Sunday, December 25, 2005

The Day God Lifted A Finger (and Hapdet Terkini!)

Asian Tsunami 2004

The Day God Lifted A Finger
Setahun nan lalu satu bencana yang sangat besar melanda area kita ni. Hari tu aku nengok utusan.com.my "Wahh ada tsunami ngan gempa bumi kat Malaysia", bisik hatiku. Namun aku tak sedar langsung betapa besarnya kesan kemusnahan bencana ni kat negara lain. TV pun tak nengok, asik ngadap komputer je. Lalu aku mengepost blog pasal tsunami ni. Post pun main-main je. Sampaila malamnya aku nengok berita. Pehh.. ramai gile orang mati rupanya. Barulah aku tau kedahsyatan tsunami ni. Ahli-ahli sains, cerdik-pandai, pakar geologi semua cerita macam-macam pasal tsunami ni.Gempa bumi la, arus pusaran la, geografi la. Bagi aku, there's only one explanation for all this, God lifted a finger. (Tuhan baru cuit sikit je). Jadi kita kena la selalu beringat akan kebesaran Tuhan, jangan selalu hanyut dibuai duniawi. Jangan sudah terhantuk baru mengadah. Waima demikian aku ucapkan takziah kepada semua mangsa tsunami tahun lepas.

Sesungguhnya Ku Sangat Sakit Kepala
Walaupun template baru nanti aku buat dari scratch, tapi dia masih lagi nampak macam template pre-made yang dah sedia ada dalam Blogger ni. Bagi aku, yang selama ni main taktik kotor pakai TABLE, DIV, DHTML, ngan Javascript, skang ni, CSS amat sukar bagi aku. Sebab baru sekarang ni aku nak explore possibilities dia. Besar potensi dia. Tapi pepehal aku kena stadi dulu. Entah jadi entah tidak ni kang. Pelancaran kmxnine untuk tahun baru ni terpaksa ditangguhkan. Lambat sikit la baru jadi. Nak kena baca dulu semua artikel tu. Nak kena buat beratus-ratus percubaan. Ele.. orang buat lampu tu rilek je. Ku harap selepas kmxnine ni nanti aku dah pandai dan mampu buat template macam template pre-made Blogger tu dengan seorang diri. Ya, template yang dah pre-made tu memang dah cukup baik. Tak perlu lagi nak sakit-sakit kepala pegi ejas, namun demikian bukankan ini Pyrokumprinx Advanced Media?

The Last Of Kepak Ayam Madu
Isnin nan lalu aku tetiba kepingin sangat nak pekena kepak ayam ni. Dapat jugak merasa dua bijik. Petang tadi aku mendapat berita yang sangat mengejutkan iaitu pengusaha kepak ayam ni akan berpindah ke Kolumpo 2-3 hari lagi. Hari yang aku pekena tu adalah hari last dia berniaga. Nasib baik aku..

Karan Yang Bakar Line
Skang ni kat Kuala Lipis selalu takde api.(bukan api memasak atau api lighter, tapi karan. Elektrik) Biasanya selepas takde api tu, pengguna akan dapat api yang minima. Iaitu api yang tak cukup power nak nyala satu rumah. Takde api pulak selalu berlaku dan sekejap-sekejap. Kalau lepak kat umah baring-baring takde hal langsung perkara sebegini berlaku, namun kalau tengah menghadap kompiter pastu tetiba takde karan cukup membuatkan aku menjadi hangin. Dah la begitu, kalau takde api keadaan dalam kedai aku ni akan menjadi gelap gelita yang sangat ekstrim sampai hantu jembalang semua berkumpul kat sini. Namun demikian pihak yang bertanggungjawap (TNB) kini dilihat sedang mengorek-ngorek tanah kat tepi-tepi jalan. Pengorekkan tersebut juga telah mengganggu lalulintas dan kadangkala takde orang jaga trafik sampai aku nyaris eksiden petang tadi. Walaupun aku tahu pihak TNB sedang bertungkus lumus membaiki kualiti 'konsistensi' api (karan) kat Lipis ni, namun ketiadaan karan secara tiba-tiba memang bakar line bagi aku.

Header Galore Is Ready To Rock!
Setelah beberapa request, kini Header Galore sudahpun bersedia untuk dilancarkan. Tapi aku ingat nak launch masa kmxnine tu nanti. FYI Header Galore adalah koleksi header yang aku pernah guna untuk blog ni. Header adalah satu konsep yang aku gunakan supaya senang ank nak ejas 'mood' keseluruhan blog ni dengan mudah. Untuk header jugak aku menggunakan gambar-gambar terbaik yang aku cilok, songlap dan rembat dalam internet. Jadi header galore adalah satu koleksi terbaik antara terbaik yang tak mungkin korang lepaskan!


Some Standard Feature Disabled
Skang ni aku dah buang beberapa perkara kat blog ni untuk memudahkan kerja-kerja upgrade. You might notice this already.

Thursday, December 22, 2005

Bersabarlah.

coming soon

Tak lama lagi aku akan upload trailer (Flash/SWF) untuk kmx9 nanti. Daripada trailer tersebut korang akan tau apa yang aku tengah buat skang ni. Dan ada jugak lebih banyak insight pasal komponen baru untuk Pyrokumprinx Advanced Media ni nanti iaitu 'Obscenity Filter', 'Decal', 'Diges', family tree dan jugak yang paling power 'kumprinx18'. kumprinx18 adalah byproduct daripada 'Obscenity Filter' ni nanti. kmx9 adalah upgrade yang paling jitu sekali. Sepatutnya sampai peringkat ni tangan korang dah berasa sejuk dan berpeluh. Degupan jantung menjadi lebih laju. Hehe..

Projek mega yang digembar-gemburkan tu akan dinamakan 'Diges'. Sesapa lagi rasa-rasa berminat dengan projek ni, silalah mengontek aku. Tinggal e-mail ke apa. Kerana aku hanya akan meng-inform mereka yang berminat sahaja. Penyertaan tidak akan dibuka kepada umum. Mereka yang join ni nanti akan jadi warga yang paling cool sekali. Ini projek sukarela, tak dapat wang. Tapi banyak benefit kepada korang sendiri jugak. Projek ini jugak bukan satu lagi projek buku. Saya harap ini akan menjadi seperti yang saya harapkan.

Berikut adalah update terkini:

sebeneleben
7eleven akan dibukak kat Lipis tak lama lagi. Kedai ni paling laju sekali bukak. Keseluruhan kerja-kerja modified kedai tu ambik masa kurang dari seminggu je aku rasa. Pembukaan 7E kat Lipis ni signifikan kepada tak perlu pow rokok member tatkala kehabisan rokok di malam hari (takde kedai bukak dah).

Restoran Sri Medina
Berhampiran ngan 7Eleven baru tu nantu ada restoran 'Sri Medina'. Dengar khabarnya orang pakistan yang bukak restoren ni. Saya telah men-sample makanan dia dan saya berikan 4 bintang. Ada jual roti nan. Orang kampung semua molopong nengok roti bakar dalam tempayan. Selama ni takde. Dan mereka ingat tempoyak je letak dalam tempayan. Namun demikian saya jugak sangat berbesar hati jika tukang masak kedai tu pakai pakaian yang smart sikit dan kurang maki hamun pekerja dia. Ini pakai selekeh je..

Nasik Lemak MILF
Bukan pasal 'nasik lemak' MILF tersebut. Tapi pasal nasik lemak yang dia jual. Aku sekarang berasa risau sebab beberapa hari kebelakangan ni aku asik layan nasik lemak dia je. Nasik lemak dia memang sedap. Sambal dia power dan ada papadam.

Coming Soon:
-The Chronicles Of Chomi. The Cat, The Bed and Wet Pussy

Saturday, December 17, 2005

It's Been a Year

Hari ni genap setahun aku mem-post cerita aku ni. Penangan dia menarik. Macam-macam feedback aku terima.
Bila sesuatu perkara tu berlaku, dalam real-time otak aku terfikir "How do I put this in words?". Jesteru ia menjadi cabaran kepada aku. Macamana nak tulis mende ni. Macamana nak perincikan dia dalam bentuk tulisan sampai orang boleh paham dan immerse diri diaorang dalam situasi yang aku cuba terangkan itu.
Cerita ni jugak adalah antara buah hati aku yang aku paling suka. Sebab semuanya semudah 1-2-3. Even dalam kapal terbang masa nak balik Malaysia ari tu, ayat-ayat dalam cerita ni dah bermain-main kat dalam kepala otak aku. Kalau la cerita ni pasal mende lain contohnya pasal melancong ke Maghribi ke, mesti aku tak habis-habis petik cerita ni. Mudah menulis cerita ni sebab semuanya bermain-main dalam kepala otak aku time tu.
Bila dah habis menulis tu, aku review 2-3 kali, pastu terus post. Lepas tu takde dah sebarang penambahan kepada cerita ni. Aku pernah plan nak tulis balik cerita ni. Buat lebih panjang dan detail. Tapi aku gagal. Pernah ada orang mintak versi yang elok tatabahasanya, dan sesuai untuk publish kat arena perdana tapi aku gagal buat. Kenapa? Sebab feel masa aku tulis dulu ngan feel aku sekarang ni tak sama. So ia takkan jadi walau sekuat mana aku berusaha.
Masa aku tulis tu aku dalam keadaan depress yang sangat optimum. Jari-jemari aku terketar-ketar menaip setiap rangkai kata. Rokok beratus-ratus batang aku isap. Time tu aku marah, sedih, kecewa, mengantuk, tertekan dan macam-macam lagi emosi. Yang jelas, sekarang ni aku dah tak berapa rasa apa yang aku rasa back then.
So Bidadari mungkin adalah antara karya aku yang terulung. Aku simpan dia 'as is' sebab aku tak boleh replicate feel yang aku rasa masa aku tulis ari tu. Walaumacamanapun, Bidadari tetap macam tu. Takde dah nak ubah-ubah, apply apa-apa atau ejas apa-apa.
Sekarang ni, aku dah letih nak bersedih lagi. Aku letih sangat. Waimapun aku dan orang tersebut masih lagi maintain kontek yang konsisten. Hubungan kitaorang skang ni sangat kompleks.
Tapi aku masih berharap
Suatu hari nanti aku akan kembali ke kompiter ni, dan kembali menulis lagi cerita pasal Bidadari ni. New events that'll unfold. Cerita-cerita baru. Bukan lagi flashback. Kali ni tak depress dah. Kali ni semuanya cerita hepi. Kali ni bila korang baca, perasaan korang akan berbunga-bunga. Tapi itu semua hanyalah harapan. Screw the extra chapter, extension and shit. This is the original Bidadari.

Sunday, December 11, 2005

Monday Muse : Take On Miss World 2005

dont you wish i had that Obscenity Filter?

Miss World
Sabtu nan lalu gua berehat kat umah nengok Miss World. Miss World, Miss Universe, Miss Amerika semua sama je. Aku harap di masa-masa akan datang ada satu pertandingan 'Miss' yang betul-betul cari spesimen wanita yang tercantik secara visual dan kosmetik semata-mata. Takde nengok personaliti, bakat, seme. Cuma yang paling tercantik kat pandangan orang yang nengok je. Err.. bukan itu ke? Apa yang aku cakap ni?
Orang kena insomnia kuat merepek/meracau (?). Waima demikian, 'Beauty lies in..

Eye Problem
Beberapa jam nengok TV aku jadi sakit kepala. Main game 2-3 jam aku jadi sakit kepala. Mengedit corporate logo baru untuk KMXnine berjam-jam depan kompiter jugak sakit kepala. Membaca Mastika sampai habis satu isu meninggalkan aku dengan migrain yang teruk. Berjalan-jalan menghirup napas segar naik motor tak sakit kepala. Melepak dengan view yang menarik, tak sakit kepala. Jesteru itu aku membuat kesimpulan (dan jugak berdasarkan saranan kengkawan) bahawa mata aku dah tak berapa power. Kena pakai spek mata ke ni? Tak nak aku..

Member Saya Eksiden
Dia nak masuk simpang, pastu barangkali lori kat belakang dia tak nampak signal keta dia. Lori tu terus potong ikut kanan. Lori langgar belakang keta, keta berpusing 180 darjah. Keta remuk. Penumpang semua cedera ringan. Member saya yang memandu ni patah tulang selangka dan jugak beberapa batang tulang rusuk.
Aku sungguh terkejut dan tak percaya bila aku dapat mesej pasal dia eksiden. Menyirap darah aku. Petang semalam baru la aku berkesempatan nak nengok dia kat hospital. Nasib baik tak teruk. Makcik yang kat katil seberang sana lagi teruk. Bape kali mesin yang kira degupan jantung dia tu bunyi. Mujurlah anak-anak dia semua ada.
Waima demikian di sini saya ingin melahirkan rasa simpati terhadap eksiden yang melanda member saya ni. Saya harap dia cepat sembuh, makan makanan yang berkhasiat, makan ubat dan jugak ikut nasihat doktor. Harap dapat segera pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Member Saya Kahwin
Jemputan kahwin dia ni aku dah terima seminggu nan lalu. Namun aku gagal untuk menghadirkan diri karena keadaan yang tak terduga. Jika tidak saya jugak akan hadir untuk menunjukkan support walaupun tak membantu langsung dalam hal angkat hidang, potong daging dan kacau gulai. Namun demikian tak berjaya hadir bukan tak bermakna aku tak support. Dari jauh ku kirimkan salam. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Coming Soon:
-Bidadari Anniversary
-kmxnine teaser trailer

Thursday, December 8, 2005

Seleksi Pilihan Blog Minggu Ini & FFVII: Advent Children

Narish

Bagi aku blog yang baik dan best bukanlah terletak pada lay-out yang handal dan script yang hebat. Instead semuanya bergantung kepada penulisan itu sendiri. Style dia macamana, penceritaan, penggunaan ayat dan perkataan yang strategik. Sekali nengok blog ni terus masuk dalam bookmark aku. Orangnya keje designer. Dream job aku masa muda-muda dulu.. hehe.
Korang jugak boleh nengok portfolio(?) dia kat http://creativenarish.blogdrive.com. Terer beb. Menyebabkan aku mungkin tersipu-sipu malu dan tak boleh cari makan dah lepas ni. Balik kampung toreh getah.
Waima apapun. Aku suka blog yang sentuh perkara-perkara terlepas pandang. Contohnya dalam post terkini dia skang ni bertajuk 'Ngantuknyerrrrrr'. Good stuff! I like it. Tunggu apa lagi, pegi la nengok sendiri.
Nota: Harga getah skang ni melambung tinggi. 'Record High' kata sorang pakcik ni.


FF7

Tuesday, December 6, 2005

Hapdet Terkini!

"Ko tengok, apa yang telah terjadi?!"

Insomnia
Bila malam aku akan kuar melepak dan balik minimum pukul 12 tengah malam. Sampai kat umah aku mesti bukak tv dulu nengok kot kot ada re-run rancangan Miss World kat ch.70. Pastu layan je nengok tv sampai la takde cite best dah. Pastu aku menuju ke katil aku dan start landing. Malangnya aku gagal untuk melelapkan mata. Berjam-jam lamanya aku hanya kelip-kelip mata je pandang siling. Dengar bunyi kipas bilik aku yang dah uzur tu. Bising bunyinya. Alignment dia dah lari. Aku ingat bila aku tak pasang kipas aku boleh tido lena. Tapi tak jugak. Bukan sebab panas. Sebab memalam skang ni aku memang tak boleh tido dah. Sekali-sekala kucing aku yang sedang hamil tu datang menjengah. Barangkali dia tengah riki line port nak bersalin nanti. Tak sanggup aku kalau dia bersalin kat dalam bilik aku. Dah bilik macam tongkang pecah, kalau dah ada kucing beranak nanti apa kes dah ni?
Sindrom tak dapat tido aku ni bermula lepas raya ari tu. Memula dalam pukul 2 gitu setel aku terlelap. Lama-kelamaan makin pagi aku bisa terlelap. Skang ni bila ayam berkokok baru la aku terlena. Itupun tak boleh tido lama. Kena bangun sebab ada hal. Penyakit ni benar-benar menyusahkan aku sebab bila siang aku tak fit nak buat apa-apa. Mata pun macam digam-gam. Pedih macam ada orang taruk pasir dalam mata aku tu.
Dengan penyakit aku yang semakin meruncing ni, aku berbesar hati memberikan diri aku sendiri cuti bergaji selama sebulan kepada diri aku sendiri.

Orang Mati
Aku ucapkan takziah kepada waris orang yang meninggal semalam. Walaupun mukamu tak ku kenali (tengok muka kenal, nama tak tau), tapi aku tetap bersimpati dengan apa yang dialaminya. Sanak saudara dia, bini dia. Arwah mati terjatuh dari kren masa tengah pasang Astro. Mende dah nak jadi..

Nasik Lemak
Mem-pekena nasik lepak kedai Mee Kari Pak Teh pagi tadi telah memberikan aku inspirasi untuk menulis mengenai hal ini. 2-3 hari lepas aku terjumpa kenalan lama aku. Kecil molek orangnya. Tapi ada satu perkara ajaib berlaku terhadapnya. Aku tak pasti samada mata aku bermain dengan aku ataupun ianya kenyataan. "Dulu nasik lemak singgit, skang dah nasik leman RM2?!" getus hatiku. "Ko beli krim yang jual kat SmartShop tu ke?", tanya aku dengan ringkas.
Lain pulak halnya dengan sorang lagi kenalan aku ni. Tak kenal sangat. Barangkali dia nama aku pun tak tau. Namun demikian dia menjadi highlight untuk penulisan aku kali ini sebab aku baru dapat tau yang dia mengidap breast cancer. Mak aih.. terbalik meja bila aku dapat tau. Memang tak sangka. Dengarnya dah 3 kali operate. Saya berasa amat simpati dengan nasibnya dan harap dia akan cepat sembuh. Dan jugak saya nasihatkan dia try berubat cara kampung pulak kat Kemahang sana.

Need For Speed Most Wanted
NFSMW game yang aku tengah main skang ni. Ekoran daripada cuti aku selama sebulan yang baharu sahaja diluluskan (rujuk 'Insomnia) aku skang ni main game sepenuh masa. Mata naik bengkak. Jari ada 'callus'. Tulang belakang sakit. Dan malam tak dapat tido. Aku jugak ada membuat tracing untuk logo game NFSMW ni dan kalau ada sapa-sapa nak order baju ada logo tu, sila kontek aku. Aku jual RM35 je. Hehe..

Journal Vol.2 Posponed?
Ya. Pengreleasan zine ni telah dipospone kepada suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. Pada mulanya zine aku 'Journal Vol.2' dijadualkan untuk buat Crossover ngan zine Hilang Punca #6.Tapi aku gagal meng-collect penulisan yang cukup dan 'worthy' dengan nama 'Journal Vol.2' Dan aku jugak tahu kalau aku push jugak hasilnya akan sia-sia. Namun demikian aku jugak ada menyumbangkan beberapa artikel kat dalam zine tersebut. Apabila telah siap kelak, gua akan kempen kat sini. Saya harap korang semua beli dan baca sebab kepuasan terjamin saya gerenti. Hanya RM2 sahaja. Hell, i might throw it away for free. Senantiasa mengecek di sini untuk info lanjut mengenai zine Hilang Punca #6 (featuring Kumprinx)

KMX9
Ya. Dengan ter-kanselnya plan aku untuk meng-release Journal Vol.2 ni skang aku boleh fokus kepada KMX9. Iaitu visual upgrade yang ke-sembilan untuk blog ni. Kali ni pasti lebih dasyat. Lebih ganas. Lebih stream-lined. Lebih user friendly. Dan lebih umpan korang untuk klik kat iklan-iklan tu. Bila klik iklan aku dapat sedikit wang. Dan dengan wang yang terkumpul itu, suatu hari nanti gua pasti berjaya membeli hosting sendiri yang surely akan meng-enchance experience korang kat site ni. Aku boleh upload video, lagu semua bagi korang donlod. Tak ke best gitu? Jadi jangan malu. Kalau ada iklan dari Gogle tu terus je klik. Jangan pikir panjang lagi. Satu lagi feature yang paling penting untuk KMX9 nanti adalah feature yang most of korang pasti akan be pleased. Mesti korang suka. Tapi ini adalah satu langkah yang paling drastik dan global. Tak nyesal punya. Memang havoc satu kampung nanti. Takde rupa dah nanti. Sure kontroversi. Feature yang baru untuk KMX9 ni nanti aku namakan - Obscenity Filter.

Thursday, December 1, 2005

Keroncong - Irama Muzik Misterius

Keroncong

Apabila malam bersama radio, aku mesti layan keroncong ni. Di kala muda-mudi lain melayan lagu rock kapak 80-an sambil berjurai air mata, aku tetap bersama keroncong. Sebab time tu je stesen radio ni (yang aku tak tau stesen apa) pasang lagu keroncong. Siang-siang hari takde pulak selera aku nak layan irama ni. Mungkin di waktu malam adalah waktu aku ponder perkara-perhara yang terpaling halus, buang masa pikir siang hari. Di mana otak aku kadang-kadang rancak berfikir daripada perkara yang bukan-bukan sampai la ke realiti kehidupan; atau ada kalanya kosong. Kosong dan hanya memerhatikan kepulan asap rokok yang berubah bentuk.

Halnya mengenai lagu keroncong ni adalah aku tak dapat mengenalpasti apa yang aku ter-flash-back bila dengar lagu ni. Misteri. Mungkin sebab irama keroncong ni dah lama sangat. Muzik zaman purba. Dah ada sejak zaman berzaman lagi (abad ke-16). Tak sama ngan lagu artis superstar zaman akademi fcukinghell skang ni. Tapi aku layan je semacam. Lenggok suara dia, petikan gitarnya dan jugak bunyi drum yang ada sesikit. Nak kata aku layan sampai anguk-anguk kepala tak jugak. Nak kata aku into sangat tak jugak. Mesmerizing. Itu je yang boleh aku sebut. Entah hape yang kepala otak aku teringat bila dengar tune keroncong ni aku tak tau. Yang aku perasan, jiwa aku dibelai dengan alunan dan susunacara muzikal yang sangat mistik.

Misteri. Mungkin jugak sebab aku try tangkap bunyi instrument yang digunakan. Dengan itu aku sentiasa alert. Macam aku cakap tadi, kalau kita ingat lagu tu mesti boleh relate ngan peristiwa yang kita lalui di masa silam. Tapi aku haram tak ingat apa yang aku flashback. Samar-samar je. Masa aku kecik-kecik dulu ke? Masa aku sekolah rendah dulu ke? Apa signifikan sejarah tersebut? Kegembiraan ke? Kesedihan ke? Pilu?

Yang kompom, aku tak paham apa yang aku rasakan. Tak keruan pun ada. Sedih pun ada. Seram pun ada. Tak kiralah lagu tu pasal naik beca ke, pasal air sungai Pahang ke, awek jual goreng pisang ke. Dari aspek lirik aku tak pandang. Tapi tune dia tu.

Dari dulu dah aku terpanggil ngan keroncong ni. Pernah try nak main. Bawak jamming tapi tak jadi. Berhantu. Dah la pengetahuan tentang muzik ni tak berapa. Hape jaddah yang aku tau pasal keroncong? Nak rujuk orang pun, ramai yang serender. "Muzik ni kompleks", katanya.

Aura ataupun perasaan yang dibawak oleh irama keroncong ni aku tak dapat tangkap. Dalam ke-terpaku-an aku mendengarnya, terpana terbata, satu perkataan bermain di fikiran aku,
Death/Mati

Kalau ada satu perkataan untuk menggambarkan kemerduan keroncong ni, itu je yang aku mampu. Lagu orang mati. Keroncong itu berbunyi mati. Hollow and lifeless to my emotion yet vibrant and lively to my ear.

Yayasan Warisan Johor- Keroncong

Tuesday, November 29, 2005

Bikin Malu


Klik untuk download

Siapalah aku nak memberi komentar tentang kes video ni. Nengok berita, baca sekabar lagi banyak hal. Namun demikian aku juga masih berhak untuk memberikan pandangan aku. Apa nak jadi, jadilah..
-Menurut pandangan aku, orang yang amik video ni didorong oleh aspek pornografi yang berlaku di situ.
-Ketuk ketampi ni aku rasa prosedur biasa nak cari apa-apa barang tersembunyi yang mungkin disembunyikan. Ataupun diaorang boring kot?
-Memalukan? Orang dapat tau memang la memalukan.
-Terkejut? Terkejut sebab ada video kot?
-Naya punya kes.
-Sekarang baru kau tau!?

Monday, November 21, 2005

Suatu Pagi Di Musim Tengkujuh

jangan gaduh..

Kuala Lipis: Sebuah kedai kaset di pusat bandar ini musnah dalam satu letupan pagi tadi. Letupan itu dipercayai berpunca daripada sebuah bom buatan sendiri yang dicampakkan ke dalam kedai tersebut. 2 kakitangan kedai kaset tersebut cedera parah dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan. Mereka masih lagi berada dalam Unit Rawatan Intensif dan belum sedarkan diri. Polis menolak kemungkinan penglibatan pengganas dalam serangan bom itu. Modus operandi serangan ini masih belum dikenalpasti. Beberapa saksi yang ditemui mengatakan sejurus sebelum serangan seorang pemuda berpakaian serba hitam masuk kedalam kedai tersebut kemudian berlari keluar. Sehingga kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan. Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai letupan ini bolehlah menghubungi balai polis berdekatan.

Skang ni musim ujan. Malam semalam aku stuck kat Ali Kapak sampai pukul 2 pagi sebab ujan turun tak henti-henti. Maklumlah, Kawasaki Turbo aku tu (yang baru kuar dari balai) diketahui akan bersikap aneh kalau bawak dalam hujan. Dah la aku bawak tepung gandum sebanyak 2 kilo dalam bakul moto. Kang motor mati enjin, tepung jadi kodok.
Pagi tadi aku menerima tugasan untuk merempit ke pasar beli ikan, santan dan jugak minyak kelapa. Hujan renyai lagi time tu. Cuaca sejuk gile. Berbekalkan air milo segelas aku mengorak langkah merempit ke pasar.
Sampai kat pasar mata masih lagi mengantuk. Lalu aku menyalakan rokok sebatang untuk meningkatkan pace jantung aku supaya lebih segar bertenaga. Sampai kat apek jual ikan tu selamba dek je dia mark-up harga ikan. Sepatutnya 3 inggit je selonggok tapi dia up sampai RM8. Barangkali dia mengambil kesempatan terhadap aku yang nampak macam tak biasa je beli-beli ikan ni. "Sikalang musim hujan. Nelayan tidak mahu tulun ke laut. Ikan manyak susah mau dapat", jelas apek tu cuba menipu aku. Baik aku beli sardin je.
Kemudian aku usyar-usyar sayur. "Pekena angkat paku seikat buat gulai lemak ni..", getus hatiku. Ada sorang makcik je jual paku. Aku daripada atas motor je spund makcik tu. "Meh nengok paku tu..". Makcik tu amik 2 ikat tunjuk kat aku, "Ha hok ni kawe baghu petik smetar tadi. Come-come lagi deh..". Walaupun aku tak mengerti apa haram zaddah yang makcik tu cakap, tapi aku tau paku tu dah lama. Dah tak fresh. Daun pun tak smart. "Takpelah makcik..", ujar aku dengan sopan. "Amik lo dik. Makcik jual muroh-muroh je ni. 2 ikak 5 rial..". Damnit punya makcik, dah la jual sayur lama. Mintak pulak matawang entah negara mana tah. Arab Saudi ke apa. "Blah la lu makcik!", kata aku sebelum melakukan willie di tengah-tengah pasar tu.
Kendian aku balik umah. Aku continue perjuangan aku dalam sejam dua gitu. Dalam pukul 11am aku bangun. Lepas mandi bekpas seme aku turun ke kedai. Ingat nak main game. Tapi aku terlupa yang semalam aku dah abih main game God Of War.
God Of War (GOW) adalah sebuah game yang menarik. Control dia senang, grafik masyuk, puzzle dia takde la susah sangat. Kira game ni kena ngan jiwa aku. On par with MGS3. Semalam aku berjuang main game ni sampai habis. Peringkat akhir dia sangatlah susah. Naik cramp jari-jemari mulus aku ni. Nyaris dah aku nak givap. Namun dengan semangat juang dan keazaman yang jitu aku berjaya jugak menghapuskan semua musuh. Dengan harapan agar cutscene terakhir dia ada cinematic yang tunjuk gambar awek-awek cun dalam 3D. Tapi takde. Namun aku puas hati ngan game ni aku rekemenkan korang beli dan main sampai habis.
Lalu aku mati kutu sebab takde game lain nak main dah. Takkan aku nak main game Shrek je, mana steady macam ni. Game racing pun dah abih main. Dengan itu aku mengorak langkah ke kedai kaset kat belakang kedai aku ni untuk mengusyar game-game terkini di pasaran. Bila aku sampai je "Aik?! Takde. Akak, mana game PS2?" tanya aku. Biasanya ada kat rak belakang tu. "Toksah la panggil saya akak. Hik hik hik.. Game kena simpan dalam laci. sebab game cetak rompak. Ha ni dia.. hik hi hik." kata akak tu. Nasib baik 'gedik level' dia tak setinggi budak kat pasar ramadhan tempoh hari. Tatkala aku membelek-belek cd tu akak tu duduk kats ebelah aku. Standart kat kedai ni. Takut budak rembat cd. Lama lepas tu dia start bersuara. "Pakcik takkan dah tua-tua ni main PS2 lagi? Hik hik hik..", aku yang sedang kusyuk memilih game tu agak terganggu. Tak dinafikan aku memang terganggu ngan remark dia tu. Tapi aku palor je. Takkan nak hangin pulak. Tapi diam tak bermakna aku approve mende yang dia cakap tu. "Oo.. ni mesti beli untuk anak-anak kan? Anak berapa ramai pakcik?"

Friday, November 18, 2005

Saturday Blues

either way

Mercun Tarik
Minggu lepas masa aku jenjalan kat pasar aku nampak sorang brader ni jual mercun tarik. Aku ingat mercun jenis ni dah pupus dah. Rupanya ada lagi. Pastu aku beli la 4 kotak saje nak test. Musim perayaan ni molek jugak kalau ada mercun.
Zaman dulu mercun tarik ni adalah antara mercun kegemaran aku. Sebab ia memerlukan semangat yang jitu kalau nak tarik. Hati kena kering. Sound dia takde la power sangat, tapi kalau main dalam bilik tu boleh tahan gak bingitnya telinga. Bila kita tarik tali dia, lipatan tali kat tengah dia tu akan terurai. Dalam proses penguraian ni akan berlaku geseran yang mengeluarkan haba. Haba ini lah yang meletupkan belerang kat dalam mercun ni.
Kegunaan mercun tarik ni selain dari buat bising, ia jugak adalah satu peralatan prank yang menarik. Masa aku muda-muda dulu selalu ikat kat selipar kengkawan. Ikat kat seluar. Memang seronok. Tapi kalau aku yang kena sudah tentu tak best dan mampu menyebabkan pergaduhan.
Bebudak zaman skang ni ada yang dah tak kenal mercun tarik ni. Ada bebudak datang kat aku tanya "Apa tu bang?". Diaorang tak pernah jumpa mercun tarik ni. Mende nak jadi ngan bebudak zaman skang ni.
Zaman dulu kalau hari raya mesti havoc ngan bunyi mercun, bunga api, bebudak nangis terbakar badan, berita umah terbakar kat tv. Seronok. Kalau dah nama hari raya, mestilah kena ada mercun. Honestly, aku rasa semenjak kerajaan mengharamkan mercun ni, perayaan hari raya dah jadi hambar. Dah tak fun. Mereka ambik kegembiraan kanak-kanak menyambut hari raya. Takde bebudak lari-lari main bunga api. Apa gunanya hari raya kalau macam tu?

Semalam aku borong sedozen mercun tarik. Supply untuk seminggu.

Wednesday, November 16, 2005

About Being 22

Kumprinx turns 22 today!

My name is Amin. Somewhere 10 years ago I give myself another name. Kumprinx. Might sounded silly but then I embraced this name and let it represent the other side of me. For a while it was as I was living 2 different lives. Amin is the usual normal everyday people. While Kumprinx is smoking, curse swearing, torn jeans, and elusive, corrupt, nasty writer that is good for nothing. While Amin go fcuked all his exam results, Kumprinx is busy publishing his HC/Punk zine. While Amin is busy printing t-shirt, Kumprinx is also busy giving his blog a new facelift.
Somewhere a few years back, I discovered underground. I discovered HC/Punk. I learned that there is an alternative for this normal everyday world. I've discovered that this people think very differently concerning a particular subject. Knowledge is distributed at a whole new perspective. I only read zines. And never bother to listen to any of the punk music. Well maybe occasionally. I write zines because I have something to say. I need to voice out my opinion and to reach everybody in the community. Through my writings of course. But in the early years I was too stupid to think properly. I know a little something then blatantly write about it, without any proper research.
I always learned my lessons the hard way.
What you read here, and in the zines we're all Kumprinx work. And this sucker never goes out and meets people. Most of the time you'll meet the shy, non-talkative Amin. And most of the time, people got disappointed. Amin does not live up to the name Kumprinx.
A few years back, I take a giant leap in my life. I try to improve my way of living. I was greedy. I take the fast way instead of the right way. Victory was sweet but short lived. It takes the whole thing to start crumble in front of me for me to realize that it was a terrible mistake. By then it was too late.
Mistake. Yes I had a few. I never tell other people about my mistake. Because I believe to be successful we have to project a successful image. But I etched that note onto my heart and live with it my whole life. How much it hurt back then is equal to what I’m feeling right now. Anytime I recall the memories of my mistake as a crude reminder not to repeat it.
Deep inside we're all assholes. You know it but you just don’t want to admit it. I reject the thought that I am an asshole so much that I come to think that I’m someone else. Someone else that is victorious and triumphant. Then I hold true to that thought so much that eventually it comes to be. Holding true to something you really believe in is always my recipe for success.
But sometimes I think I know something but in actuality I don’t. I read a lot, did my research only on a particular subject that interest me. And I know that much, only enough to write and brag about it. Truth is, I know nothing! Then it come to me that no matter how much I read, watch, listen, knowledge is never enough.
Dreams. We all have dreams. Once I dreamed so high that it hurts so much when I failed. People say the higher you go the harder you fall. Not the case for me. For me, it's all about how you bounce back. Through the years I've learned my lessons;
I’ve learned to look thoroughly into people before giving any assumption about them
to contain my rage and anger
to utilize brute force and tenderness in equal measure
to admit my mistake and to ask for forgiveness
to be straight forward and to blast away sarcastism
to accept failure and celebrate victory
to appreciate the simple things
to respect people's view and to stand true behind mine
to be humble and down to earth
not to push my luck
to know that I should stop writing when the whole narration started to turn into rubbish.

In this coming years, next year in particular. There will be another major shift in my live. This time I have to make it right. Otherwise it'll be too late and stuck with it my whole life. It is time to repent my 22 years worth of mistake. And as always I'm eager to find out what's next in store for me. For anything that is, BRING IT ON!!!

Kejutkan Saya Pabila September Berakhir - Kisah Benar

Semboyan telah berbunyi..


Cerita ni aku dapat secara lisan daripada member aku. Adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni. Tapi aku ada improvise dan tambah sedikit sebanyak untuk bagi lebih ngam. Aku sama sekali tak berniat nak kondem ataupun mengutuk mana-mana pihak. Cerita ni jugak bukan nak mengaibkan sesapa tetapi sekadar pedoman dan iktibar bagi kita yang hidup di dunia ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. (nama watak adalah bukan nama sebenar. jika ada persamaan ia adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan)

Dalam sebuah sel tahanan, seorang lelaki berbaring di bawah katil usang..
"Kepala hotak dia, boleh blah. Kau dah banyak buat silap kat aku, kau la mintak maaf ngan aku, bukan aku mintak maap ngan kau. Keturunan aku tak penah mintak maap. Waima bapak kepada bapak aku tak penah mintak maap. Bapak kepada bapak kepada bapak aku tak penah mintak maap. Bapak kepada datuk kepada moyang aku kepada bapak aku, bapak pangkat tiga tak penah mintak maap ngan bapak kepada bapak aku. Lagipun dia bla bla..."
Itulah Hamdan (bukan nama sebenar). Dah 2 minggu dia kat dalam sel tahanan tu. Jelas daripada mumble dia tu, nampaknya otak dia dah sah short circut. Dah hang. Berseorangan dalam bilik tahanan tu dia bercakap seorang diri. Kadang-kadang terjerit-jerit. Kadangkala menangis merintih kecewa.

3 bulan yang lalu...
Ketika masih waras Hamdan adalah seorang pomen motor yang handal. Bengkelnya di hujung kampung dibina dan dibangunkan hasil dari titik peluhnya sendiri. Dan jugak sedikit suntikan pinjaman wang daripada Micro Kredit tempoh hari. Pendapatannya tak sebesar mana. Hanya cukup-cukup untuk menampung rokok sekotak sehari, makan 2 meal sehari, melepak di tengah malam sampai santak subuh dan membayar kembali pinjaman. Tak lupa jugak dana VCD wrestling yang dibelinya setiap bulan.

Tengahari adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh Hamdan. Kerana pada waktu itu kekasihnya, Melur (bukan nama sebenar) akan berkunjung ke bengkel motornya. Membawa mangkuk tingkat yang berisi nasik, lauk pauk dan jugak ulam-ulaman seperti petai, kerdas dan jering. Dan mereka akan makan bersama-sama. Dan ada jugak masa dia nak gedik tu, mereka makan bersuap-suapan antara satu sama lain. Melur adalah gadis kampung yang cantik, ada pakej. Member-member semua selalu tangkap jeles kat Hamdan sebab Melur sangkut kat dia. Pabila petang menjelma, setelah Hamdan menutup bengkelnya, mereka akan bersama-sama dating kat tepi sungai. Berbual mesra, bertepuk tampar ketawa riang gembira. Ya, sungguh best sekali kehidupan Hamdan. Cara hidup minimalist di perkampungan, bersama awek yang cun dan tak perlu banyak berfikir.

Hari itu di tepi sungai, port dating standart bagi Hamdan dan Melur. Matahari terbenam di ufuk timur. Langit berwarna kuning keemas-emasan.
"Melur.."
"Ye abang Hamdan.."
"Mereka kata hidup ini singkat. Katakan pada satu hari nanti kita terjaga dan semua impian kita, dan semua yang kita harapkan, tiba-tiba hilang begitu sahaja. Kita semua akan tua jugak suatu hari nanti. Semua akan berubah, keadaan pun akan berubah suatu hari nanti. Apa yang Abang Hamdan nak adalah hari ni sekarang ni. Perasaan abang terhadap Melur. Wajah melur sekarang ni. Cara abang menatap wajah Melur sekarang ni. Abang nak detik ini berkekalan selamanya..."
"Jangan bimbang abang. Walau apapun yang terjadi pasti akan ada seseorang di sisi abang. Melur takkan tinggalkan abang. Kita akan sentiasa memiliki hari ini, kita akan sentiasa ada untuk satu sama lain. Takde apa pun yang akan berubah. Melur nak abang tahu, walau apapun yang terjadi. Melur takkan tinggalkan abang. Melur takkan tinggalkan abang.."
Kemudian mereka ber-cuddle-cuddle sampai azan Maghrib berkumandang. Waima mereka berdua-duaan di tempat yang sunyi, namun mereka tak pernah melampaui batas. Mereka saling menghormati pegangan masing-masing. 'Kalau beromenpun tunggu dah kahwin nanti', pegangan hidup mereka berdua.

Detik-detik berganti dengan detik menit pun silih berganti. Hari-haripun terus berganti, bulan-bulan juga terus berganti. Akhirnya hari itupun tiba.
"Makcik bukan apa. Toksah nak pi tanya tuan punya badan dah noo.. Dah sah dok pi lari masuk bilik nun. Ni nak habaq mai. Makcik bukan tak suka ngan budak Hamdan ni, cuma kerja pomen tu bape la sangat dapat. Bukan nak menghina, tapi makcik berpandangan 5 langkah ke hadapan. Makcik nak anak makcik ni hidup senang. Jangan merempat makan siput semua. But dont get me wrong okay? Makcik approve Hamdan jadi menantu makcik, cuma Hamdan kena la cari kerja yang menjamin masa depan sikit. Tak payah la nak ada keta mewah ke, BMW ke cuma up le sikit kehidupan tu. Sekurang-kurangnya ada Kawasaki Turbo macam Amin tu. Ada rumah batu. Sejuk la sikit perut makcik ni. Makcik ni pun dah tua, tak lama lagi nak mati dah. Sekurang-kurangnya nak jugak nengok anak makcik ni gembira..", begitulah panjang lebar penerangan mak kepada Melur sewaktu rombongan peminangan Hamdan berkunjung ke rumahnya. Sejak hari itu Hamdan kerap termenung di bengkelnya. Dia buntu. Ada betulnya jugak cakap mak Melur tu. Bape sangat dapat setakat bukak bengkel ni. Nak tunggu kaya sampai bila. Kelulusan takde, harta takde. Nak bagi makan anak orang lagi, kalau dah beranak nanti nak beli susu anak lagi, rokok lagi, vcd gusti lagi.. "Ini tak boleh jadi ni!!", bentak Hamdan di dalam hati.

Pada satu hari. Tatkala Hamdan tengah syok layan kerja. Tetiba Melur datang.
"Katakan ini tak benar Hamdan! Katakan kau tak lakukannya!"
"Apa ni mel.." Pang!! Sekeping pelempang singgah di pipi Hamdan.
"Kenapa abang buat Melur macam ni?! Kenapa?!", Melur start nangis.
"Sabar Melur, abang boleh eksplen.. Abang memang nak bagitau Melur"
"Kenapa abang kenapa?! Kenapa buat Melur macam ni? Melur cintakan abang. Melur sayang abang."
"Abang pun sayangkan Melur. Jangan la macam ni. Dengar dulu.."
"Kenapa abang buat Melur macam ni?! Tergamak abang..."
Hamdan menepuk dahinya. Melur dah nangis tak boley stop punya.
"Abang ingat Melur akan paham. Mengapa Melur tak mengerti lagi? Abang buat ni untuk kita. Untuk masa depan kita! Abang ingat Melur akan berbangga ngan abang. Abang ingat dalam banyak-banyak orang, hanya melur sorang yang akan paham kenapa abang buat macam ni!!".

"Tunggu abang Melur. Ingat janji kita. Kelak abang akan kembali sebagai seorang yang berguna kepada masyarakat", itulah pesan terakhir Hamdan kepada Melur sebelum bertolak. Hamdan yakin dengan Melur. Walaupun Melur kurang approve ngan tindakan dia, namun dia percaya. Itulah tindakan yang terbaik untuk masa depan dia dan Melur.

Di tempat barunya Hamdan mengalami kehidupan yang penuh ranjau berduri. Latihan yang diterimanya begitu berat dan menyiksakan. Kena ragging lagi satu hal. Namun Hamdan tabah. Dia percaya semua ini akan berbaloi satu hari nanti. Apabila dia berjuang memperhambakan diri kepada negara di medan perang. Dan apabila dia hidup bersama-sama Melur hingga ke akhir hayat. Bilamana Hamdan rasa berputus asa, ingatannya terhadap Melur seolah-olah memberikannya kekuatan dan semangat yang baru. Latihan tentera bukannya mudah. Hamdan hanya faham sedikit sahaja mengapa latihan yang diberikan sebegitu getir. Hanya Melur sahaja yang memberikannya inspirasi dan ketabahan yang jitu.

Pada satu hari...
Hamdan dan rakan-rakannya dikejutkan lebih awal daripada biasa. Pukul 4 pagi. Tak sempat nak mandi, tak sempat nak pakai baju, tak sempat nak basuh muka. Mereka seramai 40 orang disuruh membuat barisan yang panjang. Hamdan, berada di hujung barisan diberikan sebuah kole (mug besi) yang berisi air dan sebatang berus gigi.
"Kau berus gigi pakai berus gigi tu, pastu kumur pakai air kat dalam kole tu. Kemudian jangan ludah ke tanah, ludah balik dalam kole tu. Passing kat member sebelah, dan buat mende yang sama", menyirap darah diaorang mendengar arahan daripada Sarjan diaorang tu. Hamdan meskipun agak panik, tapi dia rilek sebab dia orang yang pertama. Tapi member sebelah dia dah start kembang tekak apabila terpaksa kumur pakai air ludahan Hamdan tadi. Member yang ketiga apatah lagi. Nombor 5 dalam barisan buat rilek je. Tapi dia ludah siap kahak lagi, saje nak naya member sebelah. Nombor 10 dalam barisan tu dah start muntah, tapi muntah dalam kole tu jugak. Dan member sebelah dia terpaksa kumur pakai air muntah tu jugak. Tak terperi lagi rasa nak muntah di kalangan 40 orang tu. Mereka sedar kalau mereka tak buat, maka mereka akan terima yang lebih dasyat daripada ini. Hamdan pada mulanya beruntung menjadi yang pertama melakukan perkara itu. Sebab time tu air tu jernih lagi. Tapi dia silap. Selepas 40 orang berkumur dan meludah dalam kole tu. Dengan mulut aroma bangun pagi ni. Dengan kahak dan muntah dah berapa banyak masuk dalam tu. Kole dan berus gigi tersebut di-pass balik kepada Hamdan. Hamdan rasa macam nak pitam. Setakat kena tumbuk rusuk, berendam dalam paya penuh pacat dan lintah, bermalam seorang diri dalam hutan puaka dia takde hal punya. Tapi ini sudah lebih!

Hamdan tak tahu mengapkah dia diperlecehkan sebegini rupa. Ibarat takde nilai langsung. Takde harga diri. Namun pada detik itu, wajah ayu Melur mula menerobos ruang pemikirannya. "Ya, demimu Melur. Kole penuh air liur pun sanggup ku kumur!". Kali pertama mencuba, perasaan mual yang tak terhingga menguasai Hamdan. Dia ingat dia boleh buat, tapi sebenarnya tak. Hamdan muntah. Segala isi kandungan perut dia terkeluar. Dengan mee goreng, nasik semua habis. Disebabkan gagal melakukan perkara tersebut, Hamdan telah dibelasah teruk oleh pegawai atasannya. Dia kemudiannya tak sedarkan diri. Dia dimasukkan ke dalam wad.

Apabila terjaga Hamdan mulai sedar. Bahawa ini semua tak seperti yang diharapkannya. Dia ingat join askar, training pegang senapang pastu boleh terus perang. Dia silap dan menyesal. Dia ingin berhenti, tetapi mana boleh berhenti gitu je. Dia rindukan kehidupan minimalist kat kampung. Dia rindukan bau minyak petrol kat bengkel dia. Dan paling prima, dia rindukan Melur.

Hamdan nekad melarikan diri dari Kem. Curi kain baju orang kampung pastu tumpang lori kicap ke kampung halamannya. Dia tak nak dah menjejakkan kaki ke kem itu lagi. Cukuplah apa yang dia lalui setakat ini. Tak nak jadi askar dah. Sampai kat kampung lokasi pertama sekali yang dia tuju adalah umah Melur. Kat laman umah dia hanya ada Meon, adik lelaki Melur berusia 5 tahun tengah main tepuk daun.
"Dik, Akak Melur mana?"
"Eh abang Hamdan!! Melur takde, dia dah pindah umah."
"Pindah? Pindah mana?"
"Dia pindah kat tepi sungai"
"Aneh.." getus Hamdan.

"Bila abang join askar ari tu, do you know what you get yourself into? Akai ada ka? Sekurang-kurangnya pegi la meniaga burger ke, kerja kerani ke. Ini tidak, itulah jugak pilihan abang. Mak Melur otomatik tak approve. Kesudahannya ada orang masuk meminang. Nak tak nak Melur terpaksa terima je la. Nak tunggu abang sampai tua la nampaknya.. Ha, tu pun suami Melur dah balik.". Lemah lutut Hamdan mendengar penjelasan Melur tu. Dia berteleku di atas tanah. Sekonyong-konyong beberapa lelaki berpakaian tentera menerjah ke laman umah Melur. "Ha tu pun dia, tangkap!" salah seorang dari mereka berkata. Suami Melur yang baru balik dari keje tu terpinga-pinga, "Apahal ni?". "Askar lari dari kem bang..", jawap salah seorang daripada askar yang ditugaskan menjejak dan menangkap Hamdan.

"Meluuuurrrrr!!!!!". jerit Hamdan sekuat-kuat hati. Sejajar dengan jeritan itu 2-3 wayar dalam otak dia putus menyebabkan short circuit yang serius.

Jadi Askar- Cara Memohon

Monday, November 14, 2005

Claiming Kawasaki Turbo

Seminggu sebelum raya tempohari aku sekonyong-konyong aku menerima banyak SMS dan panggilan telepon, "Motor ko kena tarik!", "Polis ambik kawasaki turbo ko!". Malangnya pada hari tersebet polis mengadakan operasi merembat motor-motor yang tak berkunci di sekeliling bandar. Tak terkecuali the legendary Kawasaki Turbo aku tu. Aku tiada di tempat kejadian, jadi member-member aku yang nampak kejadian tersebet lantas terus meng-inform aku.
Cari-cari geran motor tak jumpa. Kalau nak angkat kat balai sana kena la bawak geran sekali. Maka pada tahun ni Kawasaki Turbo gagal beraya bersama-sama aku. Lepas raya aku jumpa balik geran dia. Tapi aku teragak-agak nak amik takut kena bayar apa-apa, paling sadis kena tangkap sebab ada waran saman. Namun demikian keta mak aku buat hal pulak. Rosak. Aktiviti lepak harian aku terganggu. member-member dah semakin ketat muka asik-asik terpaksa meloading aku untuk melepak. Ini tak boleh jadi ni! Apa nak jadi jadilah. Aku kena amik balik Kawasaki Turbo!
Semalam, bersama-sama 4 orang ahli pasukan, helmet sebijik, minyak petrol sebotol dan geran motor kami mengorak langkah untuk menuntut kembali Kawasaki Turbo, antara jentera paling wanted sekali dalam Lipis ni.
Aku berdua ngan Mael masuk dalam balai. Sementara PP ngan Amar stenbai dalam keta kat luar kompaun balai in case terpaksa buat quick getaway. "Ha Amin, nak menyerah diri ke?", sambut 2 pegawai bertugas dengan penuh mesra. Apabila diberitahu mengenai hajat kitaorang, mereka tertanya-tanya. Sebab penarikkan Kawasaki Turbo ini tak direkodkan dan takde sebarang laporan bertulis mengenainya. Kemudian dia buat beberapa panggilan telefon, dan orang yang bertanggungjawap menarik Kawasaki Turbo diminta hadir untuk menguruskan hal ini. Jadi selama 30minit aku ngan Mael melepak kat dalam balai tunggu dia datang. Dalam pada itu aku nengok keadaan dalam balai ni SEBIJIK macam dalam cerita Gerak Khas. Cara polis semua berbual, bergurau, tegur menegur, flirting seme.
"Nombor plat depan takde, meter tak hidup, lampu signal takde, lampu depan belakang tak hidup, side mirror takde, ekzos jantung (apa kejaddahnya ekzos jantung ni?!) road tax mati, lumut banyak. Macamana saya nak bagi keluar motor ni?", polis tu bagitau aku. "Ala encik, saya bukan bawak pun motor ni. Dah condition macam ni, nak start pun belum tentu berjaya", jelas aku. Akhirnya selepas sembang 5-6 minit aku berjaya bawak keluar Kawasaki Turbo. Rerakan aku tolak keluar motor tu sementara aku menyetel beberapa urusan lagi kat dalam.
"Motor ni takde road-tax, jadi saya tak benarkan awak pandu motor ni. Kalau nak bawak balik kena ambik lori ataupun tolak sampai umah", warning polis tu. "Renew roadtax, repair elektrik semua baru awa kboleh bawak", tambahnya lagi. "Baiklah tuan, saya akan patuhi arahan itu semua. Saya ucapkan terima kasih dan selamat hari raya aidilfitri", aku cuba mempamirkan wajah yang madu dan penuh senyuman sebelum mengorak langkah keluar dari balai.
Aku tolak motor tu sampai depan sikit je, pastu aku terus menuju ke Sri Murni Motor untuk tukar mentol dan pam tayar. Taruk minyak sesikit kat part-part tertentu. Beli air kotak perisa mangga satu, isap rokok sebatang..
Kini Kawasaki Turbo kembali merempit di bumi Kuala Lipis. Petang kang aku nak tukar spark plug ngan minyak itam. FYI ini kali kedua Kawasaki Turbo tido kat balai. Mungkin pada masa-masa akan datang pihak berkuasa akan merembat lagi motor aku ni. Itu aku tak kisah. Yang pasti selagi chassis dia tak patah, aku akan still guna motor ni, baik merempit jamming ke umah Mael, membeli santan kelapa di pasar, melepak di Kompleks Alamanda, meng-usyar awek di kerpan walk, ataupun semata-mata menunggang dan melayan sambaran angin kat muka aku. Kawasaki Turbo tetap menjadi pojaan hatikhu.

Tuesday, November 8, 2005

Tagged

Pada mulanya aku kurang mengerti apa yang aku perlu lakukan. Tapi bila dah nengok orang lain buat macamana, aku tau. Walaubagaimanapun, soklan-soklan yang ditanya di sini adalah mende-mende yang i normally refuse to answer. Even anonymously. I try my best la..

1. Seven things i plan to do before i die:
Menikah, naik aji (atau antar mak bapak pegi aji), jadi kaya, tu mungkin dah biasa sangat (stendet la bai..) tapi aku ada plan bulan mei 2006 nanti nak round satu Malaysia naik public transport, takde penginapan yang proper, hidup dengan penuh susah payah dan ngan bajet yang paling ciput untuk tempoh masa yang tak terhad. Ni adalah aunthetic travel experience yang paling ultimate sekali. Lepas tu baru la aku bersedia untuk pengembaraan seterusnya iaitu ke Timur Tengah. Itu adalah antara perkara yang aku nak setel sebelum mati.

2. Seven celebrity crushes:
-Winona Ryder
-Meg Ryan
-Andrea Corr
-Alyson Hannigan
-Rachael Leigh Cook
-Milla Jovovich

3. Seven often repeated words:
-"Fcukinghell"
-"Pak lu.." (lepak dulu)
-"Pekena"
-"Silakan"
-"Bodo.."
-"Merempit"
-"Yeah"

4. Seven traits i look for in the opposite sex:
Baik hati, penyayang, solehah, understanding, cantik tu semua standard. Selebihnya;
-Adventurous
-Bubbly
-Lethal
-Teliti
-Sport etc..

5. Seven people this tags goes to:
Emm.. I dont want to bug other people with this.

Sunday, October 30, 2005

::Perutusan Aidilfitri Dari Kumprinx

Bulan Ramadhan adalah bulan paling champion sepanjang tahun. Masuk bulan ni bermakna kelaparan yang serius akan melanda. Bulan ni bermakna bertarung ngan nafsu serakah. Orang cakap takde hantu sebab setan dah kena rantai. Namun demikian tak kurang jugak yang volunter stand-in untuk jawatan setan tu dengan berperangai seperti setan jugak.
Bulan yang mulia ni adalah sebulan yang penuh dengan men-sample makanan yang tak terkira jumlahnya. Makanan yang tak selalu jumpa pada hari biasa, time ni la nak pekena. Hari biasa nak cari ayam percik pun susah. Skang ni 2-3 kedai jual ayam percik. Pastu ada sorang pakcik ni jual kueh yang bernama Pongkes. Nampak macam apam balik, tapi tak sebijik pun macam pongkes yang diaorang buat kaut daun tu.
Gerai-gerai kecil tumbuh merata-rata di tepi jalan. Time ni la anak-anak makcik yang setahun sekali kuar umah tu mula tolong mak dia berniaga. Waima demikian paling penting sekali bulan puasa ni adalah bulan kita mengontrol nafsu serakah bukan sahaja dari makan dan minum, tapi jugak daripada melihat mende-mende yang zina dan jugak ini bermakna terpaksa mengawal aktiviti usyar awek. Waima demikian amoi-amoi tu bukan kira bulan puasa ke tak puasa. Semacam je dia. Ini semua secara tak langsung menyumbangkan kepada pengurangan markah puasa aku. Karena bulan ni aku nekad berani nak puasa penuh. Apa nak jadi-jadilah.
Kelaparan yang prima tu perkara biasa bagi aku, namun demikian sepanjang hari tak merokok akan menjadi sangat tak best. Kadar nikotin yang sedikit di dalam badan akan menyebabkan aku menjadi tak keruan. Jesteru di waktu malam aku mempekena isap rokok secara non-stop demi untuk meng-collect seberapa banyak dos nikotin yang diperlukan olih badan aku. Alhamdulillah setakat artikel ini ditulis, aku masih lagi mengekalkan rekod bersih dalam arena berpuasa ni. Aku yakin berkat semangat dan keazaman jang jitu aku akan berjaya berpuasa genap sebulan.
Mudah je kalau aku nak panaskan air pastu masak megi. Lepas pekena megi tu sekali isap rokok pulak, pehh.. nikmat beb. Tapi kali ni aku tak lakukan itu. Kali ni aku hanya nengok je paket megi tu. Atau dalam kes sekarang ni megi hot bowl yang enak dan rasa sejibik macam mee kari betul. Mudah je aku nak menapak ke pasar ramadhan yang hanya mengambil masa 15 minit dari umah aku. Mudah je aku nak bawak murtabak sekeping bawak masuk dalam bilik makan. Mudah je aku nak beli nasik campur kat kedai mamak kat bandar yang menyediakan beg plastik hitam khusus di bulan ramadhan ni je. Ambik ayam bahagian dada sekeping, letak sayur kobis sket. Pastu paling penting sekali kuah kari secukup rasa. Aku boleh makan, pastu isap rokok (dengan penuh nikmat) dan takde sapa boleh tau yang aku tak puasa ari tu. Tapi kali ni bukan itu yang aku lakukan. Kali ni aku mengisi kekosongan dengan menengok tv. Kali ni perut aku betul-betul lapar. Kosong. Sampai angin masuk.
Hari pertama aku puasa ari tu aku diserang sakit kepala yang sangat kronik. Biasa kalau aku lapar aku memang jadi macam ni. Sakit kepala. Dah nyaris sangat dah aku nak teguk panadol sebijik. Tapi dek kerana aku nekad berani nak posa penuh tahun ni. Aku layan je sakit kepala tu. Lama kelamaan semakin lama aku berpuasa, semakin hilang sakit kepala tu.
Melayan lapar memang seronok. Kita boleh nengok sejauh mana kita boleh bertahan. Sampai lama mana boleh hidup tanpa nasik. Rupanya macam nilah orang kat somalia ari tu rasa. Pepehal aku ni cerita dah macam orang first time puasa. Hehe.. tapi kali ni aku seronok betul menyambut bulan Ramadhan ni.
Namun segala yang baik pasti akan berakhir. Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya. dah tak payah puasa lagi dah melainkan kalau nak top-up balik posa yang kita miss. Time ni semua orang balik kampung. Aku jugak tak terkecuali kembali ke Kuala Lipis 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas. 2 Minggu terakhir aku melepak kat umah nengok cerita 'Ikhlas' kat TV2 setiap hari yang ada awek cun. (awek yang dalam video 'Khayalan Tingkat Tinggi dalam video Peter pan). Tatkala malam menjelma setelah berbuka puasa aku keluar melipak bersama kengkawan. mempekana neskepe tarik bergelas-gelas dan merepek berjam-jam lamanya. Bila balik umah terus ngam-ngam sahur. Pastu terus tidor balik sepanjang hari.
Raya tahun ni persediaan aku adalah yang paling minimum sekali. Takde baju baru, seluar baru. Baju melayu jauh sekali. Sebab last sekali aku ada baju melayu adalah kira-kira 10 tahun yang lalu. Aku hanya mampu beli seluar bundle jenama Levi's yang dah koyak rabak kat belah punggung dia. Warna pun dah luntur. Tapi aku hantar jahit balik, pastu treat balik kaler dia pakai dye. Jadi macam baru semula. Takde sapa tahu yang aku beli seluar tu RM10 je.
Member-member lama mula kembali ke kampung halaman. Bawak keta berkuasa tinggi. bawak makwe/bini baru. Bawak talipon bimbit model terkini. Semata-mata nak membuktikan bahawa diaorang telah berjaya dalam hidup ni kepada orang kampung semua. If you work that hard, maka tak mengapalah nak up sesikit. Tapi ada yang sampai tak pandang dah pasukan aku ni (geng kutu lepak). Kononnya dah berjaya, tak elok la nak join kutu-kutu ni. Yang kerja/belajar kat Kolumpo, semuanya lepak ngan yang duduk Kolumpo jugak. Barulah best nak bersembang jalan nak pergi tempat ni macamana? Kat tepi bangunan ni ada apa? Tempat melepak mana yang best kat sana. Manakala orang-orang kampung semua melopong nengok. Nak join tak tau. Attitude lupa daratan ni paling aku menyampah. Dont get me started.
Hari Raya ni jangan lupa orang tersayang. Mak bapak kita semua. Jangan lupa salam tangan diaorang pagi raya tu mintak ampun maaf semua. Ini tidak, tak sabar-sabar nak pegi open house umah member dia takut lauk habis. Pergilah berkunjung ke umah member-member korang. Dah lama tak jumpa. Time ni lah nak setel balik semua dosa-dosa lapuk korang ngan member/sedara. Bagi yang berhutang tu mungkin raya ni adalah kesempatan terbaik untuk setel. Bagi yang banyak bagi utang kat orang tu mungkin muka dia ketat sikit masa member mintak halal makan minum, tapi jauh di sudut hati dia ikhlas. Jangan bimbang.

Sempena Raya ni aku nak mintak maaf bebanyak kepada semua yang aku ada buat salah. Terutama sekali yang terasa offended ngan isi kandungan blog aku ni. Maaf jugak kepada yang aku tak sempat nak balas kad raya. Dan jugak kepada yang aku tak sempat nak hantar kad raya. Terima kasih banyak-banyak kerana masih bersama aku sepanjang masa. Dan skang aku merepeat balik ucapan raya aku tahun lepas:

Kepada semua pelawat blog aku nih,
Kepada semua kengkawan,
Kepada semua yang terpaksa bertugas di hari raya,
Yang tak sempat balik kampung on-time,
Kepada anak durhaka yang tak reti-reti nak balik kampung walaupun hari raya,
Kepada semua yang sedang memecut balik ke kampung halaman masing-masing,
Kepada yang suka mengganggu ketenteraman dengan main mercun,
Kepada yang terpaksa beraya di hospital,
Semua yang memilih untuk bermusuh ngan aku,
Yang tak habis-habis mencabar kesabaran aku,
Kepada yang tikam aku dari belakang,
Kepada mereka-mereka yang susah sangat nak berlaku jujur ngan aku,
Kepada tok nenek yang seronok anak cucu balik beraya (ikut depa lah...)
Kepada yang dah stenbai duit raya banyak-banyak untuk berlagak,
Kepada yang tak sabar nak pakai baju raya baru,
Kepada yang pedih mata bakar lemang,
Kepada yang terpaksa beraya kat hospital,
Kepada waris-waris mereka yang maut di jalanraya,
Kepada mereka yang kurang bernasib baik tak dapat beraya ngan baju baru,
Kepada mereka yang dah beli baju raya tapi tak muat (salah saiz),
Kepada yang balik kampung naik keta baru,
Kepada yang berjaya pose penuh,
Kepada mereka yang tak pose langsung tapi ada hati nak raya,
Kepada yang jauh di mata,
Yang depan mata tapi jauh jugak,

Aku ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin.
Be Safe, Have Fun!!

Thursday, October 27, 2005

Korang ingat lagi tak?

Image Hosted by ImageShack.us
Dalam ni, hasil kerja aku yang paling aku puas hati. Bukan nak kempen suh korang beli. Waima kalau korang beli, lagi cun. Kalau tak, telan air liur je la beb. Zine Journal Vol.1/Hilang Punca #5 ni direleasekan Mac tahun lepas. Zine ni dah lama. Jadi mengapa aku sajes korang baca?
Sebab sequelnya akan menyusul bulan depan. Memang power. Tak tipu. Crossover yang kedua ni menjanjikan isi kandungan yang jauh melampaui zaman kita ni. Penulisan yang berselirat ngan taktikal sarkastik. Bahagian yang aku tulis tosah cerita, tapi part yang Hilang Punca tu memang power. Aku daru dulu lagi respek penulisan budak Firdaus ni. Kalau zaman-zaman dulu, aku selalu cuba nak replicate style penulisan dia. Tapi akhirnya tak berjaya danimageshack I end up dengan apa yang aku ada skang ni. Aku dah baca material yang dia hantar kat aku. Sakit kepala aku. Macamana aku nak tulis perkara yang setanding ngan dia punya ni?! Selenge la aku macam ni!
Anyway, aku sangat exited ngan release yang akan datang ni. Korang tunggu je la. It's the mother of all promise. Pasti tak mengecewakan.

Mengkalau korang nak beli Journal Vol.1/Hilang Punca #5, bolih la mengkontek aku. Ataupun mana-mana distro yang ada jual zine tersebut. (Cover depan ni gambo masa aku naik gunung ari tu ngan budak Firdaus ni. hehe..)

Journal Vol.2/Hilang Punca#6 coming soon (on print)

Wednesday, October 19, 2005

Gedik Tanpa Batas

Petang semalam tetiba aku teringin nak jenjalan kat 'Pasaram' (Pasar Ramadhan). Beli-beli kuih. Mini murtabak. Ayam percik semua. Time tu dah pukul 6.30pm. Masa berbuka dah tak lama dah. Jadi aku rushing beli-beli semua. Takde nak round-round 2-3 kali. Nampak yang berkenan terus angkat. Dalam rushing-rushing tu aku ternampak ada gerai jual karipap pedas. "Best nih..", getus hatiku.
Kat gerai tu ada sorang budak pompuan ni. Gemuk, kulit tak cerah. "Karipap pedas singgit", ujar aku. Tapi permintaan aku itu tak diendahkannya. Sebab dia tengah memain ngan sorang mamat ni. Mamat tu tengah tunggu duit belen (balance) dia. Pastu budak gemuk tu main-main. Acah-acah nak bagi duit. Pastu mamat tu layan je dengan muka ketat, takut tak dapat balik belen duit dia. "Hik hik hik.." kata budak gemuk tu. Aku ingat umur dia dalam 18-20an gitu. Pastu bila dia dah bagi duit tu, mamat tu kira tak cukup. Baki selebihnya dia tunjuk-tunjuk kat mamat tu sambil angkat-angkat kening. "Ada lagi ni sebenarnya..hik hik hik..", kata budak gemuk tu. Mamat tu mula hilang kesabaran. "Dik, bagi la cepat, nak bukak posa ni.." ujar mamat tu. "Bagitau nama awak dulu.. hik hik hik..". Kalau korang ingat mamat tu dah hilang kesabaran, apatah lagi aku ni yang menyaksikan senario tersebut sambil tunggu nak beli karipap pedas.
Aku cuba meng-contain kemarahan aku sebab aku bagi peluang kat budak gemuk tu flirting pepuas ngan mamat tu. Mana tau ada jodoh kot? "Weii dah la tu, ada orang nak beli tu", sound (aku assume) mak kepada budak pompuan gemuk tu. Muka budak pompuan tu yang tadinya penuh senyuman gedik tetiba jadi kelat. "Hishh.. potong stim betul la awak ni!", maki budak pompuan gemuk tu kepada aku. Ini yang buat aku naik berang ni!!

Aku tolak semua tupperware kuih kat atas gerai dia tu. Karipap pedas, kuih gulung, popiah rock n' roll, kuih kaswi, apam balik semua jatuh ke lantai. Pastu sepenuh kekuatan aku mengkarate meja gerai dia sampai terbelah dua. "Wachaa!!!", jerit aku. Namun aku belum puas. Kuali minyak panas orang jual ayam gorang kat sebelah tu aku terbalikkan. Semua minyak panas tu tumpah atas badan budak pompuan gemuk tu. Dia menjerit-jerit kesakitan. Aku berlari ke hujung pasar ramadhan tu. Sampai kat gerai ayam golek, aku ambil arang yang masih terbakar, dan kembali ke budak pompuan gemuk tu dan curah semuanya atas badan dia. Budak pompuan gemuk tu menjerit-jerit dalam kesakitan yang teramat sangat. Kulit dia mula mengelupas melecur teruk. Orang ramai menjadi kaget dan tak tahu nak buat apa. Jeritan itu menjadi semakin perlahan. Budak perempuan gemuk tu merintih. Nafasnya menjadi semakin perlahan.
Lalu dia mati di tempat kejadian.

Moral:
Jangan gedik.


(kalau boleh macam tu la aku nak buat kat dia. Instead, aku blah gitu je. Takde la aku ni kejam sangat. Tapi sebenarnya aku sangat offended ngan sikap budak pompuan gemuk tu. Hei..)

Monday, October 17, 2005

Blues Ayam Goreng

Ayam goreng adalah perkara yang paling aku kepingin sekali di bulan Ramadhan ni. Mengapa mesti ayam goreng? Kenapa tak juadah-juadah lain seperti ayam percik, lemang, murtabak, air tebu?
Jawapannya mudah. Ayam goreng di bulan puasa ni berbeza sama sekali ngan ayam goreng pada hari-hari biasa. Ayam goreng yang aku maksudkan ni bukanlah ayam goreng kentaki ataupun McD, tapi ayam goreng kat pasar ramadhan tu.
Biasanya pada bulan puasa, ayam goreng mesti habih di pasaran menjelang waktu berbuka. Sure sale. Bila ayam dia habih, maka keesokan harinya dia akan kembali menjual ayam goreng dengan ayam-ayam yang baru dan segar. Sebab kalau hari biasa mungkin tak habih. Kemungkinan besar ayam-ayam tersebut mengalami proses kitar semula.
Bulan pose ni, semua ayam kat situ ayam segar. Permintaan yang tinggi menyebabkan pembekal tu sembelih ayam setiap hari. Besar kemungkinan, ayam goreng yang dijual pada bulan puasa ni, baru pagi tadi diaorang sembelih, proses, goreng dan terus jual.
Waima demikian, kelazatan sebenar ayam goreng bulan pose ni tak dapat ku rasai. Sebab ia hanya berbaloi dinikmati ketika masih panas. Kalau beli skang, time bukak posa kang dah sejuk.
Tahun-tahun yang sudah, adalah menjadi senario biasa bagi aku untuk kontrol jambu kat depan gerai ayam goreng tu. "Saya nak yang dalam kuali tu", kata aku dengan tegas. Padahal ada yang dah siap goreng kat atas meja tu. Tapi aku prefer yang baruuuu je diangkat. Maksud saya, masih panas berasap.
Aku suka amik bahagian drumstik. Tekstur dia perang sempurna. Mulus. Kulit dia luas, rangup dan berperisa. Daging dia senang dimakan. Beli je 2 bijik. Modal RM2 je, kenikmatan dia tak terperi.
Gigit kulit dia. Koyak sampai habis. Tinggal daging/isi dia yang putih bersih. Bila gigit je daging dia tu, meleleh air dia. Panas pulak tu. Kalau pakai spek mata mesti dah naik wap semua. Asap dia, air dia yang meleleh tu masih segar dalam ingatan aku.
Waima untuk mendapatkan ayam sebegini, korang kena beli seawal pukul 3pm. Dan terus makan. Ini bermakna tidak berpuasa. Tahun-tahun lepas (ohh.. the good ol' days..) aku selalu miss posa sebab tak tahan ngan ayam goreng ni. Tahun ni, setelah aku nekad ingin posa penuh. Kesabaran aku teruji setiap kali teringat ayam goreng ni. Dah la sepanjang ramadhan ni aku tak boleh pekena yang panas punya. Even memalam pun, mana ada orang jual dah.
Ini adalah salah satu cabaran getir yang perlu aku lalui. Sepanjang masa aku teringat ayam goreng. Minda aku membayangkan aku tengah gigit peha ayam tu. Aduhai ayam goreng..

Life
Semalam sekembalinya aku dari bentong aku terus gi umah mertua abang aku. Wife abang aku baru je bersalin beberapa hari yang lepas. Skang kat umah tu ada babygirl. Dia asik baring je. Saiz dia kecik tak sampai satu hasta. Kepala dia besar sikit je daripada penumbuk aku nih. Tapi orang tak bagi aku pegang. Katanya aku tak mandi lagi tak bleh pegang budak kecik.
Nanti bila dia dah beso sket aku akan try taruk gambo dia kat sini.
Sepanjang masa aku kat umah tu nengok dia, dalam hati aku giggle penuh gedik, "Hik hik hik... nomeynye.."

Sunday, October 16, 2005

I'm Home.

gue udah kembali dong..
Akhirnya setelah sekian lama aku tak jumpa kompiter, kini aku dah kembali ke tanah air tercinta. Soalan pertama:
Do you miss me?
hehe..

Interview ngan Kumprinx
Ko pegi mana Amin..?
Sepanjang masa ni aku berada kat Kompleks Oxygen Studio kat Bentong (notice term 'Ibusawat Oxygen Studio' kini dimansuhkan dan tidak lagi digunapakai).

Ko buat apa kat sana lama-lama?
Aku menjalankan projek membina, menyiapkan dan mengadakan 'usability testing' sound proofing untuk bilik studio jamming kat sana.

So, amacam sound proofing?
Nak kata tak jadi tu, jadi la jugak. Kira-kira 70% sound tu berjaya di-contain kat dalam studio tu. Waima demikian masih gagal memuaskan hati jiran tetangga.

Jiran tetangga?
Ha'ah. Encik Mokhtar (bukan nama sebenar) telah merusuh masuk ke kompleks ketika sessi ujian dijalankan. Dengan nada 'kontrol hangin' yang meruap-ruap dia sound kitaorang, "Korang buat ni, aku bukan nak jatuhkan bisnes korang, tapi bising tau tak? Anak-anak aku nak tido nak belajar semua tak boleh."

Habih, ko jawap macamana?
Jawapan saya: "Encik, kami bukan semberono je bukak studio ni. Bukan tak pikir pasal encik se-family. Sebab tu lah kami sangat menekankan aspek sound proofing ni. Malahan kami telah berbelanja ribuan ringgit untuk memastikan bunyi tak keluar dan mengganggu kententeraman encik. Waima demikian, buat masa ni kami belum lagi raise drumset ni. Sebab tu lah encik bisa merasakan gegarannya. Jangan bimbang, pabila kami selesai kelak, encik takkan dengar apa-apa lagi.." Hek ele.. dia selama ni duduk dalam keadaan yang sunyi sangat (area ni memang sunyi) pastu bila bising sikit, diaorang tak biasa. Waima demikian sound proofing ni akan masuk fasa ketiganya dalam 2-3 minggu ni. Namun aku dapat mengenalpastu beberapa lubang kat atas syiling kedai masing-masing yang menyebabkan bunyi tu meleleh ke umah dia.

Aku baru sampai Lipis siang tadi. Skang ni aku nak tido dulu, catch-up main game dulu. Banyak lagi mende yang aku nak cerita kat korang ni. Stay tuned..

Coming soon:
Life.
The Ultimate Awek Minggu Ini-Final Season
Ramadhan
Berbekalkan Sebatang Rokok
Persepsi:Zina

Friday, September 23, 2005

Edisi Malam

Esok Takde Karan
Esok takde karan kat seluruh area umah aku. Takde karan bermakna nak buat apa pun tak boleh, nengok TV tak jalan, main kompiter tak jalan dan apatah lagi main game. Jadi seingat aku kalau aku stay kat umah boleh naik gila ataupun mati disebabkan oleh kepanasan yang melampau. Jadi aku akan membuat tindakan drastik dengan menuju ke ibusawat Oxygen Studio di bentong untuk melayan ekon. Ataupun pekena tiruk kat Chamang.

Aduhai Globe Trekker
Rancangan yang aku syok nengok skang ni adalah Globe Trekker. Macam seronok je diaorang pegi jalan-jalan macam-macam tempat. Setelah hampir setahun penuh onak ranjau baiduri (berduri) aku ingat dah sampai masa aku pekena melancong pulak. Aku nak pegi tanah besar Cina, aku nak pegi eropah, aku nak pegi Guam. Bila pikir balik, sebenarnya aku haram tak mampu nak pegi, even Singapore sekalipun. Pukimak betul. Tapi ini akan menjadi sasaran hidup aku yang paling ultimate sekali skang ni. Aku nak bercuti setahun, pegi semua tempat yang selama ni aku nengok dalam TV je. Aku nak nengok sendiri dengan mata kepala aku, aku nak rasa sendiri ngan jari aku.

Lawak Selenge
Aku pernah satu ketika dulu join melepak ngan satu geng ni. Diaorang punya jenaka semua aku tak masuk. Kalau member dia cakap "Aku kena balik pejabat ni..". Pastu ada kutu menyampuk, "Pejabat ke jabatan?". Pastu semua gelak kuat-kuat. Pehh.. tak masuk langsung aku ngan lawak sebegini. Mungkin bagi sesetangah orang diaorang terhibur sangat ngan lawak macam ni. Tapi bagi aku.. emm.. tak payah la. Skang ni aku selalu jugak recite lawak yang sama sebab ke-tak-lawak-an dia tu melucukan. Pastu bila orang dengar, diaorang ingat aku pun melawak stail macam tu. Haiya..

Sound Proofing
Ada beza antara sound proofing ngan noise cancellation. Hari sabtu ni aku akan memulakan kerja try and error yang surely meletihkan sebab aku tak tau apa-apa pasal sound proofing ni. Misi kitaorang adalah meng-kanselkan seberapa banyak sound daripada studio kat ibusawat Oxygen Studio tu. Supaya jiran tetangga tak menyerang kami. Sekali kena attack ngan orang kampung, bawak sabit, parang, pongkes ngan jamung semua malam-malam. Teruk aku!!

Solo Pupus
Masyuk solo dia. Tapi bagi aku yang tak main sangat gitar ni, susah nak cari timing dia. Tapi solo tu memang feel bila main. Nak-nak part bend yang banyak-banyak kali tu. Pehh.. Pejam mata geleng-geleng kepala bajet best. Nasib baik Mael ajar aku. Pasni aku nak main solo 'Satu' Pulak. Iyee.. syok!

Seraph's New Blog
"I'm on my way to build my own blog. I've studied your style long enough. It's going to be way better than yours Kumprinx!"
Bring it on je la Seraph oii...

Wednesday, September 21, 2005

Zero Hour - Malam Satu Suro

Aku dengar Malam Satu Suro ni sebuah cerita Indonesia. Top jugak kat sini. Malangnya aku tak penah nengok. Bebaru ni lift kat umah aku ni rosak. Dah 2-3 hari dah. Kalau aku balik memalam, terpaksa naik tangga yang sunyi tu. Tangganya terang, tapi rasa macam angker semacam je.
Pastu malam tu aku nengok video paling angker sekali sepanjang minggu nih. Ala.. yang gambar orang kena rasuk ngan jin Idrus tu. Seram banget aku rasa nengok muka akak tu. Seumur hidup aku aku penah nengok beberapa kali adegan macam tu secara live. Ntah la, malam tu aku rasa angker sesangat. Lalu aku terus balik umah. Naik tangga. Termengah-mengah aku sampai kat umah. Pastu tetiba umah aku takde api pulak. Bukan takde kebakaran, tapi takde elektrik. Dalam kegelapan tu terus bertukar kepada kostum tido aku, dan terus landing. Tapi mata aku ngak tido-tido. Entah mengapa, kalih ke sana, pusing sini, tak lelap langsung. Mungkin sebab otak aku banyak sangat memikirkan pasal video angker tadi.
Tetiba aku terasa sesuatu di kaki aku. Dia merayap menuju ke atas. Perlahan-lahan ku rasakan. Ia berbulu lebat. Mengoles-oles kepala lutut aku. "Sah, hantu kacau aku malam ni", bentak hatiku. Dari kaki ia menjalar ke atas. Aku memejamkan mataku kuat-kuat. Kalau ye la hantu ni, muka dia mesti huduh macam hantu punya. Tak pun bertanduk, macam yang aku pernah nengok kat umah sewa aku kat Kolumpo ari tu. Aku tak nak nengok, nanti kena demam lagi. Kena pegi berubat lagi. Dah la susah nak cari rumah orang berubat tu. Keta kena parking jauh. Jalan kaki lagi satu hal.
Objek berbulu tadi kini dah sampai ke atas dada aku. "Mati la aku dia korek keluar jantung aku ni kang", getus hatiku. Walaupun aku tak pernah dengar cerita orang mati kena cekik (ataupun robek jantung) dengan hantu, tapi hati aku sengaja meng-getus sedemikian dengan niat seloroh demi untuk mententeramkan jiwa aku yang tengah panik ni. Tak boleh dibiarkan ni. Kang lain jadinya. Aku harus lakukan sesuatu. Dengan sepenuh kekuatan aku, aku tolak objek berbulu tadi ke tepi. "Shiahhh!!", jerit aku.

Sejak hari tu, bila nak tido aku akan tutup kemas pintu bilik aku untuk mengalakkan kejadian yang sama berlaku. Nasib baik Chomi, kucing underdog kat umah aku tu tak ambik hati ngan kes ni.

Coming soon:
24

Sunday, September 18, 2005

Battle Of The Fcukinghgell

Bila aku dengar je ada Batte Of The Band (BOTB) kat Kuala Lipis ni aku jadi teruja. Lantas aku terus mengumpulkan pasukan aku yang jamming sekali sekala ni, untuk mepastikan kitaorang jamming/training sekerap yang mungkin menjelang BOTB ni.
Pemilihan lagu adalah satu perkara yang agak memeningkan. Sebab BOTB ni ada 2 peringkat. Peringkat saringan ngan Final. Peringkat saringan tu dah kena pukul habis sebab takut tak lepas final. Final tu nanti lain cerita pulak. Setelah beberapa sessi meeting pekena neskepe 'o beberapa gelas, kami mengambil keputusan untuk bawak lagu berikut di peringkat saringan.
-Satu (Dewa)
-Cinta Gila (Dewa)
-Arjuna (Dewa-lagu reserve mana tau ada kutu yang main jugak 2 lagu di atas tu)
-Darkshine (Muse-instrumental)

Setelah menjalani latihan yang sangat intensif, cari-cari lagu tu sampai main sejibik (takde la sejibik sangat, ngelat je banyaknye), akhirnya BOTB yang dinanti-nantikan tu tiba. Pepagi aku tipon ND yang datang straight dari Klang untuk join sama. Diaorang cakap diaorang ada kat Petronas lipis. Jadi aku rendevous dulu ngan diaorang dan pekena breakfast kat Pak Teh Corner sama-sama. Sebagai band yang berdisplin, kitaorang pepagi buta dah datang ke dewan untuk pendaftaran, sebab dalam borang tu cakap kalau lepas pukul 10.00am dia tak terima dah pendaftaran. Masa aku hantar tu ada beberapa kerat je band yang daftar. "Ada can.." Getus hatiku. Later aku dapat tau band-band yang daftar selewat 12.00pm pun boleh daftar lagi. Kalau aku tau, takde la aku rushing pepagi. Maksudnya band-band yang kaki bangun lewat pun berjaya masuk. Hampeh tul la.. Masa pasukan aku mula-mula sampai, aku dengar ada satu band ni cakap sesama diaorang tentang kitaorang (overheard) dalam dialek kelantan yang bermaksud "Diaorang ni dressing je lebih...". Cis! memang la kitaorang pakai smart, takde la macam korang tu, pakai selekeh. Hangin tul aku..
Dek kerana band-band lain yang bangun lewat dan melanggar syarat pendaftaran tutup pukul 10.00am tu, maka band aku yang berdisplin datang pagi ni jadi band pertama sekali yang mendaftar dan sekaligus menjadikan band kitaorang yang pertama sekali beraksi. Panik terus kitaorang. Tetiba diaorang panggil naik. Tak sempat nak soundcheck macam band-band lain. Paling sadis, ketika kitaorang sedang bersiap untik berentap, tetiba organiser bagitau yang semua band kena main 2 lagu je. Rosak planning kitaorang untuk 3 lagu yang dah 'oh-so-carefully choreographed' tu. Last minit aku membuat keputusan untuk menggugurkan lagu Satu (Dewa) daripada setlist kitaorang.
Menjadi band yang pertama jugak bermakna soundman belum dapat sweetspot untuk sound. Jadi kedengaran bass ngan gitar turun naik volume dia sebab soundman tu baru nak cari feel. Padalah event dah jalan. Dan kitaorang pulak tengah mempertaruhkan lagu untuk pertandingan ni. Lagi satu paling sadis, kitaorang amik masa 2 minit je untuk setting sound sebab kitaorang dah memang biasa pakai amp Marshall. Dah masak dangat dah ngan setting masing-masing. Knob tu nak pulas no berapa, gain tu nak berapa banyak. Malangnya brader soundman tu tetap tamper ngan setting kitaorang even kitaorang tengah main. Abes semua sound lari dibuatnya. Mungkin jugak sebab bassist kitaorang pakai distortion, sesuatu yang baru buat soundman tu.
Lagu pertama kitaorang adalah instrumental Darkshine dari Muse. Lagu ni bukan instrumental, tapi kitaorang bawak sebagai intrumental. Pertandingan band ni 4 piece. Tukang nyanyi kitaorang tak bleh main gitar. Jadi kitaorang gunakan distortion untuk bass. Untuk cover 2nd gitar. Aku tak berapa tau sangat aspek teknikal yang bassist ngan gitarist aku pakai sebab aku main drum.
Lagu seterusnya adalah Cinta Gila (Dewa). Lagu ni aku panik nak main sebab aku baru je dapat lagu ni. Lagi panik memikirkan pasal drum solo yang kat tengah-tengah tu. Untuk lagu ni, Mael gitarist aku menggunakan tune 'Drop A' untuk gitar dia. Hape jaddah drop A ni, tapi yang aku tau tali 'E' di dropkan sampai note A. Ini memastikan sound yang fat-like-hell untuk riff utama lagu Cinta Gila ni. Time intro tu, bass yang berdistort tu cover jugak. Aku tak tau la diaorang (Dewa) main macamana, tapi yang kitaorang main ari tu.. emm.. kira jadi la.
Bukan soundman dia je yang bermasalah. Tapi drum dia lagi besar masalah. Bass drum dia berjalan ke depan setiap kali aku pijak pedal. Makin lama makin jauh. Kat depan drum tu dia letak batu-bata je sebijik. Mana boleh tahan paluan kaki aku nih! menjelang solo drum Cinta Gila tu, bass drum ni dah beralih 1 kaki lebih dari tempat asal dia. Berlunjur aku main dengan sangat bersusah-payah. Cilake betul!
Akhirnya persembahan kitaorang tamat dengan tak puas hati yang sangat-sangat. Lepas abis main tu aku melepak nengok persembahan orang lain pulak. Sambil tu aku round-round la nengok-nengok. Band-band lain semua bila aku tegur je, macam nak tak nak layan. Samada sombong ataupun terlalu fokus kat persembahan diaorang nanti. Mungkin jugak sebab diaorang anggap kitaorang ni underdog. Bebudak je lagi.
Tak aku nafikan band-band lain memang power main, goreng tahap hangit punya. Tapi semuanya metal, rock kapak Amuk, Jinbara, rock meleleh. Pastu ada jugak satu band ni yang instrumental diaorang mengaku lagu sendiri tapi aku cam lagu dari Slash-Godfather Theme. Diaorang band luar. Mungkin diaorang ingat Lipis ni kampung lagi tak kenal lagu. Seriesly semua band main pattern sama je. Metal, metal, metal. Naik boring aku dengar gorengan demi gorengan berbelit yang tak henti-henti. Memang hebat, aku respek, tapi semua band macam tu. Pastu ada satu band ni main instrumental lagu Wings-Sejati di mana masa diaorang main tu, aku rasa macam nak keluar tengkorak aku boringnye.
Akhirnya tamat semua band buat persembahan. Dia suruh semua band tunggu sambil juri kira markah. Juri tu pulak adalah sebanyak satu (1) orang. Entah sape tah aku tak kenal. Daripada syarikat rakaman kot? Masa juri kira markah tu, krew-krew organiser menyendeng-nyendeng (menyempe/menyibuk) kat juri tu menyebabkan aku menjadi heran.
Pendek kata band aku tak lepas ke final. Yang aku tau aku dah main yang terbaik. Tak aku nafikan bahawa band aku tewas sebab tak boleh makan ngan band lain yang goreng sampai hangit tu. Tapi aku jugak mengambik kira aspek lain. Antaranya ialah kualiti sound yang banchau sebab kitaorang band first sekali main. Mungkin jugak kitaorang main lagu lain dari yang lain (tak metal). Mungkin jugak lagu kitaorang main tu tak kena ngan jiwa juri (dan organiser).
Nak kata aku tak keciwa ngan keputusan pertandingan ni maka bohong la aku. Kaciwa sangat jiwa aku nih. Sebab tak lepas ke final tu satu hal. Nak kutuk lebih-lebih kang, band lain lagi terrer daripada band aku.
Akhir kata, kepada band-band yang masuk BOTB ni aku ucapkan tahniah sebab masuk dan memeriahkan scene muzik kat Lipis ni. Aku tulis semua ni sebab aku tak puas hati aku tak lepas ke final. Kalau lepas aku diam je. Hangus RM80 tu aku tak kecewa sangat. Tapi mengenangkan hours of training and choreographing tu tak berbaloi sebab setting yang tak ngam dan jugak sebab terpaksa main first. Jangan reconize muzik (dan kroni) yang korang minat je sebagai muzik yang berkualiti. Bak kata member aku tu "Kalau setakat pilih bulu, tak payah buat saringan. Bazir orang punya RM80"
(Rm80 boleh menampung supply rokok selama 2 minggu)

Saturday, September 10, 2005

Late Show Bebeh..!!

Selvanathan Dan Muniapan
Selvanathan dan Muniapan adah 2 orang juruteknik yang dihantar oleh syarikat diaorang untuk memasang ekon kat kedai aku tu. Diaorang ni aku rasa sahabat baik tapi ada something wrong ngan relationship diaorang. Kadang-kadang mereka setuju perkara yang sama. Dan kadang-kadang mereka kelahi di atas keputusan yang mereka buat. Yang penting diaorang silap menebuk lubang kat opis aku sebanyak 6 (enam) kali. Aku mula meragui kepakaran diaorang.
Sehinggalah diaorang jumpa teropong dalam bilik tu. Pasang ekon entah ke mana, drill dinding entah ke mana, mereka start men-skodeng awek-awek yang tunggu bas kat depan opis aku tu.
(Selvanathan dan Muniapan bukan nama sebenar)

Collapse
beberapa jam sebelum bortolak ke Bentong tempohari, aku baring dulu depan tv layan cerita. Pastu bila aku nak bangun makan nasik, aku jadi pitam dan terus tumbang.
Seminggu aku koma. beBeberapa hari sebelumnya aku kurang tido, banyak buat keje, dan kurang makan makanan berkhasiat.
Pak Teh Corner cakap aku ni kena darah tinggi masa aku cerita kat dia peristiwa collapse tu. Tak hingin aku gi cek kat hospital. Kang kena cucuk. Eii ngeri..
Oh ye, aku pitam dalam 2-3 minit gitu je. Bukan seminggu. Aku saje je nak menyedapkan cerita.

Ekon
Ohh ye premis aku skang ni dah ada ekon (air cond).
-For sure bil api akan melonjak naik
-Tak boleh hisap rokok sesuka hati
-Kedai sebelah dengki
-Ekon 4 horse power, letak dalam bilik kecik=peti ais.
-Nanti kalau korang datang jamming kat kedai aku, jangan lupa bawak baju sejuk.
-Kalau tak guna bilik tu boleh simpan daging, sayur ngan ikan.

Tuesday, September 6, 2005

Late Show!!

Gambo Hantu
Korang ingat lagi tak gambo hantu aku ari tu yang kena songlap ngan site indon tu? (link kat bawah). Gambo tu aku ngan member aku, PP namanya. 2 hari lepas PP jumpa aku sewaktu sessi melepak. Dia cerita kat aku ada bebudak sekolah rendah datang kat dia tanya "Abang ni ke yang amik gambar ada kuar hantu tu?". Biasa bebudak memang banyak cari mende-mende macam ni kat internet. Korang try search "gambar hantu' kat Google. First sekali korang akan jumpa site indon yang songlap gambo aku tu.

Gambo Hantu
http://kumprinx.blogspot.com/2005/01/gambar-ni-dah-lama-dah-kitaorang-ambik.html
Prombon
http://www.primbon.com/

Aku Perlukan Lebih Masa
Orang yang:
-Takde kerja sangat dah nak buat
-Tokei kedai makan yang tak berapa laku
-Tunggu gaji, dah pokai
-Tunggu balak masuk meminang minggu depan
-Patah kaki nak tunggu sembuh
Akan merasakan hari-hari begitu lambat berlalu. Sehari tu terasa sangat panjang. Namun demikian, bagi aku skang ni aku perlukan lebey masa dalam sehari. Tak cukup lagi mende yang aku boleh buat dalam sehari ni. Sebab tu banyak mende-mende yang aku planning lambat nak siap. Most of the time (malam) aku terpaksa tido untuk mengelakkan keletihan di siang hari. Kerja-kerja lagi, jamming pepetang lagi, melepak lagi, jumpa orang itu, orang ini. Nak mandi, makan, nengok tv. Walaupun hampir kesemuanya adalah perkara yang tak berapa berfaedah, tapi aku harus melakukan itu semua. Takkan aku nak kerja je sepanjang masa? Kena jugak melepak. Dos neskepe 'o dalam badan mesti cukup sepanjang masa. Kadang-kadang aku berhenti dan terfikir, mengapa karier yang aku pilih ni selalu je melibatkan keletihan yang melampau sepanjang masa? Tak cukup tido sepanjang masa. Tapi keindahan di sebaliknya adalah, waima demikian, aku jugak mampu tido selama 2 hari straight kalau aku nak. Tak buat apa-apa dan tak pikir apa-apa.
Waima, kalau dalam sehari tu ada 30 jam ke 45 jam ke, pun tak membantu.

DevX
Korang masih ingat DevX? Projek syarikat aku ari tu. Skang ni dah masuk fasa terakhir. 2-3 minggu lagi bukak la studio aku nih. hehe seronoknye!!

Terminator 3 : The Redemption
Masa aku muda-muda dulu aku into sangat ngan brader Terminator ni. Skang aku main game Terminator 3 :The Redemption. Skang aku pun boleh jadi Terminator. Tembakk!!!

Fury The Album
Kali ni aku serius nak kuar demo band aku nih. Beberapa lagu baru telahpun di bawa ke tengah. nanti aku nak press dalam cd, pastu aku nak jual 2 inggit je.

Kawasaki Turbo
Bulan kemerdekaan ni adalah bulan yang busy bagi aku. Sebab tu aku takde masa nak bawak motor aku ni jenjalan. Dah bape lama tak hidup enjin dia. Entah elok entah tidak. Namun aku nekad esok pepagi aku akan merempit menyusuri jalanraya kat Lipis ni.

Header Baru
Amacam header baru aku, ok? Kalau lah aku ada kamera digital yang 'baiikkk punya'.. Tapi skang aku tau yang aku tak boleh hasilkan sesuatu from scratch. Tapi aku hanya boleh exploit je. Nanti aku bagi tutorial kat korang apa yang aku maksudkan ngan 'exploit' ni. 'Sick Imagery For Dumbass' tajuk dia nanti.


Port Mee Kari Baru
Dah 2-3 minggu aku nengok kedai ni baru bukak. Lokasi dia kat Driving Range Kuala Lipis. Tempat orang gila pukul bola. Hari tu boring-boring aku ajak kengkawan pegi sample makanan kat situ. Mee kari dia, pehhh!! Menikam kalbu punya. Pastu nasik lemak dia (bukan 'nasik lemak' awek yang jaga kedai tu) pun sodap. Dia punya ikan bilis tersiang rapi. Macam ni yang kita mau. Ada sesetengah nasik lemak tu (bukan 'nasik lemak') siap kepala sekali tak cabut. Macam cilake je. Boleh tercekik tau makan tulang ikan bilis.

Namun demikian kalau korang betul-betul nak layan 'nasik lemak', aku sajes kedai makan kat Taman Pertama, Kuala Lipis. Sebelah kedai Sup Gearbox. Aku tak pernah makan kat situ sebab aku boleh melepak kat kedai sup Gearbox tu dan masih boleh pekena nasik lemak sambil makan nasik goreng. Get me?!

Friday, September 2, 2005

Merdeka Mayhem

Orang ramai menunggu aksi mat rempit
Seminggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan ni aku memindahkan operasi Oxygen Studio ke Kuala Lipis iaitu di rumah Mael sebab aku tak sanggup nak ulang alik Lipis-Bentong. Waima petang sebelum sambutan kemerdekaan tu kitaorang masih bekerja.
Dalam pukul 9.00am setelah cukup semua ahli pasukan kami bertolak dari umah Mael ke lokasi sambutan iaitu di tapak Karnival Lipis itu sendiri. Sebelum tu aku balik umah dulu touch-up lebih kurang.
Ada jugak kutu yang pergi sebar risalah pasal politik dan jugak dosa meninggalkan sembahyang. Semua keta yang parking kat area padang tu ada risalah ni. Aku rasa sebab tu lah penganjur karnival ni pacak 'surau segera' satu kat hujung padang ni.
Sampai kat padang persembahan sedang berlangsung. Ada orang nyanyi-nyanyi ngan tarian kesenian pelbagai bangsa. Bebudak semua dah naik kepala dah tak sabar-sabar lagi. Kami pergi ke gerai untuk membeli bebola ayam, air tebu dan pelbagai lagi makanan.
Persembahan yang paling aku ingat sekali malam tu adalah sebuah, err.. sketsa ke lakonan ke apa aku tak tau. Tapi mengenai peristiwa yang berlaku kat Kg, Jeransang sebelum merdeka dulu. Peristiwa ni tak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah. Pasal perang ngan askar komunis.
Kemudia ada lagi persembahan nyanyi-nyanyi sebelum countdown bermula. Kat tengah padang aku nampak geng-geng askar buat 'human-tower'. Obviously diaorang semua tengah mabuk. Dan ramai jugak gadis-gadis cun yang berkeliaran ke sana kemari, ada yang solo, ada yang berkumpulan dan tak kurang juga yang, bak kata member saya; "Makwe cun tak hengat, balak macam selipar". Sehingga kini saya kurang periksa samada kayu balak yang berbentuk selipar itu wujud atau tidak selain daripada kayu selipar yang jepun buat pijak atas badan orang ari tu.
Satu je slack dalam sambutan kemerdekaan tahun ni, ada YB yang sepatutnya buat countdown tu tak countdown. Dia kira daripada 1 sampai 14. Hapekejaddahnya begitu?! Ramai jugak orang menjadi hangin dengan tindakan dia tu.
Lepas countdown diaorang pasang lagu Final Countdown. Pastu acara naik bendera. Ada tiang bendera yang beso kat tepi padang ni. Masa tu bebudak semua sekor-sekor macam monyet perangai. Ada bunga api pulak lepas tu. Bunga api tu ada yang power dan ada jugak yang dah lemau dan tak meletup. Finishing dia adalah nyanyian lagu negaraku. Ramai yang nyanyi terjerit-jerit sampai diaorang overshoot note.
Bila semua dah habih, semua orang menuju ke satu lokasi yang memang havoc tetiap tahun iaitu Litar Maut. Setiap tahun mat-mat rempit akan menunjukkan aksi mereka di sini. Orang ramai semua berduyun-duyun menapak ke lokasi Litar Maut ni. Tak kira la makcik-makcik semua tok nenek, yang dukung anak, bawak makwe semuanya menuju ke sana. Sampai kat situ orang dah penuh kat tepi-tepi jalan macam ada riot je. namun demikian polis juga tidak terkecuali memantau keadaan dan memasang banyak undercover di dalam ramai-ramai orang tu. Aksi ngeri mat-rempit tu tak lama, sebab ada sorang tu ter-eksiden pulak dan terus kena cekup. Orang ramai yang seramai lebih kurang seribu orang tu semuanya kerumun kat situ nengok. Dan ada jugak yang gertak polis tu untuk menyelamatkan rakan se-rempit mereka. Sementara orang ramai semua duduk menengok dalam keadaan aman dan terkawal, pihak polis bertindak liar dengan mencekup mat-mat rempit yang tak sempat nak 'pacak'. Yang bawak keta pun diaorang tibai je masuk kat dalam keta pastu amik kunci keta. Paling memeranjatkan, aku juga ternampak Melati juga sama sibuk nak nengok.
I got all this on tape. Kalau nak nengok, sila la e-mel saya. Pastu pihak polis menyuruh orang ramai semua balik. Kamipun bertempiaran lari menuju ke Kompleks Alamanda untuk mempekena neskepe o setelah penat terkinja-kinja menyambut kemerdekaan.
Waima demikian Litar Maut pada tahun ini ramai yang cakap tak power seperti Litar Maut yang original iaitu pada tahun lepas. Hakikatnya litar maut yang sebenar bukanlah pada malam merdeka tu, tapi keesokan harinya iaitu pada 31 haribulan. Sempat la jugak aku nengok.
bila orang ejek, dia marah
Sambutan kemerdekaan di seluruh negara disambut dengan laungan 'Merdeka!' sebanyak tujuh (7) kali. Namun demikian aku rasa takde sapa yang layak melaungkan 'Merdeka!' tu sebanyak tujuh kali selain darpada bapa kemerdekaan sendiri iaitu Tunku Abdul Rahman.
Scene di sambutan kemerdekaan kali ni diwarnai dengan remaja-remaja yang bertindak liar (jangan takut, liar macam manapun, they're harmlesss, orang lipis semua baik-baik). Bagi aku tak salah kalau nak celebrate sekali sekala. Tak kiralah pemikiran barat ke apa ke, sekurang-kurangnya diaorang semua ingat bahawa 48 tahun yang lalu negara kita merdeka. Takde hal la..

Monday, August 29, 2005

We've came a long way, baby..

Copyright Jan@webtown.com.my

Gua dengan ini secara terbuka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia ni. Jangan lupa, dah jauh dah kita ni.

Malam ni jangan lupa pakai baju bunga-bunga, wangi-wangi semua, pastu keluar dan terjerit-jerit macam orang gila. Jangan lupa bawak bendera besar-besar pastu sangkut kat motor. Untung-untung bendera tu sangkut kat tayar motor pastu kena t-bone ngan lori tanker terminator tu.

Malam ni for sure aku akan keluar nengok-nengok aksi mat rempit. Malangnya Kawasaki Trubo aku tak sesuai untuk aksi-aksi ganas sebegini. Kalau tak aku join je semacam. Jangan lupa pasal roadblock. Ame takde lesen memandu tu, ajak la member-member yang ada lesen tu suh bawak keta/motor. Kang kena saman kang sia-sia je. Lagi satu paling penting, jangan memandu time mabuk. Bukan ko sorang je yang memandu malam kang. Orang lain pun nak selamat jugak.

Kepada makcik-makcik yang menapak untuk kembali ke kenderaan masing-masing malam kang (kalau parking jauh dari tapak karnival), Stay Off The Road!. Jalan tepi-tepi. Pegang tangan anak-anak tu.

Aku jugak ada jumpa kaset Mawi kat dalam keta mak aku. Deetree pun sama. Sejak seminggu yang lepas, kaset tu berkumandang kat kadei kaset berhampiran umah aku secara non-stop. Daripada bukak kedai pepagi sampai la malam. Dah naik berdarah telinga aku ni mendengarnya. Mungkin ini jugak sebahagian daripada propaganda Ayah Pin selepas VCD dia ari tu. Namun demikian taktik tu berjaya menyebabkan adik aku angkat kaset tu. Fcukinghell tul la..

Oh hell.. selamat menyambut hari kebangsaan!

Photo taken (with permission) from:
Jan In Malaysia
(
http://zog.typepad.com/malaysia/weblogs/) or
http://www.webtown.com.my/