Wednesday, February 9, 2005

The RM10,000 T-shirt


Through love and beauty, we achieve immortality
Rentetan peristiwa pembikinan t-shirt yang terbaik melalui proses yang melampau


Berjumpa Pakcik Jaafar
Pakcik Jaafar adalah seorang tukang kayu yang terrer. Dia ni adalah apprentice kepada datuk aku (the real En.Kumprinx -legendary carpenter). Memula dia heran mengapa aku datang jumpa dia semata-mata nak buat frame kayu. Padahal buat sendiri ngan beli kat kedai lagi senang. Tak payah jumpa dia jauh-jauh begini. Lalu aku terangkan kepada dia, bahawa aku nak membuat t-shirt yang terbaik. Setelah penerangan panjang lebar dari aku, dia jadi semangat nak buatkan aku frame kayu. Frame kayu ni gunanya untuk memegang kain mesh yang akan digunakan untuk proses silkscreen printing tu nanti.
Kalau beli kat Venus Art (Jalan petaling), barang yang sama hanya berharga lebih kurang RM5.00 je. Tapi kali ni aku nak kayu dia diraut sendiri dengan menggunakan tangan (ketam). Dan jugak dengan menggunakan kayu yang terbaik. Aku dah terlupa apa nama jenis kayu yang Pakcik Jaafar ni gunakan. Kendian kayu ni dipasang membentuk bingkat 4 segi. Perkhidmatan Pakcik Jaafar ni gratis. Aku bersungguh-sungguh nak bayar. Tapi macam biasa dia tak terima.

Kain Mesh
Menatang ni aku tak berapa mahir sangat. Tapi mende ni lah yang kita akan lekatkan pada frame tu. Stok yang ada kat kedai aku tu dah terbaik. Tapi aku cuba check kat kedai supply (Hai Kuang) mana tau kot-kot dia ada yang lagi champion.
"Itu lu biasa pakai mesh count dia 1000, ini ada 1200 punya. Tapi gua tak rekemen sebab nanti aa.. itu dye akan sangkut sama itu kain mesh."
"Takpe auntie, kasi yang 1500 punya"
(1000, 1200, 1500 adalah gred bagi kain mesh ni. Aku masih tak paham lagi macamana dia kira, tapi yang aku tau, lagi tinggi nilai dia, lagi banyak mesh count pada kain tu, lagi halus cetakan kita nanti)

T-shirt
Membeli t-shirt untuk projek aku ni adalah satu perkara yang sangat rumit. Memula aku kena flashback balik memori aku, dan jugak merujuk kepada gambar-gambar yang ada untuk kenal pasti saiz baju yang aku perlukan. Not only this t-shirt has to fit, it gas to fit perfectly. Beberapa supply t-shirt kitaorang really suck at making baby tee. Jadi aku kena cari sendiri baby-tee kosong dengan saiz dan fabrik yang sesuai. Selama 2 minggu aku jalan-jalan merata mencari baby-tee kosong. Bukan senang nak jumpa. Dah jumpa pun, tak ngam lagi, ada yang kain tak sesuai, ada yang takde saiz, ada yang tak 100% blank.
Setelah sekian lama, lutut pun dah naik longgar kuar masuk shopping complex. Akhirnya aku juma jugak baby tee yang aku inginkan. Memperkenalkan Barbie.
Aku dah sample banyak brand, tapi takde yang paling sempurna daripada baby-tee cap Barbie ni. (Note: Mattel dah stop pengeluaran baby-tee macam ni sejak 1998) Mujurlah ada kedai yang masih lagi simpan stok lama-lama dengan harapan satu hari nanti ada jugak kutu yang datang beli (macam aku ni). Ia adalah campuran 60% cotton dan 40% polister. (Polister akan memberikan elasticity dan resiliency kepada t-shirt ni, jadi kalau stretch, ia akan kembali ke bentuk yang asal.) Made in Cambodia. Selepas dibeli dan dibungkus, t-shirt ni tidak lagi disentuh oleh tangan manusia.

Penyediaan warna
Semua kaler untuk projek ni aku beli baru. Satu tin rubber dye warna hitam, warna merah satu, dan warna kuning satu. Kuning dan merah ni akan dicampur untuk menghasilkan warna oren yang tak terdapat dalam senarai warna tersedia. Later i find out that dye merah ni tak mampu nak hasilkan oren sebagaimana yang aku nak, Jadi aku beli pulak pigmen merah (Faibro Red) untuk campur ngan kuning. Tangan dah merah-merah siap ada dye tercalit kat pipi, barulah aku berjaya hasilkan warna oren yang paling champion sekali di dunia ni.

Penyediaan Blok.
Frame kayu dari Pakcik Jaafar tadi dilekatkan dengan kain mesh tadi dengan menggunakan stapler. Kemudian disapukan Socomask dengan campuran sensitiser yang lebih banyak berbanding biasa. Supaya ia lebih sensitif terhadap cahaya masa nak expose nanti. Design biasa kitaorang print kat atas kertas tracing paper, tapi kali ni aku print kat atas kertas biasa (70gsm) dengan menggunakan laser printer untuk memastikan gambar dia se-sharp yang mungkin. Kat photoshop pun design dia besar gila babey (4000x800px) Sampai naik hang kompiter aku mengeditnya. Semuanya untuk memastikan design yang paling sharp dan jelas untuk setiap milimeter.

Exposing
Biasa kitaorang gunakan kotak expose kitaorang yang powerfull tu. (Spotlight besar tak ingat). Untuk projek kali ni aku gunakan cahaya yang paling champion sekali di alam semesta ni- Matahari.
Sapa lagi berani nafikan yang matahari ni tak terang? Satu dunia dia suluh. Jadi aku menggunakan sumber cahaya dan sumber kehidupan untuk semua hidupan di mukabumi ni untuk expose blok aku ni. Proses ini dilakukan di luar premis kitaorang waktu siang. Mujur sekarang ni musim panas.

Printing
Ok skang blok dah siap, tinggal nak print je. Aku tak boleh benarkan t-shirt ni disentuh oleh tangan manusia. Mulai dari saat itu, semua proses pengendalian t-shirt ni, kitaorang pakai surgical glove. Printing dilakukan dalam keadaan yang terkawal. (dalam meeting room- takde angin, takde debu, takde gangguan). Semua peranti yang dugunakan adalah barang baru yang aku baru beli. Bila dah selesai, t-shirt ni terus dimasukkan ke dalam plastik untuk mengelakkan sebarang debu kotoran melekat padanya.

Kalau ada orang boleh buat Taj-Mahal untuk makwe/bini, inilah aku punya version. Dalam bentuk of what i do best, t-shirt. Inilah yang paling ultimate yang penah aku buat.

Oh ye, lupa nak bagitau, semua peranti-peranti untuk buat t-shirt ni telahpun dimusnahkan (bakar sambil ketawa kuat-kuat) untuk memastikan takde duplicate kualiti yang sama boleh dibuat. Hanya ada satu je t-shirt macam ni kat alam semesta ni.

Dalam seminggu akan datang ni t-shirt ni on display kat Oxygen Studio with a RM10,000 pricetag. It obvious that i'm not selling it.

Return trip to meet En. Jaafar : RM100.00 (tol & gas)
Mesh cloth (1 meter) : RM12.00 (only 30% used)
Socomask : RM45.00
Barbie Baby Tee : RM35.00
Emultion Coater/Squegee : RM20.00
Surgical Latex Gloves : RM12.90 per box of 12
Rubber Dye (red/yellow/black) : RM60.00
Faibro Red Pigment : RM10.00

The best for Bidadari : Priceless

Through Love and Beauty we achieve immortality. Putting all our soul into our work makes it not only alive with passion and emotion, but it also exists as one of the truest and most honest expressions of self. Making life a beautiful art, the art then retaining life. - Jewel Kilcher

No comments:

Post a Comment