Friday, July 30, 2004

:: quick post

Image Hosted by ImageShack.us

Sibuk. Skang ni sibuk nak arrange Oxygen Studio di Bentong. Tapi mende yang aku jumpa kat Utusan Malaysia hari ni memang menarik.



- Utusan Malaysia



-awek ramai pulak keluar melepak di saat-saat aku dah nak berhijrah keluar ni. Scene awek kat Lipis ni dah semakin berkembang(?)



:: hampeh room

"Aku rasa Siti Nurhaliza dah sampai masa dia bukak-bukak sikit pamer tubuh badan dia. Walaupun dia maintain champion, tapi sampai bila? Dah menikah nanti orang tak berapa pandang dah. It's better to burn out than to fade away!"

"Ko pegi cakap sendiri kat Siti tu!"



Amacam, apa pendapat korang?

Tuesday, July 27, 2004

:: Di tanah asing

Image Hosted by ImageShack.us Baru semalam try pakai mende nih. Lama dah planning nak try, tapi takde masa. Mungkin dah sampai masa kita semua menghentikan 'kebergantungan' terhadap Microsoft.

Try Firefox



:: kanser usus

Image Hosted by ImageShack.us



Pepagi buta aku terjaga ngan kesakitan yang amat serius di bahagian usus. Stail penyakit yang macam ni lah yang aku tak gemar ni. Terpaksa aku berkawan ngan mangkuk tandas sepanjang pagi. Sekarang pun masih ada rasa sakit lagi. Rokok dah berbatang-batang dah habis dalam tandas je. Mari kita kaji gizi pemakanan aku semalam.

1) Sup tulang/ayam masak merah (ala thai)

2) Durian Tanjung Besar (Benta mari)

3) Sustagen dengan laksidopilus asidopilusapakejadah (sejenis kultur hidup)

4) Teh halia CNI

Saturday, July 24, 2004

:: Telur separuh masak

Image Hosted by ImageShack.us Masa dok kat Kl ari tu, pepagi buta aku turun bawah kat Mapley, senang je order telur separuh masak kat dia. Ada satu alat dia pakai yang boleh ejas kadar masak telur tu. Pagi semalam aku try buat sendiri telur separuh masak kegemaran aku nih. Tapi sampai satu sarang telur tak jadi-jadi. Ada yang terlebih keras, ada yang tak masak langsung. Maka kegagalan yang bertubi-tubi ini menyebabkan hati aku menjadi hangin. Telur dah banyak habis. Lalu aku mengambil inisiatif merempit ke bawah dan

"Pakcik, buat telur separuh masak satu!!"



Pagi tadi lagi champion

"Mak, tolong buat telur separuh masak?"

Friday, July 23, 2004

:: Akademi Fantasia Musim 2

Image Hosted by ImageShack.us



Entah hape-hape. bebudak semua manja dan selenge. Asik nangis je 24 jam. Cakap ngan kamera. Peluk-peluk sambil nangis. Roda denda... apa ke jaddahnya semua ini?! Zaman dulu aku haram nak tengok rancangan ni. Tapi bila masuk musim 2 ni aku sering ketinggalan dalam perbincangan masa melepak. Awek-awek semua pun asik nak bincang pasal AF. Ini tak boleh jadi ni! Layan je la semacam...



but this is good entertainment.



aku tak dapat nak predict sapa yang akan terkeluar. Kat @15 bebudak semua main pakat-pakat, rayu undi, bukak fanclub. Astro cemerlang dalam rancangan ni. Cuba kira berapa banyak revenue dari SMS yang diaorang dapat. Berapa ramai yang pasang astro semata-mata untuk nengok Af ni.



really, it's good entertainment!



Image Hosted by ImageShack.us aku ingat masa Konset yang ke-6. masa Linda nyanyi lagu Hetty Koes tu. Mengkagumkan. Dia dah memang macam artis. Bakat dia semulajadi. Tersentuh perasaan aku, sedar tak sedar dah AFUNDI LINDA. Ni apa cerita ni?







Image Hosted by ImageShack.us Itu Kudsia Kahar lebih-lebih pulak. Cambest je komen. Kadang-kadang dia bidas komen orang lain. Kalau nak komplen, komplen je ja. Jangan la kondem komen orang lain ataupun sound sistem. Ramli MS memang cool. Pauziah Nawi trendi je lebih. Linda Jasmine best buat cuci mata. Tapi kalau Hetty Koes Endang, itu lain cerita. Dia memang champion. Sepatutnya dia yang jadi juri tetap. Bukan Kudsia.



Image Hosted by ImageShack.us pepehal aku lebih banyak lagi mende yang perlu difikirkan selain dari siapa yang akan terkeluar minggu ini.



Aku punya review Spiderman 2 ni bila nak siap aa...






Saturday, July 17, 2004

:: Realiti Palsu

Image Hosted by ImageShack.us semalam ada segerombolan manusia datang attack kedai gua. sebabnya nak mintak duit. Bukan banyak, sikit je. Tapi jadi sampai berbalah-balah. Terbukti dengan jelas bahawa pasal duit je manusia ni jadi bodo. Dah lama aku amati dan aku buat kesimpulan bahawa, manusia yang sering ditimpa masalah adalah manusia yang menjadikan duit sebagai primary dalam hidup diaorang. Aku dah lama dissmiss duit dalam hidup aku. Sepanjang melepak dah nak dekat setahun ni, aku tak kisah langsung pasal duit. Yaang penting, ada RM5.40 dalam poket aku hari-hari. Tak makan takpe, takde Kent.9 gua tak boleh blah.



Jangan salah anggap, aku bukan pervert tapi aku menghargai (appreciate) kecantikan wanita sehabis-habisnya.



:: Layan Pasar

Pagi tadi aku layan pasar. Dah lama tak shopping kat pasah basah. Ternyata antara orang-orang Lipis yang masih ramah semuanya ada kat pasar. Yang sombong, berlagak tak shopping kat sana. Aku terharu dengan penerimaan masyarakat terhadap orang macam aku ni; kat pasar. Misi aku adalah beli ayam separuh, togey sekampit, kuchai seikat ngan sabun Breeze sekotak. Elehh... macam la korang nak tau sangat pasal mende yang aku pegi beli kat pasar tu...

Tuesday, July 13, 2004

:: Bukan nak nengok Siti

Image Hosted by ImageShack.us

Semalam kitaorang merempit ke bentong sebab ada sedikit urusan nak buat. Naik keta PP. Setel urusan terus straight ke Raub, tengok konset Siti Nurhaliza Fantasia Tour. Konset free beb... sapa tak nak pegi. Orang berduyun-duyun datang. Awek toksah cerita la. Siku aku je kenyang makan awek. Dalam pada itu kitaorang terpaksa tengok-tengok sekeliling cover line. Manalah tau kalau terserempak ngan orang kampung. Malu besar nanti. Namun ada la jugak jumpa 2-3 geng-geng dari Lipis.



"Hek ele... tengok Siti."

"Kitaorang dari bentong tadi, singgah sini jap beli ayam goreng"

"Ala... ngaku je la."



Time Siti nyanyi je hujan makin power. Aku tak boleh blah la kalau hujan ni. Jadi kitaorang mengambik keputusan untuk angkat ayam beberapa ketul sorang dan terus blah.



Tips nengok konset:

1) Jangan pasang payung kalau hujan, orang belakang tak nampak.

2) Jangan isap rokok tengah orang sesak-sesak, kesian kat makcik-makcik/bebudak kecik.



P/s: Seingat aku dalam koleksi aku ada beberapa keping gambar Siti masa sekolah ari tu. Puas aku cari tak jumpa. Ekslusif ni. Dalam majalah takde sebab diambik daripada koleksi peribadi senior aku masa sekolah dulu. Kalau ada request aku akan cari balik gambar tu secara serius. Korang nak tak ni?

Sunday, July 11, 2004

:: Pasti

Image Hosted by ImageShack.us Takziah buat tunang member saya yang telah pergi meninggalkan kita semua malam semalam. Dalam sedih dan simpati aku terasa bahawa maut ni ibarat menanti masa. Sesapa pun boleh pergi anytime je. Lepas ni aku kena lebih berhati-hati bawak moto.



Takziah buat sanak saudara mangsa, tunang mangsa (member saya-baru le petang semalam melepak minum teh sama-sama). Semoga tabah menghadapi dugaan Tuhan.

Saturday, July 10, 2004

:: Produktiviti

Image Hosted by ImageShack.usjumaat ari tu tak berapa produktif. Malam pun tak kuar umah.

Semalam jamming.

melepak kat umah teringat masa aku muda-muda dulu duduk kat kampung. Biasa kat umah tinggal aku ngan (arwah) nenek aku je sebab mak aku kuar menoreh getah (ya, mak saya dulu menoreh getah). Pepagi kitaorang pegi sungai sauk ikan. Biasa dapat ikan kecik-kecik je. Tapi nenek aku tetap goreng ikan kecik tu buat makan tengahari. Aku rasa dia saja buat macam tu sebab nak hargai apa yang aku buat. Walaupun aku dapat ikan kecik, tapi hati aku gembira gile sebab dapat jugak ikan. Dia goreng terus ikan kecik tu, dan kemudian kitaorang berdua duduk dekat serambi umah sambil makan nasik ngan ikan goreng ngan kicap.



Manakala sekarang ni masa untuk upgrade kehidupan aku. Ada projek-projek minimum dalam kepala otak aku skang ni. Tunggu nak excecute je.



Mak aihhh... hamboiii la makwe.

tak sabar nak tengok cerita Resident Evil 2

Wednesday, July 7, 2004

:: Sing For Absolution

Image Hosted by ImageShack.us Bersikap sarkastik memang seronok kalau yang mendengar paham. Gua bukan jahat punya orang tapi gua yakin bahawa orang yang bersikap jahat dengan gua, dengan famili aku, dengan rakan-rakan aku berhak untuk menerima pambalasan yang setimpal malah lebih lagi.

Kau baik dengan aku - kau dapat semuanya

Kau jahat dengan aku - kau akan kehilangan semuanya

Maka teknik terbaik untuk menghukum adalah dengan menyekat segala kelebihan yang mereka miliki sepanjang bersama aku. Di mana kebergantungan terhadap aku adalah aset paling premium yang aku miliki. Di sinilah kelebihan untuk memaafkan kelihatan dengan jelas-

Kerana kesetiaan sentiasa boleh diperguna pakai



mungkin aku takde kerja nak buat

banyak sangat masa terluang sampai ada 2 post ari ni

realitinya, pada hari ini aku terlalu banyak berfikir.

:: Epilog Migrain dari Lipis

Sakit kepala cari hosting. Stress. Betul hati stress tapi tak ngaku stress. Sebab aku yakin aku memang maintain kesihatan mental yang positif. Migrain dengan perangai orang-orang sekeliling. Macam-macam hal la bebudak ni. Hari panas macam ni elok sangat kalau tido.

Sekarang ni aku tak tahu samada aku harus ketawa atau menangis, atau sedih, ataugembira, atau tidak ambil peduli dengan sikap orang lain yang hanya mementingkan wang. Zaman sekarang ni orang-orang yang menghadapi masalah adalah orang yang meletakkan duit sebagai primary dalam hidup diaorang.



Takde duit gua takde hal...

Takde harga diri gua tak boleh blah!




(gua akan usahakan satu page info pasal mende ni supaya korang paham apa yang aku migrainkan ni)

Tuesday, July 6, 2004

start di sini...

langkah pertama: sign ngan we::log

langkah kedua: edit menatang ni sampai puas hati

langkah ketiga: cari hosting

seterusnya...

-kontek Pedal mintak CD swishMax

-bina main page



the need of online presence

the need to say something

the need to express