Sunday, February 27, 2005

:: Mende yang membuatkan aku hepi ari ni


Kenduri-kendara

Menjelang tengahari tadi aku menerima mesej pesanan ringkas berbunyi:
"Weii kumprinx!
Ayooh ke rumah
Rapi. Kenduri
nikah akak
dia ari ni. Menu:
Kari kambing."
Mendengar perkataan 'kambing' aku terus je tinggal apa yang aku tengah buat, dan terus merempit ke lokasi nikah kawin tersebut. Sebelum tu aku pikap Mael dulu, sebab dia yang meng-inform aku. Sekali kat area umah mael tu akak kepada member aku si XPDC ni pun menikah jugak. Jadi aku setel dulu kari kambing kat umah Rapi, dan terus merempit balik ke umah Si XPDC (mana aku tau, lekat panggilan XPDC tu kat dia).
Rapi ni member saya. Bukan dia yang kawin sebab dia awal-awal dulu dah kawin. Skang ni giliran akak dia. Dia bukak kedai makan 'mapley' kat area lipis ni. Jadi bila kenduri, apa yang kitaorang selalu makan kat kedai dia tapi bayar, skang ni boleh makan free je. Tu yang aku puas hati tu. Dia ni india-muslim. Jadi masakan diaorang banyak rempah dan definisi rasa dia besar. Banyak mende nak kena amatai dalam rasa masakan dia.
Kat umah XPDC ni pekena pulak nasik kaler-kaler ngan ayam masak merah. Pehh.. Kambing tadi dah terjerit-jerit sebab sempit. Orang dah mengajak, jadi aku taknak la menghampakan diaorang.
Ondewe balik pulak abang aku tipon, suh pekena ikan bakar kat umah dia. Jadi aku usyar dulu perut aku sepintas lalu, nengok ada ruang lagi tak. Agak-agak boleh lagi, akupun terus merempit ke umah abang aku pulak.
Pekena ikan bakar memang seronok. Family biras aku duduk tepi sungai, jadi siaorang selalu dapat supply ikan sungai yang eksotik. Pekena pulak bakar, tangkap leleh wa cakap lu. Sekali cubit ikan yang tengah panas tu (ikan apa tah aku tak ingat), putih berasap. Putih sungguh! Pastu cicah pulak ngan air asam. Time tu aku tak peduli dah kambing dalam perut aku. Diaorang nak nangis, nangis la. Yang penting ikan bakar ni aku boleh padat-padatkan lagi.
Bila perut kenyang, hatiku senang.

Lobang Bisnes Yang menguntungkan
Apek ni masuk kedai aku muka selenge je. Tapi ramah orangnya. Ramah bukan stail ramah salesman, tapi ramah sebab mesra yang pure punya. Memula aku mangli nak layan, lama-lama aku tertarik jugak dengan bisnes yang dia tawarkan tu. Dan dulu aku penah jugak buat mende ni, tapi komisen tak banyak sebab melalui orang. Rupanya dia ni lah king kepada mende ni. Yang aku buat dulu adalah under dia jugak tapi melalui orang lain. Maka komisen aku akan dapat penuh. Terus je aku jadi bersemangat.
Bila memikirkan potensi profit yang bakal tiba dengan usaha yang minima, hatiku senang.

Awek yang cantik melemparkan senyuman
Macam biasa kalau kenduri kawin, mesti ada awek ramai-ramai. Kalau dah ramai-ramai mesti ada satu yang champion daripada orang lain. Aku rasa tak perlu detail sangat aku cerita apa yang berlaku kat sini.
Kalau ada awek (cun) senyum kat aku dan nampak gayanya macam 'ada can', hatiku senang.

Training
Petang tadi pulak sempat aku berkunjung ke umah Mael untuk sessi training. Hari ni aku pekena lagu Pangeran Cinta dari Dewa. Kumpulan Dewa ni makin lama makin power, dan makin susah nak follow lagu dia. Terutama sekali lagu Pangeran Cinta ni yang memerlukan stamina yang tinggi. Dah la susah, teknikal dan semput kalau main. Namun aku yakin, sikit masa lagi aku mampu bawak lagu ni dengan cemerlang.
Kalau ada lagu yang memberikan cabaran yang jitu kepada permainan drum aku, dan aku tau kalau dapat nanti mesti best bawak jamming, hatiku senang.

Mendengar lagu yang best
Aku skang ni syok layan lagu ni:
Brian McFadden & Delta Goodrem - Almost Here
Layan beb... Kalau aku tepek lirik kang itu dah melanggar polisi blog ni. Tapi kalu ni aku beri pengecualian la ekk? Nanti aku tepek lagu pulak.

Ni mamat laki tu nyanyi
Shadows bleeding through the light
Where a love once shined so bright
Came without a reason
Don’t let go on us tonight
Love’s not always black and white
Haven’t I always loved you?
Pastu muzik seme stop dan tang ni Delta Goodrem nyanyi. Amboih... merdunyeee.. Lembuuutttt je sora dia.
But when I need you
You’re almost here
And I know that’s
Not enough
But when I’m with you
I’m close to tears
‘Cause you’re only almost here

Dasat. Lagu cenggini la yang aku suka. Sebenarnya kalau tetiba kita suka kat sesuatu lagu tu, sebenarnya kita tengah me-relate lagu tu dengan kehidupan atau apa yang berlaku sekeliling kita. Sebab tu la ada yang layan lagu dalam gelap pastu air mata mengalir. Pastu kalau orang tanya, tak ngaku.
Ele.. ngaku je la. Kalau sorang-sorang layan feeling lagu kan?
(nota: Delta Goodrem pernah menjadi Awek Minggu Ini)

Semalam punya MalaysianTopBlogs Archive

Saturday, February 26, 2005

:: Proton Satria Replacement Model

Aku tak into sangat pasal keta-keta ni. Tapi ini pasal keta buatan malaysia ni jadi takkan nak buat tak reti je ekk? Lepas Wira Replacement Model. Tak lama lagi ada pulak Satria Replacement Model. Sebagaimana Satria yang lama ari tu rupa seakan-akan Wira, macam tu lah jugak Satria Replacement Model ni rupa parasnya ada la iras-iras Gen2.
Yup, keta ni tak launch lagi. Tapi tetiba ada kutu mana tah yang pegi amik gambar. Tapi yang paling pastinya, aku tak mampu nak angkat walaupun dia launch esok.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Hek ele.. sebijik macam Gen2. Aku ingat diaorang kena sediakan kaler scheme yang lain daripada Gen2 baru la kita boleh bezakan. Kalau tak nanti sama je. Pastu orang kampung pun tak kagum. Padahal model baru. Tapi diaorang tak sedar.

Image Hosted by ImageShack.us
Kalau dilihat dengan teliti, kita boleh nengok posisi ekzos dia kat tengah-tengah. Sesuatu yang baru.

Image Hosted by ImageShack.us
Pepehal aku harap dengan pelancaran Satria Replacement Model ni nanti kita akan dapat fresh looks on kita punya jalan-jalan raya ni. Syok jugak ada perubahan. Ini tidak, asik keta tuuuu je yang lalu. Pastu semua orang pakai pulak tu. Boring arr bai...
Memang aku berminat, tapi tunggu kalau-kalau ada duit sekampit terjumpa tepi jalan baru aku angkat keta ni. Sebelum tu, hati aku tetap pada yang satu, Elise.

:: Special Feature Line-up

Akan datang menemui anda!

Hatiku Bukan Pualam
Dah bertahun-tahun lamanya aku menyampah ngan perkataan pualam ni. Sebab aku tak tau maksudnya. Yang aku tau zaman dulu ada cerekarama dalam tv yang bertajuk 'Hatiku Bukan Pualam'. Jadi aku main sebat je taruk tajuk macam tu.
Ni macam biasa sebuah kisah benar yang berlaku di dalam aku punya 'circle of friends'. Cite ni tragik tapi tak sedih sebab kita akan jadi hangin. Ia akan berkisar di salam persoalan siapakah yang asshole dalam cerita ni? Semuanya salah siapa? Padahal memang jelas siapa yang asshole.
Overall cite ni adalah pasal, kalau sekali aku dah nasihat, pastu tak dengar maka korang akan menerima padahnya. Kat sini terbukti betapa tepatnya ramalan aku dalam sesetengah perkara. Dan dengan cemerlang membuktikan bahawa mereka yang dapat susah adalah mereka yang meragui integriti kata-kata aku. Hehehe...
Kategori : Special Feature
Format : Remotely hosted webpage
Tarikh : Awal Mac 2005

Bidadari Rewritten
Yang ni tak perlu diperkenalkan lagi. Kali ni aku tulis semula. Mana-mana part yang aku tak puas hati tu aku ejas balik. mana-mana yang aku terlupa nak letak tu aku taruk balik. Mungkin ada 2-3 keping lagi gambar aku letak nanti.
Buat masa sekarang ni kalau korang pakai dail 1515 lagi, aku sajes korang daftar streamyx. Sebab Bidadari Rewritten ni akan di publish dalam format .swf ngan .exe. Takde dah display kat sini, tapi korang boleh donlod dan nengok bila-bila masa korang nak. Aku ingat estimated file size dia dalam 10+mb.
Ni la last sekali aku akan berpandir ngan kes 'Bidadari' ni. Lepas tu takde dah. Kira grand finale la jugak ni. Bab-bab tambahan yang hujung-hujung tu bukan aku lupa nak taruk tapi tak berlaku lagi. Sebab aku ada plan something yang pastinya akan jadi bab baru dalam Bidadari Rewritten ni.
Nak tau kedahsyatan cerita ni, aku dah hantar kat Gangguan Teksual, tapi kena rijek. Sebab tak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kali terakhir aku tulis pasal ni, dan sama-sama kita lihat bagaimana sebuah cerita biasa akan bertukar menjadi khabar angin/dongeng.
Kategori : Special Feature Presentation
Format : Shockwave Flash (.swf)/Excecutable(.exe)
Tarikh : May 2005

GT02 II
Tahun 2003 ari tu aku menacapai kejayaan yang tak terduga dengan berjaya menawan puncak Gunung Tahan. Tahun ni aku akan merepeat balik aktiviti ni bersama-sama dengan line-up yang baru dan gear yang lebih dasyat.
Nama dia stands for Gunung Tahan 2002. Sebab planning awal dia nak pegi tahun 2002. Sebab aku berazam nak tawan puncak dia sebelum umur aku 20 tahun. Tapi sebab banyak masalah yang menimpa, tahun 2003 jugak kitaorang berjaya naik. Mujur tahun tu aku belum lagi umur 20 tahun. Demi menjaga intergriti projek ni, aku kekalkan nama dia jadi GT02.
Dan tahun ni aku umumkan pulak GT02 II. Dulu kitaorang naik 3 orang je. Tapi tahun ni ramai yang nak join sebab aku ada publish review dia dalam zine Journal Vol.1. Ramai yang berminat, tapi aku handpick mereka-mereka yang layak je. Yang fit, yang mental kuat, tahan maki, takde nangis-nangis punya kaki.
Penyertaan dah ditutup. Kuota peserta dah dicapai. Tapi ada beberapa masalah yang berlaku sampai aku terpaksa rijek beberapa peserta, dan skang ni aku ingat ada kosong dalam 2-3 tempat gitu. Ada sesapa braney?
Tarikh yang dijadualkan adalah 21hb April 2005. Aku memilih tarikh ni sebab kalau mengikut jadual perjalanan yang aku rancang, rombongan akan tiba di puncak ngam-ngam time bulan penuh. Itu jam menangis la korang.
Pepehal projek ni memang dah kompom, tapi detail dia tak berapa diperincikan lagi. Kita tunggu dan lihat je la.
Kategori : Special Report
Format : Regular BlogPost
Tarikh : Mac 2005

:: Template
Aku dah letak Google Adsense kat blog ni. Ia tak kacau mende-mende lain. Tapi aku saspek ada something yang pop.
Now who pop?! FYI aku migrain lagin ngan blogspot ni. Ejas-ejas, bancau. Ejas-ejas, bancau. Last-last biar je lah macam ni. Amacam?

Friday, February 25, 2005

:: Cari makan bang...

Seleksi post-post pendek

:: Rempit
2-3 hari ni aku sibuk tahap maharaja punya. Dengan pojek yang bertimpa-timpa ditambah pulak ngan error-error yang buat sakit hati je. Dah siap tu aku merempit dari bentong ke Lipis pukul 11.00 malam. Sampai Lipis, hantar baju-baju, singgah umah jap amik keta, dan terus merempit ngan Pedal secara konvoi kembali ke Bentong sebab Pedal nak antar keta, kendian tanpa berehat ataupun tidur walau sepincingpun (apa jadahnye perkataan ni?), kami terus merempit ke Klang naik keta Kancil mak aku tu. Dah la keta tu lama tak servis. Semput pulak tu. Namun dengan semangat yang waja dan fikiran yang dikelabui dengan bayangan wang ringgit, kitaorangpun gambel je la.

:: Klang
Kitaorang pegi kat area Tanjung Harapan. Aku heran nengok tempat ni berasap semacam je. Kadang-kadang ada bau lempeng, ada bau buah keras macam kat Petaling Street tu, bau tayar terbakar pun ada. Pastu lori banyak gile. Semuanya merempit. Siap ada trelar yang buat u-turn tengah-tengah jalan.
Pastu kitaorang singgah kat satu gerai ni. Ingat nak pekena breakfast la sedas. (peringatan: time tu pepagi buta lagi dan kitaorang tak tidor sepanjang malam memandu). Kedai makcik tu jual nasik lemak. Kena self service sampai air pun kena bancuh sendiri. Tapi lauk nasik lemak dia banyak tak ingat. Semuanya sea-food. Dengan rakus dan air liur meleleh-leleh, aku sebat je semua.
Pastu ada satu lauk ni pelik sangat bagi aku. Kecik je besar ibu jari. Rupa dia macam sarang alien. Tak smart. Nak kata kerang kang, besar sangat.

"Makcik, ini lala ke?"
"Bukan dong, itu kepang"
"Kepak?"
"Kupang"
"Kepah kot?"
"Sabenarnya makcik pun ngak tau mas, saya masak aja"
"Habih?! Kalau orang bagi beruang, ko masak je la semacam?!"

Pepehal menatang kepak/kupang/kepang/kepak tu memeng best. Cuma dimasak agak pedas sampai definisi rasa dia yang sebenar tak dapat aku nikmati. The distinct taste of sea-food is still there. Aku ingat dalam 2-3 hari ni aku mesti kena keracunan arsenik.

:: ***, we're taking over
Balik tu kitaorang singgah kat *** ingat nak pekena air limau sebab hari panas sangat. Ternyata *** tu adalah lubuk profit yang dah lama terpendam bagi kitaorang. Jadi apa lagi, sembang lebat la aku. Sampai tak menang tangan nak layan orang yang berebut-rebut nak gunakan perkhidmatan kitaorang. Dah la aku dengan tak bawak apa-apa hatta buku resit pun tertinggal kat opis. Main tibai je. Tapi diaorang nak jugak. Keh-keh keh.. kalau jadi macam ni, hati aku senang.

:: Tidak ku
Duga
4-5 hari nan lalu ni aku banyak melepak ngan orang-orang yang takde dalam senarai playlist 'Rakan Melepak' aku. Ini memberikan perspektif yang baru bagi aku. Sebab aku tak sangka orang-orang tersebut ada banyak point-point sembang yang aku tak pernah terfikir selama ni.
Ada klasmet lama aku yang dah tak berapa nak tegur sangat tu, cerita pasal lubang-lubang bisnes. Padahal dia sebenarnya nak up pendapatan bulanan dia ngan aku.
Pastu pulak sorang otai mat rempit kat Lipis ni. Tetiba dia repihan hati pasal kehidupan seharian dia. Macamana dia duduk ngan family lagi tapi masih kesempitan duit padahal gaji beso.
Last sekali brader kelantan yang bukak kedai makan kat opis kitaorang ni. Dia cerita pasal pengaliran kuar duit dari malaysia ni melalui pekerja asing. Memang best topik dia ni, tapi masalahnya dia join kitaorang time dah nak blah dah. Orang banyak keje, jam dah pukul 3.00am, lagi dia nak sembang.

:: Special Feature
Ni ada baru punya spesel feature. Bertajuk 'Hatiku Bukan Pualam'. Sejak dari awal aku ber-blog dulu aku nak tulis cite ni, tapi aku tak sanggup. Skang ni cerita ni dahpun tamat. Dan aku dah boleh tulis dah skang ni. Nantikan kemunculannya

Saturday, February 19, 2005

:: Repihan Hati

Warkah buat room mate saya yang baru
(baca dalam keadaan bergema)

Wei,
Maafkan aku jika panggilan sedemikian terlalu kasar buatmu. Namun ku rasakan kata ganti nama yang sedemikian adalah paling sesuai buat mu.
Pertama sekali ingin ku jelaskan kepadamu bahawa aku ni bukan jenis yang suka sangat nak main sound-sound orang ni. Tapi kalau dah obvious sangat maka aku terpaksa bersuara.
Aku jugak nak engko paham yang aku ni bukan hangin kat ko. Cuma aku nak tegur je. Pasal sikap ko ni. Ni aku tegur ni pun sebab aku sayang kat ko.
Ko dah la budak baru dalam umah ni. Makan pakai semua aku dah bagi. Paling dasat aku bagi pulak engko tinggal sebilik ngan aku. Sedara-mara terdekat aku yang menumpang tido kat umah aku ni pun aku tak bagi layanan sebegini.
Bukan la aku nak berkira sangat pasal kemurahan hati aku ni. Tapi yang aku nak tegur kat sini adalah sikap ko tu.
Engko tu muda lagi. Banyak lagi yang ko nak kena belajar. Ini tidak,
asik maaaaaaiiin je. Itu je yang engko tau.
Pagi petang siang malam main. Akupun tau letih jugak.
Aku takde hal kalau setakat nak main dan bergurau senda tu. tapi agak-agak la. Aku tengah nak starting tido ko ajak lagi aku main. Aku bukan tak suka, tapi ko main gigit. Geli-geli tu seronok, tapi jangan la gigit. Sekali-sekala takde hal. Kalau dah banyak-banyak kali, mau berdarah jugak aku.
Lagi satu, nak main tu tengok time la. Time main kita main. Engko tidak. Asik main je. Makan entah ke mana. Tido entah kemana. Pelajaran entah kemana.
Tak kiralah aku tengah nengok tv ke, tengah bancuh air ke, goreng kopok ke, ko ajak aku main jugak. Hilang la kosenterasi aku nak nengok awek-awek kat dalam tv tu.
Aku dah bagi kongsi bilik sekali ngan aku tu dah kira bagus sangaaat dah. Aku bagi ko tido kat guest bed aku patut ko bersyukur la. Bukan sebarangan orang aku bagi tido kat situ. Ini tidak. Atas katil aku jugak ko nak tido. Bila aku balik malam-malam dalam keadaan letih, mengantuk dan migrain, sedar-sedar ko sedaaaap je pekena landing kat katil aku. Habih tu aku nak tido kat mana?! Aku hempap je kang, ko marah kat aku pulak.
Ha ni satu lagi. Katil aku dah bagi, tido je la kat katil ko. Ini tidak, aku celik je mata, nengok ko sedaaap je landing kat sebelah aku. Apa ke jaddahnye begitu? Tak elok macam tu tau tak?! Respek la sikit privasi aku. Susah sangat ke?! Ada ke nak kongsi katil ngan aku?! Orang pandang pun tak manis. Mak aku pun berbulu je nengok.

Ko tau tak engkau tu datang dari mana?
Aku kutip engkau daripada sampaaah tau tak!! (stail Nasir Bilal Khan - Perempuan, isteri dan...)

Aku harap ko tak berkecil hati dengan teguran aku ni. Untuk kebaikan ko jugak. Ko tu kecik lagi. Masih sempat lagi untuk ko ubah sikap ko tu.
Sekali lagi aku nak ingatkan ko, bahawa aku sound ni bukan sebab aku hangin apa kat ko. Aku sound ni sebab aku sayang kat ko. Aku harap bila besar nanti ko akan jadi kucing yang berguna kepada masyarakat.
Sampai sini je lah yang mampu aku coretkan.
Mintak maap la kalau terasa. Sapa makan cili dia la terasa pedas ekk?! Choww!!

Nukilan Rasa,
Encik Kumprinx.

Friday, February 18, 2005

:: Spoiler

Rewritten. Bidadari ver 2.0 is part of the GT02 II Project.

Bab 2
Everybody's sweetheart / 'Me' / Fallen

"Saya dapat tau awak nak datang sini, semalam saya datang umah pak ngah, Abah awak cakap awak dah tido"
"Haa... ye ke. Awak cari saya buat apa?"
"Nak jumpa awak la. Dah lama tak jumpa"
"oh..."

Kendian dia packing beg dan terus menginap kat umah pak ngah aku. Di mana aku menginap kat situ jugak. Cantiknya dia ni. Dah la rajin buat keje. Pegi umah sapa-sapa terus je masuk dapur tolong-tolong tuan umah serv air. Kat umah pak ngah aku ni I cant keep my eyes off her. Dia sentiasa berada di depan mata aku. Dan aku tak jemu-jemu menengok, betapa indahnya ciptaan tuhan ni. Dan sekali sekala dia menjeling ke arahku. Menyebabkan aku menjadi kantoi.
Semua orang kelihatan happy bila dia ada. She was everybody's sweetheart. Semua orang suka tegur dia, bergurau ngan dia, dan tanya mende-mende yang tak penting hanya sebab nak bercakap ngan dia.

Mengapa aku jatuh hati ngan dia?
Susah betul nak jumpa gadis yang bersesuaian dengan aku. Sejak aku zaman muda-muda dulu aku tak into sangat pasal kapel-kapel ni. Dan berpasangan ngan sesapa bukanlah primary dalam hidup aku sebab usia aku masih lagi muda dan banyak lagi mende yang aku nak capai before even thinking about settling down.
Jadi aku pun stail main redha je. Ikutlah, sapa-sapa pun yang muncul dalam hidup aku ni, aku terima je la buat masa ni. Having a companion never hurts anybody. Tapi seboleh-bolehnya biarlah yang ikut saranan agama kita. Latar belakang keluarganya, hartanya, kecantikannya dan yang paling primary adalah agamanya. Dia mana biarlah dia tu mampu membimbing aku ke jalan yang benar. Bisa memperbetulkan bacaan-bacaan aku, boleh mengingatkan aku untuk solat dan mende-mende lain yang aku selalu overlook selama ni.

Tapi...
Ever since i graced my eyes upon her
my choice was spoiled.
Kecantikan dia tak mampu aku perikan dengan kata-kata.
(at least bagi aku)
Her presence is deeply felt by everybody. It's hard to miss her when she's there.

Tapi (jugak)...
For one moment and for that one moment only, i saw something. Ada lagi sesuatu yang lain pada dirinya. Satu yang misteri. Satu yang tersembunyi. Aku cuba melihat dengan lebih mendalam, dan mendengar dengan sepenuh hati. Kelihatan di situ ibarat satu kepulan awan hitam yang berarak lesu.
Ada sesuatu yang disembunyikan. Mengenai kisah silamnya. Mengenai keupayaannya menghancurkan harapan dan mengecewakan sesiapapun yang hampir.
Sekilas kelihatan di situ.
And I immediately i dissmiss the thought.

Tapi (lagi)...
Apabila aku memandang dia, aku seperti melihat refleksi diriku di dalam dirinya.
Bila aku menyebut namanya, bergema perkataan 'Bidadari' dalam kepala otak aku ni.
Sampai hari ni aku masih heran lagi macamana mudahnya aku boleh terjatuh hati dengan dia ni. Tak penah-penah macam ni.
Sampai peringkat ni aku masih lagi bertepuk sebelah tangan. Adakah dia jugak kenen-kenen terhadap aku sebagaimana aku kenen-kenen terhadap dia? Gerak geri dan tingkah lakunya mencadangkan sedemikian.

Maka hari tu termaktublah dalam sejarah hidup aku.
Hari tu aku jatuh
Before this
I never trip a single step
Hari tu tamatlah ego berlagak aku yang konon-kononnya "tak mainlah makwe-makwe ni"
I make a decision
I want her
I want her now
Dan kalau dia tak nak kat aku,
aku akan ngorat jugak dia ni
by all means necessary

Later bila aku ingat balik
baru aku sedar bahawa hari tu,
aku gagal mengelak/menghalang perasaan aku ni
dan detik itu menjadi

satu kegagalan yang muktamad dalam hidup aku

:: Sua Suwey Good Morning Returns

Tak Mandi Tapi Merempit

Pagi tadi dalam keadaan yang masih mamai baru bangun tido mak aku sound "Air takde. Kalau nak mandi pegi umah ***". Sebab aku maseh mamai lagi aku tak endahkan pesan tersebut dan meneruskan tido aku dengan jayanya.
Sebab aku masih lagi dalam cuti selama seminggu ni, aku tak berhajat langsung nak bangun awal. Jadi aku seboleh-bolehnya nak meneruskan perjuangan aku sampai badan aku sakit-sakit ataupun mata dah tak boleh pejam sangat dah.
Malangnya tetiba ada pulak 'panggilan pulau puaka' yang mengganggu peraduan aku. Nak tak nak terpaksa aku bangun jugak. Terus je aku menuju ke tandas.
Mujurlah dengan naluri perairan aku ni, aku test dulu paip tu. Sekali tak keluar air da... Baru aku teringat mak aku dah sound awal-awal tadi. Nasib baik aku belum lagi memulakan 'penyahtinjaan', kalau tak tentu keadaan akan menjadi lebih chaos pagi tadi.
Skang ni dalam sasaran aku hanyalah tandas awam kat stesen bas yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari umah aku. Lalu aku pakai baju lebih kurang, sembur 'Women Of Earth' lebih kurang, touch-up rambut lebih kurang lantas terus merempit menuju ke stesen bas.
Sampai kat stesen bas aku terus melompat dari keta. Dengan handbrake tak tariknya, pintu tak kunci terus jalan laju-laju (kalau berlari nanti obvious sangat) ke tandas awam tersebut. Malangnya dah la tandas penuh, pastu ada pulak 2-3 PATI tengah tunggu turn sambil isap Suria.
Time tu aku buat split second decision untuk merempit pulak ke stesen minyak Esso.
(Nota: Stesen minyak Esso Kuala Lipis memiliki tandas unisex yang paling bersih peringkat daerah. Dah la wangi, cantik pulak tu. Memang puas hati kalau pekena buang air kat sini)
Aku kembali ke keta (nasib baik tak berjalan sebab tak tarik handbrake). Lantas terus memecut dengan kelajuan maksimum. Ni memang kelajuan maksimum sebab aku main hon je sesapa yang lembab kat depan. Kuar simpang pun main sebat je. Trafik light aku sapu je walaupun dah kuning berkelip. Motor-motor pun aku main 'potong bawang nipis' je.
Dalam masa kurang dari 3 minit aku berjaya tiba di stesen minyak Esso dalam keadaan trafik yang 'tea break rush hour' tu. Sekali tandas tu occupied pulak. Tak nak dah membahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, aku sekali lagi membuat split second decision untuk tunggu je kat situ sebab aku tak boleh nak nak afford dah sebarang 'perempitan' lagi.
Lebih kurang 3 minit kemudian awek (awek rupanya...) yang dalam tandas tu pun kuar. Sempat jugak dia sengih-sengih kat aku yang dah naik pucat muka menahan gelora ni.

Perlahan-lahan aku menyedut rokok dunhill itu seraya menghela nafas dalam-dalam. Kenikmatan yang kurasakan tidak terperi lagi. Aku memberi peluang kepada diriku untuk menghayati setiap saat kelegaan ini. Pehh...

Menjelang 2.30pm tadi barulah ada air balik kat umah aku.

Wednesday, February 16, 2005

:: Edisi Petang

Seleksi Pilihan Hari Ini
Sekali sekala aku akan ronda-ronda merempit nengok blog-blog orang lain. Menengok-nengok pe'el dan membaca keluh kesah orang lain pulak. Seronok. Di samping itu aku jugak menjalankan spotcek Hall Of Championship. Aku dapat kenalpasti bahawa ada orang lain yang lebih berkarat dari aku. Kira aku ni tak karat lagi la. Ni antara bahan-bahan menarik yang aku jumpa.

Mekar Asuhan
Erti satu tangisan - Pasal nangis-nangis.

Azelnur
lafazkan sayang, khabarkan rindu - Azelnur yang tak habis-habis berkarat

Eden's
PORK -- OR THE DANGERS OF PORK-EATING EXPOSED - Mari makan babi

Jenab
Surat Untuk Pembaca Blog - Teknik 'mengabihkan boreh' dengan pendekatan yang unik

Tips untuk posting kat Blog
-Nobody dig poem. Kalu nak taruk jugak, biarlah yang betul-betul power dan indah bahasanya.
-Tak guna tepek lirik lagu kalau orang tak tau macamana nak nyanyi. Sekurang-kurangnya taruk link supaya orang boleh donlod dan dengar lagu tu.
-Jangan autoplay bgsound korang tu. Aku tengah syok-syok layan Ramlah Ram, tetiba jadi serabut ngan lagu kat blog korang. Lagi champion kalau buat prompt "Korang nak dengar lagu tak?".

Auntie Kurier
Dia ni memang tak beri peluang langsung. Main sebat je. Kalau jumpa aku kat tepi jalan tengah jalan kaki sekalipun, mesti ada package nak bagi. Agak-agak la sket kan? Tau la engko tu sibuk. Tapi kalau ada package tu, hantar la kat opis. Jangan la pasing kat aku. Bayangkan kalau dah kotak sebesar pemeluk tu aku nak bawak balik macamana. Sian la kat aku wei...

Menghisap Dunhill
Batuk yang kronik ni disebabkan oleh pengeluaran mukus/kahak/gede yang banyak dari badan aku. Kahak yang banyak ni telah memblock reseptor dalam saluran pernafasan aku daripada menerima nikotin dengan sempurna daripada asap rokok. Jadi sebagai alternatif kepada Kent9, aku bertukar kepada Dunhill (sementara waktu) untuk membantu badan aku menyerap nikotin dengan lebih sempurna.

Rest In Peace
Memandangkan condition aku yang demam/batuk ni, maka aku telah diberikan cuti bergaji selama seminggu. Jadi selama seminggu aku hanya akan berehat kat umah. Tido lewat nengok tv. Bangun hanya time lunch. Dan jugak selaku tokei syarikat ni, aku jugak lah yang memberikan cuti kepada diri aku sendiri. Hehe...

Ayat-ayat yang aku menyampah nak dengar (Part 1)
Jangan sebut depan aku
"Awak ni nakal la.."
"Abang Amin ni mesti encem orangnya"
"ko dak mana/apa"
"ASL plzz.."
"Takkan takde kopi o keras?"
"Sila jelaskan bayaran..."
"Derma ikhlas untuk buat masjid kat Thailand"
"A'kum bang, ada 5 minit tak?"
"Rimas la aku..."
"Takkan diam je"
"Last song aa.."
"Balai cerita!"
"Semua ni salah engkau!"

Mouse yang rosak
Mouse yang aku guna skang ni dah bengong rasanya. Aku klik sekali dia jadi klik 2 kali. Walaupun masalah ni nampak remeh, tapi untuk user macam aku ni ia cukup untuk menaikkan rasa hangin

Tuesday, February 15, 2005

Sesakan Stok Kembali!!

Mengumumkan bahawa sesakan stok di Oxygen Studio kembali lagi! Ini bermakna t-shirt yang harga murah tak ingat boleh dibeli dari aku.

Image Hosted by ImageShack.us
ODK00018 (Kaunterfit)
Korang penah nengok video baru Simple Plan - Shut Up tak? Korang ingat tak t-shirt yang dia pakai tu? Ari tu ada customer datang suh kitaorang print kan t-shirt yang sebijik macam brader simple plan tu. Dan kitaorang berjaya meniru design tu dengan cemerlang.
Skang ni t-shirt tu ada dalam simpanan stok kitaorang. (banyak! 10-20 helai). Jadi aku jual kat korang RM20 je. (termasuk shipment). Malangnya ada saiz XL je. Kaler hitam. 100% cotton. Payment boleh dibuat melalui Maybank2U. Kalau korang pakai tak muat pun, boleh jugak beli buat hadiah untuk pakwe ataupun atuk korang kat kampung tu. Amacam, ada braney?
Sila mesej aku untuk maklumat lanjut.

P/s: T-shirt ni design cilok je. Jadi diam-diam je la ekk?

Simple Plan
Nengok Gambar

Monday, February 14, 2005

:: Ku Gagahi Jua

Demam dan batuk aku skang ni dah mencapai tahap tepu. Sekali pekena batuk tu rasa macam nak terkeluar bijik mata. Pernafasan aku sangat terasa sesak. Nak menarik napas pun terasa seperti menyedut Coki-coki dari tiub plastiknya.

Namun aku ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku terpaksa merempit ke bank. Dan merempit pulak ke ibusawat kurier untuk menghantar beberapa barang dan dokumen. Cuaca panas terik sedikitpun tak membantu.

Kata orang, sentiasa beringat waktu sihat sebelum waktu tak sihat. Masa aku sihat aku banyak berfikir macamana kalau aku tak sihat nanti. Skang dah berlaku. Dan aku rasa lega sebab waktu sihat aku dah digunakan sehabis-habisnya.

Boleh saja aku lupakan semua urusan. Boleh saja aku melepak je kat umah sambil pekena air asam jawa sambil menonton Outback Jack yang ada ramai awek-awek cun di dalamnya. Tapi takde kerja maka takde profit. Takde profit bermakna kredit telefon yang berjumlah RM0.03 dan akses yang akan habis 2-3 hari lagi. Hek ele... nak hantar SMS pun tak lepas. Takde profit bermakna takde pekena mee kari Pak Teh ataupun kepak ayam madu di Rapi Shop. Takde profit juga bermakna pertarungan hebat di antara aku ngan Mr. Kwat si tuan tanah yang aku tak paham sepatah haram pun butir percakapannya.

Bukanlah aku lupa daratan mengejar wang ringgit. Tetapi aku memperbetulkan perjalanan hidup aku ni supaya tune dia ngam sepanjang masa. Bila tune dia betul, maka masalah tak berapa banyak bergurau senda ngan aku.

Dengan level kesihatan yang sangat low ini,
ku gagahi jua

Sunday, February 13, 2005

:: Valentine Bloody Valentine

Kancil.
Driving around town with breakneck speed.
9.30am. Sunny weather.

*Kumprinx
*Bidadari

Unlock-Ok-Names-Search-Bidadari-
Calling..

"Hello?!"
"Wei awak ni..."
"Apa dia?"
"Tak bagi can langsung. Terus je angkat. Biar la dia ringing dulu sedas dua, baru angkat. Mana tau orang nak missedcall ke apa ke..."
"Hehe... memang tunggu awak tipon pun ari ni"
"Eleh.. mana awak tau saya nak call ari ni?"
"Tau. Hari ni awak mesti call"
"Oh ye ke.. Ha apa cerita? Awak sihat"
"Sihat. Kat umah ni. Awak macamana?"
"Ha batuk sikit. Demam ni rasanya."
"Dah makan ubat?"
"Dah."
"Tu la mesti kuat kuar malam ni. Tu la demam. Pastu isap rokok kuat. Kan?"
"Mungkin arr.."
"Awak,"
"Apa dia?"
"Pasal lama tak call? Been buzy eh?"
"Err... umm ha'ah bz"
"Ye la orang bisnes. Saya tipon pun tak angkat"
"Ye ke? Bila masa awak tipon?"
"Selalu. Awak tak angkat. Entah buat apa ntah"
"Mungkin saya sedang mandi ataupun sedang dalam mesyuarat yang penting. Hehe.."
"Sibuk pun, hantar la mesej. Takkan diam je.."
"Saya cuba lah nanti... Err awak. Pakai alamat ari tu lagi ehh?"
"Ha'ah. Pesal?"
"Oo.. nak hantar t-shirt ni"
"T-shirt? T-shirt lagi. Dah berapa banyak dah awak hantar. Tak terpakai dah saya"
"Yang ni spesel punya..."
"Oh ye ke? Bertatahkan intan berlian?"
"Cet! tak style langsung letak intan berlian kat t-shirt. Yang ni spesel sebab dia spesel"
"Tima kasih la. Susah-susah je awak ni. Eh, nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia? Jangan tanya yang susah-susah dah la. Kantoi nanti..."
"Hish, awak ni... Ni ada member cakap saya ni skang dah glamer, dah jadi selebriti. Tak paham saya. Ngape ekk?"
"Ha? Glamer?"
"Ha'ah. Pastu ada jiran sebelah umah ni sungguh-sungguh suh saya pegi sana jumpa awak. Mana diaorang tau ni?"
"Er.. um..ntah la... diaorang semua tu dah gila kot? Jangan layan la."
"Mungkin sebab saya ni... er.."
"Ha, mungkin sebab awak apa?"
"Saya.. er... um.. ntah la. Abaikan je."
"Tu la. Saya cakap jangan layan."
"Eh awak tau tak, ari tu Makcik Gossip jumpa saya, dia cakap bla bla bla..."
"Ye ke? Sebab tu la bla bla bla..."

20 minit kemudian
"Wei awak,"
"Ha apa dia?"
"OK lah ekk. Saya nak singgah farmasi ni. Beli ubat selsema."
"Eh, awak tengah driving ke ni?"
"Ha'ah."
"Drive safe ekk... ingatlah orang yang tersayang. Hehe.."
"Cet! Takde makna... Ok lah. Awak jaga diri bebaik ekk?"
"Ha'ah awak pun. Remember to take your medication. Jangan balik lewat malam. Kurangkan merokok."
"Baiklah Dr.Kurus. Awak tu, jangan asik tido je. Makan makanan berkhasiat sikit."
"Baik Boss!!"
Hehe.. Ok Babai!"
" Bye. I love u. Um.."
"Ha, apa tu? Cakap kuat sikit"
"Takde apa-apa. Babai. Assalamualaikum."
"Ok, bye. Waalaikumusalam"
End Call

"I love you too..."

Saturday, February 12, 2005

:: Late Show With Kumprinx

Seleksi post pendek

Mental Block
Ni la gelaja yang paling aku tak berkenan sekali. Aku ada 2-3 design nak kena buat. Tapi masalahnya mental block. Idea 'tok-sir-tubik'. Dah jenuh nengok-nengok gambar, usyar awek kat tepi jalan, memecut menunggang Kawasaki Turbo, menelefon rakan-rakan sekolah yang lama dan jugak mendengar lagu 'Kau kunci Cintaku Dalam Hatimu' dendangan Ramlah Ram. Namun idea tak mari jugak. Aku percaya design yang power tidak akan datang kalau kita main perah-perah je. Dia mesti ada something yang trigger idea tu, dan seterusnya adalah chain reaction yang akan menghasilkan karya yang unggul. Masalahnya nak cepat ni!!
Mental Block juga pernah berlaku pada 5 September 2004

Perjalanan Beribu Batu
Aku baru sekarang ni dapat rilek sikit. 2-3 hari yang lepas ni sungguh chaos. Ke sana-sini aku merempit. Kuala Lipis- Bentong- Genting- Bukit Indah/Janda Baik- Bentong balik dan akhirnya kembali ke tanah air yang tercinta- Kuala Lipis. Dah la semalam tak tido.

Karat
Aku sebenarnya dah mangli nak layan karat ni. Aku tak nak karat lagi dah. Aku nak kembali ke zaman kegemilangan aku yang masih berkilat dan tajam. Somehow kesibukan seharian berjaya menggilap kembali jiwa aku daripada berkarat ni. Cuma aku perlu pastikan aku takde masa nak duduk sorang-sorang dan layan blues.

Member Saya (Coming Soon)
Ni slot baru dalam Pyrokumprinx Advanced Media. Di mana aku akan memperkenalkan kenalan-kenalan aku yang ada macam-macam pe'el yang kadangkala best, tapi paling banyak hampeh. Mesti best punyalah ni...

Radio Darkness
Aku selalu cakap kat orang,
"Jangan siksa diri..."
"Usahlah dikenang lagi..."
Skang ni kalau aku cakap kat korang ayat-ayat macam ni, korang hanya perlu jawap,
"That applies to you too..."

Sakit Demam
Lepas balik dari merempit ke Genting ari tu, terus je aku sakit tekak. Gejala macam ni aku dah masak sangat. Mesti tak lama lagi aku akan batuk. Bila aku batuk, aku akan batuk dengan kronik. Stok tak bangkit dari katil punya. Boleh la bercuti.

Obesiti
Mungkin sebab keadaan kewangan yang kukuh skang ni, aku jadi kuat makan. Sampai aku naik risau. Semua tempat aku pegi nak pekena makan. Macam-macam mende aku nak pekena. Perutpun maintain je padat ngan makanan. Bila kuat makan, kita akan jadi cepat lapar pulak. Maybe dengan keadaan demam aku ni, aku akan kurang sikit makan dan memberikan ruang untuk perut aku berehat. Masalahnya:
Time demam ni selera menjadi-jadi pulak!

RM10,000 T-shirt
Aku dah cakap. T-shirt ni skang display kat ibusawat Oxygen Studio. Tapi esok-lusa dah kena hantar ke bumi kenyalang. Aku nak ambik gambar pun takde kamera. Design diapun aku dah delete. Walaumacambagaimanasekalipun, kalau korang nak nengok t-shirt ni, korang kena nengok bila tuan punya badan pakai.

Hit
Aku nak beli hosting. Tak lama lagi. Ada sesapa nak tumpang? Aku bagi directory satu. Makin hari makin banyak hit yang aku terima. Header lagu aku yang baru tu aku host kat Geoshitties. Dia ada quota bandwidth. Kalau lebih, tak dapat la nengok.

GT02 II
Mengumumkan projek paling grand tahun ini. Paling dahsyat. Paling champion. Skang ni dalam proses brainstorming. Nanti gua kasi angkat banner satu.

Wednesday, February 9, 2005

The RM10,000 T-shirt


Through love and beauty, we achieve immortality
Rentetan peristiwa pembikinan t-shirt yang terbaik melalui proses yang melampau


Berjumpa Pakcik Jaafar
Pakcik Jaafar adalah seorang tukang kayu yang terrer. Dia ni adalah apprentice kepada datuk aku (the real En.Kumprinx -legendary carpenter). Memula dia heran mengapa aku datang jumpa dia semata-mata nak buat frame kayu. Padahal buat sendiri ngan beli kat kedai lagi senang. Tak payah jumpa dia jauh-jauh begini. Lalu aku terangkan kepada dia, bahawa aku nak membuat t-shirt yang terbaik. Setelah penerangan panjang lebar dari aku, dia jadi semangat nak buatkan aku frame kayu. Frame kayu ni gunanya untuk memegang kain mesh yang akan digunakan untuk proses silkscreen printing tu nanti.
Kalau beli kat Venus Art (Jalan petaling), barang yang sama hanya berharga lebih kurang RM5.00 je. Tapi kali ni aku nak kayu dia diraut sendiri dengan menggunakan tangan (ketam). Dan jugak dengan menggunakan kayu yang terbaik. Aku dah terlupa apa nama jenis kayu yang Pakcik Jaafar ni gunakan. Kendian kayu ni dipasang membentuk bingkat 4 segi. Perkhidmatan Pakcik Jaafar ni gratis. Aku bersungguh-sungguh nak bayar. Tapi macam biasa dia tak terima.

Kain Mesh
Menatang ni aku tak berapa mahir sangat. Tapi mende ni lah yang kita akan lekatkan pada frame tu. Stok yang ada kat kedai aku tu dah terbaik. Tapi aku cuba check kat kedai supply (Hai Kuang) mana tau kot-kot dia ada yang lagi champion.
"Itu lu biasa pakai mesh count dia 1000, ini ada 1200 punya. Tapi gua tak rekemen sebab nanti aa.. itu dye akan sangkut sama itu kain mesh."
"Takpe auntie, kasi yang 1500 punya"
(1000, 1200, 1500 adalah gred bagi kain mesh ni. Aku masih tak paham lagi macamana dia kira, tapi yang aku tau, lagi tinggi nilai dia, lagi banyak mesh count pada kain tu, lagi halus cetakan kita nanti)

T-shirt
Membeli t-shirt untuk projek aku ni adalah satu perkara yang sangat rumit. Memula aku kena flashback balik memori aku, dan jugak merujuk kepada gambar-gambar yang ada untuk kenal pasti saiz baju yang aku perlukan. Not only this t-shirt has to fit, it gas to fit perfectly. Beberapa supply t-shirt kitaorang really suck at making baby tee. Jadi aku kena cari sendiri baby-tee kosong dengan saiz dan fabrik yang sesuai. Selama 2 minggu aku jalan-jalan merata mencari baby-tee kosong. Bukan senang nak jumpa. Dah jumpa pun, tak ngam lagi, ada yang kain tak sesuai, ada yang takde saiz, ada yang tak 100% blank.
Setelah sekian lama, lutut pun dah naik longgar kuar masuk shopping complex. Akhirnya aku juma jugak baby tee yang aku inginkan. Memperkenalkan Barbie.
Aku dah sample banyak brand, tapi takde yang paling sempurna daripada baby-tee cap Barbie ni. (Note: Mattel dah stop pengeluaran baby-tee macam ni sejak 1998) Mujurlah ada kedai yang masih lagi simpan stok lama-lama dengan harapan satu hari nanti ada jugak kutu yang datang beli (macam aku ni). Ia adalah campuran 60% cotton dan 40% polister. (Polister akan memberikan elasticity dan resiliency kepada t-shirt ni, jadi kalau stretch, ia akan kembali ke bentuk yang asal.) Made in Cambodia. Selepas dibeli dan dibungkus, t-shirt ni tidak lagi disentuh oleh tangan manusia.

Penyediaan warna
Semua kaler untuk projek ni aku beli baru. Satu tin rubber dye warna hitam, warna merah satu, dan warna kuning satu. Kuning dan merah ni akan dicampur untuk menghasilkan warna oren yang tak terdapat dalam senarai warna tersedia. Later i find out that dye merah ni tak mampu nak hasilkan oren sebagaimana yang aku nak, Jadi aku beli pulak pigmen merah (Faibro Red) untuk campur ngan kuning. Tangan dah merah-merah siap ada dye tercalit kat pipi, barulah aku berjaya hasilkan warna oren yang paling champion sekali di dunia ni.

Penyediaan Blok.
Frame kayu dari Pakcik Jaafar tadi dilekatkan dengan kain mesh tadi dengan menggunakan stapler. Kemudian disapukan Socomask dengan campuran sensitiser yang lebih banyak berbanding biasa. Supaya ia lebih sensitif terhadap cahaya masa nak expose nanti. Design biasa kitaorang print kat atas kertas tracing paper, tapi kali ni aku print kat atas kertas biasa (70gsm) dengan menggunakan laser printer untuk memastikan gambar dia se-sharp yang mungkin. Kat photoshop pun design dia besar gila babey (4000x800px) Sampai naik hang kompiter aku mengeditnya. Semuanya untuk memastikan design yang paling sharp dan jelas untuk setiap milimeter.

Exposing
Biasa kitaorang gunakan kotak expose kitaorang yang powerfull tu. (Spotlight besar tak ingat). Untuk projek kali ni aku gunakan cahaya yang paling champion sekali di alam semesta ni- Matahari.
Sapa lagi berani nafikan yang matahari ni tak terang? Satu dunia dia suluh. Jadi aku menggunakan sumber cahaya dan sumber kehidupan untuk semua hidupan di mukabumi ni untuk expose blok aku ni. Proses ini dilakukan di luar premis kitaorang waktu siang. Mujur sekarang ni musim panas.

Printing
Ok skang blok dah siap, tinggal nak print je. Aku tak boleh benarkan t-shirt ni disentuh oleh tangan manusia. Mulai dari saat itu, semua proses pengendalian t-shirt ni, kitaorang pakai surgical glove. Printing dilakukan dalam keadaan yang terkawal. (dalam meeting room- takde angin, takde debu, takde gangguan). Semua peranti yang dugunakan adalah barang baru yang aku baru beli. Bila dah selesai, t-shirt ni terus dimasukkan ke dalam plastik untuk mengelakkan sebarang debu kotoran melekat padanya.

Kalau ada orang boleh buat Taj-Mahal untuk makwe/bini, inilah aku punya version. Dalam bentuk of what i do best, t-shirt. Inilah yang paling ultimate yang penah aku buat.

Oh ye, lupa nak bagitau, semua peranti-peranti untuk buat t-shirt ni telahpun dimusnahkan (bakar sambil ketawa kuat-kuat) untuk memastikan takde duplicate kualiti yang sama boleh dibuat. Hanya ada satu je t-shirt macam ni kat alam semesta ni.

Dalam seminggu akan datang ni t-shirt ni on display kat Oxygen Studio with a RM10,000 pricetag. It obvious that i'm not selling it.

Return trip to meet En. Jaafar : RM100.00 (tol & gas)
Mesh cloth (1 meter) : RM12.00 (only 30% used)
Socomask : RM45.00
Barbie Baby Tee : RM35.00
Emultion Coater/Squegee : RM20.00
Surgical Latex Gloves : RM12.90 per box of 12
Rubber Dye (red/yellow/black) : RM60.00
Faibro Red Pigment : RM10.00

The best for Bidadari : Priceless

Through Love and Beauty we achieve immortality. Putting all our soul into our work makes it not only alive with passion and emotion, but it also exists as one of the truest and most honest expressions of self. Making life a beautiful art, the art then retaining life. - Jewel Kilcher

Tuesday, February 8, 2005

:: Pindah Umah

Fuh!! Letih...

Skang gua mengumumkan bahawa fasa ke-2 perpindahan ni telahpun selesai. Iaitu fasa memindahkan semua sekali post-post lama aku kat Danchan ari tu ke sini.

Gua jugak secara rasminya telah men-shutdown Danchan. Nengok

Sedih jugak. Belumpun sempat setahun. Dah nak kena pindah. Sayang betul. Aku dah ngam sangat ngan Danchan tu. Dah khatam. Kalau boleh aku nak stay kat sana.

Truth is, downtime is not good for business.

Esok pulak gua akan usahakan list Special Feature kat sidebar tu. Kat sini ada permalink, yang menyenangkan kerja aku. Dan jugak link-link rerakan blogger yang lain. Ada antara diaorang yang pindah jugak. Kepada yang ada link ke aku tu, aku harap korang dapat mengupdate link korang secepat mungkin.



Pepehal gua bangga sebab dapat melalui downtime ni dengan cemerlang. Aku berjaya transfer ke Blogspot ni tanpa mengubah atau meng-adjust apa-apa berkenaan layout blog ni. Ada jugak 2-3 isu yang aku perlu biasakan dengan Blogspot ni.



Dengan ini jugak gua mengumumkan Special Feature pertama kat Blogspot ni iaitu 'The RM10,000 T-shirt'. Yang gua akan publish esok.



Tips: Selamatkan post-post lama korang kat Danchan. Search kat Google nama blog korang. Pastu klik link 'Cached'. Buat masa ni Google masih ada simpan content korang tu. Pastu save la..

Monday, February 7, 2005

:: Tersandung Daun Pintu

Beberapa hari nan lalu kat Bentong...

Time tu pagi. Aku tengah mamai baru bangun tido. Pastu berhajat pulak nak bancuh neskape. Sekali tersandung daun pintu. Kuat pulak tu. Jari telunjuk ibu jari kaki aku berdarah. Banyak darah. Sakitnya toksah cerita.

Sampai hari ni aku heran lagi macamana kejadian ni boleh berlaku sedangkan ia tak perlu berlaku dan memang boleh dielakkan
.

:: Blog Baru, Layout Sama

Banyak mende nak kena buat. Hari tu aku ambik masa berbulan-bulan nak faham Danchan. Baru je aku nak start khatam, dah kena pindah pulak. Takpe.

Aku akan cuba untuk pundah semua posting aku dari Danchan ari tu ke sini.

Walaupun terpaksa berpindah rumah, namun jangan kita lupakan semangat yang lama.

Ganbatte!!