Monday, August 29, 2005

We've came a long way, baby..

Copyright Jan@webtown.com.my

Gua dengan ini secara terbuka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia ni. Jangan lupa, dah jauh dah kita ni.

Malam ni jangan lupa pakai baju bunga-bunga, wangi-wangi semua, pastu keluar dan terjerit-jerit macam orang gila. Jangan lupa bawak bendera besar-besar pastu sangkut kat motor. Untung-untung bendera tu sangkut kat tayar motor pastu kena t-bone ngan lori tanker terminator tu.

Malam ni for sure aku akan keluar nengok-nengok aksi mat rempit. Malangnya Kawasaki Trubo aku tak sesuai untuk aksi-aksi ganas sebegini. Kalau tak aku join je semacam. Jangan lupa pasal roadblock. Ame takde lesen memandu tu, ajak la member-member yang ada lesen tu suh bawak keta/motor. Kang kena saman kang sia-sia je. Lagi satu paling penting, jangan memandu time mabuk. Bukan ko sorang je yang memandu malam kang. Orang lain pun nak selamat jugak.

Kepada makcik-makcik yang menapak untuk kembali ke kenderaan masing-masing malam kang (kalau parking jauh dari tapak karnival), Stay Off The Road!. Jalan tepi-tepi. Pegang tangan anak-anak tu.

Aku jugak ada jumpa kaset Mawi kat dalam keta mak aku. Deetree pun sama. Sejak seminggu yang lepas, kaset tu berkumandang kat kadei kaset berhampiran umah aku secara non-stop. Daripada bukak kedai pepagi sampai la malam. Dah naik berdarah telinga aku ni mendengarnya. Mungkin ini jugak sebahagian daripada propaganda Ayah Pin selepas VCD dia ari tu. Namun demikian taktik tu berjaya menyebabkan adik aku angkat kaset tu. Fcukinghell tul la..

Oh hell.. selamat menyambut hari kebangsaan!

Photo taken (with permission) from:
Jan In Malaysia
(
http://zog.typepad.com/malaysia/weblogs/) or
http://www.webtown.com.my/

Sunday, August 28, 2005

Ani Mayuni's Semi Gerudi

Entah sapekejaddahnya Ani Mayuni ni aku tak kenal. Tapi aku rasa dia ni top la jugak. Setelah menghabiskan 5 hari bekerja non-stop, aku dan krew-krew berkunjung ke Karnival Lipis untuk nengok-nengok. Malam semalam ada RTM punya persembahan menampilkan beberapa orang artis. Termasuk la Ani Mayuni ni. Time tu aku dah letih jenjalan, jadi kitaorang pekena neskepe 'o kat gerai tepi tapak karnival ni. Time dia 'Semi Gerudi' tu aku berada kira-kira 400 meter daripada stage. Nampak la body dia mengeriut-riut sebesar satu (1) inci daripada pandangan mata aku. Kira ok la.
Sedari isnin yang lalu aku tak tido langsung. Letih tak hengat. Keje keje keje. Lalu skang ni aku dengan berbesar hatinya memberikan diri aku sendiri cuti bergaji selama seminggu. Aku nak lepak je, tak nak buat keje dah. Hehe..
Pasal BOTB tu, aku skang tengah tunggu gambar siap dicuci. Bukan kotor gambarnya kena cuci. Tapi aku pakai kamera filem punya. Itupun pinjam kat orang. Waima demikian, aku akan melancarkan 'BOTB Lipis-Behind The Scene' dulu sebelum report penuh BOTB ni. Waima demikian ND telahpun melancarkan report dia. http://undisputed.blogdrive.com/
Ntah le.. aku rasa macam nak lancarkan Blues Week kat blog ni. Tak pun Special Feature Week. Waima demikian Special Feature 'Benchmark- The Ultimate Awek Minggu Ini' sudahpun siap. Tapi aku masih meng-evaluate post tu untuk tontonan umum.

Thursday, August 25, 2005

Sibuk atau Sama Sibuk?

Dengan ini gua mencuri sedikit masa untuk menghapdet blog ni. Aku skang tengah busy menjelang Karnival Lipis ni. Banyak mende nak kena print. We're printers you know. Kepada yang tertanya-tanya mengenai pencapaian aku dalam Battle Of The Bands bebaru ini, FYI band aku yakni Fury gagal ke peringkat final. Banyak sangat mende yang slack pasal event tu. Habis je dia umum nama-nama band yang berjaya tu, aku membuat satu tekad di dalam hati;
"Korang nengok la nanti, aku bagitau satu dhunia mengenai korang.."

Kalah menang adat pertandingan. Aku selalu boleh terima kekalahan. Tapi kali ni tidak. Gua hangin. Korang nantikan post Special feature aku nanti yang bertajuk:

Battle Of The FcukingHell
coming soon..

Friday, August 19, 2005

BOTB- ETA: 22hrs

Baiklah. Esok aku dan band aku akan berentap di arena Battle of The Bands Kuala Lipis yang dikenali sebagai The Battle. Acara saringan esok akan menentukan 7 band untuk ke final kelak.

Tempat: Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis.
Masa: 10.00am till dead

Aku dengan ini menjemput semua yang mengenali diri saya untuk turut serta hadir memberi sokongan kepada band aku. Moga-moga dengan sokongan anda semua kami akan beraksi lebih kerek dan dengan muka berlagak sebab ada groupie.

Nama band: Fury
Drummer : Yours Truly, Kumprinx (Frontman/Spokeperson/Manager)
Gitaris Utama : Mael 'Artificial Harmonic Maniac'
Bassist : Mie 'Selipar Slapper'
Vocal : Islah 'Helpless Dope Junkie'
Ada nama kedua macam tu tak cool langsung. Black metal boleh la..
Kameraman Bertugas: DeeTree
Transport : Kulat 'Vannete Bandit'
Stage Krew : Paeh, Timmy, Jamal dll.
Equipment band ditaja oleh: Oxygen Studio (Lipis/Bentong)

Kalian semua disarankan membawa banner dan poster sendiri. Dan anak-anak gadis juga digalakkan berpakaian seksi dan terjerit-jerit macam orang gila. Untuk mendaftar Fury Fan Club (FFC) sila kontek encik DeeTree di link sebelah (HOC). Simpan kad topap anda, undi sms anda tidak diperlukan. Cuma doakan je kitaorang berjaya.

Jumpa Di Sana!

(semua info yang tak berapa meyakinkan di atas aku reka je)

BOTB: t-minus 1 day

The heat is on bebeh!
Battle of Tha Band ni dinamakan 'The Battle'. Lusa akan berlangsung saringan. Lepas tu terus final pada malam merdeka nanti. Sure gempak habis. 7 band akan dipilih untuk beraksi 31 haribulan nanti. Bagi 7 band tu kelak, "Tiada pengalah. Kita semua juara". Sebab dengar-dengarnya 7 band tu akan dibayar RM200 setiap band sebagai insentif untuk membuat persembahan pada malam itu. Di samping berpeluang untuk menjadi juara dan merebut hadiah wang tunai RM1000. Aku dah panik dah ni..

Switch Menu
Korang nengok je
Dynamic Drive untuk menu yang sungguh hebat itu! Seingat aku aku tersilap bagi link kat seseorang. Tapi dia buat je. Jadi. Cantik gak.
http://klinikminda.blogdrive.com/

Tuesday, August 16, 2005

BOTB: t-minus 4 days

Image Hosted by ImageShack.us


Timmy come home quick!
2 hari nan lalu aku ngan Mael hantar Timmy ke JB. Dia ada konvo. Tetiba aku ngan Mael dapat idea nak suruh Timmy ni jadi vokalist kitaorang untuk BOTB ni. Menggantikan vokalis taik dadah yang aku dah mangli nak layan tu. Timmy pandai main gitar. Dan masa Sure Pekat 2 tahun 2004 ari tu, Timmy jadi 2nd vocal ngan bassist player untuk band aku (JR panggil 'Kumprinx And Superfriends') Padahal band tu namanya 'Lily Fusion'.
Namun demikian barangkali Timmy tak sempat nak balik menjelang BOTB ni. Jadi kitaorang hanya boleh berharap.
Sorang lagi calon yang aku temui adalah abang Rahim Maarof. Nama dia sebenar bukan Rahim Maarof namun muka dia sejibik. Nama sebenar dia aku kurang pasti lagi tapi aku selalu nampak dia melepak kat studio Eddie kat Lipis ni. Dengar-dengarnya dia juga boleh menyanyi dengan baik, di samping skill gitar yang 'ikut-buku-punya'.

Dress Up Sunday
Bab pakaian ni sebenarnya remeh sangat. Tapi aku tak nak terlepas pandang satupun aspek pemarkahan untuk BOTB ni. Kostum untuk nak pakai nanti semua dah siap gosok. Dah gantung kat dinding. Hehe.. Perasaan teruja macam ni hanya dapat time-time macam ni je. Hari-hari biasa tak merasa.

Migrain
Lepas training je mesti sakit kepala. Aku ingat sebab bunyi yang kuat masuk dalam kepala otak aku secara konstant. Menyebabkan kepala aku sakit. Bawak ke malam. Mungkin teknik aku mengetuk snare tu yang menyebabkan bunyi dia sakit kepala. Aku main tibai je, tak taulah betul ke tidak teknik aku tu. Yang penting sound dia kuat dan meletup tanpa perlu ketuk kuat-kuat. Dan sekarang aku dapat tau bahawa kedudukan snare tu kalau teralih hatta 1cm sekalipun, akan menyebabkan kecederaan yang serius dalam permainan untuk jangkamasa yang panjang.


Hantu Pokok Dicuri
Mende ni dah lama dah aku dapat tau, tapi hari ni aku akan bagitau korang semua. Ingat tak post 'Hantu Pokok' yang aku buat beberapa bulan yang lalu. Tak silap aku bulan Januari ari tu aku taruk. Pastu aku nengok-nengok bebaru ni, ada satu site Indonesia tu 'sesuka hati engkau je' songlap gambar tu taruk dalam site dia. Mungkin user dia yang hantar, tapi sekurang-kurangnya kredit la aku aku. Namun demikian aku tak berapa amik pot sangat kes ni. Gua takdak hal punya. Cuma aku ralat satu je iaitu lupa letak no tipon aku kat gambar tu. Mesti top dah muka aku kat Indonesia skang ni. Hehe..
Waima pun site tu memang seronok dilawati.
http://www.primbon.com/foto.htm
Post Hantu Pokok

Ladang Paku (The Secret Garden)
Dalam bilik aku ada satu tingkap ni. Pastu kalau aku keluar ikut tingkap tu aku takkan jatuh ke bawah dan mati, sebaliknya ada macam platform kat situ. Senang cerita kalau berlaku kebakaran ataupun tsunami, aku boleh keluar dan tunggu kat platform tu sampai bomba datang menyelamat.Platform tu selalu basah sebab air ekon daripada tingkat atas jatuh kat situ. Keadaan yang basah tu menyebabkan ada tumbuh-tumbuhan yang hidup subur kat situ. Ada pokok paku pakis rimba (yang beso-beso tu) ngan sebijik pokok Langsuir (Langsoya ke apa tah, orang panggil nama tu). Orang cakap pokok langsuir ni adalah tempat hantu langsuir melepak. Namun bagi aku itu hanyalah akan menambahkan cool factor bagi bilik aku.Ada pihak-pihak yang sebelum ini berniat untuk membuang segala tumbuh-tumbuhan itu sebab tak semat sangat rupanya. Tengah-tengah bangunan ada pokok tumbuh pulak. Nampak sangat tak terjaga. Tapi niat mereka dihalang keras olih aku sendiri sebab aku sayang kat pokok-pokok tu. Mereka membekalkan oksigen ke dalam bilik aku. Dan selalu jugak aku silam pokok tu kalau orang tingkat atas tak pasang ekon. Kadang-kadang aku bagi diaorang baja abu rokok supaya mereka hidup subur.Tapi itu dulu...Baru-baru ini tucin kat umah aku dapat akal melepak kat Ladang Paku aku tu. Aku tak nampak langsung ke-best-an melepak kat situ. Tapi diaorang ni main redah je. Main nyorok-nyorok, gigit-gigit, cakar-cakar kat situ. Pastu habih dah pokok paku ngan langsuir aku tu. Bial aku sound, diaorang buat deekkk je.

BOTB : t-minus 5 days

5 Hari lagi Battle Of The Bands. Panik semakin menimpa. Tadi aku ngan Mael prektis part-part lagu yang masih perlu penekanan. Macam dia punya fill in nak masuk chorus, nak masuk verse balik. Overall aku ngan Mael skang ni dah 80% ready. Tak tau la ngan vokalis taik dadah aku tu ngan bassist dia. Tak hadir training memang menyakitkan hati. Sebab sebelum pegi umah Mael aku nampak diaorang melepak pekena neskepe 'o kat Centerpoint. Kalau tak kerana takde pengganti ngan masa dah suntuk aku rijek je diaorang tu. Hampeh tul la..
Weii takde ke sedara mara korang yang boleh nyanyi ni? Semua yang aku kenal dah di-booked untuk main ngan band lain. Kalau ada sila kontek aku ngan segera. Buat masa ni taik dadah tu aku hold on dulu sehingga saat terakhir. Mana tau takde pengganti.
Dah dekat dah ni.. alamak!!

Monday, August 15, 2005

Late Show With Kumprinx (Part 2)

haram aku x bleh buat mcm ni..

Bundle Makes Your Dream Come True
Setelah aktiviti mengecat yang sangat memenatkan tempohari, kasut aku mengalami keputihan akibat tetes-tetesan cat. Tak banyak, sikit je. Namun demikian itu menguatkan semangat aku untuk membeli kasut baru. Waima kasut bundle sekalipun, terkena cat adalah alasan yang paling ideal sekali (malas basuh) untuk beli kasut baru.
Hari sabtu nan lalu aku takde planning langsung nak beli apa-apa selain daripada kopok, murtabak mini, nasik dagang dan kuih kocok (cakoi) untuk pekena kat umah sambil nengok tv.
Pastu aku lalu kat depan brader bundle ni aku ternampak sesuatu. Sepasang kasut. Elok lagi. Memula aku tanya brader tu bape inggit. Dia cakap RM30. "Baik! RM25 aku angkat!", ujar aku. Aku ambik, nengok lebih kurang, pastu aku suruh brader tu simpan jap sebab aku nak pegi beli kuih cakoi dulu. Bila aku mai balik aku nengok member saya sendiri, iaitu Mael tengah nego ngan brader tu nak beli kasut tu jugak. Brader tu cakap "Ada budak besar-besar, janggut, baju wane itam dah booking kasut ni dik". Dan orang itu adalah aku sendiri. Dan aku langsung tak pikir panjang masa nak bayar kat brader tu.
Kendati kasut tu ada tanggal sikit tapak dia, tapi aku tetap yakin untuk membelinya. Keesokan harinya aku merempit ke bentong. Dan setibanya di sana aku terus hantar kasut tu untuk jahit bahagian yang tanggal tu. Dalam masa 15 minit , kasut tu kembali ke tip-top condition dia.
6 tahun nan lalu...
Masa tu aku muda-muda remaja lagi. Tengah gile main skateboard. Time tu scene Lipis ni ada sekeping je papan selaju. Kitaorang semua main kongsi-kongsi. Gilir-gilir. Namun semangat tu tetap menebal di hati masing-masing. Aku ingat lagi ada satu ketika tu aku bawak motor naik atas plywood semata-mata nak lengkungkan dia untuk buat halfpipe. Namun jadi jugak walaupun kecik. Pepepun pasal zaman kegemilangan papan selaju aku ni aku akan ceritakan di kemudian hari.
Kasut yang aku pakai time tu hanyalah kasut cap Puma yang aku beli kat bundle. Siap taruk gam kaca lagi untuk bagi grip lebey. Sebenarnya kasut tu tak sesuai langsung untuk skateboard. Daripada Puma ke Power ke kasut cap entah-hapa-hapa tah aku pernah guna. Tapi takde satupun yangbetul-betul designed untuk skateboarding. Maklumlah time tu aku masih di alam persekolahan dan duit pun tak berapa nak ada sangat. Namun demikian ia tidak pernah mematahkan semangat aku dalam sukan ni.
Sekali-sekali kitaorang jalan-jalan Kolumpo untuk nengok-nengok. Bebarang skate ni mana ada jual kat Kuala Lipis ni, Jadi most of the time, kami akan merempit ke Kolumpo (4 hours drive) semata-mata nak beli skru sepasang.
Lalu aku masuk kedai skate ni di sebuat pasaraya yang terkenal di kolumpo ni. Atas rak-rak kasut dia tu hati aku berkenan sangat ngan sepasang kasut ni. Kena sangat ngan jiwa aku. Aku dapat bayangkan prestasi aku meningkat kalau pakai kasut tu. Keselesaan memakainya. Ke-stylo-an dia. meleleh air liur aku. Tapi bila aku nengok pricetag dia, hatiku kaciwa. Hancur berkeping-keping jadinya. Sepasang kasut tu harga dia RM350.00++. Bayar duit banyak tu pastu letak kat kaki. Songkok yang bape inggit je tu berkira sangat nak beli. Letak kat kepala pulak tu. Truth is, aku tak mampu langsung nak beli kasut tu. Waima kalau aku ada duit sebanyak tu pun time tu, aku takkan habiskannya untuk beli kasut.
Kasut cap ES memang berkualiti dan banyak teknologi-teknologi baru yang dia letak dalam kasut dia. Semuanya untuk aid prestasi dalam sukan skateboarding ni. Tak perlu la aku cerita banyak pasal ni. Ada link kat bawah korang nengok sendiri.
Kasut bundle yang aku angkat tu adalah kasut signature model Bob Burnquist. Ha'ah Bob Burnquist dah tak main ngan Es dah skang ni. Jadi kasut ni dah tak dikeluarkan lagi dah. This is the same shoe yang aku nengok 6 tahun lalu. Kasut yang sama aku idamkan. Skang ni aku dah berjaya milikinya dengan harga hanya RM35 inggit. (campur jahit RM15).
Sehingga artikel ini ditulis, dah 4 kali dah orang datang kat aku bawak cash nak angkat kasut ni daripada aku. Tak dapat bang.. Kaseh sayang aku terhadap kasut ni semakin hari semakin mendalam. Nak nak bila aku dah test prestasi dia di arena papan selaju.
http://www.esfootwear.com/etc/technical/

Bersukan
Ekoran daripada pembelian kasut baru aku tersebut, patang Sabtu nan lalu aku turun ke skatepark Lipis untuk mengetest power kasut tu.
Skatepark ni skang petang-petang kosong je. Tak macam 6 tahun lalu di mana scene papan selaju kat Lipis ni meletup. Ramai je kaki main. Kini, kalau aku nak main, aku hanya mampu bertindak secara solo. Kat situ ada 3-4 keping mat rempit tengah melepak buat apa tah. Pastu kat atas ramp ada awek 2 orang tengah sembang-sembang. Namun itu tak melemahkan semangat aku.
Kasut bundle baru aku tu memberikan prestasi yang sangat mengkagumkan. Senang cerita-'Ollie tinggi'. Kendati demikian skill-skill aku semuanya dah pudar. Aku ingat lagi masa muda-muda dulu aku ambik masa sebulan untuk buang segala perasaan hesitation dalam sukan ni. Di mana kalau ada sikit je hesitation dalam meng-execute satu trick tu, kita mungkin akan mengalami kecederaan yang serius. Skang ni segala aksi-aksi aku penuh dengan hesitation. Apa pun tak jalan. Nak naik rail yang rendah tu pun aku takut. Hape nak jadi ni? Lalu aku berehat je kat tepi sambil usyar-usyar orang kat taman depan tu. Kalau aku teruskan main dalam keadaan macam ni aku hanya akan dapat letih.
So aku amik keputusan untuk kembali beraksi dalam sukan ni sebaik sahaja habis Battle Of The Band nanti. Kalau aku start sekarang mungkin aku mengalami kecederaan yang akan mengangu prestasi aku masa BOTB nanti. Keputusan ini disokong oleh kehadiran kasut baru aku ni. Hehe..

Battle Of The Bands Update
Tadi aku jumpa encik organiser event ni. Dia cakap takde satupun band lagi yang mendaftar kat dia waima borang sudah lama dikeluarkan. Dia cakap ada yang nak hantar time pertandingan nanti. "21 harib nanti lepas pukul 10am aku tak terima dah" katanya sambil makan tembikai.
Band aku dijadualkan akan menghantar borang menjelang lusa kalau takde aral melintang. Tapi skang ni ada satu masalah besar.
Vokalis kitaorang mula menunjukkan belangnya. Prestasi dia menurun at a steady pace. Bila training dia menggunakan falsetto untuk note-note yang tinggi. Ini mengelat namanya. Kalau part instrument mungkin kita boleh mengelat sebab kalau nak main sebijik, banyak pulak efek kena guna. Tang nyanyi ni lain sikit. Bagi mereka yang bukan pemuzik yang nengok nanti, diaorang nak nengok orang nyanyi je. Nak-nak dalam era Akademi Fcukinghell ni.
Bukan itu sahaja, malah vokalis kitaorang yang skang ni dah mula menghisap dadah. Tu yang aku hangin sangat tu. Aku tak boleh toleransi ngan penghisap dadah ni. Bak kata sorang kutu tu (aku dah lupa nama dia) "Belia benci dadah!". Maka aku tiada tindakan lain yang boleh dilakukan selain daripada "Kamu terpaksa di-rijek".
Skang ni, 6 hari daripada event, kitaorang takde tukang nyanyi. Jadi aku menyeru kalau ada korang-korang yang suara sejibik macam Ahmad Dhani ataupun Once, silalah tampil ke depan. Kontek aku.
Falsetto? Vibrato? Masturbator? - Singing Terminology

Wednesday, August 10, 2005

Late Show With Kumprinx (Part 1)

Nina Williams

Tiresome Weekend
Beberapa hari aku offline kerana terlalu sibuk ngan urusan seharian. Merempit ke Bentong sebanyak 2 (dua) round. Bekerja hingga santak subuh ke terbenam mentari secara non-stop. Dan jugak kenduri nikah kawin. Tak lupa jugak aktiviti bermain gitar tengah-tengah malam melayani sanubari luka yang penuh tekanan merudum. Kadang-kadang tu aku heran jugak mengapa diri aku ni selalu diselubungi keletihan yang melampau. Ada ketika aku terlalu takde mende nak buat sampai naik pening kepala aku nengok tv. Dan jugak ada ketika aku terlalu sibuk sampai tak sempat nak singgah kat table member-member yang menyeru aku mengajak sekali mem-pekena neskepe 'o bersama mereka. Malah ada jugak ketika aku tetap melepak mempekena neskepe 'o meskipun ada 1001 perkara yang aku perlu selesaikan dengan segera. Most of the time, aku boleh gerenti aku mesti berada dalam keletihan yang melampau. Sehingga aku terpaksa menyapu Balm di sendi-sendi yang sakit. Orang lain pun cari makan jugak. Orang lain pun kerja jugak. Tapi ada ke yang sering dirudum keletihan melampau macam aku ni?

Nikah Kawin
Ada sedara aku nikah hari Sabtu ari tu. Berikut adalah gambar-gambar event tersebut yang aku terjumpa dalam kompiter ni.

...
Satu je perkara tentang majlis nikah kawin ni yang aku into adalah bab makan. Nak nak lagi kalau tukang masak atau katerrer (ka-terrer) dia terrer. Safe bet aku tangah makan ngan family aku. Kecuali yang tak nampak muka dan bertudung tu kutu mana tah aku tak tau.

Gila-Gila Pengantin Men-cekik
Beginilah rupa paras pengantin tersebut. Dia ni sedara aku. Best la korang makan best. Ada ayam golek. Waima demikian ayam golek yang berbaki itu kemudiannya dibawa pulang ke umah aku oleh Mum aku. Cuba teka sapa yang makan sampai habis?

Selamat Pengantin Baru Ruzman dan Zurinah

X tgk tv
Ya. Saya tidak menonton konset final akademi fcukinghell itu. Aku dah mengantuk sangat dah. Baik aku tido je. Later aku dapat tau yang aku sorang je kat Malaysia ni yang tak nengok konset final tu. Ampeh tul la.. Namun demikian masa aku jenjalan kat pasar keesokan harinya aku tau sapa menang. I guess 14,000 people cant be wrong huh? Yang makan siput terus akan makan siput. Yang diraikan sengih-sengih pandu keta baru. Yang merai skang ni terkebil-kebil. AF dah habih, welcome to the real world.

Pepehal sebenarnya banyak lagi mende aku nak cerita malam ni. Belum lagi masuk pasal kasut baru aku. Pasal panggilan tipon aku. Pasal stress lagi. Pasal hantu lagi. Jadi stay tuned jer la..

Thursday, August 4, 2005

Friday Flick

Takde karan, tiruk dan kekecewaan yang merudum
Malam sebelum berangkat ke Bentong tu aku berjaga sampai pagi untuk menentang musuh yang cuba memulakan perang nuklear untuk kepentingan sendiri. (MGS#:Snake Eater - PS2). Pagi tu aku terlalu letih dan mengantuk. Aku tido sepanjang perjalanan ke Bentong.
Tindakan aku melarikan diri ke Bentong untuk melarikan diri daripada ketiadaan air di Kuala Lipis mungkin satu langkah yang bijak. Tapi setibanya aku di ibusawat Oxygen Studio di Bentong satu lagi bahana baru telah menimpa. Air ada tapi karan takde. Memula aku saspek satu taman tu takde api. Aku try tanya awek yang jaga kedai perabot jati kat bawah opis tu. Dia tengah asyik menyapu lantai. Kedai ni baru je bukak. Aku sendiri tak pernah pegi nengok kedai ni.
"Assalamualaikum. Sapu sampah ka?" tanya aku memulakan perbualan.
"Waalaikumusalam. Ha'ah baru bukak tadi"
"Tengahari baru bukak?"
"Pepagi mana ada orang nak beli perabot cik abang oii.."
"Oh ye ke? Hik hik huk tak tahu pulak saya", balas aku dengan nada manja dan menggoda.
"Abang duduk kat ats ni ye? Niaga apa?", tanya awek tu.
"Oh macam-macam ada dik. Kitaorang buat printing, repair kompiter, event management, sewa peralatan muzik, studio jamming pun ada! Tapi tak bukak lagi la..", ujar aku dengan bersahaja.
"Ooo.. nak gi mana ni?"
"Aa.. abang nak kuar jap. Pegi dulu ye..!"
Haram aku lupa nak tanya ada api ke tak. Namun demikian daripada kipas meja yang berputar kat kedai dia tu aku dapat agak bahawa kedai dia ada api. Skang ni dah soheh karan kedai aku dah kena potong.
Berbekalkan bill api sekeping, aku mengorak langkah ke ibusawat TNB untuk penerangan lanjut.
"Kak, api komeh ni kena potong ke? Nengok bill ni.."
Akak tu memasukkan data ke kompiter dia.
"Ha'ah dik, kena potong. Awak tak bayar bil sapa suruh?!"
"Apehal pulak kena potong?! Tunggakan bukan banyak sangat! Lagipun deposit RM500. Tak sampai setengah lagi!!", ujar aku dengan bersungguh-sungguh sambil me-maintain muka yang bengis demi untuk menakut-nakutkan akak TNB tu.
"Heii cik abang! Ye la deposit awak banyak, tapi kalau dah setahun tak bayar bil mestilah kena potong"
"Hah! Setahun tak bayar?!" Muka bengis aku tadi bertukar menjadi sebe dan selenge.
"Ye setahun tak bayar. Ni hape nak jadi ni malas bayar bil!"
"Hik hik hik.. tak tau pulak saya..." balas aku dengan nada manja untuk meng-cover malu.
Kemudian aku kuar kejap untuk berbincang ngan rakaniaga aku mengenai hal ini. 4-5 minit kemudian aku masuk balik. Aku setel semua bil tu. Akak tu cakap nanti petang baru la orang datang sambung balik api. Time tu baru pukul 12 tengahari.
Time tu kalau melepak kat opis mesti panas gile kalau takde karan. Matahari pulak memancar terik. Aku tak perlu berfikir panjang membuat keputusan untuk pekena tiruk kat Lata Chamang sementara menunggu karan ada.
Setibanya di Chamang hanya ada 3-4 orang je kat situ. Semuanya pengail 'hardcore' yang takde kerja lain selain daripada mengail je siang malam. Dan jugak aku ada spot satu couple gay entah buat apa dalam semak. Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus memakai swimsuit aku (suar pendek bukan spender) dan melancarkan aksi tiruk yang pertama. Aku ingat nak berendam je sebab aku ni letih, nanti malam nak buat keje pulak. Dah la semalam tak tido. Lalu aku mempraktikkan ilmu 'Kalis Sejuk' aku.
Sepanjang berendam tu hanya ada 1 pasukan amoi pekena tiruk kat situ. Itupun bebudak sekolah yang ponteng sekolah. Isap rokok pulak tu. Setelah 3-4 jam dalam air aku menjadi mangli dan naik ke daratan atas saranan rakaniaga aku. Lagipun awek tak berapa nak ada. Lain la kalau hujung minggu tu. Toksah cerita la.
Naik je kat atas tetiba ada je amoi yang turun. Ramai pulak tu. 4-5 motor semua naik 4 orang ('pantak empat' term untuk naik motor ramai-ramai). Aku agak kecewa kerana naik terlalu awal. Kekecewaan aku menjadi semakin mendalam kerana dalam perjalanan balik, kami berselisih ngan bas rombongan yang penuh ngan cewek-cewek montok. Entah persatuan apa buat aktiviti kat situ. Apa, korang ingat mandi sungai tujuan utama pegi situ?!

Pertandingan Band Sempena Karnival Lipis 2005
Setelah 4 tahun menyepi, tahun ni pertandingan band kembali. Kredit kepada Pakcik Rahim (Siti panggil dia 'Ayah Rahim') kerana telah berjala pull-off event ni. Saringan pertama akan berlangsung pada hari Ahad 21 Ogos pukul 10 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Lipis. 7 band akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir dimana hadiah bernilai RM3,000.00 akan dipertaruhkan. Hadiah pertama, kedua dan ketiga. Dan tahun ni buat pertama kali anugerah bagi gitaris, drummer, bassist dan vokalis terbaik akan diberikan berupa wang tunai. Yuran penyertaan bagi satu band adalah RM80.00. Jumlah ahli yang dibenarkan adalah hanya 4 orang sahaja. "Komeh nak nengok macamana korang boleh cover sesuatu lagu tu dengan hanya 4 ahli sahaja", begitulah penjelasan Pakcik Rahim.
For sure band aku akan masuk bertanding. Setiap kali memikirkan pasal pertandingan ni aku menjadi berdebar-debar. Tak sabar-sabar dah rasanya. Tak lama lagi dah rupanya. Band kitaorang memang tak boleh makan punya kalau nak fight ngan band-band kat Lipis ni. Semuanya power-power. Diaorang metronome punya kaki. Kitaorang ni band main tibai je.
Setiap band kena menyampaikan 3 buah lagi iaitu lagu melayu, lagu instrumental ngan lagu bebas. "Lagu-lagu berentah Trash tidak dibenarkan" kata borang dia. Peserta mestilah berumur 16 tahun ke atas.
Baiklah. Pertandingan ni terbuka Pahang. Jadi kalau korang duduk kat temerloh ke, janda baik ke, mentakab mahupun Lepar Hilir moh la masuk memeriahkan suasana. Syarat pertama dia adalah 'Warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri Pahang'.
Maklumat lanjut, sila kontek:
Pakcik Rahim di talian : 019-965 8791 atau
Cik Rina 019-955 9588
Boleh amik borang kat kaunter Urusetia Karnival Lipis 2005 kat sebelah pintu masuk Pasaraya Aktif mulai sekarang.
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 20 Ogos ni.
Satu lagi, kalau nak nengok band aku beraksi, datang la masa saringan nanti 21 Ogos start pukul 10.00 pagi. Hehe...

Wednesday, August 3, 2005

Kuala Lipis Dilanda Kemarau

Pun begitu aku lebih prefer kalau letak tajuk 'Kuala Lipis Dilanda Garuda'. Sebab it's gettin' boring la.. Takde adegan tembak menembak ke, rompak kedai ke, orang bunuh diri ke. Kendati demikian aku akan ceritakan jugak pasal kemarau di kuala lipis ni.

Tidak. Bukan Kuala Lipis ni dilanda kemarau. Padahal baru je pagi semalam hujan lebat tak hengat punya di waktu pagi. Tapi kali ni seluruh penduduk Kuala Lipis ni telah diberi amaran mengenai water shortage yang akan berlaku dalam 2-3 hari akan datang ni. memula kat kawasan tempoyang takde air. Aku gelak je la kat diaorang sebab nescaya diaorang tak mandi punya.

Pastu tengahari tadi ada notis kat umah aku bagitau nanti takde air selama 2-3 hari. Ayat dalam notis tu: "Dukacita dimaklumkan nanti takde air 2-3 hari kat apartment korang. Jika mahu mandi kalian dinasehatkan agar menadah air cukup-cukup untuk 2-3 hari. Kemudian jika mandi jangan tak hengat dunia. Kalau nak mandi macam air terjun sila pergi air terjun. Berikut adalah senarai air terjun yang bolih korang lawati..."

Punca sebenar ketiadaan air di seluruh bandar Kuala Lipis ni masih lagi samar-samar. Waima demikian aku menerima beberapa laporan mengenai teori ketiadaan supply air ni:
-Ada bangla jatuh dalam loji penapisan air (dekat bahagian 'tapis' dia). Mayat dia hancur dan air tidak selamat diminum.
-Ada kutu 2-3 orang pegi tuba air kat loji penapisan air tu demi untuk menangkap ikan puyu untuk dijadikan haiwan peliharaan.
-Ada ikan raksasa lekat kat dalam paip.
-Sebuah universiti tempatan membuat kajian terhadap tingkahlaku manusia kalau 3 hari tak mandi.
-Perang saraf makhluk asing untuk menduduki bumi. Jika takde air maka orang tak mandi dan akhirnya akan mati.
-Ayah Pin (Pimp Daddy) curi air.

Kendati (hamjaddah apa maksud perkataan ni aku tak tau, aku tibai je), aku telah menemui satu jalan penyelesaian yang sangat berkesan untuk menangani kemarau ni. Iaitu lari ke ibusawat di Bentong dan paling power, pekena mandi kat Lata Chamang hujung minggu ni.

Tuesday, August 2, 2005

Burger

Burger bukanlah tersenarai dalam rantai makanan kegemaran aku. Tapi kadangkala pabila nasik tiada di sisi, apatah lagi mee goreng hailam dan wang ringgit yang merudum, burger slalu menjadi pilihan aku. (Burger King, McD dll skang tolak tepi aa..). Kat Kuala Lipis ni aku dah kenalpasti hampir semua gerai burger yang beroperasi di sini. Menandakan bahawa aku sering dilanda ketiadaan wang. Lalu skang aku persembahkan; Kumprinx's Guide to Burger Hunting In Kuala Lipis If You Dont Have Enough Money For Nasik Goreng Pattaya (KGBHIKLIYDHEMFNGP).

Burger Abang Mie
Sejak dari awal dunia lagi aku dah makan burger abang Mie ni. Terkenal sebagai burger yang paling power kat Kuala Lipis ni. Dulu dia beroperasi kat stesen ketapi. Masa tu aku kecik lagi. Tapi skang ni dia dah berpindah ke lokasi yang lebih high profile iaitu di perkarangan umah aku sendiri. Sapa yang tak kenal burger abang Mie? Memang burger dia sedap, tapi aku dah selalu sangat makan burger dia (10 tahun beb..) naik mangli pun ada. Tapi yang penting burger dia power. Tak nampak pulak aku dia tambah seasoning ke, ajinomoto ke. Tapi power. Dari hirisan tomato dia sampai la ke susun atur antara daging, sayur dan mayonis. Bagi aku burger yang baik adalah burger yang mayonis dia curah atas sayur itu sendiri. Sebab mayonis tu bertindak meng-enhance-kan rasa sayur itu sendiri. Ramai pengusaha burger kat Lipis ni silap tang ni. Sebab tu la tak menjadi. Dan Abang Mie ni jugak telah menggunakan sos cili brand yang sama sepanjang 10 tahun ni. Jesteru me-maintainkan rasa burger dia sehingga kini. Abang Mie jugak mahir dalam skill potong burger di mana ramai pengusaha burger gagal. Kalau dah stack 4-5 bahan dalam burger korang ingat senang nak potong? Dia buat selamberrr je. Burger Abang Mie sehingga kini adalah benchmark kepada burger-burger di Kuala Lipis ni sebagai pengusaha yang paling otai.

Burger Brader Rock
Nama brader ni aku tak ingat. Tapi yang aku ingat imej rock dia tu. Dia ni kira berjaya la jugak dalam industri burger ni. Sekali bebudak maktab datang beli 30 ke 40 bijik sekaligus. Dia ni selalu dapat large order macam ni, jesteru waiting list dia selalu panjang. Dengan liciknya dia juga telah meletakkan sekeping papan dam aji kat gerai dia supaya orang yang tunggu tu tak bosan. Pernah satu hari aku tunggu berger sampai kalah 7 round dam aji (menang seround. itupun main tipu). Brader ni telah memberikan fresh take kepada industri burger kat Kuala Lipis ni. Burger dia letak kacang hijau dalam tin. Ngan kacang merah sekaligus. Sebab tu la orang suka sangat burger dia. Meleleh je bila makan. Hari ke hari gerai burger brader rock ni meraih populariti. Kasteme makin ramai. Menyebabkan aku mangli nak beli sebab lama sangat kena tunggu. Dan tu dia pulak makin lama makin sopan ngan pelanggan. Mentang-mentang la orang semua into burger dia. Ada satu malam tu aku nak beli burger. Dia cakap dah tutup. Padahal barang satu hapah pun tak packing lagi. Setakat nak buat burger aku sekeping apalah salahnya. "Komeh dah nak tutup ni!", maki brader tu. Padahal assistant dia (kenalan aku jugak) sanggup buatkan untuk aku. Tapi dia pulak yang tak bagi. mentang-mentang la sale banyak ari tu. "God bless you la!!", kata aku dengan nada mendengus sambil berlalu pergi. Baru-baru ni aku dapat berita yang belum disahkan bahawa brader burger ni dah dead sebab kanser otak. Kedai burger diapun dah tak beroperasi (pindah kot..?)

ABQ Burger
Ni antara burger yang paling terrer sekali. Mengapa terrer? Sebab bisnes dia semakin maju. Dan masyarakat pun semakin menerima burger dia. Dan dia sampai hari ni bertindak secara solo. Bape ramai dah kutu pegi apply mintak jadi assistant dia. Tapi dia taknak. Dia jugak ada sebuah skooter yang ada tulis ABQ. Burger dia letak dalam polisterin. Mengunapakai bahan-bahan standet Ramli Burger. Sebab tu rasa dia standet. Daripada burger kodi (RM1.20) sampaila ke burger double special (RM2.70). Overall burger dia ni antara yang sedap jugak tapi aku jarang pekena sebab jauh ngan umah aku (2 batu lebey beb..).

Burger Prostar
Ni baru lagi mewarnai industri burger kat kuala lipis ni. memula aku tak mengerti organisasi apakah ini. Dia ada satu umah yang semua bebudak melepak kat situ. Rupanya prostar. Dan burger diaorang tak best.

Burger Taman Pertama
Kedai mamak kat taman pertama ni ada jual burger kat depan kedai dia. Tapi burger yang dia buat ni tiru stail burger brader rock tadi. Aku tak suka barang tiruan, jadi aku tak berapa layan sangat burger dia.

Burger Padang Tengku
Dah lama dah aku tak pekena burger dia ni. Dia jual burger kat deret kedai makan. Sengit fight ngan gerai satey ngan makanan panas. Tapi gerai burger ni bersinar sebab ada awek cun yang buar burger. Dah la cun, tinggi lampai pulak tu. Tapi aku jarang pekena burger kat sini sebab jauh ngan umah aku. Sekali-sekala aku pegi Padang Tengku baru aku pekena. Tu pun sebab ada awek yang masak. Tapi baru-baru ini awek yang masak burger tu dah pindah ke Kuala Lipis ni, kerja kat Juara CC (Supermarket). Dekat pulak ngan umah aku. Takde makna la aku pekena burger kat Padang Tengku lagi. Hik hik hik..

Burger Pekan Sari/Kerpan Walk
Burger singgit. Kalau dah singgit tu paham-paham je la. Ni kalau sengkek sangat boleh la pekena. Buat alas-alas perut. Kalau nak beli nengok-nengok sikit la. Boleh request suh orang yang buat taruk lebih cilisos ke apa ke. Pepehal burger singgit ni memang turbo proses pembuatannya. Seingat aku dalam seminit dia boleh buat dalam 20 bijik. Laju je tangan dia.

Burger Hattan
Bukan hattan penyanyi tu. Tapi masa aku kecik-kecik dulu ada sorang brader ni jual burger kat pekan sari muka dia sejibik macam Hattan. Tapi burger yang dia jual kategori burger singgit. Bulan puasa pun dia steady je jual burger pepagi masa pekan sari.

Pepehal pengetahuan aku yang mendalam terhadap industri burger di kuala lipis ni adalah oleh disebabkan kerana aku sering takde duit nak makan nasik. Lain kali aku cerita pulak pasal nasik lemak.

Monday, August 1, 2005

The Tiresome Weekend

Sabtu nan lalu aku bangkut dari tidur seperti biasa. Hari tu aku tau aku terpaksa melakukan sesuatu yang amat penting iaitu mengecat kedai sebelah kedai aku ni.
Memula kedai kat sebelah aku ni ada anak-anak muda yang menyewa kat situ. Buat printing. Pastu diaorang menggatal nak pegi cat dinding dia. Dah la cat warna merah ngan ijau. Tobat buruk color scheme dia. Kendian diaorang terpaksa pindah keluar sebab gagal menjelaskan sewa bulanan. Dan kini ada
tenant baru nak sewa. Jadi aku terpaksa memutihkan kembali dinding kedai tu. Diaorang cat sampai syiling dia sekali warna hijau.

Aku dengan yakinnya mengambik tender mengecat ni padahal aku tak pernah mengecat. Aku bukan tukang cat! Chating boleh. Itupun tak berapa into sangat. Sebab kaler merah jadi aku terpaksa buat dia coating. Baru jadi putih betul.
Lalu berpeluh-peluhlah aku mengecat kedai tu.

Tak pernah mengecat bermakna aku melalui banyak pengalaman trial and error. Kadar sukatan bancuhan cat, first layer coating macamana. Semuanya aku belajar on the spot. Kat tin cat tu aku sempat baca line pertama je 'Jangan Makan'.

Frustrating. Itu je yang aku boleh kata. Tatkala aku rasa macam dah nak givap. Putus asa dan bercadang untuk melarikan diri ke Holland, tetiba aku merasakan seperti satu aura yang yang sangat hebat mendekati. "Alamak", getus hatiku. Lalu ku lap keringat yang mengalir di dahiku. Rambut ku ku oles-oles untuk memastikan kekemasan yang jitu. Tetes-tetesan cat yang menetes di pipiku ku sapu dengan segera.
"Hai
Melati, tak keje ke ari ni?!", tegur ku dalam hati..
"Hik hik hiik..",
giggle Melati.

Aad 2-3 orang brader Indon lalu jugak. Tapi diaorang gelak-gelak nengok teknik mengecat aku tu. Mentang-mentang korang terrer. "Masa mau m'bantuin lo..", getus hatiku.
Menjelang petang aku stop jap mengecat dan merempit ke umah Mael untuk aktiviti rutin jamming. Daru umah Mael aku terus merempit ke pasar malam sebab nak cari mende makan. Kat pasar malam mak aku tipon. Banyakbarang dia suh beli. Semuanya aku kena ingat dalam kelapa otak je. Kerna itu aku terlupa hendak membeli kopok di gerai mertua Gunx. Waima aku 2-3 round terhiling-hiling lalu depan kedai tu, namun otak aku tetap tak menjuruskan kepada membeli kopok. Mungkin sebab senarai barang yang perlu dibeli bermain-main dalam kepala otak aku. Mini murtabak ingat pulak.

Larut malam (dah pagi) cat pun habis. Padahal baru satu layer. Pastu aku balek umah. Tido. Pepagi buta esoknya (Ahad) aku terpaksa bangun untuk bertugas sebagai tecnician untuk kursus CIDB yang dianjurkan oleh mother company family kitaorang. Pasang kompiter, projektor, and make sure everything runs smoothly. Padahal dalam kepala otak aku memikirkan kerja-kerja mengecat aku yang belum selesai.
Abis kursus aku try tido sekejap (selayar/nap). Pastu bila bangun aku terus sambung mengecat.
Namun demikian aku tetap stop kejap mengecat sebab aku teringat ada 2 bijik kompiter aku nak kena repair. Setel kompiter dulu. Pastu hantar ke umah tuan dia. Pastu baru la aku sambing balik mengecat ni.

Walaupun banyak rintangan yang aku alami masa mengecat ni, tapi aku gembira sebab aku berjaya siapkan dengan cemerlang. Dinding yang dulunya warna merah ngan ijau skang dah kembali
puteh. Mengecat memang letih sangat sebenarnya.

Overview proses mengecat:
-Penting!: Baca dulu arahan kat botol cat
-4 tin air habis diconsume masa mengecat. (Nestea IceRush 2tin, Vannila Coke Akademi Fcukinghell 2 tin)
-2 kotak Kent.9. Pabila stress maka menghisap rokok akan menjadi bertubi-tubi.