tapi itu lain.

Tapi hari ni aku terpaksa naik bas sangkut ni balik. Dari bentong aku naik bas Central. Lepas tu tukar bas kat Raub. Perjalanan dari Raub ke Lipis mengambil masa sejam lebih.

Apa aku boleh cakap, trip aku hari ni memang seronok!



Peristiwa Highlight Naik Bas

-Bas ni popular di kalangan penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jalan antara Lipis-Raub.

-Bas takde 'ekon' (air conditioning - ele... omputih sangat konon!). Kena bukak tingkap untuk rasa angin. Debu banyak!

-Semua yang naik bas ni makcik2 ngan pakcik2 yang baru balik dari pasar. Gadis-gadis baru abih peksa pun banyak jugak.

-Seronok dengar diaorang berborak. Pasal mende-mende yang jenis 'Simple Life' je. Pasal kambing kena langgar lori. Pegi memburu dalam hutan. Bercucuk tanam. Takde pun nak bincang pasal DRB Hicom ke, Sami Belu ke. Semuanya simple.

-Bebudak nakal bawak umur duduk kat belakang isap rokok. Taktiknya adalah asap rokok tak pegi ke depan. Licik!

-Gadis2 naik bas bawak Slurpe yang beli kat Raub tadi. (Ya, Raub ada 7 Eleven).

-Ada makcik duduk sebelah aku offer kopok yang dia makan. Aku tengok kopok tu selebet je sebab dah campur kuah. Tapi aku ambik jugak jaga hati.

-Korang boleh benti kat mana-mana yang korang nak. Cuma tekan loceng. Tapi ingat, 'Push Once'! Kalau tekan banyak-banyak kali, besar kemungkinan drebar bas tu akan hangin dan berhentikan korang jauh daripada sasaran. Paling sadis tak berhenti langsung.

-Bebudak kecik suka kuar kepala dan berpotensi kena sapu ngan lori balak -putus kepala!

-Penumpang semua saling bertanya amende yang diaorang beli kat Raub.

"Beli mende tu?"

"Ni la beli ayam buat makan tengahari kang"

"wooh.. demeh hari-hari makan ayam yekk?!"

"Goner pulok, bebudak kalau tak lauk ayam tak nak makan la demeh. Haha ha"

"Heheha he"

Walaupun aku rasa tak lawak langsung, tapi aku pun layan ketawa jugak untuk bagi nampak happening.

-Bas bergerak dengan kelajuan konsisten 80-100km/j menyusuri selekoh-selekoh merbahaya dan cenuram gaung yang berbahaya (bas sangkut masih ikut jalan lama). Terhuyung-hayang. Tapi penumpang semua buat rilek je. Dah biasa kot? Aku je yang paranoid tak tentu hala.

-Bunyi enjin dia kuat gile. Awek yang duduk sebelah aku tu (makcik kopok dah turun kat Tersan) segar je sepanjang perjalanan sebab bunyi bising tu. Sia-sia aku memperkukuhkan kuda-kuda bahu aku demi untuk menyambut 'lentokan' awek tu nanti in-case dia tertidur.

-Takde duit kecik nak masuk kat dalam 'mesin tiket karan' boleh rilek dulu dan ambik duit kecik masa nak turun nanti.



Best oo.. Nanti aku akan pastikan aku merepeat aktiviti ni. Tapi selepas aku naik ketapi dulu.

:: Lost

(sila download dan mainkan lagu tema cerita ini ketika membaca:

Tristania-Lost Right Click-Save Target As...)



Bab 1

Prolog

Keseronokan menaiki bas telah membawa padah kepada aku. Agaknya salah tune style aku duduk dalam bas tu, tipon bimbit aku jatuh dari suar. Dah nak sampai Lipis baru aku sedar. Sebab agak ramai orang dalam bas, aku cuba kontrol panik dan cuba cari kat bawak kot-kot ada. Tapi malangnya hampa. aku terus tanya kat orang sekeliling. Diaorang semua geleng kepala. Time tu aku semakin hangin.



Bab 2

Kerjasama

Bila turun dari bas aku mintak kebenaran drebar bas tu nak lepak jap dalam bas cari tipon bimbit tu. Mujurlah drebar tu sporting dan memahami perasaan orang hilang tipon bimbit. Tapi tak jumpa jugak.



Bab 3

780/1000

Dalam tipon bimbit tu ada banyak sms rentetan peristiwa penting dalam hidup aku. No tipon toksah cerita. Last aku back-up bulan 9 ari tu. Tapi sepanjang Hari raya baru-baru ni banyak entry baru. Termasuk member-member masa sekolah dulu semua dah bagi no tipon baru kat aku. Takkan aku nak pegi apply no tipon kali ke dua kat gadis-gadis?



Bab 4

Guruh di langit

Time tu aku dah flashback semua orang yang duduk kat sekeliling aku tadi. Drebar bas tu pun ada jugak kenal 2-3 orang. Kalau ye pun tipon aku jatuh, bagitau la, jangan curi. Aku ada macam-macam cara nak susahkan hidup orang lain, tapi mencuri bukan cara aku. Inilah yang menjadi primary reason hangin aku semakin mendidih. Kali ni kalau aku tak jumpa balik tipon bimbit aku tu, aku akan pastikan Syarikat Bas Lin Siong tu ngan semua pengguna-pengguna dia ngan semua warga Lipis ni akan bermandi darah!



Bab 5

Menarik Benang Di Tepung

Lepas tu aku try tipon nombor aku tu, ada ringing, tapi takde orang angkat. "Kalau berani angkat la tipon tu! Kita setel cara kasar pun takpe" getus hatiku. Banyak kali jugak aku try tapi tak angkat. tetiba baru aku teringat yang tipon aku tu kena bukak slide dia kalau nak jawap tipon. Tak boleh jawap pakai tekan button je. Aku rasa kali ke 8 baru ada orang angkat,

"Heloo asalamualaikum..."

Mak aih, lembutnya suara!



Bab 6

Konfrontasi

"Saya nampak tipon tu atas lantai. Saya ambik la"

"Abis tu tak tanya langsung sapa punya? Main ambik je!"

"Saya ingat nak ambik dulu, kendian baru cari tuan dia bila turun dari bas nanti. Mana tau tuan dia dah turun. Awak jangan ingat saya saje je ambik nak curi ke apa. Saya puas cari no tipon awak dalam tipon ni nak kontek untuk pulang balik"

"Dah itu tipon saya, macamana awak nak tipon saya kalau tipon saya pada awak!?"

"La.. manalah tau saya boleh kontek makwe awak ke, anak awak tu bagitau tipon ni ada pada saya. Saya takde niat langsung nak curi tipon ni."

"Hmm.. saya paham niat awak. Saya ucapkan terima kasih la atas kemurnian hati awak ni. Kalau orang lain jumpa, saya yakin memang takkan jumpa dah tipon ni. Time kasih yekk?!"

"Sama-sama. lain kali jaga-jaga la pegang tipon tu."

"Ini kad saya. Lain kali kalau senang tipon la saya. Saya belanja makan mee kari"

":)"



Epilog

Aku rasa sangat bertuah sebab awek tu yang jumpa tipon aku. Dan dia jugak berani jumpa aku nak bagi balik tipon tu. Semangat macam ni lah yang kita mahu sebenarnya. Di mana aku akan sentiasa mencurigai semua orang, masih ada sebilangan yang hati mulia macam awek ni. Aku tak sempat tanya nama dia. Dan kalau dia baca ni, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih la sebab pegang tipon aku. Sampai skang tipon aku wangi lagi.

Kalaulah semua orang bersikat amanah dan bertanggungjawap macam awek ni, kita semua akan hidup aman sentosa takde masalah.

Tapi jangan harap la...

Friday, November 19, 2004

:: Mesej Pesanan Ringkas

Unlock-Ok-Menu-Message-Write Message

Hi! I'm sorry I

hav'nt wrote

to you for a

long time now.

You know I miss

you like hell,

so I'm coming

this December.

i'm coming...


Options-Send-Search-Ok

:: Pirelli Calendar

Dear kumprinx ,

On November 18, 2004 at the Copacabana Fort in Rio De Janeiro will be officially revealed the new 2005 Pirelli Calendar.

Join this exclusive on-line event connecting to this site, starting from November 19, to discover the preview of the full version of "The Cal", shot by world-renowned French photographer Patrick Demarchelier.




Yay! Kalendar baru dah nak kuar. Kalau korang tak tau apa kejadahnya Pirelli Calendar ni, ia adalah sebuah kalendar (duhh!). Gambar kat bawah ni adalah gambar untuk bulan November tahun ni. Pegi la sign-up.


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, November 18, 2004

:: Kerja lama

Aku main main Google tadi, aku jumpa satu website yang aku rasa familliar gile. Website sekolah aku yang aku buat masa muda-muda dulu. Dah 4 tahun tapi rupanya website tu ada lagi. Dulu host kat Myschoolnet. Diaorang bagi tumpang kat sana. Kendian dia stop tak tau sebab apa. Tapi aku terlupa yang aku dah backup website tu kat Geocities. Ada lagi rupanya. Korang tengok source dia. Aku ada tinggalkan note untuk pengendali yang bertanggungjawap selepas aku. Tapi lepas aku tinggalkan sekolah je, takde sapa pun yang mampu nak manage website ni. Diaorang ni semua tak boleh pakai betul...



Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Official Website By kumprinx

Wednesday, November 17, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

hari ni gua rasa tua. real punya. bila memikirkan yang gua boleh hidup sampai hari ni, perasaan tu macam magik. Tak sangka. Tapi Alhamdullillah la sebab gua masih lagi sihat walafiat dan takde cacat cela lagi dalam penampilan mahupun perjalanan sistem badan ni. Harap-harap banyak tahun lagi boleh bertahan. Hari ni satu nombor lagi naik.



-yang penting gua belum sampai status warga emas lagi

-yang penting boleh lompat-lompat lagi




Kata orang dalam usia 30 tahun seseorang itu mesti dah masak benar dengan apa yang dia nak dalam hidup ini. kata orang kalau umur 30 tak kawin lagi boleh la masuk 'Geng 3 Kupang'. Dan kalau tak kawin lagi berpotensi untuk bujang sampai ke tua. Tahun-tahun sebelum ni gua dah gunakan sehabis-habisnya. Banyak kejayaan-kejayaan penting gua telah kecapi. Overall gua puas hati. Pasal mende-mende yang gagal tu pulak,

"Regrets i have a few

but then again, too few to mention"



banyak lagi perjalanan enjoy yang penuh dengan ranjau berduri yang perlu gua tempuhi di masa akan datang.



tapi yang paling penting,

gua baru je 2 tahun meninggalkan dunia 'belasan tahun'

Siti Nurhaliza tu lagi tua dari gua

:: Kawan-kawan

Raya ketiga semalam gua jalan-jalan jumpa member lama masa sekolah ari tu. Seronok gak dapat jumpa balik sembang-sembang.



-Diaorang ni semua masih lagi studi degree/diploma masing-masing. Walhal aku dah lama tinggalkan alam persekolahan ni dan mara ke hadapan.

-Pasukan kitaorang ada 5 orang dan jenjalan pegi beraya ke merata-rata tempat.

-Dalam 5 orang tu ada sorang ni gadis paling cun dalam sejarah karier aku. Makin lama aku tak jumpa dia, makin cantik. Aku terkasima sepanjang program dan tetiba jadi tak reti nak bercakap apa-apa. Jadi aku diam je.

-Cantik gile wa cakap lu. Sampai satu peringkat aku tak boleh terima sesapa pun antara rakan-rakan aku untuk kapel ngan dia. Takde satupun antara kitaorang ni yang layak ngan dia. Tapi kalau menjadi jugak, aku sumpah bumi Lipis ni akan bermandi darah. Korang nengok la nanti...



Memandangkan diaorang semua masih study dan aku pulak telah bertukar menjadi seorang bisnesman, i feel alienated. Aku rasa macam tak ngam. Bilamana aku rasa macam nak sembang pasal tackle market, outsourcing, expanding, diaorang semua sembang pasal surgical incision, chemical engineering, robotic programming, lecturer cute, LI, assignment, tumpah asid masa eksperimen, extend semester, repeat paper, yang semuanya bukan bidang aku lagi. Yang sorang tu nanti jadi zoologist, jadi doktor, saintis. Diaorang semua dalam perjalanan untuk menjadi orang-orang yang kitaorang semua cita-cita nak jadi masa sekolah ari tu. Cuma aku sorang je yang awal-awal dulu dah stop atas pilihan aku sendiri. tapi nontheless we're all one big family. Aku anggap diaorang semua ni adik beradik. Buat seketika aku happy nengok semua berkumpul kembali.



Tima kasih la sebab susah-susah masak

I love you all

:: Tragedi Lemang Husin

Kitaorang memang takde harapan nak bakar lemang sendiri. Jadi kitaorang amik inisiatif untuk order je lemang barang sebatang dua.

Husin dah bertahun-tahun freelance bakar lemang secara komersil. Jadi Mum aku pun berhasrat nak order kat Husin ni, tapi pada masa yang sama kitaorang tak tau langsung pasal track-record Husin punya bisnes ni.

Malam sebelum raya aku pun merempit ke rumah Husin untuk amik lemang yang kitaorang order. Time tu dia tengah pedih-pedih mata bakar lemang. Bila dia nampak je aku, terus dia amik lemang yang kat atas api tu, packing dan bagi kat aku.

"Eh dah masak ke pakcik?"

"Mesti la dah masak. Saya ni pro!"

Tetiba bini Husin, Makcik Mah mencelah,

"Ahh awok ni Amin, macam tak tau je, suami aku ni memang pro bahagian lemang-lemang ni. Mana pernah dia bakar lemang tak masak!"

"OK fine.."



Sampai je kat umah aku tak sabar-sabar nak pekena lemang yang baru aku ambik tu. Kebetulan Mum baru selesai masak rendang ayam. Tanpa berfikir panjang lagi aku pun belah lemang tu. "Aik... putih semacam je lemang ni!" getus hatiku.

Tapi memandangkan aku dah kemaruk sangat, aku pun pulun je semacam. Tengah syok pekena lemang Mum datang.

"Wei lemang ni tak masak ni. Tak nampak tu putih je"



Pagi raya aku diserang cirit birit yang serius. Setiap kali aku terpaksa merempit ke tandas aku menjerit,

"DAMN IT HUSINNNNNN!!!!"

Saturday, November 13, 2004

:: Esok Raya...

Sedar tak sedar, esok dah nak raya. Tahun ni jugak sekali lagi gua gagal nak pose penuh.



Ni summary sepanjang bulan pose ni:

Jumlah hari berpuasa - Rahsia

Paling awal tewas - 6.30am

Menu tak puasa paling power - Mini murtabak ngan ayam goreng

Port paling best - Bilik aku sendiri

Alasan tak pose paling popular - Bukak pose waktu Tehran

(nanti gua ganti la...)



Tahun ni jugak pertama kali gua bayar Fitrah

Terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari raya kat gua. Baik melalui e-mail, kad raya ataupun SMS.



Kepada semua pelawat blog aku nih,

Kepada semua kengkawan,

Kepada semua yang terpaksa bertugas di hari raya,

Yang tak sempat balik kampung on-time,

Kepada anak durhaka yang tak reti-reti nak balik kampung walaupun hari raya,

Kepada semua yang sedang memecut balik ke kampung halaman masing-masing,

Kepada yang suka mengganggu ketenteraman dengan main mercun,

Kepada yang terpaksa beraya di hospital,

Semua yang memilih untuk bermusuh ngan aku,

Yang tak habis-habis mencabar kesabaran aku,

Kepada yang tikam aku dari belakang,

Kepada mereka-mereka yang susah sangat nak berlaku jujur ngan aku,

Kepada tok nenek yang seronok anak cucu balik beraya (ikut depa lah...)

Kepada yang dah stenbai duit raya banyak-banyak untuk berlagak,

Kepada yang tak sabar nak pakai baju raya baru,

Kepada yang pedih mata bakar lemang,

Kepada yang terpaksa beraya kat hospital,

Kepada waris-waris mereka yang maut di jalanraya,

Kepada mereka yang kurang bernasib baik tak dapat beraya ngan baju baru,

Kepada mereka yang dah beli baju raya tapi tak muat (salah saiz),

Kepada yang balik kampung naik keta baru,

Kepada yang berjaya pose penuh,

Kepada mereka yang tak pose langsung tapi ada hati nak raya,

Kepada yang jauh di mata,

Yang depan mata tapi jauh jugak,



Gua ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir Batin.

Tuesday, November 9, 2004

:: netstatbasic (Edited)

waa... terrer la menatang netstat ni. patut dari dulu lagi aku letak.



:: Hujan

Hari-hari hujan skang ni. Kadang2 lebat, kengkadang tak lebat tapi maintain. Best kalau hujan sebab boleh tido. Aku cuba nak kurangkan tido pada bulan pose, tapi apakan daya...



:: Pakcik Banner Lebih

Dia ni kerja security guard kat umah aku. Malam-malam dia selalu round2 dan kadang-kadang terserempak ngan aku. Dia penah pegi kedai sebelah kedai aku ni nengok budak buat banner. Pastu dia cakap "Nanti kalau ada banner lebih, bagi la pakcik sehelai ekk..?!" Sejak ari tu aku panggil dia pakcik banner lebih.



Memula aku raspek pakcik ni sebab mengawal harta bende dan ketenteraman kat area umah aku ni. Tapi skang ni aku tak berapa respek dah. First time aku borak ngan dia, dia tanya aku,

"Awak ni bukan kerja kat Hotel Jelai sana?"

"Tak ah pakcik, saya jaga CC kat tingkat 2 ni"

"oo.. tapi pakcik selalu nampak awak kat sana"

"Saya memang selalu lepak sana".



Sejak pertemuan pertama ari tu pakcik ni selalu tanya aku soklan yang sama. Dan setiap kali aku terpaksa beri jawapan yang sama. Bagi aku soalan dia tu merendah-rendahkan kredibiliti aku. Sampailah aku dah tak tahan lagi...



Aku nekad, kalau pakcik ni tanya aku lagi soklan tu aku akan lempang pakcik tu sedas. Aku tak peduli apa nak jadi lepas tu.



Malam tu sekitar pukul 3.00am aku terserempak pakcik tu. Time dia tarik nafas je aku dah tau apa tindakan dia seterusnya.

"Awak ni bukan ke kerja kat Hotel jel... "

PANNGGG!!!

Sunday, November 7, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

Lift adalah tempat paling best sekali. Kalau ada 'ong' ari tu aku terpaksa berasak-asak ngan awek ramai-ramai. Kalau ong aku ari tu jenis 'intimate' sikit, aku terpaksa berdua-duaan dengan gadis cantik yang yang turun atau naik dalam lift. Tingkat 5 umah aku ni adalah hotel yang paling pupular kat Kuala Lipis ni. Jadi sinilah ibusawat awek dari serata tempat datang menginap.



Begitulah kesnya hari ni.

Aku boleh habiskan sepanjang hari nak cerita macamana stail rambut dia jatuh atas dahi. Kulit dia yang putih, lembut, licin. Pinggang dia yang ramping. @#%$% yang sedang-sedang molek, comel. Mata dia, kening dia, bibir dia. Dan macam ada satu perkara yang sangat mempersonakan bagaimana alignment tangan dia bercantum dengan badan dia.

And she smell like angels ought to smell

Masa dia nak blah dia sempat melemparkan senyuman kat aku, yang dari tadi asik peratikan dia. (dia sedar kot...)



Biasanya dalam kes macam ni aku:

-Cakar muka sendiri

-korek bijik mata sendiri

-tarik rambut sendiri

-Bersyukur dengan deria pancaindera yang dianugerahkan oleh Tuhan.

-Insaf bahawa Tuhan tu maha kaya dan manusia ni adalah sebaik-baik ciptaan.



Jatuh cinta?

-Tidak sekali. Tak bermakna dia cantik giler dia ngam dengan aku. Tak semudah itu beb...



Niat jahat?

Tidak sama sekali. Aku nengok je dan aku respek privasi semua gadis-gadis yang aku jumpa. Takde la aku nak mengenden-ngenden mengorat, mengusik, ataupun bersiul-mengada.



Realiti

Aktiviti mengusyar awek adalah satu pekerjaan yang sangat rumit dan haruslah berpada-pada. Ketahui had anda dan hormati privasi orang lain. Ketahui perbezaan antara 'beruntung' dan 'bersikap keterlaluan' (violating). Semua orang berhak memakai sebarang pakaian yang mereka nak. Dan semua orang berhak menikmati sebarang pemandangan yang mereka nampak. Sehinggalah hak tersebut ditarik balik dengan ucapan ataupun perbuatan. Tak semua orang selesa diperhatikan sepanjang masa. Bukan semua awek suka di-mengurat; dan bukan semua awek korang boleh mengurat sesuka hati. Sentiasa bersikap waras. Jangan cepat naik kepala. Dan paling penting, kawal diri sendiri.



(ada sesapa nak komplen?)

Friday, November 5, 2004

:: Yay!! Jamming Time!

Image Hosted by ImageShack.usSemalam jamming. Semua lagu yang kitaorang main adalah lagu Muse. Kecuali 2 lagu finishing tu.Ni playlist:



Gua main bass

-Bliss

Lagu ni memang power. Syok kalau layan betul-betul. Penuh energy. Rasa macam nak pulun habih. Terlompat-lompat kegembiraan melayan lagu ni, walaupun baru first song main.



Gua main gitar

-Sing for Absolution

Gua tak berapa dapat lagi gorengan 'ala muse main masa live kat Glastonbury. Goreng live tu lebih power dan menusuk. Padahal goreng dia punyalah simple, tapi powerfull dan terasa di sanubari.

-Muscle Museum

Gua main stail live kat Zenith, Paris. Baru dapat main riff dia, tak berapa sync lagi ngan bass. Riff yang macam dia main kat paris tu cenderung menyebabkan jari aku tergelincir dari fret.

-Butterflies and Hurricane

Ni gua punya signature song. Sebelum album Muse-Absolution sampai kat Malaysia ari tu, gua dah usul nak main lagu ni kat bandmate gua. Diaorang semua cakap lagi ni impossible nak main pakai gitar je. Berkat keazaman dan semangat yang jitu, gua training dan berjaya bawak lagu ni. Sebab lagi ni penuh semangat dan melekat di sanubari bila dengar, gua nak main jugak walau macamana hampeh dia jadi. Bila dengar lagu ni, hati kita jadi bersemangat dan rasa macam nak bersukan, rasa macam nak balas dendam, rasa macam nak rebel habis-habis. Gua main stail live version dengan goreng sebelum masuk piano solo. Tapi piano solo tu gua skip. Gua recommend korang download lagu ni dan dengar sendiri.

Butterflies and Hurricane

-Time is Running Out

Lagu ni walaupun best tapi dah selalu sangat main, jadi gua tak berapa bersemangat nak main. Tapi pulun jugak sebab member semua nak main. Gua improvise sikit beberapa part lebih kurang supaya tak boring sangat.



Gua main drum

-Darkshine

-Citizen Erased

-Hysteria

-Thought of a Dying Atheis

Baru first time main lagu ni. Berteraborr...

-Stockholme Syndrome

Ni lagu paling letih nak main. Kaki boleh cramp woo...

-Plug In Baby

-The Vines- Get Free

-Radiohead-Creep



Gua bukan apa tak nak cerita lebih pasal lagu-lagu yang gua main drum ni, sebab skang ni prestasi gua dah semakin merosot. Stamina pun tak berapa ada. Letih tak ingat. Tangan pun dah pandai lenguh dah skang ni. Main pun dah tak berapa tight. Mungkin sebab dah jarang jamming skang ni. Lagipun kalau dulu-dulu ada banyak masa nak training sama-sama. Skang ni, set lagu, masing-masing training part masing-masing, kendian terus bawak jamming. Pepehal aku malu dengan diri aku sendiri sebab kadar prestasi yang merudum ni. nanti aku nak start training balik macam dulu-dulu. hoh!



Muse Official Site

:: saya ralat

Begini ceritanya. sudah hampir 10 tahun aku memang gemar cari/beli kasut-kasut bundle (terpakai la...). dah banyak koleksi aku. selalunya aku dapat kasut-kasut yang jarang ditemui, kasut yang takde dealer kat malaysia ni. kasut-kasut yang aku dapat kat bundle tu, aku boleh gerenti aku sorang je kat malaysia ni yang pakai. sebab tu selalu ramai yang jaki dengan kasut-kasut aku. kalau ada mat-mat kelantan yang bukak guni kasut bundle tu, aku la yang first sekali pegi gali macam orang gila. Dan hasilnya, kasut-kasut yang aku miliki ni orang nak beli dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda. padahal masa aku beli tu harganya murah sangat. aku ada kasut DVS pattern yang first sekali syarikat diaorang keluarkan, DC Shoe yang logo lama tu, Airwalk lambang gambar lada dan macam-macam lagi kasut yang mempunyai nilai 'rarity' yang sukar dicari.



Ada satu hari tu aku tengah takde duit. Sembang ngan memeber kat kedai. time tu aku pakai kasut Axion yang aku baru je 2-3 bulan dapat. Tak sempat bawak beraksi lagi. macam biasa rakan-rakan aku tu mengushar kasut aku ni. tengok diaorang macam berminat je, aku offer (time tu gua tengah sengkek beb...) "kalau korang nak ambik la kasut ni, aku tolak RM50!". pastu aku gelak menunjukkan bahawa aku tengah takde duit dan hanya berseloroh.



2-3 minggu lepas tu aku bawak kasut ni pegi skate demo kat raub. kasut Axion aku ni tak menghampakan aku. prestasi dia benar-benar membanggakan. dia punya pop, dia punya slide melekat, dia punya tapak mencengkam, benar-benar sesuai dengan teknik permainan aku yang tak terrer langsung ni. lama-kelamaan kaseh sayang aku terhadap kasut ni semakin mendalam. sampai aku sayang nak pakai. aku pakai time-time penting je macam pegi ushar awek, pegi beli tiket bas dan pekena kerang rebus kat Ali Kapak. Bila aku jalan-jalan kat Kolumpo aku ushar-ushar kedai kasut skate, memang tak jumpa pattern yang macam aku pakai ni. aku rasa kat malaysia ni takde dealer yang khas betul untuk kasut Axion ni. (aku rasa la..).



semalam ada sorang member ni jumpa aku,

"Tak lama lagi cukuplah duit aku kumpul. menjelang raya nanti aku angkat kasut ko..."

"kasut yang mana satu?!" aku terperanjat.

"Ala.. kasut Axion yang ko cakap nak jual ari tu..."

time tu menyirap darah aku. tak sangka masa aku cakap tu, member aku sorang ni menanam azam untuk menyambar kasut aku ni dalam diam.



skang aku terasa ralat. padahal kasut Axion tu berada dalam Top 5 kasut kesayangan aku. rasa macam nak nangis...



skang aku consider:

-kan baru beli kasut Reebok ari tu.

-kasut banyak-banyak buat apa?

-member aku ni berhak angkat kasut ni daripada aku sebab dia kumpul duit nak beli dari aku.

-mana nak dapat dah kasut macam ni?

-RM50 tak padan harga.

-prestasi bersukan akan merosot dengan drastik tanpa 'killer shoe' ni.

-tak jadi tolak kasut ni kat dia bermakna 'street cred' aku akan merosot.



ada sapa-sapa nak begi pandangan/pendapat?



Axion Footwear

Wednesday, November 3, 2004

:: hampir tewas

Image Hosted by ImageShack.us

teringat ayam percik yang nampak basah dengan kuah dia yang meleleh-leleh di bucu ayam. dan kelihatan spot hitam terlebih bakar (kerak) yang semestinya rangup dan terasa sedikit pahit, tapi dimansuhkan oleh kemanisan santan sebagai kuah. daging ayam dia lembut dan putih menarik aku untuk makan.



teringat dadih anika perisa. Dengan tekstur yang lembut dan hancur apabila di tekan dengan lidah ke arah langit-langit. tak perlu mengunyah. hanya nikmati kemanisan dan telan.



teringat karipap pedas yang berkilat-kilat dan merah menyala. rasanya sedikit pedas dan manis, agak rangup untuk dikunyah.



teringat ayam goreng yang rangup dan panas. apabila digigit, bahagian yang tinggal akan mengeluarkan asap panas dan minyak ayam tu akan mengalir di tangan. biasanya ayam goreng di bazaar ramadhan adalah ayam segar yang baru disembelih.



teringat mini murtabak yang hanya rangup ketika panas. salutan tepung yang nipis di sekelilingnya menyaluti ini kentang dan ayam. ia tidak berapa pedas tetapi cukup sedap untuk pekena sampai 4 keping sekali jalan.



teringat udang masak merah yang merah menyala ibarat api. kulit udang akan dibuka dengan teliti sehingga sepenuh isinya dapat dinikmati. kepedasannya yang stay lama dalam mulut pastinya meningkatkan nikmat menghisap rokok selepas makan.



teringat awek yang jual lauk pauk kat pasar ramadhan yang tak lokek ngan senyuman.



teringat sup 'Akmal Gearbox" yang kelihatan simple, tetapi penuh dengan aneka rasa yang unik. bila menghirup sup sambil mengunyah daging yang agak liat mata pasti akan tertutup kenikmatan.



ia memerlukan keazaman yang sangat tinggi untuk stay berpuasa lepas berfikir pasal perkara yang telah disebut di atas. hari ni aku ambik keputusan untuk balik ke umah dan tido sampai tiba waktu berbuka puasa. Semoga Tuhan rahmati semua umat Islam yang berpuasa pada hari ni.



(gambar di songlap dari http://www.sharizal.net/)

Tuesday, November 2, 2004

:: kaunterfit

tadi ada bebudak datang main game kat kedai aku. dia bagi duit RM5. bila aku nengok...

"Woii duit palsu! mana korang dapat ni?!"

"Duit betul la bang, abah saya bagi pagi tadi"

"Ahh.. korang jangan nak tipu!"



Pastu aku cepat-cepat search kat Google. La.. ada betul duit baru rupanya. Malu la jugak aku sesikit. Lepas bukak pose:

"Auntie, lokok biasa..."

"Kent.9 aa.. sikit jam. Nah.

Hey ini apa duit lu kasi?! Duit palsu ka?!"



Bank Negara Malaysia Polymer Banknote Website



:: Silap Percaturan

semalam lepas bukak pose aku terus tertidur tanpa menyedari bahawa rokok aku dah abis. Bila terjaga untuk sahur baru aku teringat. takkan nak rempit pegi beli rokok padahal waktu imsak sudah hampir. penyudahnya aku sangat kekurangan nikotin di dalam badan hari ni.



:: awek

jangan bimbang. awek akan kembali dalam version 5.0 nanti. dah versi no.5 rupanya. begitu cepat masa berlalu.



Mende aku dah nengok ari ni:

Nengok mamat ni. Best lagu dia...

Belajar Iframe. Mengapa aku tak guna dah untuk Danchan ni.

Monday, November 1, 2004

:: hantu kucing

semalam tengah-tengah malam buta ada bunyi macam kucing bergaduh. Tapi dia punya bunyi, macam orang nangis pun ada, macam orang merintih pun ada. Kendian aku pun pegi la jenguk tengok mana tau kot-kot kucing u berebut duit sekampit ke. Tengok-tengok takde sekor haram pun kucing. Yang ada bunyi je. Bila bunyi tu stop hutan turun renyai-renyai.

Mana ada hantu bulan pose ni!



:: Mabuk

Bukan aku yang mabuk, tapi tadi masa aku nak balik umah ada sorang mamat ni. air liur dia meleleh, macam tak betul je. Bau gam kuat sekeliling dia. Aku terpaksa berselisih ngan dia. Memula dia macam tak bagi aku lalu. kendian aku cube menyelinap dan akhirnya terlepas jugak aku balik ke umah. isap gam ni tak elok. malah lebih teruk daripada isap dadah yang lain. sebab kalau isap gam ni, dalam masa 3 bulan je otak kita akan crash. katakan Tak Nak!

Mati-mati aku ingat terpaksa belasah mat pit ari ni. Mujur bulan puasa.



:: Lay out

Macam bersepak-sepah je lay-out baru aku ni. Hmm mende lagi nak ejas ekk..?


Wednesday, October 27, 2004

:: bukan kerana raya

aku bukannya kaki soping ke apa, cuma akhir-akhir ni aku nengok mulut kasut aku semakin membesar. kebetulan ada duit. kebetulan berkenan di hati. Aku ni jenis jarang gile beli kasut. 2 tahun mungkin sekali je beli. Itu pun kalau nasib baik. dan kali ni aku telah membuat satu tindakan drastik. inilah kali pertama dalam tempoh 6 tahun ni aku beli kasut yang tak berorientasikan skateboarding. kali ni aku beli kasut jalan-jalan. walking shoe. ini tidak beerti aku telah melupakan sukan skateboard, cuma sekali sekala tukar angin. kasut bersukan aku tu dah teruk sangat. kali ni aku nak kasut aku:

-selesa tak ingat

-pakai lama tak terasa

-mengurangkan keletihan kalau jalan kaki lama2

-mengurangkan hentakan



Reebok Valet DMX

Image Hosted by ImageShack.us

puaka mana yang merasuk aku beli kasut ni aku tak tau. Tapi kasut ni:

-ada satu saluran udara yang membahagikan antara kusyen bahagian depan ngan belakang.

-Bila berjalan angin bahagian tumit akan beralih ke kusyen hadapan untuk menyaport impak bahagian depan kaki pulak.

-Opti-Flex Zone (jari-jari kaki bebas bergerak)

-Play Dry™ untuk sedut semua lembapan (kaki takkan bau ular)

-tapak kalis minyak (oil resistant)

-selesa tak ingat



Overall aku puas hati sangat ngan kasut baru aku ni.

:: 10 hari di Bentong

:: Modus Operandi

Bila ada kerja aku terpaksa merempit ke Bentong untuk pulun habih kerja tersebut. Pada awalnya aku bajet nak stay dalam sehari dua je. Memang, baju tu siap sehari je sebab bulan puasa ni takde nak berhenti makan punya, main tabuh je bikin. Tapi tiba-tiba banyak pulak perkara yang musti diselesaikan. maka aku terpaksalah stay sana selama 10 hari.



Pasar Ramadhan

Pasar ramadhan di bentong memberikan aku perspektif baru dalam membeli juadah berbuka. Banyak makanan-makan asing yang jarang aku jumpa ada jual kat sini.



:: Awek

Selain dari bazaar ramadhan, di kiri-kanan jalan bentong ada gerai-gerai kecil yang jual makanan dan kueh. Kebanyakkanya awek yang jaga. Di sini aku bukan sahaja rambang mata dalam memilih juadah berbuka puasa tapi dalam memilih awek mana yang terbaik untuk aku singgah.



:: Awek Champion

Rezeki bulan ramadhan barangkali, Pedal spot satu gerai yang awek dia boleh tahan. Memula aku tak percaya, tapi bila kitaorang singgah je, pehh... Cute!

Yang pasti bukan sebab manis muka kiut dia tu, tapi memang makanan dan kueh yang dia jual tu semuanya sedap. Hatta telur goreng sekalipun. Serius!



:: Connection

Tetiba Pedal bawak telepon bimbit kamera yang ada GPRS kat opis. Aku boleh TAG je kat Tagbod tu. Pedal nampaknya lebih cenderung melayari laman web lucah dengan telepon bimbit kamera dia tu.



keje siap-kemas opis-packing-BALIK!!

Tuesday, October 19, 2004

:: The Corrs - Summer Sunshine

Skang ni aku pekena layan lagu ni. Bukan pasal aku nak feeling lirik dia. Tapi suara Kak Andrea ni memang power. Definition suara dia memang tinggi. Korang pasang kuat-kuat, dan hayati setiap lenggok vokal dia. Tenang jiwa bila dengar. Aku terbuai-buai keasyikan mendengarnya. Bestnye...

Nah aku bagi korang dengar sekali.



Download 'Summer Sunshine'

(macam biasa, right click-save as...)

Website



Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

p/s:er.. ada aku bagitau korang yang Andrea Corr ni adalah penyanyi wanita yang paling seksi di alam semesta?

Monday, October 18, 2004

Sunday, October 17, 2004

:: Apa persamaan antara siri Gaban dengan Kill Bill?

Wira ku...wira ku...

Gaban

Image Hosted by ImageShack.us Polis angkasa Gaban menentang raksasa daripada empayar jahat yang ingin menakhluki bumi. Gaban ada sut angkasa yang khas, motor, Naga Gaban dan lain-lain peralatan yang canggih. Termasuk juga seorang awek nama Mimi yang boleh tukar jadi burung. Empayar jahat tersebut juga menjadikan ayah Gaban sebagai tahanan. Sebab tu lah dia bersungguh-sungguh nak musnahkan diaorang ni. Orang jahat juga selalu bawak Gaban ke 'Ruang Angkasa Neraka' untuk fight ngan raksasa. 90% daripada raksasa yang cuba menentang Gaban mati dalam keadaan yang amat mengerikan, iaitu terbelah dua. Semua ini disebabkan oleh skill terulung Gaban iaitu gerakan finishing yang kita semua kenali sebagai 'Gaban Z, Belah dua!". Kalau nak dibandingkan gaban ngan suku sakat Power Rangers, Power Rangers tu cuma untuk tontonan kanak-kanak je. Gaban adalah wira yang sebenar.



Kill Bill (vol.1&2)

Image Hosted by ImageShack.us Kill Bill ni pulak pasal cerita balas dendam. Pasal bekas pembunuh upahan yang telah dikhianati oleh bossnya. Lepas empat tahun koma dengan sebutir peluru dalam kepala The Bride terjaga dan bersumpah untuk balas dendam terhadap bekas boss dia ngan kuncu-kuncu dia sekali. Sebenarnya kalau kita sedang menyapu bedak ke muka bersiap untuk tengok wayang cerita arahan Quentin Tarantino, kita boleh yakin bahawa memang kompom cerita tu power. Potong jari punya.



Kaitan antara siri pahlawan kostum terbaik (Gaban) dengan filem terbaik (Kill Bill)":

Kalau cerita Gaban yang belum alih suara ke bahasa Melayu atau France (original bahasa Jepun), korang ingat tak bila dia nak 'jadi' Gaban. Ada suara latar yang cakap:

"Baju Gaban akan tiba dalam masa 0.05 saat"

Tau tak sapa yang cakap tu?

Orang itu ialah orang yang sama berlakon sebagai Hattori Hanzo (penempa pedang) dalam cerita Kill Bill. Nama dia Sonny Chiba. Inilah rupa paras Sonny Chiba tu.


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, October 11, 2004

:: Christopher Reeve Dalam Ingatan

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



Dia ni takde la besar sangat influence dalam hidup aku. cuma dia banyak memberi inspirasi kepada aku masa kecik dulu. Kalau takde dia ni, takde la aku cita-cita nak terbang di angkasa. Begitu juga ramai lagi yang lain masa kecik dulu. dia memenuhi fantasi kanak-kanak yang tau akan kewujudan Superman di dunia ini. Bila nengok movie Superman yang pertama ari tu, hati kanak-kanak aku berkata "wihh... ada betul rupanya superman".

Tapi superman sedang mana sekalipun, kalau dah nama manusia ni senang sangat nak patah ke putus ke, pecah ke. Itulah halnya dengan Christopher Reeve ni. Pada tahun 1995 dia jatuh kuda dan terus lumpuh. mula-mula doktor cakap dia ni dah takde can dah nak sembuh. tapi slow-slow dia menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Dia ni, betul-betul superman.

Tapi Abang Superman ni tetap lumpuh. Tapi dia bersumpah, bahawa satu hari nanti dia akan menapak semula. Di laman webnya, www.ChristopherReeve.org dia berusaha manarik perhatian dan memungut derma untuk kajian saintifik berkenaan hal lumpuh-lumpuh ni. Dan juga melobi untuk membenarkan kajian 'stem cell' dijalankan secara meluas- untuk mengubati orang-orang seperti dia. Satu hari nanti, yang lumpuh mungkin boleh berjalan kembali. Terima kasih kepada Superman.

Sayangnya, Superman sendiri tak sempat memperoleh manafaat daripada usahanya itu. Christopher Reeve mati semalam pada usia 52 tahun.

Aku tak boleh terima dah orang lain berlakon jadi superman.



Image Hosted by ImageShack.us

"So many of our dreams at first seem impossible, then they seem improbable, and then when we summon the will, they soon become inevitable."- Christopher Reeve

Sunday, October 10, 2004

:: Pra Puasa (Final)

Hari ni aku training puasa. Bukan ganti puasa tapi nak membiasakan perut aku ngan kelaparan. Bila aku lapar, ia sangat bahaya:

-berhalunisasi

-meracau

-sakit kepala/berpinar

-masuk angin

-mudah naik angin

-masuk angin keluar asap

-hilang tenaga

-kurang daya tumpuan

-mengantuk

-sawan

-mata merah

-kuat maki

-tak boleh pegang pisau

-hantu masuk dalam badan

-kuat sakat budak kecik

:: hari ini

walaupun sejauh manapun kitaorang berada

makan malam dengan client di Hanoi

merintis peluang perniagaan baru di Paris

memantau cawangan di Jengka

hari ini kitaorang akan pasti kembali

kerana kepadanya kami berhutang banyak

tidak mampu kami lunaskan

walau bagaimana buruk keadaan sekalipun

walau bagaimana tertekan sekalipun

lupakan segala sengketa

lupakan semua sakit hati

di sebalik semua penderitaan

di sebalik semua kesusahan hidup

di sebalik ranjau dan duri yang ditempuhi

hari ini kita lupakan seketika

hari ini kami semua pasti kembali

berkumpul bersama seperti yang sepatutnya

seperti mana sepatutnya lama dulu

buat seketika

kembali

sebagai sebuah keluarga



Image Hosted by ImageShack.us

hepi besday mum!