Thursday, June 30, 2005

Special Report : Naik Ketapi!

Naik Ketapi

Ahad nan lalu aku dan rakan-rakan pegi Jerantut naik ketapi. Aku takde urusan langsung nak pegi sana. Tapi demi naik ketapi, aku pegi jugak walaupun takde duit. Lama dah tak pekena ketapi ni.

Pagi tu aku dikejutkan dari lena dengan panggilan telefon dari Afdzal. Aku menjadi kaget bila nengok hari dah siang. Bila aku nengok jam, aku menjadi lebih kaget sebab jam dah pukul 7.00am. Ketapi pulak berlepas pukul 7.30am. Secepat kilat aku pegi mandi. Laju gile aku mandi. Pastu tak sempat nak minum air milo, aku tapau je letak dalam botol. Pastu terus merempit jalan kaki pegi stesen ketapi. Sampai stesen ketapi jadi sakit perut pulak. Lantas terus aku pegi tandas ketapi tu pekena buang air dulu.

Dah setel berak aku pegi kat kaunter tiket. Aku nengok ahli-ahli pasukan yang lain dah ada kat sana tengah beli tiket. Trip kali di dibintangi oleh Amar, Padeli, Ben, Afdzal, Deetree dan aku sendiri. Ketapi lambat 15 minit. Jadi kitaorang melepak je kat situ sambil pekena air milo yang aku tapau dari rumah tadi. Rakan-rakan yang lain memperkecil-kecilkan usaha aku bawak bekal air milo tu, tapi diaorang mintak jugak sikit.

Seme berangan sebelum sampai

Bila ketapi datang aku memberi cadangan agar kitaorang lepak kat gerabak belakang sekali, sebab kemungkinan beso kosong sebab tak berapa ramai orang. Memang betul kosong. Hanya ada sekapel manusia je. Aku ambik spot baik punya. Pastu terus duduk.

Naik ketapi memang seronok. Tren pagi tu semua gerabak ekon. Bunyi enjin dia, bunyi sambaran angin ngan bunyi tayar dia berlaga ngan trek yang tak betul memang best. Dah la laju pulak tu. Aku penah dengar cerita ada orang kena langgar ketapi, hancur badan dia. Pastu bila orang kutip, satu baldi tu tak penuh. Ni nak menunjukkan ketapi tu laju. Time dia lalu atas jambatan lagi hardcore. dah la bising dan kadang-kala gayat jugak nengok ke bawah.

Ketiadaan penumpang lain di gerabak yang kami naiki tu menyebabkan kami semua berani berbuat sesuka hati di situ. Sembang lebat kuat-kuat dan mengambik gambar ibarat pelancong asing dari Jerman.

Sekali-sekala aku jugak menuju ke pintu tren tu untuk mempekena asapan rindu. Bagi kita orang malaysia tak heran langsung kat mana ketapi ni lalu. Tapi bagi pelancong asing diaorang panggil ketapi kat malaysia ni 'Jungle Train' sebab ketapi ni lalu tengah-tengah hutan.

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut mengambil masa lebih kurang.. emm.. aku tak hengat. Tambang dia pulak hek ele RM2 je.

Sampai Jerantut kami terus menuju ke pekan sehari jerantut yang mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki daripada stesen ketapi jerantut ni. Seingat aku akulah ahli pasukan yang paling sengkek sekali, namun yang demikian aku jugak yang beli paling banyak baju bandel. Sebab aku beli baju longok je. 3 herai 5 inggit. Semua blank sebab aku nak bawak balik bentong untuk print sendiri.

Teringat sate arnab..

Lepas shopping lebih kurang kat pekan sehari tu kami mempekena lunch kat satu restoran dekat situ. Ben, salah seorang ahli pasukan kami ngan Deetree, tetiba blah meninggalkan kami tengah makan. Dan kembali membawak pulang seekor arnab kecik yang comel. Dia beli kat sorang pakcik ni.

Sebelum pulang aku beli apam balik 4-5 bijik, simbolik sebab kitaorang dah nak balik. Konon-konon nak bawak bekal makan atas ketapi. Kendian kami menapak balik ke stesen ketapi dan macam biasa ketapi tu lambat sket. Kitaorang beli tiket dulu kendian melepak kat situ. Bila aku dapat tiket tu aku menjadi kaget. Dia tulis kat situ 'Kelas Bajet'. Adakah aku akan duduk ngan ahli-ahli parlimen yang sedang membentangkan bajet? Ataupun ketapi tu ada bajet minyak yang mampu menyebabkan ketaoi tu mati enjin tengah-tengah hutan? Ataupun kelas kitaorang ni diaorang bajet je boleh sampai, tapi sebenarnya tak.

Bajet best je..

Rupanya 'Kelas Bajet' yang dimaksudkan adalah tren yang takde ekon dan takde numbered seating. Ampeh tul. Pagi tadi punyalah sejuk dan nyaman. Skang time nak balik paneh dan sesak napas. Tak tahan aku duduk kat dalam tren tu, aku kuar pekena angin kat pintu tren dan sekali sekala kuar kepala nengok-nengok keadaan. Dah lama sangat lepak kat puntu tu kaki aku menjadi lenguh dan nyaris cramped. Jadi aku masuk balik. Aku nengok Deetree steady je ternganga tido lentok baik punya. Rupanya ada kipas kat atas kepala dia, patutla dia rilek je. Lalu aku join dia duduk. Tak lama kemudian aku pun ternganga lentok.
Sedar-sedar dah sampai Lipis. Kamipun berpecah kembali ke umah masing-masing sebab letih sangat.

Naik ketapi memang happening!

Cekidaut Buttet's 'Balik Kampung 2' post about ketapi!!

Sunday, June 26, 2005

Late Show With Kumprinx

haih.. banyak mende aku nak post ni. Tapi aku takde masa nak buat. Waima demikian ahad nan lalu aku dah berjaya naik ketapi. Special Report akan online samada esok atau lusa. Mesti best punya pengembaraan aku naik ketapi ni.

Misteri Mak Lampir
Aku basuh baju satu mesin. Pastu bila aku nak sidai je (2hari kemudian) baju tu semua dah hilang. Aku dah cari serata rumah, tapi tak jumpa. Series tak jumpa. Lalu aku menjadi kaget sebab supply baju aku semakin berkurangan. Adakah aku akan terpaksa berjalan-jalan di tengah bandar dan mempekena neskepe 'o dalam keadaan separuh bogel?


Test
Skang ni aku run banyak test untuk site ni sebagai persediaan untuk pyrokmxadvncdmda8. jadi if things look funny, its normal. jangan putus asa. reload balik.

Friday, June 24, 2005

:: Late Show With Kumprinx

Makan Gepi
Korang kenal tak ulat Gepi? Kalau yang biasa jumpa tu mesti dia tau bahawa ulat gepi ni adalah serangga yang pepalih busuknye. Kalau dia hinggap atas tengkuk tu, jangan mengada-ngada nak tepuk. Nanti dia dah mati, bau dia naik.. masyuk punya.Malam semalam aku tengah makan nasik kat depan tv. Tv pulak cite best. Aku jadi ralit makan sambil nengok tv sampai aku tak sedar ada ulat gepi sekor hinggap atas nasik aku. Tanpa kusedari selambe je aku makan ulat gepi tu. Kalau dah bau dia busuk, apatah lagi rasa dia. Namun demikian atas dasar respek terhadap rezeki di depan mata aku tu, aku kunyah je gepi tu dan telan. Rasa gepi memang tak best. Pastu lekat kat dalam mulut.Kesudahanya malam semalam aku melepak bersama rakan-rakan dengan rasa ulat gepi masih ada dalam mulut. Macam ni hardcore.

Showcase
Esok kami akan mengadakan showcase kat Jamming Eddie. Aktiviti showcase ni lah yang membawak kepada Sure Pekat. Sure Pekat tu adalah showcase di skala yang lebih besar. Panggil member ramai-ramai ajak jamming sekali. Band-band lain pun biasa buat showcase. Bila ada orang lain nengok, boleh la diaorang komplen apa-apa yang tak kena, mana yang silap tu. Sebab kalau kita sendiri yang main, selalunya tak sedar kesilapan sendiri. Kali ni band aku akan meng-showcase-kan lagu-lagu DeWa.Aku dapat bayangkan keringat yang mengalir laju tatkala aku bawak lagu Pangeran Cinta esok.
Setlist:
-Pangeran Cinta
-Arjuna
-Satu
-Dua Sejoli
-Cinta Gila
-Separuh Napas
-Hadapi Dengan Senyuman
ada lagi 2-3 tapi aku dah lupa.

pyrokmxadvncdmda8
korang nengok la layout blog aku ni puas-puas. tak lama lagi nak tukar dah. setakat ni layout baru dah 60% siap. aku sendri dah tak sabar-sabar. dahboring dah aku nengok ni.

Thursday, June 23, 2005

Memperkenalkan!

DeeTree Diary Ver1.0
Aku sajes korang nengok blog dia ni. Ada gambar kebakaran. Live punya. Dia ni member saya. Skang ni hari-hari aku pekena neskepe 'o ngan dia. Try la nengok.

Wednesday, June 22, 2005

Normal Hapdet

Journal Hari Ini
Malam semalam aku berjaga sampai pagi. Pukul 6.00am baru aku balik umah. Aku lepak kat kedai pekena pyrokmxadvncdmda8. Naik migrain dah kepala otak aku nih. Terlalu banyak coding yang aku kena ejas. Pastu aku start tido. Malangnya menjelang 8.00am rakaniaga aku tipon ajak meeting. "Apa jaddahnya meeting pepagi ni?! Aku kan tengah cuti..!". Waima demikian aku turuti jua sebab perut akupun dah lapar. Aku pekena nasik dagang kat kedai Jeslina Hashim. Ada awek yang jaga kedai makan ni muka sejibik macam Jeslina Hashim. Kedai ni jugak aku pernah paparkan dalam post bertajuk
'Relive The Memories'. Pastu aku kembali ke ibusawat ingat nak pekena coding lagi sedas-dua sebelum tido. Tapi malangnya takde api. Kena potong sebab tak bayar tunggakkan. TNB skang ni tengah operasi potong karan. Dan kedai aku kat Lipis ni tak terkecuali menjadi mangsa. Kecewa sebab tak boleh bukak komputer aku beralih kepada equipment Oxygen Studio yang ada kat sebelah kedai aku ni. Aku try-try men-tune drum aku tu. Tapi hampeh jugak. Tak jadi-jadi sound macam DeWa tu. Jadi aku ingat nak balik umah je sambung perjuangan aku pagi tadi. Tetiba ada cite best pulak dalam TV terpaksa aku layan nengok kejap. Habis cerita dalam tv barulah aku dapat melabuhkan badan aku yang dah pancit ni ke medan perjuangan. Tak sampai setengah jam berjuang, adik aku kejut suh hantar pegi sekolah sebab dia ada aktiviti beruniform. Terpaksa la aku merempit naik Kawasaki Turbo aku tu pegi sekolah dia. Pastu aku balik umah sambung perjuangan. Tak sampai pun setengah jam tido, Mael tipon. Rupanya masa untuk jamming telah tiba. Hari dah petang. Memula aku pikap dulu adik aku kat sekolah dia. Pastu pekena neskepe 'o dulu ngan pisang goreng sekeping dua. Lalu terus menuju ke umah Mael untuk jamming. Aku terlalu letih untuk memberikan prestasi yang baik, namun ku gagahi jua. Abis jamming aku lupa ada meeting ngan member aku. Tapi meeting tu berunsur 'collect patment' jadi aku terus sahaja bertemu dengannya. Lepas tu aku kembali ke ibusawat pekena hapdet. Sekian.

Kawasaki Turbo II
Baru-baru ni dia pancit tayar belakang. Terpaksa aku hantar kat kedai 'En. Bulu Hidung' berhampiran ngan umah aku. nama dia sedemikian hodoh sebab memang benar bulu hidung dia bersambung ngan misai. Biasa kita nengok orang kening sambung, tapi dalam kes dia ni kita panggil 'Bulu Hidung Bersambung Dengan Misai'. Dia cakap kena tukar tayar sebab tayar ni dah lama sangat. Lagipun masa pancit hari tu aku bawak je semacam, jadi tayar dia rosak. Mahal sangat, so aku mintak tayar seken-hen. RM12. Save di situ. Aku nengok Kawasaki Turbo aku ni dah banyak sangat kerosakkanya. Cuma dia boleh jalan je lagi. Namun demikian aku ada senjata rahsia yang aku tunggu je nak guna selama ni. Iaitu Kawasaki Turbo II. Sebuah jentera yang jauh lebih berbahaya daripada Kawasaki Turbo yang asal. Lebih berkuasa tinggi. Dengan setup yang semuanya high-end. Tunggu la korang..

Polisi Baru
pyrokmxadvncdmda8 - Tak makan komplen.

takde hapdet yang power-power setakat ini. semuanya di-shift ke pyrokmxadvncdmda8.

Monday, June 20, 2005

:: Late Show With Kumprinx

pyrokmdadvncdmda8 is on the way bebeh!

Once
Band aku skang ni tengah intensif meng-audition seorang ahli baru untuk band aku, Fury. Walaupun suara dia tak sejibik macam Once (Dewa) tapi vocal range dia sama. Kemungkinan besar dia akan diberi kontrak selama setahun tanpa syarat. (Ahli lain semua kontrak 5 tahun) Dan skang band kitaorang tengah gila layan Dewa.


Jamming/Migrain
Jamming skang ni hari-hari. Layan Dewa memang syok dan stok tak bleh berhenti punya. Muzik dia ada yang kompleks, ada yang simple banget. Jamming yang tak putus-putus ni menyebabkan kepala aku menjadi migrain di waktu malam. Mungkin sebab bunyi yang kuat secara konstan masuk dalam kepala otak aku ni.


pyrokmxadvncdmda8
kepada sesapa yang dapat free ad offer dari aku tu, sila la buat button korang cepat-cepat. Senang aku nak edit. Skang ni aku tengah migrain. Hari-hari nengok coding dia. pyrokmxadvncdmda8 ni akan menekankan simplicity dalam design dia di samping menggunakan keseluruhan ruang yang ada. Intuitive user interface. Ia adalah 2 blog dalam satu page. Macam skang ni la. Tak banyak yang berubah. Cuma cara korang nengok site ni yang berubah. Oh ye, SideBar tu dihentikan buat sementara waktu. Aku nak update.Buat masa ni aku maleh dah nak ejas-ejas blog ni. Nanti aku apply skin baru pulak. Lain cerita takde. Dah la aku tengah miskin skang ni. Duit takde. Nak isap rokok pun pikir 2 kali. Tak guna betul..

SPIII Full Report Final Part
Laporan lengkap untuk SPIII bahagian terakhir aku akan launch masa pyrokmxadvncdmda8. Jadi korang seme kena bersabar. Banyak yang spesel nanti sempena pelancaran pyrokmxadvncdmda8 nanti. mesti best punyalah!!

Coming Soon: Lemari
Korang dah stenbai ke untuk cite hantu aku ni? Dah ready penangkal, azimat semua? (tak payah, mende ni syirik je semuanya) Nanti bila aku dah upload, pastikan korang nengok kat umah di waktu malam pekat dan angin berhembus lembut.. Tak tau ar kali ni jadi ke tidak seramnya. Tapi aku try la menyediakan yang terbaik buat korang. Buat masa ni kalau aku takde hapdet, harap bersabar. Banyak mende aky tengah stenbai untuk pyrokmxadvncdmda8 ni.Mesti best punyalah!!

Friday, June 17, 2005

Kumprinx's Favourite Fruit

Petang tadi aku merempit ngan abang aku ke kampung halaman aku. Sebab dengar cerita buah kegemaran aku skang ni tengah berbuah. Dah 2-3 hari jugak aku planning nak balik kampung ni. Tapi takde masa. Baru sekarang ni boleh pegi. Lepas pekena neskepe o' ngan member aku, tarus je aku pegi. Perjalanan mengambil masa (hek ele..) 20 minit. Dalam keta tu aku entah mengapa rasa loya-loya sakit kepala. Nak kata aku hamil tak jugak. Bila sampai kat kampung terus aku nampak buah ni. Ada yang rendang dan boleh petik gitu je. Tapi malangnya tak berapa masak lagi. Baru fasa ke-2. Buah ni ada 3 fasa kita kena ambik. First sekali masa dia mula-mula berbuah. Pastu masa separa masak. Dan grand finale dia masa dia dah betul-betul masak. Dan paling champion, buah ni hanya berbuah 3 tahun sekali je. Jadi tak boleh lepaskan peluang ini.

Begini ceritanya..
Kira-kira 60 tahun yang lalu kat kampung aku ni ada seorang pendekar ni. Dia ni terrer. Gagah perkasa. Steady pulak tu, tak kerek. Tapi kalau ada orang cari pasal ngan dia, buruk padahnya. Ada penah sekali sorang tok guru ni datang dari utara nak celen ngan dia. Bila tok guru tu sampai depan umah dia terus maki-maki. Cabar dia kata dia tu tak seterrer mana. Pastu pendekar ni dengan stylonya pegang pokok kepala yang menjulang tinggi ni. Pastu sebelah tangan je dia cabut batang kelapa tu. Tok guru ni lepas nengok tu terus kena sawan. Berbuih-buih mulut sebab kagum sangat. Mungkin power dia tak sampai tahap tu. Ataupun power dia setakat baring pastu gelek ngan motor je.
Nak dijadikan cerita, masa tu Jepun datang kampung. Cari pemuda-pemuda yang gagah perkasa nak suh buat jambatan ketapi maut kat Thailand. Jepun dengar cerita pendekar ni kuat. Boleh angkat 3 guni pasir sekaligus. Pastu Jepun pun datang la umah dia. Try nak paksa dia kerja kat Thailand sana. Masa tu pendekar ni tengah makan nasik kat umah. Bila dia dengar Jepun panggil-panggil dia jadi hangin. Pastu dapat tau Jepun ni panggil dia sebab nak suh kerja buat jambatan ketapi dia jadi lagi hangin. Sebab dia tak minat buat kerja construction ni. Dia lebih cenderung kepada kerja-kerja kampung seperti menanam ubi kentang dan menternak kambing. Pastu Jepun ni tadi maki-maki kat dia. Memula pendekar ni tadi rilek je, bila Jepun tu siap kutuk dia sekali, dia menjadi lebih hangin. Sekali dia keluar parang terus cantas kepala Jepun ni. Melambung kepala dia. Pastu badan dia yang tinggal ni masih maintain berdiri. Darah sembur-sembur keluar. Dengan stylonya pendekar ni tadi masuk balik umah dan sambung makan nasik.
Pendekar terus lupakan peristiwa ni. Selang 2-3 hari kemudian, mayat Jepun yang takde kepala yang masih berdiri ni jadi busuk. Ngam-ngam pulak kat laman umah dia. "Tak boleh jadi ni..", getus hati pendekar. Terus dia seret mayat jepun tu dan tanam kat tepi jalan.
Maka tepat kat tempat dia tanam mayat Jepun takde kepala tu. Tumbuhlah sepohon kundang yang hidup subur hingga ke hari ni. Kemanisan buah kundang ni adalah sangat premium dek penangan baja mayat Jepun.
Demikian adanya sejarah pohon kundang kat kampung aku ni.

Masa nak ambik kundang ni tadi, aku terpaksa bersabung nyawa panjat pokok dia. Tak guna betul, buah dia kat hujung-hujung dahan. Tetiba aku jadi gayat. Tapi memikirkan nikmat tak terperi pekena kundang ni, aku tibai je semacam.

Tadi aku ada cerita 3 fasa buah dia kan. Ok sekarang aku cerita satu persatu.
Fasa Pertama-Baru nak berbuah
Time ni hanya yang hati kering je boleh makan. Keseluruhan buah dia jadi rangup. Bijik dia tak mengeras lagi dan warna purple. Memula persiapkan bahan untuk 'colek' dia dulu. Ambik kicap masin (Tamin), tambah gula secukup rasa, secubit garam, beberapa titis cuka buatan (cuka buatan tau, jangan cuka getah-nak mati ke?) dan untuk kick yang lebih power masukkan beberapa ulas cili kecik. Kundang muda boleh dipotong terus (belah dua) sebab bijik dia lembik lagi. Bila dah potong dua, cungkil keluar bijik dia yang purple tu. Pastu colek ngan colek yang kita buat tadi. Pastikan dengan colek-kan anda tadi anda kaut sekali gula yang tak hancur secukup rasa. Pastu cepat-cepat masuk dalam mulut sebab nanti takut dia meleleh jatuh. Time ni pejam mata kuat-kuat sebab ke-masam-an dia adalah sangat ekstrim. Cuma dia akan di-neutral-kan oleh manis gula, masin garam dan lada kecik tadi tak membantu peneutralan dia sebab tugas dia adalah untuk tambah kick je. Jangan tunggu lama. Terus kunyah cepat-cepat dan biarkan rasa dia merebak ke seluruh mulut. Anda akan dapat rasakan rembesan hormon adrenalin dalam badan anda. Sebab tu aku cakap fasa pertama ni hanya untuk yang hati kering je. Lagi hardcore, kepat-kepat dulu sebelum telan. Biasanya time ni badan aku menggeletar kena penangan kenikmatan yang sangat jitu.

Fasa kedua-Baru nak masak
Baru nak masak ni boleh dimakan sama dengan teknik fasa pertama tadi. Pakai teknik untuk fasa 3 pun boleh. Best of both world la..

Fasa ketiga-Masak sepenuhnya
Kundang yang masak akan berwarna kuning ke-oren-orenan. Lagi oren lagi power. Kali ni intensiti kemasam-an dia ditambah pulak dengan rasa manis yang sangat eksotik. Kundang masak akan bulat seperti belon dan telus cahaya. Yang ni senang je. Masuk separuh kundang dalam mulut, pastu gigit. Bila gigit dia akan mengeluarkan bunyi 'pop' yang menunjukkan kundang ni sangat masak dan sihat. Bila dia 'pop' je korang akan rasakan lagi rembesan adrenalin dalam badan korang. Terus gigit keluar sebahagian daripada kulit dia. Ada sesetangah orang suka makan kulit dia sekali. Tapi berpotensi untuk sakit tekak sebab dia ada getah (sikit je) kat kulit dia.

Yang aku ambik kat kampung aku ni kundang fasa kedua. Pastu dalam 2 minggu lagi aku akan follow up untuk fasa ketiga pulak. Ada sapa-sapa nak follow? Tapi kena ada skill panjat pokok. Kalau boleh muka iras-iras monyet sebab skill memanjat kena tinggi. Boleh tahan banyaknya kundang aku bawak balik tadi. Dan sampai skang ni aku tak berhenti lagi makan. Sakit perut/cirit-birit tu lain cerita. Yang penting, kat depan mata skang ni kita enjoy je.

Oh ye, pasal baja mayat jepun tu aku reka je.

Thursday, June 16, 2005

Fcuking Hell/Hangin

Cerita ini adalah sebenar-benarnya. Takde ejas apa-apa. Inilah yang betul-betul berlaku.

Tidak lama dulu...

Time tu aku naik motor ngan kawan aku jenjalan kat bandar Lipis ni. Pastu aku lalu ikut jalan belakang (apa nama tah jalan ni aku lupa). Jalan belakang ni dah macam Chinatown kat Lipis ni. Bila lalu boleh bau masakan cina yang harum dan nampak macam sedap. Tapinya babi. Jadi layan bau je la. Jalan belakang ni kalau korang lalu, mesti korang ingat tempat port penjenayah. Kalau memalam macam angker pun ada. Yang pentingnya tak banyak keta/motor lalu kat sini. Dan kat sini jugak kita boleh nengok traces of old architecture yang masih ada kat Lipis ni. Sistem perpaipan lama. Dinding batu-bata lama. Simen pasir sungai. Aku memang suka nengok-nengok kat sini.
Pastu aku singgah kedai henset ni, beli kad topap. Pastu aku bukak la helmet.
Bila dah setel beli aku ingat nak menuju ke pusat snooker/game di hujung jalan lorong belakang ni. Jadi aku rasa tak payah la pakai helmet dah. Dekat je.
Sekali ada *beeb* pulak 2-3 orang lepak kat hujung jalan ni. Kantoi aku tak pakai helmet.

"Benti! Benti! Gapo dio dok pakai helmet ni?!"
"Err.. saya nak pegi kat hujung tu je."
"Ye la.. demo mesti la pakai helmet. Bak mari lesen"
"Ni roadblok ke bang? Takkan jalan belakang ni pun nak saman?"
"Bak mari lesen dulu..!"
"Nah"

Pastu dia nengok-nengok Kawasaki turbo aku tu..

"Moto mu nih.. signal takdok, no plet takdok, lampu brek takdok, side mirror takdok. Nate mu, gapo dio pun takdok. Berat ni! Kena panggil lori angkat moto ni gi balai"
"Hah! takkan nak angkut kot? Lalu jalan belakang ni je?!"
"Tak pong kita saman je. Banyak ni kalau nak saman ni!"
"Hah saman!? Saya mana ada duit nak bayar bang!"
"Mesti la kena saman. Moto mu ni banyok kesalahe.."
"Bang, timbangrasa la bang. Dah la jalan belakang ni buat roadblok apa cerita? Naya punya kes ni!"
"Gini jo la.. demo nok cara senang ke cara susoh?"
"Mesti la cara senang bang!"
"Cara senang macam biasa la. Kalau cara susoh kita saman je.."

Malangnya time tu aku tak mahir lagi term-term (jargon) untuk rasuah-rasuah ni. Diaorang cuba mengepow aku dengan ugutan untuk menyaman aku. Padahal tak perlu sangat saman sebab kat jalan belakang tu. Inilah kali pertama *beeb* mintak rasuah kat aku. Tapi sebab aku tak paham..

"Cara senang la bang! Iaitu tak payah saman"
"Hoh! mana bulih gitu. Saman mesti saman!"
"Kalau saman saya mana ada duit nak bayar bang!?"
"Ohh demo takdok duit?"
"Ha'ah takde"
"Takkan takde langsung? Demo ada berapa sekare?"
"Ada RM5 je ni. Itupun nak beli rokok ni kang"
"Hoh nate demo. Nyetok ngan kusi rembah tubih buih! Saman!"

Entah hape bahasa dia cakap aku tak tau. Tapi yang penting aku kena saman jugak ari tu. Ada 7 kesalahan untuk Kawasaki Turbo aku tu. Bila aku cerita kat orang, baru aku tau yang diaorang mintak rasuah kat aku. Diaorang sengaja lepak kat situ sebab nak cari makan. Sampai skang ni saman tu tak bayar-bayar lagi. Bila aku cek ngan SMS, no IC aku ada satu saman. Sampai la hari ni. Sebab aku takde duit pun ada, dan sebab aku protes saman tu pun ada. Sebab ini naya punya kes.

Baru-baru ini pulak..

Aku dengar cerita member saya En. Padeli telah kena tahan kat umah dia. Masa tu dia tengah nengok TV. Tetiba ada 2 orang *beeb* datang umah dia. Pastu terus dia kena gari dan naik keta pegi balai. Dah kuar waran tangkap sebab tak bayar saman. Terpaksa la abang dia datang pegi ikat jamin. RM500.

Dan skang ni aku rasa aku ni macam bila-bila masa je nak kena tangkap. Seram jugak aku. Tapi aku tetap tak nak bayar saman tu. Ini naya punya kes! Tapi kalau aku kena tangkap, hangin jugak sanubari aku ni. Teruk aku macam ni!

Sunday, June 12, 2005

Dato’ Mohamad Rahmat dan impaknya terhadap industri rock kapak Malaysia.

Artikel ini diambil dari zine Journal Vol.1/Hilang Punca#5 (Mei 2003) yang ditulis oleh Kumprinx

Aku takde banyak sangat memori zaman rock kapak era 80 an dulu. Aku kenal Nash. Tapi aku tak kenal Nash zaman dulu. Tetiba aku jumpa gambar Nash masa zaman kegemilangan dia dulu. Pehh… rock gile tahap Ultimate Warrior punya. Lepas tu artis-artis rock yang berambut panjang kena gam. Sesapa rambut panjang tak boleh kuar TV, tak bley masuk majalah. Memula rilek je. Takpe tak kuar TV. Pastu tetiba 2 gergasi rock malaysia telah mengambil tindakan nekad potong rambut. Hari tu aku masih ingat dengan jelas. Siaran langsung kat TV Dato’ Mohamad Rahmat potong rambut ahli kumpulan Search dan Wings. Panik aku. Mungkin sebab masa tu aku masih lagi kanak-kanak yang masih tak faham apa-apa. Semenjak hari tu haluan industri rock malaysia telah berubah. Rock dah tak rock lagi. Kekangan dari segi imej dan sahsiah ni secara tidak langsung merosotkan kualiti musik di malaysia. Tetiba ada New Boys. Tetiba kumpulan rock yang dulunya gah digantikan dengan kumpulan yang rata-ratanya memiliki ahli kumpulan yang muka jambu, comel. Hari tu ada seseorang tanya aku, “Pasal ekk, semua orang layan Ramli Sarip skang ni?” Time tu aku tengah baca surat khabar. Aku hempas surat khabar ke lantai dan bangun dengan muka yang penuh ambisi seraya berkata, “Ramli Sarip papa rock!”. Lepas tu aku sambung balik baca surat-khabar. Aku percaya rock ni ada dalam setiap diri kita. Walaupun sikit. Dan aku yakin dengan jawapan aku setiap kali orang mempertikaikan apa sekalipun yang aku buat, apa sekali tindakan aku. - “Macam ni la baru rock!”
Rock ni energy. Macam kita bersukan, berpeluh”- Amy Search (1989)

Rujuk ND punya artikel pasal Sejarah Dan Kebangkitan Rock
http://undisputed.blogdrive.com/archive/26.html

Full Report Part III: Showdown in Terenggun

Showdown

Setelah beberapa ketika melepak dengan penuh ke-saspen-an. Tetiba matahari menyinar kembali. Keadaan buat seketika menjadi ceria. "Kita tibai dulu, pastu kalau hujan, kita wrap!", taklimat ringkas aku kepada krew. Kain kanvas yang menyelaputi equipment kini dibuka semula. Dengan penuh saspen aku meneruskan event.

Maxwell Murder

Band pertama yang aku jemput adalah Maxwell Murder. Dengar ceritanya band ni nak pakai 2 gitar bass. Aku pun dah stenbai satu lagi gitar bass dalam keta Afdzal. Takde pulak diaorang mintak. Tapi kalau diaorang pakai 2nd bass pun terpaksa cucuk kat amp keyboard. Bebudak raub ni datang ada bawak crowd sendiri. Tu yang syoknya. Tak payah kempen dah suh orang layan. Ada kaki sendiri nak layan. Waima masa diaorang main boleh tahan jugak happening. Pastu tetiba ada nyanyi lagu Negaraku. Heh.. terpaksa aku berdiri tegak. Gitaris dia muka penuh keyakinan. JR pulak boleh tahan main drum.

Huru-Hara

Lepas Maxwell Murder tanpa berlengah lagi aku panggil satu lagi band dari Raub iaitu Huru-Hara. "Mesti huru hara ni kang", getus hatiku. Ali yang jaga kedai Grind57 kat Raub tu pun ada naik sama. Aku ingat dia ni orangnya pemalu, sensitif dan suka dibelai. Tapi sekali dia nyanyi.. Aku malas la nak komplen stail Akademi Fantasia. Tapi boleh tahan jugak. 2 band dari Raub ni semuanya ada ramai vocal. Nontheless, RB Riot gives an excellent performance. Nasib baik la ada diaorang ni datang. Berkumandang jugak Punk-Rock kat SPIII ni.

dari jerantut diaorang nih..

Band seterusnya dari Jerantut. Aku tak kenal diaorang ni. Tapi member aku Nizam yang rekemenkan diaorang ni main. Kira Nizam ni jadi manager untuk diaorang. Sebelum panggil naik aku jumpa Nizam dulu, collect payment. Aku nampak diaorang melepak kat tepi stage. Siap ada gitar kapok sekali. Aku jumpa diaorang dulu tanya apa keperluan diaorang untuk perform nanti. "Gitar ni nanti nak miking ke?", tanya aku. "Oh tak perlu, gitar ni dah siap ada jack..". Malu aku di situ. "Err.. kitaorang kang ada nak buat soundcheck sikit sebelum main. Sekejap je..". "Baiklah" jawap aku ringkas. "Hmm.. lagu apa la yang diaorang nak main ni..?", getus hatiku. Gitaris dia seolah-olah tidak mendapat sound yang dia nak, tapi persembahan tetap diteruskan. Sekali keluar Radiohead. Pehh! "Susah nak main lagu ni. Kord dia pelik", kata Mael kepada aku. Enjoy. Jarang aku dapat nengok orang bawak Radiohead. Saya sungguh terhibur dengan persembahan mereka.

Satu-satunya band Black Metal kat Lipis

Band yang akan naik selepas ni adalah band yang paling aku anticipate sekali nak nengok. Satu-satunya band black metal kat Kuala Lipis ni, Al-Azazhil. Sebelum panggil dia aku jumpa dulu frontman dia, Boy. "Kitaorang main Eastern Melodic Goth Metal", katanya. Puas jugak aku nak menghafal genre lagu diaorang ni. 2-3 hari lepas SPIII aku jumpa balik Boy ni. Dia cakap sebenarnya ada vox sorang. Tapi tak dapat datang. Terpaksa dia nyanyi sorang-sorang. Walaupun dia ni drummer. Sebelum event start diaorang ada buat soundcheck. Time tupun aku dah seram dah nengok. "Takpe, aku bagi ko pakai snare besi", kata aku. Tapi entah mana dah peginya snare besi tu. Dalam keta aku rasa. Tak sempat nak bagi dia pakai. Bila dia start main je, semua orang menjadi seram sejuk. Suara dia memang ganas. Being the sole Black Metal band in Kuala Lipis, I give much respect to these guys. Menjadikan SPIII ni satu event yang penuh dengan variasi musik. Al-Azazhil Rocks!!

Nengok gitar dia..

Tak lengkap SPIII kalau takde band yang main rock kapak. Metafora adalah band yang paling jauh sekali datang ke SPIII (dari Klang beb..). Kali ni tahun kedua diaorang datang main. Frontman diaorang, ND (undisputed.blogdrive.com) adalah member saya masa belajar kat KL ari tu. Sayangnya diaorang ni datang tak cukup ahli. Drummer dia tak dapat datang sebab ada masalah 'peribadi'. Maka terpaksalah aku stand in sebagai drummer ganti. Lagu-lagu yang diaorang main tu aku jarang-jarang sekali dengar. Dah la malam semalamnya kitaorang training sejam je. Panik jugak aku. Tapi nasib baik ND ni sporting. Sambil main tu aku ingat lepas ni mesti kena hentak ngan ND sebab main tak betul. Tapi tak kena hentak. Sebab ND ni sporting orangnya. Waima aku raspek band ND ni sebab walaupun diaorang tak cukup kakitangan, tapi masih semangat nak perform. Kali ni aku dapat menengok Ibanez dia tu beraksi. Orang kampung semua kagum nengok gitar dia keluar daripada plastik. Tapi kekaguman yang paling tinggi sekali adalah pada kasut Reebok dia. Tak guna betul, aku nak jugak kasut macam tu!
Masa main lagu yang ke-3 hari mulai hujan slow-slow. Tapi aku nekad nak habiskan jugak lagu ni. Bila habis terus stop. Dan bungkus balik stage pakai kanvas. Sekali lagi aku dilanda sakit kepala sebab ada 2-3 band lagi tak perform. Time ni bebudak Raub slow-slow balik. Hek ele.. cepat sangat nak balik. Mungkin diaorang ada masalah sendiri sebab ada jugak yang aku nampak naik motor.

Hari dah semakin petang. Sekali lagi aku meeting ngan krew. Unit karan tak galakkan main dalam hujan. Sebab kalau short, mungkin akan menyebabkan kerosakan kekal kepada equipment. Time ni ramai je bebudak Lipis datang. Semua dah ketar kepala dah. Kemudian aku membuat satu keputusan yang sangat kritikal. Dalam hujan renyai tu event mesti jalan. Sebab kalau tunggupun hujan takkan berhenti. Kalau wrap, kecewa la bebudak semua. Buat apa aku anjurkan event ni kalau orang kampung sendiri tak enjoy. Semua jerit-jerit kat aku. "Jalan je!! Bukan lebat sangat hujan ni!". Band aku sendiri, Fury tak perform lagi. Aku jumpa rakan kongsi aku, Afdzal tanya macamana bebarang ni. Ada brani tak main dalam hujan ni. Dia pun tak berapa yakin. Abang Soundman lagi selamba,"Nak main, main je la.. Kalau rosak ganti je.." Kalau nak main dalam hujan tak boleh lama. Nanti air masuk dalam barang. Risiko bebarang ni rosak adalah 100%. Sure punya.

Kata orang,
'Jangan terlibat dalam bidang seni kalau takut risiko'

Main dalam hujan?

Friday, June 10, 2005

pyrokmxadvncdmda8 teaser

"Lord Kumprinx"
"Yes master?"
"Rise.."
the dark force is coming.

Full Report Part 2: Show Time!!

Kumprinx on guitar

Show Time!
Dalam keadaan yang selekeh tu aku memulakan aksi yang pertama. Dah la tak mandi lagi. Baju peluh-peluh sebab angkat/setting barang tadi. Aku purak-purak tanya kat semua yang dah ada kat situ sapa nak perform dulu. Aku tau dah takde sapa nak perform dulu sebab tu aku main dulu. Sama macam tahun-tahun sudah. Opening act mesti aku. Walaupun aku nyanyi sora tak best. Sebab nak menunjukkan persembahan yang macam gampang pun boleh main kat SP ni. Lagu Plug In Baby ni dah 3 tahun aku main. Naik muak dah. Tapi time SPIII ni dia tak jadi pulak. Hangin tul aku. Terus je aku progress ke lagu kedua aku yang baru 2 hari training. Lagu Uno. Aku tujukan kepada.. err.. ehem. Showmanship bangang yang aku dah kreograf nak buat terpaksa aku batalkan sebab aku letih sangat. Dah la 4-5 malam sebelumnya aku tak tido. Tangan aku pun terketar-ketar memetik gitar. Aku ingat nak main banyak lagi lagu tapi takut tak sempat untuk band lain, aku batalkan je hasrat aku tu. Yang penting aku mesti main dulu, sebab takde sapa nak jadi yang pertama seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

SK3 Band

Band kedua aku main tibai je panggil. Band SK3. Tengok yang naik semua bebudak je. Umur dalam 12-15 tahun. Tapi main boleh tahan. Diaorang ni entah datang naik apa aku tak tau. Tapi aku raspek diaorang sebab berani perform kat SPIII ni dalam usia yang sebegini muda. Band-band yang lebih tua daripada diaorang pun kena motivasi dulu baru nak perform. Malu la sikit wei..

Eddie Rocks!


"Demeh bagi la komeh(kami) main dulu, sebab komeh ada hal ni", kata En. Eddie, frontman bagi band Skylight. Terus je aku panggil diaorang naik. Eddie adalah seorang tokei jamming kat Lipis ni. Dia baik hati sebab bagi harga jamming konsesi kepada semua yang telah mendaftar untuk main SPIII. Memula aku ingat dia ni biasa je. Tapi bila dia start perform, ambik kau! Aku boleh kata band Skylight ni adalah band paling power sekali kat SPIII kali ni. Dia punya goreng sampai hangit. Sekali gitaris dia buat a.harmonic, meremang bulu roma aku. Showmanship pun power. Drummer diaorang, Mike adalah sifu aku yang terawal masa muda-muda dulu. Jarang dah aku dapat tengok dia perform. Aku enjoy betul lagu 'Waaa hab!!'(yang ada zai zai zai tu) diaorang. Aku ingat tahun depan aku nak jemput je diaorang ni. Tak payah bayar.

Otam

"Lepas ni bagi aku main pulak, sebab laptop aku dah ada kat atas tu. Tak bleh shutdown dah. Kalau shut down lari setting aku", kata Otam pulak. Otam punya performance adalah yang paling unik sekali. Solo Laptop Performance. Dia ni pioneer music macam ni kat Lipis ni. Tak catch sangat lagi kat malaysia ni. Tapi kat oversea dah ada scene music macam ni. Mungkin ramai yang tak boleh terima lagi, tapi aku layan semacam je. Apa nak jadi, jadilah. Otam jugak sepatutnya buat collaboration ngan kitaorang kalau kitaorang main nanti. Tapi kami tak sempat perform. Apa boleh buat. Time otam perform aku balik umah sebab nak mandi. Sampai kat bandar, hujan lebat. Aku terus inform orang kat Terenggun.

Blackout Band


Masa aku takde, Mie Stage Manager yang ambik alih tempat aku tu jemput band Jackspade untuk main. Time ni aku takde, tapi aku nampak gambar band diaorang ni berbaris penuh tertib naik ke pentas. Tahun lepas, SPII terpaksa dihentikan masa band ni main sebab black out. Tetiba tahun ni, masa diaorang main jugak, kilat/petir menyambar. Terus blackout jugak. "Balik-balik time komeh main blackout. Komeh balik la gini...", kata En. Mata, frontman Jackspade dengan nada sayu. Tahun lepas, blackout sebab slack kat pencawang utama. Tapi tahun ni sistem karan kitaorang lebih kebal dengan fius dan kabel yang berkapasiti lebih besar. 2 fius sebelum sampai ke instrument untuk mepastikan keselamatan peserta dan yang paling penting equipment baru aku tu kalau-kalau ada petir ataupun short circuit. Orang kena karan takpe, asal jangan Marshall anak dara aku tu kena karan. "Time diaorang main lagu ke-3, tetiba kilat kuat, dekat je ngan kolam tu. Pastu blackout. Serta merta venue dilitupi awan mendung yang berarak lesu. Keadaan masa tu memang seram gile. Suhu pun merosot dengan mendadak", cerita Mie The Stage Manager kepada aku apabila aku meminta laporan daripadanya dengan nada bersungguh-sungguh. Time ni acara dihentikan. Barang semua ditutup dengan kanvas. Sehinggalah aku sampai.

Time ni hari berangin. Aku merasakan seolah-olah cuaca ni bergurau ngan aku. Nampak macam nak hujan lebat. Tapi tak hujan-hujan. Aku terus berjumpa ngan Unit Karan. Tanya macamana. Diaorang cakap takde masalah dari segi karan ni. Cuma kalau ada petir yang kuat lagi mungkin boleh blackout lagi sekali. Skang ni kelancaran event ni hanya bergantung kepada belas ehsan cuaca. Kalau hujan maka kami terpaksa wrap event ni. Dengan beberapa band lagi tak main. Aku dah pening kepala. Bukan nak melawan kuasa Tuhan, tapi berikhtiar supaya event ni berlangsung sampai habis.

Mie, Stage manager yang dari tadi hanya mendiamkan diri, tiba-tiba manadah tangan ke langit;
"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah..."

Tit.. Tit.. Tit.. henset aku bunyi.
"Hello Kumprinx. Kat Padang Tengku sampai Kg. Gua skang ni hujan lebat. Lebaaaat sangat! Korang kat sana macam mana?!"

Alamak!


Stay tuned

Wednesday, June 8, 2005

:: Repihan Hati (Help Kumprinx)

Kami ganggu siaran Full Report SPIII ni untuk memberi laluan kepada post ringkas ini.

Petang ku yang hening tempoh hari telah diganggu. Tatkala ku sedang terkangkang baring di bilik ku berehat setelah tamatnya SPIII, tipon aku berbunyi. Ku gagahi jua diriku untuk bangkit dan mengangkatnya. Namun yang hampehnya itu hanyalah satu miskol biasa dari no yg tidak dikenali. Ku berbuat tidak ambik pot dan meneruskan perjuanganku, tido. Namun miskol tu berlarutan bertubi-tubi hingga menggangu tidoku. Lantas ku mengirimkan satu mesej bergambar (Gambar tanah kuburan) kepada si pemiskol itu. Sebagai satu isyarat tanda mengatakan ku tak ingin diganggu.

Tit..zzzzt...zzzzt... (nada dering mesej pesanan ringkas 'Beeb Once')
"Marah ke? Sorry la ganggu. *toot* ni. Ni lah nombor saya. Lain kali tak payah susah-susah cari dah"

Keadaan bilik ku yang suram tu kini ceria. Kelopak-kelopak sakura berguguran jatuh entah dari mana. Bunga-bunga pokok langsuir peliharaan ku yang dulunya kering, kini berseri kembali. Burung-burung berkicau riang.
Rama rama di pohon dedap,
Singgah sebentar pekena lepat,
Sudah lama aku mengendap,
Baru sekarang aku mendapat.
Aku kenal sangat budak yang mesej aku ni. Dan dah lama aku follow-up dia. Dia ni kecil molek, cute comei. Dan dah lama jugak aku berkenan sangat ngan dia ni. Seterusnya kami berbalas-balas mesej pesanan ringkas. Dan kini aku tahu apa niatnya yang sebenar.
Hari-hari makan kari,
Motor laju dibawak lumba,
Tak perlu timba mencari perigi,
Perigi datang mencari timba.
Masalahnya di sini..
Dia ni skang ni tengah sekolah lagi. Peksa tahun ni. Dan mindset dia masih lagi bebudak sekolah. Nontheless dia di antara yang aku akui memang cun. Selama ni aku follow-up dia bukan sebab aku nak berpasangan ngan dia, tapi sebab aku syok nengok dia ni. Comei.

Aku migrain. Tapi aku nak. Tapi aku masih rasa macam tak kena je..

Tuesday, June 7, 2005

SPIII - Special Report Part 1 : Final Preparation

Image Hosted by ImageShack.us
Final Preparation
2 Malam sebelumnya aku tak tido. Tapi pagi Jumaat tu ku gagahi jua untuk bangun. Setibanya aku di tapak SPIII (Hutan Lipur Terenggun) ni aku terkejut nengok ada ramai bebudak UMNO mana tah tengah buat kem motivasi. Lalu aku pegi tanya diaorang, sampai bila. Katanya sampai ahad. Pastu aku terangkan kat diaorang pasal event aku hari sabtu tu. Pastu diaorang cakap "Ah.. komeh (kami) sampai dulu.". "Mak aih.. kereknya diaorang ni..", getus hatiku. Pastu aku dengan kereknya jugak bawak keluar surat kelulusan Jabatan Hutan pasal nak guna site ni. "Korang ada kelulusan ke?", tanya aku. Rupanya diaorang main redah je. "Saya sarankan encik cari tempat lain sebab keesokkan harinya tempat ni akan jadi sangat bising dan huru hara..".
Memula aku gi kat opis kat Terenggun tu, usyar-usyar orang dalam nak kompom event ni. Sebab sebelum ni aku deal ngan opis besar diaorang kat bandar sana. Dah 3 tahun berturut-turut Jabatan Hutan bagi sokongan penuh kepada event ni. Siap bagi kitaorang pinjam lori lagi nak angkat kanopi yang diaorang bagi pinjam tu. Lepas siap angkat kanopi tu, aku try tanya Majlis Daerah Lipis pasal stage yang akunak 'pinjam' ari tu. Diaorang cakap, "Dik, kalau nak suruh kitaorang pasang, adik kena bayar lagi RM500..". Ahh.. mampos la.. baik aku pikul sendiri. Pastu aku pikul sendiri pentas tu. Hek ele.. jangan harap. Pentas tu ada 9 bahagian yang setiap satunya sebesar 4x9 kaki. Satu keping bahagian tu beratnya kira-kiranya 100kg. Mujurlah ada seorang yang kenal seseorang yang ada lori. Selamat jugak kami meloading pentas tu. Jimat RM500.
Image Hosted by ImageShack.us
Bila pentas dah sampai kami menghadapi masalah nak pasang pentas tu. Memang rumit teknik nak pasang dia. Dan hanya ada seorang je kat Lipis ni yang tahu betul pasal pentas ini iaitu Pakcik Rahim. Dialah yang buat pentas ni. Lantas aku calling dia. Dia time tu ada kat Kolumpo pulak. Jadi kami melepak kat situ tunggu Pakcik Rahim ni sampai dari Kolumpo sebab kebetulan masa aku tipon dia tu dia baru nak start balik Lipis. Sambil tunggu tu aku pegi bandar jumpa ND yang baru sampai dari Klang. Jumpa Unit Karan untuk setel hal-hal karan ni. Pastu aku pinjam pasukan ND ni untuk bawak aku ke balai polis ambik permit. Nasib baik driver dia sporting. Kemudian aku kembali ke Terenggun. Tengah melepak tu kami semua mencuci mata dengan awek-awek UMNO tadi yang semuanya tengah masak-masak. Ada 2-3 keping yang cun-cun. 2 jam selepas itu Pakcik Rahim sampai. Pentaspun setel.
Image Hosted by ImageShack.us

Final Training/Non-stop Action
Malam tu aku jamming last ngan band aku (FURY) untuk 'memastikan' persembahan yang power keesokkan harinya. Pastu Jason Band dari Indonesia ni tipon aku ajak jamming jugak. Sebab drummer dia tak dapat hadir. Jadi aku diminta untuk stand in ganti drummer dia. Aku follow je sebab seboleh-bolehnya aku nak pastikan semua orang boleh beraksi. Sejurus lepas training ngan band aku aku terus menuju ke Jamming lain pulak untuk jamming ngan Jason Band ni. Kendian baru aku teringat yang band ND pun nak pakai aku sebagai drummer. Jadi aku terus suh Pedal kontek ND dan ajak diaorang datang sekali ke jamming ni untuk training pulak sejurus selepas aku jamming ngan Jason Band ni. Nak dipendekkan cerita, malam sebelum event tu aku jamming dengan 3 band secara berturut-turut. Dah la mengantuk, kaki pun dah terketar-ketar. Jari pun dah merah-merah. Akhirnya semua aktiviti jamming terakhir sebelum event ni setel. Tapi malam tu tak berakhir di situ. Sebelum balik kitaorang mem-pekena neskepe 'o dulu. Lagipun sebab ada Timmy baru sampai dari kuantan. Akupun dah lama tak jumpa dia. Jadi aku pun teringin nak ajak dia pekena neskepe 'o sama-sama. Dalam pukul 5am barulah kami beransor pulang. Tapi yang pulang ke rumah diaorang semua. Tapi aku tak balik sebab aku singgah kedai untuk setel tag krew ni. Hal tag-tag ni sebenarnya takde dalam bajet. Tapi aku rasa memang perlu aku buat tag ni walaupun untuk krew je sebagai tanda penghargaan aku untuk bantuan diaorang. Walaupun aku terpaksa kuar duit sendiri. Maklumlah diaorang buat kerja mana ada gaji. 6.30am tag semua siap. Aku balik umah. Mengikut jadual, semua krew berkumpul kat perkarangan CenterPoint ni pukul 7am untuk angkat barang. Ada setengah jam lagi. Jadi aku pejam mata dalam 5 minit gitu, dan terus mandi.

Loading Barang
Lori disediakan oleh JZ Entertainment. Tapi drebar dia tak supply. Jadi aku terpaksa cari seorang kaki yang pandai bawak lori ngan ada lesen sekali. Aku gi umah member aku ni, Cuki. Kebetulan dia ada kat Lipis. Kejut dia tido, terus bawak dia pegi ambik lori. Pegi kat stor Majlis Daerah tu ingat nak ambik kanopi. Tapi entah kenapa orang tu tak bagi. Katanya semua dah rosak la, boss dia tak bagi la, bini dia nak bersalin la. "Takpe, tahun ni kita try buat stage open air, baru Woodstock", getus hatiku. Kemudian kami start loading barang. Fasa pertama loading ni memula ambik barang kat opis Tuah Solutions. Lepas ambik kat Bentong ari tu aku parking dulu bebarang ni kat sini. Fasa kedua adalah loading set power amp ngan miking kat ibusawat JZ Entertainment. Mujur muat satu trip.

Setup
Sampai Terenggun tanpa membuang masa terus setup barang tu. Paling sadis, drum baru Oxygen Studio tu belum tune lagi. Masa setup barang ni padahal sekejap je boleh setel. Masalahnya, krew ramai tapi tak ramai yang kompeten untuk buat kerja ni. Jadi terpaksa jugak aku turun padang untuk setup. Time ni crowd dari Raub tiba. Tak perasan pulak aku budak Jr ni. Sebab aku tak cam muka dia. Krew lain semua dah balik umah mandi dan pakai smart-smart lepas loading barang. Tapi aku tak berkesempatan untuk berbuat demikian sebab terpaksa setup bebarang. Masa aku tengah pasang-pasang guitar stand tu aku terpandang kanopi yang kitaorang pasang semalam belum naik lagi. Kami sengaja lowered sebab tukut hujan nanti air bertakung. Dengan selenge aku jumpa bebudak Raub ni mintak tolong angkat kanopi ni. Nasib baik diaorang ni semua sporting.
Image Hosted by ImageShack.us

Memandu Lori
Lori ni gear dia bukan macam keta tu, tapi stail macam lori jenis lama. Dan aku tak penah pandu lori seumur hidup aku. Tapi masa SPIII ari tu lori yang buat angkat barang ni tetiba terparking kat depan stage tu. Abang soundman dah sound, "Alih la lori ni! Sampai bila nak letak depan ni..?" Sebab takde orang nak ambik peduli, jadi aku ambik inisiatif untuk alih sendiri lori ni. Itulah first time aku memandu lori. Merasa jugak.
Image Hosted by ImageShack.us

Tune Drum
Aku tak pandai sangat bab tune-tune ni. Aku tipon member aku yang terrer bab drum ni. Dia cakap dia sampai lambat sket. Jadi nak tak nak terpaksa aku tune sendiri. Aku ingat Jr pun ada try nak tune, tapi tak berapa nak jadi. Aku tibai je time tu. Asal ada bunyi sudah. Bila semua bebarang dah setel, jam menunjukkan pukul 11.00am. 3 jam tersasar dari jadual. Mangikut planning aku nak balik umah dulu dan mandi sebelum start event ni. Tapi sebab kesuntukan masa, terpaksa aku start jugak dalam keadaan yang selekeh dan tak mandi. baju pun peluh-peluh sebab buat kerja tadi. Event kena start sekarang. Takde masa nak balik.
Bersambung...

Monday, June 6, 2005

Tahap Dewa

Member saya, Padeli. Up tiket dia masa SPIII ari tu.

The Trip.
Pasukan kitaorang yang pegi nengok konset Dewa ni terdiri daripada 2 pasukan. Pasukan pertama (A) terdiri daripada aku sendiri, Mael, Pedal ngan Amir. Manakala pasukan kedua (B) terdiri daripada Amar, Padeli, Pipi ngan Ben. Korang mungkin tak kenal diaorang ni semua, tapi diaorang ni semuanya member baik aku sejak zaman-berzaman. Tepat jam 7 pagi pasukan B iaitu pasaukan Amar ni bertolak. Kitaorang masing-masing ada urusan yang berbeza kat Kolumpo/Shah Alam sebelum konset Dewa ni, Tu la pasal kitaorang terbahagi kepada 2 pasukan. Pasukan B naik keta Satria Amar. Dan pasukan kitaorang pulak (Pasukan A) bertolak jam 9 pagi dari Kuala Lipis. 1 Jam tersasar dari yang telah dijadualkan sebab Pedal nak basuh dulu keta dia. Keta dia ni dah rupa macam lori 3 tan sebab jarang basuh. Dan itu jugak menjadi faktor mengapa kitaorang selalu kena tahan polis bila ada roadblok.Pasukan kitaorang terus menuju ke KL Tower untuk beli tiket. Kitaoprang sampai dalam pukul 12 tengahari kat sana. Time ni Dewa tengah buat soundcheck. Kitaorang boleh skodeng diaorang dari tepi stage tu. Nampak la muka jugak muka Tyo sedas,Memandangkan pasukan kitaorang dah dapat parking yang smart kat sana, maka kami mengambil keputusan untuk biar je keta kat situ dan pegi jalan-jalan naik teksi. Sebab nanti dah malam mesti penuh. Sebenarnya itulah kesilapan bangang yang kitaorang lakukan. Dah la menapak balik ke sana. Pastu parking pulak kena sampai RM30. Tapi time-time macam ni kitaorang tak berkira sangat.Sebab kitaorang ni orang kampung yang bukan selalu naik Kolumpo ni, maka peluang ini tak dilepaskan untuk shopping. Hape ke jaddah yang di-shoppingnya tak tau. Yang paling ketara, duit habih.

T-minus 1 hour before show.
Kitaorang nengok ramai yang masih terhiling-hiling kat perkarangan KL Tower tu. Setelah melepak lebih kurang aku selaku Incas (In-charge) bagi pasukan A ni mengambik keputusan untuk pegi jalan-jalan lagi kat dalam tu. Sebab tadinya ada mini concert kat dalam tu. Ada OAG.. emm.. D-Va dan lain-lain la. Haram aku tak ingat. Sebab otak aku time tu fokus nak nengok Dewa je. Bila naik je kami terkasima nengok rupanya dah ramai sangat orang tengah que nak masuk. Mana pegi pasukan B ni?Aku menelepon Eksekutif Komunikasi untuk pasukan B iaitu Ben."Woi cepat la datang. Korang kat mana ni? Orang dah start masuk dah tu!""Kitaorang tengah makan kat Mapley ni."Fcuking Hell tul diaorang ni. Ada ke tangah makan? Dah tiket semua pada kitaorang. Bermakna kitaorang tak bleh masuk selagi diaorang belum mai. Dah janji nak randevous kat sini pukul 6. Takpe, nanti aku akan marah Incas pasukan B ni. Jadi Pasukan A mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan mengenai perkara ini. Kami sebulat suara memutuskan bahawa kami akan masuk je dulu. Tak guna tunggu orang yang tak tepati masa. Dan menunggu mereka jugak mungkin membawa kerugian kepada Pasukan A. Dengan liciknya kami letak tiket Pasukan B tu kat dalam bonet keta Pedal. Tapi tak tutup abis. Tutup stail menyamar je.

The Small Spot
Masuk je kat venue tu aku dah merasakan kekecewaan. Yang parit kat KL Tower tu dia tutup ngan kayu. Jadi ramai orang berdiri kat atas tu. Stage pun rendah. Maka orang belakang tak nampak. Kitaorang duduk kat satu pelantar tempat dia cover parit tu. Kecik je tempatnya. Belakang khemah soundman. Lalu kami berhasrat untuk terus je parking kat situ bila dah ramai awek lepak kat situ jugak. Selang 30-40 menit kendian sekonyong-konyong pasukan B sampai dengan muka sengih-sengih.

Show Time!!
Memula ada 2 band buat opening. Aku tak into sangat. Jadi kitaorang semua duduk je dulu. Sebelum tu skrin ada menayangkan video-video Dewa. Kendian stage jadi merah-merah. Pastu ada kuar lagu apa tah. Semua orang jadi dah tak sabar sangat. Tetiba Dewa muncul ngan lagu Roman Picisan. Suasana menjadi gamat. Kejap je, pastu semua layan. Pehh best. Abis lagu tu Once jerit Malaysia Boleh!. Pastu dia sembang apa tah tak ingat aku. Tapi yang penting ayat ni kuar, "Once apa itu? Once pick me? Waduhh.. I pick you! I Pick you up from school!". Samada diaorang ni memang BI berterabor ataupun semulajadi lawak. Aku boleh tengok peminat-peminat Dewa yang datang nengok konset ni ada macam-macam level. Pasukan kitaorang ni level starting dari Bintang Lima. Jadi lagu yang lama-lama tu tak boleh nak layan sama sebab jarang dengar. Ahmad Dhani memang cool. Dia nyanyi part memula lagu Hadapi Dengan Senyuman yang kitaorang semua looking forward nak nyanyi sama-sama sebab dia dah cakap ari tu kat @15. (dan kemungkinan beso aku bawak lagu ni kat Sure Pekat nanti). Banyak lagu dia tak main riff utama masa starting. Terus masuk nyanyi baru kita tau lagu apa. Ada sesetengah orang suka ngan improvasi macam ni, tapi ada jugak yang berpendapat tak bermakna dengar lagu live kalau tak dapat dengar riff utama lagu-lagu dia. Lantak korang la. Daripada lagu laju-laju, sampai la lagu slow. Dari 'Sudahlah Siti Nurbayah' sampai la ke Matahari. Macam-macam pesen dan macam-macam stail diaorang main. Walaupun riff utama lagu tak kedengaran di awal lagu, namun time goreng/solo, sejibik!. Diaorang memang mementingkan skill masa main. Inilah kekuatan Dewa yang sebenar. Sebab tu kena tengok konset dia. Nak nengok macamana diaorang main. Semua mesti jadi, dari lagu yang rumit dan naik heran kalau nak main, sampai la lagu yang simple tak hengat tapi berhantu. Banyak lagu dia catchy. Dengar sekali, terus lekat dalam kepala otak. Nasib baik diaorang bawak lagu 'Aku cinta kau dan dia'.Pastu lagu-lagu yang aku harap sangat diaorang main semua diaorang main. Cuma aku kecewa sikit sebab takde 'Elang' ngan 'Cemburu'. Sampai satu part Once cakap,"Anda semua sudah panas? Kita panggil Angin!". Time ni semua orang jadi exited. Semua lompat-lompat termasuk awek-awek di sekeliling. Hehe..Persembahan diaorang diselangselikan "Di Indonesia sana banyak orang aneh-aneh". "Kepada orang Indonesia yang ada di sini, hormatilah tuan rumah". Dan banyak lagi mesej-mesej.Overall kita boleh nampak diaorang memang terharu ngan sambutan kali ni. Tak macam yang sebelumnya. Lebih kurang 4000 orang datang nengok. Dewa memang Tahap Dewa malam tu. Tapi,

Komplen
Sound. Aku tak pueh hati ngan sound. Masa memula sampai aku dah nengok speaker yang akan digunakan. "Hek ele.. beso tu je?", getus hatiku. Sound yang dengar kat telinga aku tu lebih kurang sama kuat je ngan speaker kat Oxygen Studio. Bila pegi nengok konset, aku mengharapkan sound yang bagi pecah telinga punya. Sound bass tali 'E' yang terasa sampai ke tulang. Sound bass drum yang menggegarkan jantung. Sound yang bila aku nyanyi sama-sama at the top of my voice, tenggelam suara aku tu. Baru la semangat. Ini hek ele.. suara orang kiri-kanan nyanyi je yang nyata kedengaran. Tak konset la macam ni. Waima dah kuat, tapi bagi aku tak cukup kuat lagi.Skrin. Kat kiri kanan stage tu ada skrin. Skrin dah ok tapi kamera pulak banchau. Kamera duduk kat khemah soundman. Kat depan tu ada pulak yang stail dukung member pusing-pusing baju. Jadi yang nyatanya kat skrin tu adalah mamat ni yang dok pusing-pusing baju. Dan jugak sekali-sekala ada awek (pusing2 baju jugak). Penonton yang kat belakang tu tak nampak dengan jelas apa yang berlaku kat atas stage. Tak nampak apa dan bagaimana diaorang main. Melainkan ada kamera atas pentas, takde gunanya skrin beso tu.
Marilah menyanyi bersamaTime lagu aku tau aku jerit-jerit macam orang gila. Pastu lagu tak tau aku miming je. Bebudak kat kiri kanan pun nyanyi sama-sama jugak. Kira boleh tahan la jugak kemeriahannya. Tapi bab takde lagu Cemburu ngan Elang, aku tak pueh hati. Lagi satu konset ni tak tamat dengan cemerlang sebab lagu encore diaorang adalah lagu yang tak berapa hit. Rasa macam tak puas sebab semua orang harapkan lagu hit yang catchy dan semua orang boleh nyanyi/layan sama-sama.

Orbit Cinta Benjamin
Member saya, Ben sampai skang ni ralat sebab tak sempat nak mintak no tipon awek yang duduk kat depan dia masa konset tu. Memula kitaorang depan sekali, pastu sebab awek-awek kat belakang tu dah start komplen, jadi aku yang.. ehem.. gentelman ni bagi la awek-awek yang rendah tu duduk depan. Ben pulak buat tak reti bahasa nak jugak duduk depan. Mungkin sebab dia sama pendek ngan awek-awek tu. Jadi aku biar je. Sebab tu la awek sorang ni dapat duduk depan dia. Yang buat dia jadi ralat sangat adalah awek tu banyak kali pulak tegur dia. Pastu masa konset dah abih, awek tu lepak lagi kat situ. Mungkin time tu dia takde keyakinan diri. Tapi akhirnya makan diri sendiri. Sendiri ralat. Dari dalam keta sampai la ke hari ni. Member semua pun banyak nasihat dia. Antara nasihat yang diterima adalah, "Kau ni. Sampan dah ada. Pendayung dah ada, nak tunggu hayun je", "Sikap ko ni tak dapat dijelaskan melainkan ko mengalami disfungsi erektil". Ya, kitaorang semua memang caring.Jadi kepada awek yang duduk kat depan Ben ni masa konset tu, silalah kontek saya. Sebab Ben tu skang ni masih dilanda angau dan stress ekoran daripada keralatannya yang sejajar dengan tayangan siri Orbit Cinta Benjamin di TV2 memalam.

Epilog
Memang kalau ada band yang power buat konset, aku dan rakan-rakan akan turun sama-sama pegi nengok. Seronok bila pegi ngan rerakan. Pastu lagi best kalau band tu power. Kedatangan Dewa di malaysia ni adalah satu peluang yang sangat menguntungkan lebih-lebih lagi kitaorang pun dah lama tak pekena konset ni. Padahal Indonesia tu bukannya jauh sangat. Naik feri boleh sampai. Tapi we're talking about Dewa. Lagu-lagu diaorang semua melampaui zaman. Memang band yang berbakat beso. Aku nak sangat nengok diaorang main, dan skang ni hasrat aku tu dah tercapai. Terubat segala duka nestapa aku tak dapat pegi nengok masa konset yang lepas. Walaupun ada masalah yang datang dari Event Managemant konset ni, tapi aku puas hati. Tak kiralah sapa yang bawak, Kamdar ke, Globe Silk Store ke.

Fakta Menarik
-Harga parking keta kat KL Tower tu dari 12 tengahari sampai 12 tengah malam adalah RM30. Ketat muka member aku masa bayar.
-Padeli dan Amar daripada pasukan B mengumpul besi buruk selama 2 minggu sebelum konset untuk cover expenses. Nak pow mak-bapak malu sebab dah beso panjang.
-Manakala aku ngan rakan kongsi aku ada dana khas syarikat untuk konset Dewa ni lebih kurang sebulan sebelum konset.
-Kamera yang aku bawak tapi letak kat dalam poket tu rosak teruk.-Sebelum start Mini Concert yang ada OAG tu, ada fashion show (Kamdar punya kot?) kat situ. Dan ada 2-3 model yang cun sangat!
-Ada 2 anak gadis berjumpa ngan aku untuk 'Give me calit'. Yeah!!
-Mati-mati aku ingat ujan malam tu, sebab tu la aku pakai jaket. Tapi tak ujan. Hampeh!

Friday, June 3, 2005