Monday, June 6, 2005

Tahap Dewa

Member saya, Padeli. Up tiket dia masa SPIII ari tu.

The Trip.
Pasukan kitaorang yang pegi nengok konset Dewa ni terdiri daripada 2 pasukan. Pasukan pertama (A) terdiri daripada aku sendiri, Mael, Pedal ngan Amir. Manakala pasukan kedua (B) terdiri daripada Amar, Padeli, Pipi ngan Ben. Korang mungkin tak kenal diaorang ni semua, tapi diaorang ni semuanya member baik aku sejak zaman-berzaman. Tepat jam 7 pagi pasukan B iaitu pasaukan Amar ni bertolak. Kitaorang masing-masing ada urusan yang berbeza kat Kolumpo/Shah Alam sebelum konset Dewa ni, Tu la pasal kitaorang terbahagi kepada 2 pasukan. Pasukan B naik keta Satria Amar. Dan pasukan kitaorang pulak (Pasukan A) bertolak jam 9 pagi dari Kuala Lipis. 1 Jam tersasar dari yang telah dijadualkan sebab Pedal nak basuh dulu keta dia. Keta dia ni dah rupa macam lori 3 tan sebab jarang basuh. Dan itu jugak menjadi faktor mengapa kitaorang selalu kena tahan polis bila ada roadblok.Pasukan kitaorang terus menuju ke KL Tower untuk beli tiket. Kitaoprang sampai dalam pukul 12 tengahari kat sana. Time ni Dewa tengah buat soundcheck. Kitaorang boleh skodeng diaorang dari tepi stage tu. Nampak la muka jugak muka Tyo sedas,Memandangkan pasukan kitaorang dah dapat parking yang smart kat sana, maka kami mengambil keputusan untuk biar je keta kat situ dan pegi jalan-jalan naik teksi. Sebab nanti dah malam mesti penuh. Sebenarnya itulah kesilapan bangang yang kitaorang lakukan. Dah la menapak balik ke sana. Pastu parking pulak kena sampai RM30. Tapi time-time macam ni kitaorang tak berkira sangat.Sebab kitaorang ni orang kampung yang bukan selalu naik Kolumpo ni, maka peluang ini tak dilepaskan untuk shopping. Hape ke jaddah yang di-shoppingnya tak tau. Yang paling ketara, duit habih.

T-minus 1 hour before show.
Kitaorang nengok ramai yang masih terhiling-hiling kat perkarangan KL Tower tu. Setelah melepak lebih kurang aku selaku Incas (In-charge) bagi pasukan A ni mengambik keputusan untuk pegi jalan-jalan lagi kat dalam tu. Sebab tadinya ada mini concert kat dalam tu. Ada OAG.. emm.. D-Va dan lain-lain la. Haram aku tak ingat. Sebab otak aku time tu fokus nak nengok Dewa je. Bila naik je kami terkasima nengok rupanya dah ramai sangat orang tengah que nak masuk. Mana pegi pasukan B ni?Aku menelepon Eksekutif Komunikasi untuk pasukan B iaitu Ben."Woi cepat la datang. Korang kat mana ni? Orang dah start masuk dah tu!""Kitaorang tengah makan kat Mapley ni."Fcuking Hell tul diaorang ni. Ada ke tangah makan? Dah tiket semua pada kitaorang. Bermakna kitaorang tak bleh masuk selagi diaorang belum mai. Dah janji nak randevous kat sini pukul 6. Takpe, nanti aku akan marah Incas pasukan B ni. Jadi Pasukan A mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan mengenai perkara ini. Kami sebulat suara memutuskan bahawa kami akan masuk je dulu. Tak guna tunggu orang yang tak tepati masa. Dan menunggu mereka jugak mungkin membawa kerugian kepada Pasukan A. Dengan liciknya kami letak tiket Pasukan B tu kat dalam bonet keta Pedal. Tapi tak tutup abis. Tutup stail menyamar je.

The Small Spot
Masuk je kat venue tu aku dah merasakan kekecewaan. Yang parit kat KL Tower tu dia tutup ngan kayu. Jadi ramai orang berdiri kat atas tu. Stage pun rendah. Maka orang belakang tak nampak. Kitaorang duduk kat satu pelantar tempat dia cover parit tu. Kecik je tempatnya. Belakang khemah soundman. Lalu kami berhasrat untuk terus je parking kat situ bila dah ramai awek lepak kat situ jugak. Selang 30-40 menit kendian sekonyong-konyong pasukan B sampai dengan muka sengih-sengih.

Show Time!!
Memula ada 2 band buat opening. Aku tak into sangat. Jadi kitaorang semua duduk je dulu. Sebelum tu skrin ada menayangkan video-video Dewa. Kendian stage jadi merah-merah. Pastu ada kuar lagu apa tah. Semua orang jadi dah tak sabar sangat. Tetiba Dewa muncul ngan lagu Roman Picisan. Suasana menjadi gamat. Kejap je, pastu semua layan. Pehh best. Abis lagu tu Once jerit Malaysia Boleh!. Pastu dia sembang apa tah tak ingat aku. Tapi yang penting ayat ni kuar, "Once apa itu? Once pick me? Waduhh.. I pick you! I Pick you up from school!". Samada diaorang ni memang BI berterabor ataupun semulajadi lawak. Aku boleh tengok peminat-peminat Dewa yang datang nengok konset ni ada macam-macam level. Pasukan kitaorang ni level starting dari Bintang Lima. Jadi lagu yang lama-lama tu tak boleh nak layan sama sebab jarang dengar. Ahmad Dhani memang cool. Dia nyanyi part memula lagu Hadapi Dengan Senyuman yang kitaorang semua looking forward nak nyanyi sama-sama sebab dia dah cakap ari tu kat @15. (dan kemungkinan beso aku bawak lagu ni kat Sure Pekat nanti). Banyak lagu dia tak main riff utama masa starting. Terus masuk nyanyi baru kita tau lagu apa. Ada sesetengah orang suka ngan improvasi macam ni, tapi ada jugak yang berpendapat tak bermakna dengar lagu live kalau tak dapat dengar riff utama lagu-lagu dia. Lantak korang la. Daripada lagu laju-laju, sampai la lagu slow. Dari 'Sudahlah Siti Nurbayah' sampai la ke Matahari. Macam-macam pesen dan macam-macam stail diaorang main. Walaupun riff utama lagu tak kedengaran di awal lagu, namun time goreng/solo, sejibik!. Diaorang memang mementingkan skill masa main. Inilah kekuatan Dewa yang sebenar. Sebab tu kena tengok konset dia. Nak nengok macamana diaorang main. Semua mesti jadi, dari lagu yang rumit dan naik heran kalau nak main, sampai la lagu yang simple tak hengat tapi berhantu. Banyak lagu dia catchy. Dengar sekali, terus lekat dalam kepala otak. Nasib baik diaorang bawak lagu 'Aku cinta kau dan dia'.Pastu lagu-lagu yang aku harap sangat diaorang main semua diaorang main. Cuma aku kecewa sikit sebab takde 'Elang' ngan 'Cemburu'. Sampai satu part Once cakap,"Anda semua sudah panas? Kita panggil Angin!". Time ni semua orang jadi exited. Semua lompat-lompat termasuk awek-awek di sekeliling. Hehe..Persembahan diaorang diselangselikan "Di Indonesia sana banyak orang aneh-aneh". "Kepada orang Indonesia yang ada di sini, hormatilah tuan rumah". Dan banyak lagi mesej-mesej.Overall kita boleh nampak diaorang memang terharu ngan sambutan kali ni. Tak macam yang sebelumnya. Lebih kurang 4000 orang datang nengok. Dewa memang Tahap Dewa malam tu. Tapi,

Komplen
Sound. Aku tak pueh hati ngan sound. Masa memula sampai aku dah nengok speaker yang akan digunakan. "Hek ele.. beso tu je?", getus hatiku. Sound yang dengar kat telinga aku tu lebih kurang sama kuat je ngan speaker kat Oxygen Studio. Bila pegi nengok konset, aku mengharapkan sound yang bagi pecah telinga punya. Sound bass tali 'E' yang terasa sampai ke tulang. Sound bass drum yang menggegarkan jantung. Sound yang bila aku nyanyi sama-sama at the top of my voice, tenggelam suara aku tu. Baru la semangat. Ini hek ele.. suara orang kiri-kanan nyanyi je yang nyata kedengaran. Tak konset la macam ni. Waima dah kuat, tapi bagi aku tak cukup kuat lagi.Skrin. Kat kiri kanan stage tu ada skrin. Skrin dah ok tapi kamera pulak banchau. Kamera duduk kat khemah soundman. Kat depan tu ada pulak yang stail dukung member pusing-pusing baju. Jadi yang nyatanya kat skrin tu adalah mamat ni yang dok pusing-pusing baju. Dan jugak sekali-sekala ada awek (pusing2 baju jugak). Penonton yang kat belakang tu tak nampak dengan jelas apa yang berlaku kat atas stage. Tak nampak apa dan bagaimana diaorang main. Melainkan ada kamera atas pentas, takde gunanya skrin beso tu.
Marilah menyanyi bersamaTime lagu aku tau aku jerit-jerit macam orang gila. Pastu lagu tak tau aku miming je. Bebudak kat kiri kanan pun nyanyi sama-sama jugak. Kira boleh tahan la jugak kemeriahannya. Tapi bab takde lagu Cemburu ngan Elang, aku tak pueh hati. Lagi satu konset ni tak tamat dengan cemerlang sebab lagu encore diaorang adalah lagu yang tak berapa hit. Rasa macam tak puas sebab semua orang harapkan lagu hit yang catchy dan semua orang boleh nyanyi/layan sama-sama.

Orbit Cinta Benjamin
Member saya, Ben sampai skang ni ralat sebab tak sempat nak mintak no tipon awek yang duduk kat depan dia masa konset tu. Memula kitaorang depan sekali, pastu sebab awek-awek kat belakang tu dah start komplen, jadi aku yang.. ehem.. gentelman ni bagi la awek-awek yang rendah tu duduk depan. Ben pulak buat tak reti bahasa nak jugak duduk depan. Mungkin sebab dia sama pendek ngan awek-awek tu. Jadi aku biar je. Sebab tu la awek sorang ni dapat duduk depan dia. Yang buat dia jadi ralat sangat adalah awek tu banyak kali pulak tegur dia. Pastu masa konset dah abih, awek tu lepak lagi kat situ. Mungkin time tu dia takde keyakinan diri. Tapi akhirnya makan diri sendiri. Sendiri ralat. Dari dalam keta sampai la ke hari ni. Member semua pun banyak nasihat dia. Antara nasihat yang diterima adalah, "Kau ni. Sampan dah ada. Pendayung dah ada, nak tunggu hayun je", "Sikap ko ni tak dapat dijelaskan melainkan ko mengalami disfungsi erektil". Ya, kitaorang semua memang caring.Jadi kepada awek yang duduk kat depan Ben ni masa konset tu, silalah kontek saya. Sebab Ben tu skang ni masih dilanda angau dan stress ekoran daripada keralatannya yang sejajar dengan tayangan siri Orbit Cinta Benjamin di TV2 memalam.

Epilog
Memang kalau ada band yang power buat konset, aku dan rakan-rakan akan turun sama-sama pegi nengok. Seronok bila pegi ngan rerakan. Pastu lagi best kalau band tu power. Kedatangan Dewa di malaysia ni adalah satu peluang yang sangat menguntungkan lebih-lebih lagi kitaorang pun dah lama tak pekena konset ni. Padahal Indonesia tu bukannya jauh sangat. Naik feri boleh sampai. Tapi we're talking about Dewa. Lagu-lagu diaorang semua melampaui zaman. Memang band yang berbakat beso. Aku nak sangat nengok diaorang main, dan skang ni hasrat aku tu dah tercapai. Terubat segala duka nestapa aku tak dapat pegi nengok masa konset yang lepas. Walaupun ada masalah yang datang dari Event Managemant konset ni, tapi aku puas hati. Tak kiralah sapa yang bawak, Kamdar ke, Globe Silk Store ke.

Fakta Menarik
-Harga parking keta kat KL Tower tu dari 12 tengahari sampai 12 tengah malam adalah RM30. Ketat muka member aku masa bayar.
-Padeli dan Amar daripada pasukan B mengumpul besi buruk selama 2 minggu sebelum konset untuk cover expenses. Nak pow mak-bapak malu sebab dah beso panjang.
-Manakala aku ngan rakan kongsi aku ada dana khas syarikat untuk konset Dewa ni lebih kurang sebulan sebelum konset.
-Kamera yang aku bawak tapi letak kat dalam poket tu rosak teruk.-Sebelum start Mini Concert yang ada OAG tu, ada fashion show (Kamdar punya kot?) kat situ. Dan ada 2-3 model yang cun sangat!
-Ada 2 anak gadis berjumpa ngan aku untuk 'Give me calit'. Yeah!!
-Mati-mati aku ingat ujan malam tu, sebab tu la aku pakai jaket. Tapi tak ujan. Hampeh!

2 comments:

  1. kah..kah..kah...aku pun kecik gak masuk dlm konsert tue..tapi nasib baik ada arjuna yang angkat aku naik tembok..kat depan nun..hehehhee..dgn tersipu-sipu aku pun duk atas tembok...tiba-tiba once kenyit mata..apa lagi...layaaannnn..!!!

    ReplyDelete