Sunday, March 5, 2006

I've done the impossible

Ni nak habaq mai pasal kasut Nike aku yang aku beli kat Bandelero beberapa bulan nan lalu. Kasutnya bertemakan Laskar Cinta sebab kaler scheme dia warna hitam dengan stripe merah.
Lepas beli aku basuh kaw-kaw punya, dengan treatment antiseptik membunuh kuman, aku jemur tengah panas. Tetiba tanpa diduga, struktur kulit (leather) dia menjadi rapuh. Maklumlah kasut bundle recon. Bila aku pakai buat pertama kali, kasut tu mula membuka mulut. 2-2 belah sekali.
Itu jam hati saya sangat hancur melihatnya. Sebab saya sayang kasut ni. Dan tak sempat lagi nak up kat member-member, dah koyak. Memula aku hantar kat kedai repair kasut kat Kuala Lipis ni. Brader tu cakap, "Kalau macam ni mana boleh repair dah bang, dah hancur. Tak boleh buat apa dah. Campak Sungai Jelai je la. Haha..". Tak guna punya brader tukang kasut.
Tak berputus asa aku pegi ke Raub. Sejam jugak naik keta bawak slow-slow. Dengarnya ada tukang kasut handalan kat sana. Kata brader tukang kasut Raub pulak, "Ni mana boleh repair dah ni. Dia takde support depan dia ni. Kalau jahit pun nanti tak tahan lana". "Jahit je, tak kiralah tak tahan lama ke asal dia elok balik". ujar aku. "Tak boleh. Buang masa saya je. Saya banyak lagi mende nak buat ni. Anak-anak lagi, jahut selipar lagi, nak jumpa makwe lagi petang ni. Kasut ni memang takboleh repair dah! Tak reti bahase ke. Buang je la.." Huh, sia-sia trip aku ke Raub. Aku pekena Happy Fried Chicken kat sana untuk melegakan hati aku yang nyilu ni.
Nampak gayanya takde harapan dah buat kasut Nike Laskar Cinta aku ni. Tapi setelah beberapa lama aku merempit pulak ke Bentong sana. Dan aku jumpa tukang kasut handalan kat Bentong pulak. Jawapan dia sama. Tak boleh repair dah. Aku hampir-hampir putus asa. Kasutnya memang takde harapan langsung.
Malam semalam berbekalkan gam Gajah yang aku pau dari Mael, Gam lilin yang aku pau jugak dari Mael dan glue gun yang seperti biasa aku pow dari Mael aku memulakan operasi baik pulih kasut ni. Tugasnya sangat rumit nak gam semula kulit yang terkoyak. Aku mengembil rehat selama sejam untuk menengok Smallvile kemudian meneruskan kerja dengan penuh tekun dan dedikasi.
3 tukang kasut handalan merejek kasut aku ni. 3 bandar aku jelajah. Semua orang cakap kasut ni dah tak boleh repair dah. Namun selepas operasi aku semalam, aku berjaya mengembalikan kegemilangan kasut ni. Siap aku kiwi balik bagi nampak berkilat. Aku dah berjaya melakukan yang mustahil. Kini, kasut tu dah kembali beraksi dengan penuh kegemilangan. Dan jugak mungkin aku pakai untuk Battle of the Band 18hb ni.
Jadi persoalannya di sini, siapa sebenarnya tukang kasut handalan?

Related
Bandelero mentioned here
Pasal Kasut
Pasal Kasut jugak!

Susila - Kekasih Di Bumi Kenyalang

ND sent me this. Katanya dia baru beli kaset ni. Pada korang-korang yang muda-muda lagi tu mesti tak tau band apakejaddahnye ni. Memang, band zaman dulu nama diaorang memang pelik if not funny la.
Lagu ni memang menarik. Aura Sarawak dia memang ngam. Menggunakan instrument biasa dia boleh dapat feel tu. Kreatif. Macam sound yang kita dengar bila ada orang menari stail Sarawak itu, apa tah namanya..
Yang pelik, mengapa ND hantar lagu ni kat aku, out of the blue? Apa signifikannya? Tajuk lagunya juga begitu unik. Kenapa ni? Hehe.. Bagi yang dah lama follow blog ni pasti korang tersengih sendirian karena dapat memikirkan jawapannya. Korang memang champion!
Jadi pada hari Isnin yang bahagia ni, korang boleh download lagu ni untuk dengar sendiri. Aku dah upload kat ultra high-speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server.

Susila-Kekasih Di Bumi Kenyalang
(right click-save target as..)

Lirik:
Wajahmu nan ayu menyunting di lubuk jiwaku
Mata yang bersinar sayu di hatiku
Membuatkan aku terasa merindu padamu kasihku
Ingin segera berdamping denganmu

Nun jauh di sana melambai memanggil namaku
Nun jauh mu di awan sayu kau ku lihat
Terasa ku dibuai di bawah helang bersama denganmu
Tak mungkinkan berpisah sayangku

Kaulah gadis kenyalang gemerlapan di taman indahmu
Kaulah gadis yang sejati pelambang di bumi bertuah ini
Ketulusanmu yang bersahaja membuat ku rindu padamu
Engkaulah yang tetap ku puja selama-lamanya

Tima kasih ND.

Thursday, March 2, 2006

kmxnine trailer

Click to view. Opens in new window
Link bukak dalam window baru

Sebentar tadi gua baharu sahaja mengupload trailer untuk kmxnine. Korang boleh klik gambar kat atas sana dan nengok. 'Domestic Poor Animation' Flash bukan bidang aku, tapi aku gemar memain ngan Flash ni nak-nak ada software macam Swish yang menjadikannya semudah 1-2-3. Kadangkala bila menengok balik trailer ni rasa macam masa aku mula-mula kenal HTML dulu. Koman dan macam budak-budak. Pepehal mende ni dah lama aku buat dan tak jadi-jadi. So aku tibai je finishing dia sampai jadi dan upload untuk tontonan korang sebab dah naik menyampah aku nengok kat desktop kompiter aku ni.

kmxnine teaser trailer
Made with
: SwishMax
Running time: Seminit lebih gitu
Hosted on : The super speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server!
Soundtrack : Butterflies and Hurricane - Muse
Lirik:
Dont let yourself down
Dont let yourself go
Your last chance has arrived
Best. You got to be the best
You got to change the world and use this chance to be heard
Your time is now
Your time is nowwwww...

Enjoy!

Sunday, February 26, 2006

Diari Kutu Lepak Handalan


Biasa aku start tido pukul 4.00 pagi. Ini menyebabkan aku bangun sekitar 12 tengahari. Ada sesetengah kes aku bangun pukul 4 petang. Biasanya aku akan bangun pagi, dan sambung tido balik waktu petang. Tapi ada satu kes yang pernah dilaporkan, aku bangun pagi, sambung tido balik pukul 12 tengahari, dan bangkit semula pada pukul 9.00 malam. Itu jam aku keliru nengok hari gelap. Entah pagi ke entah malam.

Hari aku bermula dengan chores biasa seperti gosok gigi, mandi dan sebagainya. Lepas bangun tido jugak aku melakukan aktiviti buang air sambil isap rokok yang ke-best-an nya tak ternilai bagi aku. Bagi aku aktiviti ini memberikan aku ruang masa aku sendiri dan meng-isolate diri aku dengan dunia luar supaya aku dapat fokus kepada ponder perkara yang terpaling halus dan merangka keseluruhan aktiviti aku sepanjang hari nanti. Ada jugak sesetengah kes aku membaca buku sejurus selepas bangun daripada tido untuk menimba ilmu dan menambahkan pengetahuan. Time aku bangun tido jugak ngam-ngam time tu la rancangan Oprah ke udara. Jadi aku terpaksa nengok. Kadang-kadang best jugak. Kalau aku terjaga awal pagi, aku akan melakukan brisk walk di sekitar bandar Lipis ni untuk meningkatkan stamina tubuh badan dan supaya balance dengan tabiat merokok aku yang heavy tu. Ada sesetangah kes, lepas bangun tido je aku terus pekena mee kari kat kedai pakteh sana.

Dah siap mandi seme, aku akan turun ke ibusawat (cybercafe) untuk layan komputer ataupun main game PS2. Jika saya menghadap komputer maka takkan ada habisnya perkara yang aku nak buat. Dan perihal main game pulak aku main game secara sistematik. One game at a time. Cari game power dan main sampai habis. Baru main game lain pulak. Kemudian aku akan balik rumah dan makan nasik. Lepas makan nasik besar kemungkinan aku akan tido balik untuk cover waktu tido aku (kalau aku bangun pagi). Ada sesetangah kes, lepas makan nasik aku akan sambung balik main game ataupun layan komputer.

Menjelang petang kalau ada kutu datang melawat aku, aku akan mengajak mereka pekena minum kat kedai bawah sana untuk nengok orang lalu lalang dan berbincang mengenai perkara current effect. Lepas lepak bawah sana, biasanya aku akan terus mengorak langkah pegi studio untuk jamming. Jamming adalah perkara yang penting bagi aku. Kalau lama tak jamming bisa membuatkan aku gila meroyan dan meracau seorang diri. Kadangkala ada ramai kutu kat (privately owned) studio tu menyebabkan aku cenderung suruh diaorang main dan memberi peluang untuk aku berkaraoke. Kalau takde orang, aku ngan Mael akan berlatih pattern-pattern dan lagu-lagu baru.

Lepas jamming (biasanya 7 petang) kalau tak melepak umah Mael sampai tenggelam matahari, kitaorang akan mengorak langkah ke kedai Rapi untuk pekena neskepe'o sampai malam. Kemudian kami akan bersurai. Aku balik umah. Kalau ada nasik kat rumah aku makan nasik dulu, mandi-mandi seme dan keluar balik menyambung perjuangan melepak. Ada beberapa lokasi melepak di waktu malam ni seperti Ali Kapak, Alamanda, Uptown dan Bt.2. Kalau boleh aku memang nak melepak sampai pagi, tapi memandangkan kutu lain semua bekerja pada siang hari esoknya, maka kitaorang terpaksa bersurai jam 12.00 malam.

Balik ke rumah aku akan terus mendapatkan komputer. Baca berita, nengok blog, update, edit gambar, jalan-jalan sana sini. Bukai kedai baru, nengok e-mail, nengok gambar. Aktiviti berinternet aku majoritinya melibatkan research untuk program kewangan aku dan belajar mende-mende yang aku nak tau dan perlu tahu seperti PHP, Pearl dan CSS. Aku gemar meneroka ruang eksploitasi baru untuk si-implement kan ke blog ataupun website. Chatting jauh sekali.

Akhirnya pukul 3 pagi baru aku balik rumah. Ini kerana aku melimitkan masa aku berinternet (research, buat page baru) hanya 3 jam sehari. Sebab nanti kalau aku dah berjaya aku boleh sembang lebat kat orang lain "Hek ele.. aku kerja hadap komputer 3 jam je sehari.." Pukul 3 tu aku tak tido lagi. Sekali lagi aku akan meneruskan baca buku. Sebab aku nak perkara yang aku baca tu berada last sekali dalam aktiviti berjaga aku supaya otak aku dapat absorb sepenuhnya waktu aku tido. Lepas tu barulah aku tido dengan tingkap yang terbuka luas, kipas speed no.2 dan kabus pagi menerjah ke dalam bilik aku.

Bila aku terjaga keesokan harinya, semua ni akan bermula sekali lagi. Cuma anomaly berlaku hari selasa di mana petang tu kalau ada duit lebih sikit aku akan melepak di KerpanWalk. Dan hari jumaat aku jenjalan kat pasar malam.


Mungkin bagi sesetengah orang, melepak sepanjang hari adalah sangat boring dan membuang masa. Tapi bagi orang macam aku ni apa lagi yang nak dibuat selain daripada melepak? Bagi aku melepak ni adalah satu seni yang perlu dihargai dengan sepenuh hati. Tak boring ke? Mana ada boring. Aku berpegang teguh kepada kata pujangga seorang pendita yang berbunyi "Takkan kamu merasa gundah gulana jika kamu sekalipun tidak merasa bosan dengan apa-apa sekalipun walaupun hanya berbaring melihat langit membiru dan awan yang berubah bentuk" - Kumprinx (2000)

Ada 2 keadaan. Yang pertama aku banyak duit dan boleh beli rokok sekotak. Keadaan yang satu lagi tu aku tak berapa ada duit sangat dan terpaksa bergantung hidup kepada rokok batang. RM0.50 sebatang. Tapi biasanya aku ada kurang dari RM5 dalam poket aku. Nak ikutkan belanja harian aku abis minimum seringgit sehari iaitu untuk beli rokok 2 batang. Dan biasanya RM6-7 inggit gitu untuk beli rokok sekotak dan neskepe'o 2 gelas. Itu je yang aku perlukan. Lain tarak.

Ya aku memang sengkek orangnya. Duit takde, melepak kuat. Aku ingat orang sekitar pun dah mula saspek kat aku. Tertanya-tanya aku ni kerja mende. Walhal kalau ada orang tanya aku gembira menjawap bahawa aku tak bekerja dan menghabiskan sisa hidup aku dengan melepak. Tapi bila aku senang sikit, makan besar kat kedai ke, isap rokok kotak besar ke orang akan pandang slack dan merasa dengki.

Aku hidup di pekan kecil bernama Kuala Lipis yang penuh dengan orang-orang gila. Hari berlalu dengan sangat slow kat sini. Takde kejadian tembak menembak, rompakan bersenjata dan aksi kejar mengejar ngan keta. Yang ada cuma orang-orang yang rasa dia lebih best daripada orang lain. Hasad dengki adalah nama ke-2 bagi setiap penduduk kat Kuala Lipis ni. Mesti dengki ngan sesiapapun. Tak boleh orang senang sikit. Nak-nak kutu lepak macam aku ni. Tak boleh aku hidup dalam kemewahan padahal aku tak bekerja. Bila orang lain lebih diaorang dengki dan bila dia sendiri lebih, dia akan up sampai orang lain pun dengki jugak.

Aku jugak tak punya ramai kawan sebab aku tak berbual dengan ayat-ayat crap-hole. Aku tak ambik tahu hal orang lain dan aku tak bercakap perkara-perkara yang tak berfaedah. Aku juga tak membuang masa untuk menyiasat latar belakang sesiapa, dengki kat sesiapa dan tak juga mengambil tahu mengenai gossip-gossip terkini. Aku juga tak ramai kawan sebab aku takde masa nak merempit naik motor laju-laju, mengacau awek-awek di jalanan. Aku juga tak ramai kawan sebab aku tak bercerita dan tak mengambil tahu mengenai hal-hal yang di luar kemampuan aku contohnya dalam bidang permotoran, spoiler kereta, ekzos kecoh, telefon bimbit model terkini dan pakaian fesyen yang paling latest.

Aku memandu motor cabuk (yang laju) dan sungguh buruk rupanya. Orang biasanya akan memandang jelek. Kereta nak keluar simpang pun tak tunggu aku lalu dulu, terus main tibai je. Aku tak mampu nak repair motor tu. Nak beli roadtax, nak tukar lampu depan/belakang. Jauh sekali nak solek cantik-cantik. Ini menyebabkan polis cenderung menyaman aku setiap kali. Semuanya sebab aku tak mampu nak biaya itu semua (baikpulih) dan mereka menambahkan lagi beban hidup aku dengan suruh aku bayar saman dan naik mahkamah. Kadangkala mereka menarik motor aku ke balai dan lagi susah hidup aku kalau jadi macam tu.

Aku jugak memakai telefon bimbit model 'zaman toru' yang dah hilang tanda button dia. Entah mana satu no1 mana satu no9. Butang no.8 dan no.3 jugak sukar ditekan dan ada sesetengah kes, sampai patah kuku aku menekannya. Bila aku bercakap dengen telefon aku ni, orang lain yang memandang akan terus bawak keluar telefon bimbit model terkini-mp3-bluetooth-banyak video lucah diaorang supaya diaorang rasa lebih superior dari aku.

Mana sumber pendapatan aku? Takde. Aku tak makan gaji jauh sekali makan rasuah. Cuma kadangkala ada orang mintak aku taip surat ke, repair komputer ke apa ke, itu je lah sumber pendapatan aku.

Dengan kehidupan minimalis aku ni, biaya kehidupan aku sedikit. Dan aku gembira dengan hanya ada RM5 je dalam poket aku pada satu-satu masa. Aku menggunakan segala resource yang aku ada dengan planning dan strategi yang licik. Aku tak perlu terkejar-kejar pegi topap henset, bayar itu bayar ini. Aku pastikan semuanya simple dan mudah supaya tak banyak hal yang timbul.

Rancangan masa depan? Aku ada rangka rancangan yang paling besar yang akan berlaku dalam masa 5 tahun yang akan datang ni. Lepas tu aku akan bersara dan settle down kalau umur masih panjang. You wont belive what i have in store. Buat masa ini, inilah jalan kehidupan aku skang ni. Penuh keseronokan, debaran, excitement dan penuh crap.

Mungkin ada sesetengah orang yang merasakan yang hidup aku ni penuh crap, tak berfaedah, tak menyumbang kepada masyarakat dan good for nothings. Selagi aku pekakkan telinga dan buat tak peduli aku akan bahagia. Aku rasa hidup aku ni lebih best daripada hidup diaorang yang jadi hamba gaji, hamba makwe, hamba kereta, hamba bil, hamba style terkini, hamba kad topap dan hamba politik. Mengetahui aku memacu hidup aku tepat sebagaimana yang aku nak, dan tak pernah gagal, memberi keyakinan kepada aku untuk meneruskan hidup.
Hidup secara minima
Hidup dengan penuh riang gembira
Hidup dengan penuh ambisi dan matlamat
Hidup di antara mereka yang jiwanya telah lama mati
Hidup sebagai kutu lepak handalan

and i love.

every.

fucking.

second.

of it!


"Menyanyi lagu bukan dangdut asli tapi yang penting kita hepi"


Extra: Kuala Lipis Page by Kumprinx

Saturday, February 25, 2006

Tag/Meme

Pepagi dah kena. Dari Eastmail. Mujurlah hari ni aku ada banyak masa lapang.

4 Jobs
Though banyak kerja-kerja sambilan yang pernah aku buat sepanjang hidup aku ni, 4 di bawah ni adalah yang paling menyerlah. (mintak 4 je pehal?)
-Pembanci pokok kelapa sawit di Felda Kechau (2000)
-Peng-install Streamyx (2004)
-Mengumpul besi-besi buruk kumpul duit pegi nengok Konsert Search (2005)
-Kutu lepak sepenuh masa (2006-sekarang)

4 Movies
Ini 4 movie yang last sekali aku nengok.
-Rock
-PHSM 2
-Die Another day
-Remember the Titans
Ni antara 4 movie yang aku dah nengok 5+ kali.
-City of Angels
-Perempuan, Isteri dan..
-Kill Bill vol.1,2.
-Sin City

4 places I have lived
-Penjom
-Tempoyang
-Taman Maluri
-Pandan Indah

4 tv shows I love to watch
-Indo Top Ten
-Alias
-MythBuster/MegaConstruction
-Asian Fashion Luminare :P

4 places I've been on vacation
-Pangkor
-Marang
-Borneo
-Gunung Tahan

4 blogs I visit daily
-
Boing-Boing
-
GoogleBlog, Adsense, BloggerBuzz, GoogleNews (In Google We Trust)
-
PostSecret (Weekly)
-Blog kengkawan yang ada RSS feed (semua sekali)

4 of my favorite food
-Nasik Goreng Ayam Ali Baha (Tmn. Ksm)
-Cak Fann Din's Cafe
-Ayam Goreng KerpanWalk
-Mini Murtabak/Apam Balik Nipis (Kuala Lipis proprietary cuisine)

4 albums I can't live without
(answers does not reflect my current play/setlist)
-Absolution
-Bintang Lima
-Pieces Of You
-Mirrorball

4 vehicles I owned
-Basikal Flatland (lost-stolen)
-Basikal MountainBike (lost-stolen)
-Yamaha Y80 Racing Spec (impounded)
-The Legendary Kawasaki Turbo (current)

4 mangsa seterusnya
In accordance to Pyrokumprinx Advanced Media policy, I will never bug people with unwanted or/and but not limited to, anticipated meme/tag. Unless I really want to.
Have a nice day!


What is Meme?

Wednesday, February 22, 2006

Juara Kugiran Terbuka Lipis 2006

Tahun ni, Juara Kugiran Terbuka Lipis akan memeriahkan lagi scene muzik Kuala Lipis. Pertandingan ni terbuka untuk semua orang tanpa mengira usia. Aku sajes korang masuk pertandingan ni sebab yuran hek ele.. murah gile RM30inggit je. Hadiah pertama bernilai RM5rat. Minimum 3 orang ahli dan tak boleh lebih dari 5 orang. Kena bawak satu 'lagu dari artis tempatan' dan satu lagi lagu pilihan sendiri.

Pertandingan akan diadakan pada hari Sabtu 18 Mac 2006 bermula lam 10 pagi. Bertempat di perkarangan Lipis Centerpoint. Venue ni memang sure havoc dan pasti ramai awek yang datang nengok. 8 band akan dipilih ke peringkat akhir pada malam hari yang sama. Tak perlu handal nak masuk, asal boleh main je. Takde hal punya. Just play for fun. Mana tau menang juara boleh pekena makan ayam selama 5 hari berturut-turut dengan wang yang korang menang tu. Apa-apa genre pun boleh main asalkan tak 'muzik klasik eropah', lucah, politik dan macam biasalah takkan korang tak tau.

Aku jugak menyarankan korang agar menonton dahulu filem ROCK sebelum beraksi untuk 'bagi naik' semangat. Dan jugak aku akan mengkonsider band yang menjadi juara untuk memenuhi 'Hightlight Slot' untuk Sure Pekat Jamm Festival 2006 yang akan diadakan pada bulan Jun akan datang.

Ayuhlah ke Kuala Lipis untuk memeriahkan suasana.

Hadiah Utama:
Johan - RM500.00+Sijil
Naib Johan - RM300.00+Sijil
Ke-3 - RM150.00+Sijil
Saguhati - Hamper+Sijil

Hadiah Sampingan:
Vokalis Terbaik
Gitaris Terbaik
Bassist Terbaik
Drummer Terbaik
Masing-masing akan menerima RM50.00+Sijil

Yuran Pertandingan:
RM30.00

Tarikh dan masa:
18 Mac 2006 (Sabtu)
10.00am-3.00pm - Saringan
9.00pm - Final

Tempat:
Perkarangan Lipis Centerpoint
(kalau dah sampai Kuala Lipis, you cant miss this venue. Mesti jumpa)

Tarikh tutup penyertaan:
13 Mac 2006 (Isnin)

Sila Kontek:
Eddie - 012-384 9263
Faris - 012-689 3213
Yan - 013-203 3092
(tell them Kumprinx send you)

Tuesday, February 21, 2006

Kumprinx Home Remedies Part 2

Setahun tak pernah pegi hospital tak bermakna aku tak jatuh sakit sekali sekala dalam hidup aku. Namun demikian aku sering meng-apply trick rawatan buatan sendiri aku yang murah dan berkesan. Sekali lagi aku ingin nyatakan di sini bahawa, AKU BUKAN DOKTOR!

Sakit Otak
Sakit otak jenis ni berpunca daripada makan ABC ataupun aiskrim bertubi-tubi. Zaman dulu bebudak kampung datang Kuala Lipis nengok wayang. Sebelum nengok wayang mereka akan pekena ABC ngan Mee kari dulu kat satu mapley kat atas bukit sana. Bila wayang dah start ada sesetengah kes yang pecut terus lari, tinggal je mee kari tak habis. Dan ada jugak yang sokiu makan ABC tu laju-laju. Inilah yang menyebabkan sakit otak. Bila sakit otak macam ni berlaku, tekan lidah korang ke langit-langit mulut korang. Biar tutup semua permukaan. Dengan ini korang akan transfer haba dari lidah tu ke langit-langit. Bila makan ABC laju-laju, saraf kat lelangit tu akan menjadi terlalu sejuk, otak korang ingat dia pun sejuk sekali. Takut menjadi beku, otak korang akan memanaskan otak tu secara otomatik untuk mengelakkan beku. Sakit otak terjadi apabila otak kita ter-overheat.

Luka Ringan
Hek ele.. luka ringan ni kategori dia adalah tak sedalam satu inci dan tak sepanjang lebih dari 10cm. Cuci pakai air, dan aku selalu guna antiseptik cap Basidin. Nama dia menarik macam Baharuddin sebab tu aku seronok guna. Pastikan bersih sepanjang masa. Selalu tukar balutan/cuci. Jangan biar sampai bernanah.

Sengal
Orang kampung aku panggil 'Senyo'. Sengal biasa berlaku di bahagian kaki sebab terlalu lama buang air besar kat dalam tandas. Kadang2 tu bukan buang air besar sangat, tapi sebab baca majalah dan isap rokok menyebabkan masa yang lama digunakan dalam tandas. Pabila duduk untuk jangkamasa yang lama juga akan menyebabkan sengal. Sengal rasanya tidak best dan macam ada jarum cucuk kulit korang. Jika sengan di bahagian tangan, ubatnya adalah goyangkan kepala anda ke kiri dan ke kanan cepat-cepat. AMARAN!: Jangan sampai terkehel. Sengal disebabkan tekanan pada saraf-saraf di tengkuk. Kita kena longgarkan balik tekanan tu. Kalau sengal kat bahagian kaki, amik Hulahop dan lakukan senaman Hulahop. Menari twist dan gelek gerudi juga berkesan sebab tekanan di bahagian bawah badan menyebabkan sengal kaki.

Habuk masuk mata/ Mata masuk habuk
Mata masuk ke dalam habuk memanglah perkara yang bohong dan merepek sebab mana muat nak masuk. Tapi masih ada lagi yang guna ayat tu. Yang sebenarnya adalah 'Mata dimasuki habuk'. Mata masuk habuk time sedang memecut di atas motor memang berbahaya dan silap haribulan boleh membawak eksiden. Pabila mata korang dimasuki habuk, isi pinggan dengan air, kemudian menyelam dalam pinggan tu sambil kelip-kelip mata. Memang seronok kalau dapat kesan apa dia yang masuk dalam mata kita tu sebab ia akan terjatuh ke dalam pinggan. Ambik habuk tersebut, balut dalam kain kuning dan letakkan di atas busut jantan. Tiada apa-apa yang akan berlaku.

Liat bangun tido
Memang susah nak bangun tido terutama sekali bila hari hujan. Bila terjaga, terus minum minuman yang manis (jus oren, milo, neskepe) dan lantas nyalakan rokok sebatang. Kita susah nak bangun sebab badan kita masih dalam keadaan rilek dan jantung kita pun slow. Rokok akan meningkatkan pace jantung anda dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh badan dengan lebih cepat. Anda akan berasa lebih segar dan bertenaga.

Insomnia/Susah nak tido
Susah nak tido sering berlaku pabila kita berasa gelisah dan banyak problem. Dalam ketakutan ataupun menunggu waktu interview/baca akad nikah keesokan harinya. Tak cukup tido akan menyebabkan kita berasa lemah dan tak bertenaga keesokkan harinya. Dalam kes sebegini, korang pegi Klinik Sulaiman kat Lot8 Lipis Centerpoint dan beli ubat batuk cap 'Hitam Punya'. Bila dia tanya terus cakap "Saya ni memang Mat Pet" sebab ramai mat pet melepak depan klinik dia beli ubat. Dan minum separuh botol. Anda pasti akan mengantuk dan terus 'out'!
Satu cara lagi adalah mandi air panas. Otot-otot dalam badan anda akan berasa lebih relaks dan cepat mengantuk. Kalau tak jalan jugak, sila baca buku teks Kimia untuk SPM. Works everytime.

Rambut Beruban
Rambut beruban menandakan anda telah menjengah senja dan takde ubat untuknya. Cuma jaga tingkahlaku anda dan perbanyakkan amal ibadat.

Itu sahaja untuk post Encore- Kumprinx Home Remedies. Ingat, gua tak tanggung apa-apa kesan sampingan yang berlaku. Sentiasa amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang berkhasiat.