Thursday, March 31, 2005

:: Vote Opens Today!

Calon

Menjelang GT02 II
Menjelang nak naik gunung ni aku banyak kena atur jadual seharian aku supaya ngam. Aku tak nak nanti ada pulak yang leleh sampai tak sempat nak naik gunung nanti. Ada 2 lagi projek mega yang perlu aku siapkan sebelum GT02 II. Lepas tu Oxygen Studio akan memberhentikan operasinya selama 2 minggu.
10 hari sebelum GT02 II, semua kerja perlu disiapkan. Dan semua payment haruslah diterima untuk memfinance trip kitaorang ni. Jadual kerja yang berkesan telah dirancang. Kali ni ada slot 'tido' dalam jadual kerja. Kalau selama ni kerja 24jam pastu tido 5 jam, skang ni kerja start 8.00 pagi sampai 4.00 petang je. Kemudian sambung pukul 7.00 malam sampai 11.00 malam. Untuk memastikan seme krew dapat tidur yang secukupnya. Aku pun kena jaga kesihatan aku supaya fit menjelang GT02.
Dalam pada itu aku dah start latihan intensif. Aktiviti yang serupa macam 'Berlari Untuk Ketenangan' dulu kini terpaksa dilancarkan kembali. Senaman ringan rutin aku akan ditingkatkan 2-3 kali ganda menjadi 'senaman berat' pulak. Ini semua untuk memastikan stamina yang mencukupi.

April Fool
Buat pengetahuan korang semua, aku tak sambut April Fool ni. Walaupun aku ada jugak pikir-pikir pranks nak pekena orang, namun aku rasa tak perlu sangat. Waima demikian, kalau ada sapa-sapa yang try-try nak mem-pekena-kan aku hari ni, aku akan memberikan sekeping pelempang kepada mereka. Diulangi - SEKEPING PELEMPANG.

entah mende jaddah tah aku nak tulis lagi tadi, lupa dah..

Tuesday, March 29, 2005

:: Gadis Cleaner Yang Comel Dan Berpakaian Seksi Tak Akan Turun Dari Langit


:: Banner Raksasa
Sekali lagi kitaorang kena buat banner yang aku ingat diaorang nak bagi raksasa nengok. Kebetulan pulak aku terkena sakit cirit birit yang tak berapa serius. Mungkin sebab aku ada terminum air paip dalam seteguk dua sebab takde air masak untuk diminum kat opis tu. Ini semua ekoran daripada ada sorang kutu mana tah yang pegi masak air pakai water heater, pastu dia tido. Bila dia sedar semuanya dah terlambat. Air dah jadi angin, cerek dah jadi merah sebab panas sangat. Hari tu opis kitaorang tu nyaris kebakaran.
Ada 4 helai banner nak buat dalam masa 48 jam. Jadi aku ambik keputusan bahawa tak perlu tido untuk buat banner ni. Maka kitaorang pun pulun habih. Setelah 24 jam bekerja non-stop badan aku jadi letih tak ingat punya. Nak-nak kena cirit birit pulak. Lagi hampeh. Lutut aku dah longgar. Letih sangat sampai aku tak reti dah nak ejas macamana. Bawak-bawak rehat pun tak makan jugak. Dateline semakin hampir. Banner tak siap-siap.

:: The First RM x is Always The Hardest
Percayalah, time ni wang ringgit tak bernilai lagi. Kalau boleh aku rijek je pojek banner ni. Tapi mengenangkan kalau aku rijek nanti akan jadi panjang cerita, dan syarikat aku pun akan mendapat nama buruk, jadi ku gagahi jua. Hanya lawak-lawak jenaka bangang sesama kitaorang je yang membantu untuk terus bekerja.

:: Cuti
Badan pun dah letih. Cirit birit pun makin serius. Aku rasa ada moleknya aku memberi cuti bergaji kepada diri aku sendiri. Mengenangkan jadual yang semakin hari semakin tight, maka aku mampu memberi cuti selama 2 hari je. Walaupun aku rasa kalau dapat seminggu lagi bagus.

(Seperti tajuk di atas)
Bila kat bentong, time makan kalau tak keluar makan kat kedai kitaorang akan menapau makanan untuk dimakan kat opis. Bila makan kat opis, jadi kena la pakai pinggan dan sudu sendiri. Lepas makan terus pulun buat kerja balik. Pinggan dan sudu yang digunakan tadi tinggal begitu je. Jadi banyak la kes-kes pinggan jadi raksasa sebab tak basuh. Bukan apa takde masa (malas) nak basuh. Lama kelamaan kitaorang sedar bahawa Gadis cleaner yang comel dah berpakaian seksi takkan turun dari langit. Takkan ada pari-pari dari langit akan turun ke opis kitaorang untuk basuh pinggan. Samada kitaorang bersihkan sendiri ataupun meng-hire seorang cleaner untuk buat kerja-kerja yang remeh macam ni. Namun menggaji seorang cleaner bermakna kemerosotan pendapatan bersih bagi syarikat. Jadi basuh la sendiri..

:: No Plat Baru
Setibanya di tanah air (Kuala Lipis) pagi tadi aku terus je bawak motor Kawasaki Turbo aku ke bengkel untuk servis. Kali ni aku tukar no plat baru. Dah lama sangat dah patahnya. Tak tahan dah aku bila bawak je, kena kejar polis/JPJ. Sampai bila aku minum kat kedai, nampak polis je aku rasa macam nak lari, walaupun aku tak bawak motor time tu. Mungkin inilah orang panggil paranoia. Dengan no plat baru ni, aku akan lebih yakin menyusuri (merempit) jalan raya.

:: You could've be #1
Beberapa hari nan lalu aku menghadapi pilihan yang sangat rumit. Dan kesudahannya aku telah membuat keputusan yang sangat sukar bagi aku. Nampak gayanya Bidadari: Rewritten akan menjadi lebih menarik.

Thursday, March 24, 2005

:: (not so) Late Show With Kumprinx

Dah malam ni, Edisi Petang kemende?

Rempitan Padu Maut

Dah 2 hari aku ulang alik Lipis Bentong. Milage aku minggu ni memang tinggi. Tido pun tak berapa nak tido. Kecuali pagi tadi aku terlajak sampai pukul 12 tengahari menyebabkan aku terpaksa merempit dengan kelajuan maksimum ke Bentong sebelum semua orang balik keje. Maksimum tak maksimum sangat la, Kancil mak aku tu mana boleh bawak laju, nanti dia meletup.

Menjadi Syaitan Semalaman
Tadi aku pegi Shopping Maut. Maut tak maut sangat. Tapi banyak mende aku kena topap balik. Barang-barang 'tandas' aku dah banyak habis. Main ambik-ambik dari rak dia, sedar-sedar dah tak menang tangan. Pastu kuar dari The Store Bentong tu, gi jenjalan pulak. Sebenarnya aku ni bukan langsung kaki shopping maut ni, tapi mengenangkan duit dalam dompet aku ni kalau tak guna nanti habis kena gigit ngan ulat, maka keinginan nak beli itu ini tu semakin menjadi-jadi. Yang utama hari ni aku dapat wrist-band baru (aksesori wajib) ngan beg baru. Kata orang;
Kemarau bertahun-tahun dibasahkan oleh hujan semalaman
Beramal bertahun-tahun menjadi syaitan semalaman
Duit berkoyan-koyan habis tak sampai 4 jam.

Pekena Yang Tak Kesampaian
Kat Raub ada satu restoran baru bukak. Nama dia Restoran Mualaf. Tagline dia adalah 'Chinese Food For Muslim'. Banyak kali aku lalu Raub nampak signboard dia, tapi tak sempat nak singgah. Dengar cerita, tokei dia sedara baru. Orang baru masuk Islam. Kerja tukang masak. Bila dia dah masuk Islam, dia bukak kedai makan makanan cina yang halal dimakan. "Mesti best ni", getus hatiku.
Tapi hampeh, sebab tak bukak. Aku dari tengahari tahan lapar sebab nak pekena kat kedai ni. Kecewa saya.

Wednesday, March 23, 2005

:; Awek Minggu Ini


Sapa Keira Knightley? Tak kenal? Cuba ingat Bend It Like Beckham. Star Wars Phantom Menace. Pirates of The Caribbean. Tak ingat langsung? Korang memang. Tak peka langsung.
Namun begitu walau se-koman mana pun sesebuah filem tu, kalau ada awek aku mesti pekena nengok punya. Walaupun filem-filem yang dia berlakon ni tak berapa hit kat malaysia ni, tapi nontheless dia adalah seorang actress yang, um.. cantik. Kalau tak macamana dia boleh dapat Awek Minggu Ini?

Memperkenalkan Keira Knightley.
Tak silap aku dia ni anak kepada pelakon Will Knightley. 26 haribulan ni dia akan menyambut hari lahir yang ke-20. Muda lagi beb..

Masa dia umur 3 tahun dia pernah bodek-bodek mak dia suh dapatkan agen (sebab nak berlakon) follow jejak abah dia. Tapi mak dia tak bagi. Macam biasa la, suh study je. Masa sekolah rendah dia ni nampak macam skima je tapi fail. Ujian mengeja pun tak berapa nak lulus.

Umur 11 tahun baru la dia dapat ikut jejak langkah abah dia. Time tu dia berlakon filem A Village Affair (1994). Cerita entah hapa-hapa ntah. Aku pun tak penah dengar. Pada usia 12 tahun, di mana dia berlakon sebagai Sabe dalam cite Star Wars: Episode 1 - The phantom Menace(1999). Pastu karier dia terus jalan steady je dalam banyak lafi filem-filem macam Bend It Like Beckham, Pirates Of The Caribbean, King Arthur dan ada jugak TV Show macam Oliver Twist, Doctor Zhivago dan lain-lain lagi la.

Dia ni ada latihan dalam bidang tarian. Pastu muka dia jugak seiras macam Natalie Portman. Sebab tu dia dapat watak dalam Star Wars tu. Paling penting sekali pada umur 16 tahun dia dah start adegan 'ehem-ehem..' dalam filem The Hole. Bawah umur lagi time tu. Cilanat tul la..

Keira Knightley ni terpilih sebab dia ni 'well build'. Korang nengok la sendiri. Bagi usia yang muda macam dia ni, susah nak percaya dia ada susuk tubuh macam ni. Waima orang lain mungkin ambik masa bertahun-tahun nak shape badan macam ni, tapi dia senang-senang je dapat. Semulajadi kot?

Bahagian upper body dia yang paling aku berkenan. Nengok atas je dah nampak.. Yang bawah-bawah tu toksah cerita. Kalau ikut sains, tubuh badan yang fit dan 'ngam macam ni sebenarnya menunjukkan fertility (kesuburan). Dan secara semulajadinya kita lelaki ni mesti nak cari mate yang subur untuk pass on gene kita. Sebab tu la awek-awek yang fit ni sering mendapat perhatian. Kita tak sedar, tapi sebenarnya fitrah naluri ni sedang memainkan peranan.



Jadi apa lagi yang korang nak dari seorang pelakon yang tugas dia menarik perhatian penonton, cukup lama untuk memastikan sesebuah filem tu berjaya?

Keira Knightley, we give love to you.


Image Hosted by ImageShack.us

Special AMI Wallpaper
1024x768
800x600

www.keiraknightley.com

Lex Hair Commercial

Monday, March 21, 2005

:: Edisi Pengumuman

:: Kerja Keras
Selama dua hari aku lepak kat bentong buat satu banner ni. Aku rasa yang order tu nak bagi raksasa tengok. Paling besar kitaorang pernah buat setakat ni. Naik migrain la jugak nak kira-kira dia punya saiz. Dan jugak secara rasminya kat sini aku nak umumkan bahawa aku dah 2 hari tak tido. Bukan sebab pulun habih buat banner tu, tapi pulun habih main game Metal Gear Solid 3: Snake Eater (MGS3) sampai habih.
Dengan ini jugak aku mengumumkan bahawa MGS3 adalah game paling champion sekali di alam semesta ni, period. Jesteru aku akan melancarkan review yang mendalam mengenai game ni dan jugak mengenai bagaimana heroin game tersebut mukanya sejibik/sejibom/seiras/persis Bidadari, sedikit masa lagi.

:: Keputusan Undian Awek Minggu Ini

Jeng jeng jeng..!! Usah bedo'oh, tak saspen langsung sebab ada tulis kat situ. Undian ini, undian anda. Anda sendiri yang membuat pilihan. Kami tak mencampuri pilihan anda ini. Kami tiada kuasa untuk mengubahnya. Namun ia terserah kepada anda sendiri. Keputusannya, selepas ini..
Memula aku ingat Avril Lavigne memulakan kenaikan yang steady ke puncak, tapi Kiera Knightley pun ada peminat dia yang tersendiri. Dan itu terbukti apabila Kiera Knightley mengungguli carta dengan 50 undian sekaligus mengalahkan pencabar lain.
Jesteru, Awek Minggu Ini adalah Kiera Knightley. Dan paparan istimewa akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.
Namun, kedua-dua pencabar yang tewas tersebut akan kembali memasuki carta, bersaing dengan pencabar yang baru. Dan kita akan lihat, siapakah awek minggu ini yang seterusnya!!

:: Beg Baru
Dah 2 kali aku pegi usyar beg ni. Murah. Mesti sebab tak laku kat kedai tu. Namun kali ni aku naked akan pergi angkat pada hari Rabu ni. Aku Naked!!
Beg baru ni akan menggantikan beg 'Pyrokumprinx Advanced Drumming Concepts aku yang takde la uzur, tapi dah out of style. Sebagai seorang yang kuat merempit ke sana kemari, aku perlu beg yang lebih tahan lasak.
Beg baru ni akan bergandingan dengan beg 'Quick Grab' aku yang aku baru angkat 2 minggu lepas. Dan jugak beg 'cebek' secondary untuk muatan lebihan.
Membawa banyak beg ketika travelling akan meningkatkan kecenderungan terhadap tercicir dan jugak hilang. Namun begitu aku pastikan walau seberapa banyak beg pun yang aku bawak dalam satu-satu trip, kedua-dua belah tangan aku haruslah free. Definasi free kat sini adalah aku mampu menghidupkan api rokok dengan penuh stylo stail senget sikit kat tepi bibir supaya tak terbakar sekali janggut. Men-terbakar-kan janggut sendiri adalah satu kesilapan teknikal bangang yang tak perlu sangat berulang lagi. Meskipun setakat terbakar sikit janggut tu tak semestinya mencacatkan sahsiah dan rupa paras aku, namun bau wangi ala-ala daging panggang tu menunjukkan kecuaian pengendali lighter tersebut. Kali ni aku akan pastikan aku senantiasa berhati-hati dalam melakukan perbuatan ini di masa akan datang.
(kecoh.. tak beli lagi dah sembang...)

:: Bodo kappa?
Mata aku skang ni dah pedih-pedih dah sebab lama sangat celik. Badan pun dah letih. Tapi apa ke jaddahnya aku maseh lagi menaip menatang ni. Jesteru, semua paparan yang telah disebutkan di atas akan dipublish sejurus selepas aku bangkit dari tido ni. Sebab dah lama aku tak tido maka aku ingat nak pulun habih.
Selamat Malam semua.

Tucin, ko jangan kacau aku tido ekk? Ko gigit aku masa aku tengah tido, tau la ko. Aku mandikan ko pakai air sejuk.

Friday, March 18, 2005

:: Abnormality

Image Hosted by ImageShack.us

Setiap orang ada masing-masing punya character flaw. Tapi tanpa character flaw ni seolah-olah tak lengkap seorang manusia ni. Jesteru sebab itulah kukatakan 'Flawless is not perfection'.
Hari ni aku bukan nak cerita pasal perwatakan tetapi pasal condition fizikal aku ni. Memula aku tak sedar, lama-kelamaan aku dapat kenalpasti. Aku dah test banyak kali dan skang ni aku kompom dah.
Bila aku nak packing barang, mende last sekali yang aku consider nak bawak adalah baju sejuk. Sebab aku tau kalau aku bawak pun aku tak pakai, selain daripada melawa (hek ele..). Sebab aku tak perlukan baju sejuk. Walaupun di dalam condition yang ekstrim, aku tak perlukan baju sejuk.
Bila naik bas Transnasional (dalam mana-mana edisi merempit), memula duduk aku akan tala ekon tu ke arah aku. Kalau takde orang kat sebelah aku tala kedua-duanya sekali. Dan kadang kala ada orang kat sebelah, tapi aku tala jugak ke arah aku. Bila semua orang bergumpal ngan baju sejuk masing-masing, aku akan duduk terkangkang dengan rileknya seraya mengontrol kemachoan yang jitu.
Bila merempit bersama kawasaki turbo, meskipun waktu malam dan hujan lebat, aku tak perlukan baju sejuk, sweater ataupun singlet. Aku boleh redah je semacam. (BTW, aku suka baca Dhieyluxe Si Hantu Jacket Nice blog, very nice!)
Bagi sesetangah orang, kesejukan tu satu penderitaan. Bagi aku tidak. Bagi aku kesejukan itu satu bliss. Aku seronok melayan sejuk. Dan kalau boleh aku cabar kesejukan tu, tengok boleh tak dia buat aku mengeletar, perlu tak aku capai selimut.
Paling best bila pekena mandi sungai. Aku suka berendam je, nengok selama mana aku boleh bertahan. Sampai sudah tak naik-naik.
Ya. Kesimpulannya, aku adalah seorang yang Kalis Sejuk.
Aku dah check susur galur family aku, dan aku dapati ada pertembungan di satu peringkat, yang aku saspek menjadi punca kepada abnormalities ni. Walaupun aku kalis sejuk, tapi badan aku tak sentiasa panas. Maintain je.
Maka sebab tu la bila jalan-jalan, aku cenderung masuk ke dalam kedai yang ada ekon power dan awek-awek yang comel daripada kedai yang ekon tak power dan awek tak berapa nak jalan. Aku sering melepak kat pintu masuk shopping compleks yang ada air-curtain, dan buat-buat usyar orang padahal tengah layan sejuk. Bila jumpa remote ekon aku cenderung menekan butang sampai tulis 16. Aku dah lali dengan kesejukan.
Sebab tu lau aku nak plan GT02 II. Kat atas gunung tahan tu adalah kesejukan muktamad yang perlu aku lalui. Kat situ aku nak selak baju aku pun tak berani. Sejuk tahap raksasa. Kat situ je aku tewas. Mungkin kat negara yang beriklim sejuk aku pun akan tewas. Tapi belum tau selagi aku tak cuba.
Pepehal aku anggap abnormalities aku ni sebagai anugerah dari Tuhan. Dan aku gembira dikurniakan dengan kelebihan sebegini.

Thursday, March 17, 2005

:: Late Show With Kumprinx


Strategi Yang Berjaya
Hari ni aku berjaya tido sepuas-puasnya. Maklumlah tengah bercuti ni, mesti nak pekena tido yang berkhasiat. Sebelum tido aku kunci pintu bilik, jadi takde orang akan kejut aku. Menatang Tucin tu pun tak mampu masuk nak gigit hidung aku pepagi. Hari ni aku puas.

Spoiler 'Dendam Kesumat'
Cerita pasal cintan-cintan aku dah tulis, pasal hantu puaka aku dah tulis. Kali ni aku nak story pulak pasal pengalaman aku masa sekolah ari tu. Seingat aku aku pernah cuba nak tulis cerita ni kat Bentong ari tu, tapi pc tu problem. Habis semua dekat 17 bab. Takpe, sebab aku ni tabah orangnye (cet!) maka aku akan tulis semula.
Spoiler:
"Ko ingat apa yang diaorang buat kat aku tu boleh setel macam tu je?! Kali ni aku bayar balik dengan kemaluan yang tak terperi. Skala pembalasan dendam kesumat aku ni bukan sekadar kena pada dia je, tapi satu sekolah ni akan merasa. Korang nengok lah nanti!!"

Menengok Bola
Aku tak into sangat pasal bola-bola ni. Tapi ada member aku main, maka akupun pergi la nengok untuk memberi sokongan. Liga Perdana Kuala Lipis. Semua yang main tu kenal antara satu sama lain. Tak hairanlah kalau aku boleh terdengar ayat macam ni:
"Jaga kau Rosli, aku calar keta kau nanti"
Hek ele.. main bola pun nak gaduh.

Upgrade in Progress
Aku try letak satu lagi layer yang macam Special Feature punya sidebar tu. Try macam ni dalam seminggu. Kalau ada masalah kita revert balik. Ha satu lagi yang paling penting, aku tau 35% dari korang masih lagi guna display 800x600. Skang ni aku sajes tukar kepada 1024x768. Sebab lepas ni blog ni dah tak support display 800x600. Diulangi tak support dah! Display macam tu orang zaman dulu je yang pakai. Layout blog ni akan bancau kalau display 800x600. Aku maleh (tak reti) nak ejas bagi ngam.

Mencari Coke Menyanyi
Kat dalam TV iklan dia cakap ada tin Coke yang bila bukak boleh nyanyi. Aku heran macamana dia boleh buat cenggitu. Sebab tu skang ni aku asik minum coke tin je sebab nak cari coke ada bunyi punya itu. Haiya. Dah la Coke tu gula banyak. Macamana aku nak stay fit menjelang GT02 II ni?

Sosej Babi
Aku tak gemar sangat makan sosej ni. Jadi kemungkinan besar tak berapa banyak kali sangat la aku termakan babi. Sosej gua tak kisah. Tapi Pringles kegemaran aku tu pun ada babi jugak!? Prongles adalah sebahagian daripada 'Victory Pack' untuk GT02 II nanti. Nak ganti dengan mende ekk?
Pepehal bagi yang selama ni penggemar makan sosej, aku ucapkan:
"Korang seme makan babi!!"
Kalau tak tau takpe kan,kan.. kan?!

Monday, March 14, 2005

:; Special Feature - 14 Hari Mencari Hantu

Image Hosted by ImageShack.us
Prolog
Cite ni adalah kisah benar yang betul-betul berlaku kat aku dalam 2-3 tahun lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa, tapi sekadar pedoman dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah ni berkisar masa aku belajar kat Kolumpo ari tu.

Bab 1
"Mana ada hantu kat sini?!"
Aku duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej. Jimat sikit.
Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el bebudak yang kita boleh nengok.
Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.
Macam biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar cerita hantu dari senior serumah.
Namun ketika itu aku haram tak percaya ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku buat tak pot je.

Bab 2
Krew Baru
Dalam umah aku tu, aku sorang je yang ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamcing giler. Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni)
Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.
Kitaorang start jamming. Bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment ni. Bila malam kitaorang pekena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari aku balik lewat.
Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.

Bab 3
Budak Yang Berperangai Aneh
Kat umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya. Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah beso panjang. Aku ni bebudak lagi.
Dalam umah aku banyak meluangkan masa dengar discman aku kat atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan bebudak umah tak ngam langsung.
Yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim. Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau nama.
Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas, time buat besday party, aku ada la menyempe sebab ada makan-makan. Pastu meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.
Ada jugak la 2-3 orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong, tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...

Bab 4
Rutin Harian Saya
Pepagi aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar sampai malam. Bila malam kitaoramng kuar jamming. Pastu baru la makan malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah.
Sebab tu lakadang-kadang bila aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel. Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.
Ada jugak satu peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam housemate aku dah. Macam orang lain.
(mungkin sebab ni dompet aku kena rompak. Rujuk Bidadari Bab 15- Kebab oh Kebab)

Bab 5
Wan Aww
Satu hari tu aku sembang ngan Wan Aww ni. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia tengah lepak depan pintu umah. Memula aku kuar sebab nak tipon. Tipon awam swasta tu depan pintu umah aku ni je. Tipon tu paling senang nak curi line. Lepas dail, korang masuk je duit syiling 5sen. Terus timer dia hang. Akupun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh. Jadi aku memang sayang kat tipon awam ni. Memandangkan aku ni nak cerita pasal hantu bukan pasal tipon awam ni, jadi aku rasa molek aku teruskan cerita aku ni.
Wan Aww cerita. Time tu dia tengah kusut sebab adik dia baru lepas meninggal. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus story pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi. Sakit yang misterius. Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pegi hospital, hospital cakap takde apa-apa. Pastu famili dia try berubat cara tradisional. Dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin yang dia jumpa tapi tak baik-baik jugak.
Bila dia jumpa bomoh, bomoh tu akan suh balik umah. Pastu malam tu kalau ada dengar apa-apa, jangan tegur. Sebab bomoh tu punya assistant akan buat kerja. Banyak la jugak bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cite bila malam-malam, dia dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia.
Namun adik dia tak baik-baik jugak. Last-last adik dia meninggal. Tu yang dia sedih sangat tu. Lagi power, walaupun adik dia dah takde, tapi bunyi-bunyi pelik kat umah dia time malam-malam tetap ada.
Aku akui bahawa aku memang seram gile masa Wan Aww ni cerita. Naik meremang roma aku. Tapi aku paling seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh diaorang jumpa, maka banyak gile hantu aneka jenis yang still melepak kat umah dia. Dan ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia. Termasuk Wan Aww ni.

Bab 6
Oblivious
Sekali geng kumpulan gitar rancak aku ni plan nak masuk satu pertandingan kugiran. Maka makin intense la sessi latihan kitaorang hari-hari. Kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan semester tu aku takde kelas pagi. Boleh la aku bangun lewat hari-hari.
Time ni bila aku balik je umah dah sunyi. Dah gelap. Semua orang dah tido. Bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas. Hari-hari macam tu. Sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak umah aku ni. Selalu nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku. Ini takde langsung.
Satu malam tu tu macam biasa aku balik semua orang dah tido. Jam pun dah pukul 3am. Bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur. Macam ada orang memasak. Periuk belanga berlaga. "Ni mesti Norman Hakim masak megi ni." bisik hati kecil aku ni. Pastu aku ingat nak menyendeng-nyendeng kat Norman Hakim ni ejas-ejas megi sikit, sebab perut aku pun agak lapar jugak ni. Aku pun bangkit dan terus menuju ke dapur. Aku nengok dapur gelap semacam je. Takde pun kelibat Norman Hakim ni. Pastu pintu bilik dia tutup. Hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku nak ejas megi dia. Sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik.
Sejak hari tu tiap-tiap malam aku dengar Norman Hakim masak megi kat dapur. Aku ingat, kalau aku apply pun mesti tak dapat punya, jadi aku biar je. Lagipun aku ni memang maleh nak bangkit bila dah landing.
Kadang-kadang tu dengar bebudak ni sembang kat ruang tamu. Tapi aku haram tak paham butir percakapannya. Walaupun aku dah pasang telinga dan dengar betul-betul, tapi tak dapat tangkap jugak. Mungkin diaorang mengumpat aku dalam bahasa rahsia. Ataupun mungkin jugak Sheikh sembang ngan member dia dalam bahasa arab ke, bahasa Tehran ke, bahasa sanskrit ke.
Sebab Sheikh ni memang alim orangnya. Lagipun dia berasal daripada Sarawak. Dan paling power, dia sebenarnya sekampung ngan Bidadari. Masa raya tahun 2001 aku ada jugak bertandang ke umah dia kat Sarawak nun. Aku memang tak boleh nak elak daripada lari tajuk cerita ni. Aku ni nak cerita pasal hantu, bukan pasal Sheikh ni. Baik aku teruskan cerita aku ni. Pepehal, pasal status Sheikh ni yang sekampung ngan Bidadari akan aku ceritakan kat 'Bidadari Rewritten'.
Yang aku herannya, masa aku balik, semua dah tido. Bila aku dah landing nak tido, barulah diaorang kuar bersembang. Mungkin diaorang memula nak tido, pastu tak dapat lelep, pastu ajak member kuar sembang.

Bab 7
Horrific Truth
Ada la dalam seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu. Maklumlah, aku dah la balik lewat, bangunpun lewat jugak. Mananya nak jumpa. Bila diaorang bangkit memalam nak masak megi ataupun sembang (dalam bahasa Tehran) aku dah ngantuk sangat.
Time tu ada sesuatu yang meng-heran-kan aku bila aku jumpa bebudak umah aku kat kolej. Diaorang semua sibuk ngan hal masing-masing. Sebab dah hujung semester. Jadi sekejap je aku dapat bercakap ngan diaorang.

Bila aku jumpa Norman Hakim dia tanya,
"Ko duduk lagi umah tu Amin?"
"Ha'ah"
"Waa.. ko memang power"
"Ngape pulak?"
Pastu dia blah. Tak sempat aku nak tanya.

Bila aku jumpa Sheikh dia cakap,
"Sapa lagi duduk ngan ko skang ni?"
"Haa??"
Sebab aku tak paham butir percakapan dia tu, aku terpana. Pastu dia blah.

Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa Wan Aww.. (kat kolej)
"Wan, lama tak nampak ko skang ni?"
"Aku dah pindah kuar. Aku duduk ngan bebudak DSK (Diploma Sains Kompiter) skang ni"
"Ooo.. patut la lama tak jumpa"
"Ko duduk umah Man kan skang ni?"
"Eh tak ah.. aku duduk umah kita tu la..."
"Umah kita tu?"
"Ha'ah pesal?"
Time ti muka Wan Aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu. Tangan dia pun ketar-ketar hisap rokok.
"Ko tak tau ke?"
"Tau apa!"
"Bebudak semua dah pindah keluar. Wan ingat ko pun dah pindah jugak."
"Semua orang? Semua sekali? Abih tu sapa je yang tinggal?"
"Tu la pasal Wan ingat ko pun dah pindah. Jadi umah tu kosong la skang ni. Tak tau pulak ko masih duduk kat situ"

Di pendekkan cerita, Wan Aww ni story kat aku.
Dua minggu lepas, pukul 2 pagi Wan Aww ni dengar bunyi kat dapur. Dia pun pegi la usyar. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas. Bila dia nengok betul-betul, rupanya sorang pompuan. Rambut teknik rebonding sampai dada. Pakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Wan Aww ni pandang muka dia, dia terus menyeringai. Wan Aww ni apa lagi, menjerit la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang dah tido semua terjaga. Time ni semua bebudak umah aku tu nampak lembaga ni. Dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia meresap je keluar.
Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke mamat Nsync ni, sampai la ke Sheikh yang alim tu, semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari umah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tido umah member masing-masing.

Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar, sekonyong-konyong akupun balik umah. Terus tido. Macam takde apa-apa berlaku.

Punyalah terkejutnya diaorang ni nampak lembaga tu, mamat Nsync ni terus jadi macam sawan malam tu. Pastu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat kat seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh tu cakap, makhluk ni datang dari jauh. Tapi dia tetiba attached ngan umah tu, sebab umah ni pernah berdarah. Maksudnya pernah ada orang mati kat dalam umah ni. Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si Wan Aww ni. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia. Iaitu salah satu daripada bomoh yang family Wan Aww ni pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia dulu. Jadi bomoh ni pun tak boleh buat apa-apa la.
Pagi besoknya, sebelum aku bangun dari tido, diaorang ni semua datang balik umah tu, packing barang, dan terus pindah keluar hari tu jugak. Aku yang tak tau apa-apa ni, masih duduk kat umah tu. Buat macam biasa.

Bab 8
Now I Know
Migrasi beramai-ramai penduduk umah aku tu tak dapat aku kesan sebab takde apa perubahan berlaku. Sebab bila hari siang aku takde kat umah tu. Bila nak tido je aku balik. Selama ni aku saspek diaorang semua dah tido, rupanya sekor haram pun takde. Semua dah pindah keluar. Pasal barang-barang diaorang yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup. Umah ni gelap gelita.

Paling horror:
Yang aku saspek Norman Hakim masak megi tengah-tengah malam, bukanlah Norman Hakim, tapi mende lain.
Yang aku saspek Sheikh bersembang tengah-tengah malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah Sheikh, tapi mende lain.

Jadi secara kasarnya, selama 14 hari, yakni 2 minggu aku sebenarnya duduk sorang-sorang je kat umah ni. Orang lain semua dah pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam umah ni. Bunyi-bunyi yang aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dahpun jadikan tempat tu port lepak diaorang. Bebudak nak lalu kat koridor depan umah siang-siang hari pun tak sanggup, inikan pulak malam-malam buta.

Bila aku dapat tau perkara ni aku jadi pucat. Kaget dan terkasima. Aku jadi rasa macam nak demam. Gilebabi ko, dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab jumpa hantu, aku pulak boleh tinggal kat situ sorang-sorang.
Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah kuar jugak. Tapi takde sorang pun yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak. Itupun bertolak-tolak.

Epilog
14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik pot pasal persekitaran kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.
Tapi yang penting, kita tak sepatutnya takut kepada hantu ni. Aku tak pernah lagi dengar cerita pasal orang berdarah lengan kena gigit ngan hantu. Mempercayai hantu juga boleh menyebabkan syirik.
Jadi pesanan aku adalah,
Jangan biarkan hidup anda diselubungi..

Saturday, March 12, 2005

:: Late Show With kumprinx

Boleh tahan jugak lama melepak kat Bentong, apa cerit?

Sengaja Mencari Susah
Selama 7 hari aku 'pulun habih' buat kerja kat Bentong. Menyiapkan satu projek mega yang tahap mega dia sampai aku terpaksa import 2-3 krew mahir untuk bantu kitaorang. Aku rasa sampai skang ni, aku dah 5 hari tak tido.

Dah la tangan aku luka kena cermin. Beso pulak tu lukanya. Maklumlah, buat keje laju-laju. Darah mengalir punya la banyak sampai naik pening kepala aku menengoknya. Tapi memandangkan kerja yang banyak nak kena setel, aku ambik masking tape, lilit sampai tak kuar darah lagi, dan meneruskan kerja sambil kerut-kerut mata tahan sakit.

Paling power, setiap kali aku mandi sakitnya bukan kepalang. Setiap kali aku basuh tangan, rasa macam nak menjerit. Tambah lagi masa ada bahan-bahan kimia ataupun dye tumpah kat luka tu. Tuhan je yang tau sakitnya.

Time tu, makan pun tak tentu. Mana sempat je. Twiggies ke, Megi kari ke, roti. Kesudahannya badan aku jadi lembik sebab tak makan makanan berkhasiat.

Akhirnya kerja tu siap jugak. Tersandar aku kepuasan atas sofa bila dah bagi baju tu kat kasteme. Rasa lega yang bukan kepalang. Kepuasannya sukar untuk aku gambarkan ngan kata-kata. Rasa macam, nak pekena makan nasik pulak.
Kendian aku terus merempit balik Lipis. Sampai Lipis aku singgah umah jap, jumpa Mum, pekena breakfast, jumpa Tucin aku pekena main gigit-gigit sedas-dua(dah beso sikit badan dia) kendian terus merempit balik menuju ke Berchang (gateway to Sg. Koyan) pulak untuk order baju.

Balik dari Berchang, aku singgah Hutan Lipur Terenggun untuk usyar site Sure Pekat Jamm Festival 2005. Alang-alang dah sampai sana akupun jalan-jalan kat hutan tu konon-kononnya release tekanan kerja la.

Tapi syok. Best. Hutan tu tenang je. Selama hampir seminggu aku asik nengok baju je, kali ni lega sikit dapat nengok hutan. Bunyi cengkerik, burung berkicau riang, ikan-ikan dalam kolam, udara yang nyaman (walaupun sekali-sekala aku pekena asapan rindu), buat seketika hilang keletihan dalam badan aku ni.
Pastu, selaku seorang boss yang bertanggungjawap, aku dengan bangganya memberikan cuti bergaji selama seminggu kepada diri aku sendiri. Aku nak berehat kat umah. Aku nak tido. Aku nak main ngan Tucin aku.

Waima ada lagi 2-3 pojek, tapi aku tau, tak berbaloi aku nak pulun semua. Tak perlu aku lupa daratan mengejar wang ringgit, walhal wang ringgit bukan lagi primary dalam hidup aku skang ni. Lagipun badan aku ni lama lagi nak pakai.

Beg Secondary
Dah 2-3 kali dah aku usyar beg ni kat kedai. Tapi tak beli jugak. Minggu lepas sebelum merempit ke bentong, aku pegi kedai ni angkat beg tu. Beg ni kaler merah, kecik sangat bagi aku sebab beg ni untuk kanak-kanak. Tapi sebab dia cute. Aku angkat jugak. Aku kurang pastu brand beg ni, tapi ada tulis 'Amie' kat depan dia.
Sebab sebelum aku mengorak keputusan untuk angkat beg ni aku dah cari beberapa kegunaan untuk beg ni.
1) Isi mende-mende kecik yang jadi 'penyampah' kat dalam beg primary aku.
2) Package kecik untuk quick grab masa merempit.
3) Letak jaket ngan towel untuk easy draw (tak perlu selongkar beg primary sampai terjatuh suar dalam)
Pastu aku try pulak sangkut anak patung anjing yang aku beli tahun lepas kat zip dia. Tambah pulak ngan sarung tipon bimbit (stylo) untuk tipon secondary aku sangkut kat strap dia. Pehh memang cute giler beg aku ni. Kat dalam dia aku letak lagi plush toy yang terpilih untuk menambahkan ke-kiut-annya.
Sampai skang ni aku tak tau lagi apa jaddahnya aku mekap beg ni sampai jadi macam ni. Apa kepentingan mende-mende kiut ni dalah hidup aku? Perlu sangat ke beg kecik macam ni? Nak letak suar jean selai pun tak muat! Hek ele...

Plea For Peace
Mende paling last sekali dalam kepala otak aku ni adalah meletakkan diri aku dalam bahaya. Walaupun ocasionally aku gemar ambik risiko untuk hilangkan tensen, tapi bab bahaya yang tak berasas ni aku tak suka. Sebab takde faedah.

Kalau aku melepak kedai makan, tengah pekena nasik goreng daging masak merah, air neskepe o, ada pulak telur dadar tengah kembung sebab panas lagi, pastu ada orang bertengkar kat tepi macam nak bertumbuk;
-aku terpaksa lari takut terkena tempias tumbukan diaorang
-sebelum lari aku kena makan cepat-cepat sebab kalau tak habis nanti rugi
-bila makan cepat-cepat nanti makanan tak hadam, pastu sakit perut
-Risiko tercekik yang tinggi
-Kalau diaorang kena tangkap, besar kemungkinan aku pun kena soal. Dan perkara begini aku tau, buang masa.
Biasa time-time macam ni, hatiku merayu,
"Jangan arr gaduh.."

Masa ada orang jahat ramai-ramai attack kedai aku ari tu, (ada post pasal ni kat Danchan ari tu, tapi aku tak migrate ke Blogspot ni), aku tunggu je mamat tu naik tangan. Kalau dia start je, maka aku terpaksa masuk. nasib baik takde kekerasan. Kalau tak... Time ni aku berusaha keras untuk memujuk hati aku supaya bersabar. Tangan aku dah ketar-katar. Helmet kat tangan aku tu 'terpegang' dalam posisi hentak kepala orang. Waima jauh di sudut hati aku merayu;
"Jangan arr gaduh..."

Aku dapat kesan kelemahan aku adalah aku pantang 'break' disebabkan oleh anger. Ada la beberapa kes mende macam ni berlaku, antaranya pasal gambo *beeb* kena curi ari tu, (rujuk Bidadari Bab15 'Kebab oh Kebab...') pastu time 'Gengster Taik Kucing', lagi sekali time Cubaan Membunuh (2 cite ni bahaya kalau cerita). Cuma apa yang aku boleh gambarkan kat sini adalah time tu, aku hanya nak orang tu mati je. Mende lain tak peduli dah. Aku ni penyabar orangnya. Sebab aku tau kalau aku break, aku takkan berhenti dah. Aku bukan diri aku yang sebenar. Aku jadi raksasa.

Aku takut. Aku takut kalau aku break, sekali lagi aku akan berada dalam kesusahan. Aku tak nak dah.

Sebab tu la aku seboleh-bolehnya jauhkan diri aku daripada kes gaduh-gaduh ni.
-Bila aku break, aku ada aura membunuh yang kuat
-Tak ingat diri sendiri dah
-Semua mende akan jadi senjata
-Skill-skill kemusnahan semua dah ada dalam kepala otak aku
-"Lantak la aku masuk jel, janji aku puas"

Namun begitu, kali ni sekali lagi aku merayu;
"Jangan arr gaduh..."
Kita kan jiran
Boleh setel cara baik

http://www.kompas.com/teknologi/news/0503/09/144753.htm
http://www.poskota.co.id/poskota/headline_contents.asp?id=5076
http://buttet.blogdrive.com/

Friday, March 4, 2005

:: Lagi-lagi Gambar Hantu!!

Image Hosted by ImageShack.us

Yang ni pagi tadi sampai kat inbox aku. Sekali lagi dikirimkan oleh member aku ND.
ND wrote:
"Gambo ni plak aku dapat dari cousin aku.Ni pun die dapat dari kawan die...time tu die tengah lepak kat kampung dengan kawan2 diela.Die cakap lebih kurang pukul 2 pagi time tu...pastu ade sesuatu tengah berjalan kat bawah tiang letrik.Kawan die pun amik gambo pakai hanset diela....tapi nampak bahagian kepala jela.Macam orang pompuan pakai tudung jalan sambil tunduk..tak lame pastu hilang dari pandangan."

Yang ni mungkin gelap sangat dah susah kita nak nampak hantunya. Aku tak berapa yakin dengan yang ni. Mungkin hantu betul, ataupun mungkin prank daripada bebudak. Mungkin jugak nenek kebayan yang on the way nak pegi kedai runcit. Pepehal moral daripada gambar ni adalah jangan melepak tak tentu hala tengah-tengah malam. Lepak minum kat kedai takpe.

Gambar-gambar hantu 'bidan-terjun' macam ni, samada kita nak percaya atau tidak tu perkara lain. Yang penting ada gambar kita nak tengok. Mana tau ada betul hantu yang teringin nak posing depan kamera. Nak komen lebih-lebih aku tak berani. Kang salah fatwa. Tapi aku tau kita kena percaya jugak mende-mende ghaib ni. Pepehal, kalau melepak mana-mana, jangan lupa bawak kamera. Pastu hantar kat aku. Kita kongsi sama-sama. Walaupun tak berapa hantu, tapi hantar je. Dalam pada itu,
Jangan biarkan hidup anda diselubungi... (asap rokok?/kain selimut?)

:: 7th Style
Aku dapat teknik nak host .swf kat imageshack pastu tepek kat blogspot ni. Dengan layout baru ni, aku dapat ruang yang lebih besar untuk header. Ruang yang besar bermakna exploit yang lebih menarik di masa hadapan. Dan aku jugak dapat tau, bahawa kat blogspot ni kita boleh tepek (form) terus ke template dia. Tak macam danchan. Tagbod skang ni tak lagi di-host oleh Web1000 yang jahat tu. Skang ni aku nak ejas style untuk normal post ni. Ada batuk-batuk sikit. Tapi esok pagi aku nak rempit ke Bentong, jadi aku ejas bila aku dah kembali kelak.

Thursday, March 3, 2005

:: Gambar Hantu Lagi!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Please click on the thumbnail. Thanks to ND.
Keep it coming!
Image Hosted by ImageShack.us

Biasa orang komplen kat aku, dia kata dia ada terserempak ngan aku kat mana-mana, tapi aku buat tak layan. Pastu marah-marah kat aku. Cakap yang aku ni sombong la, tak kenal member la. Mungkin perkara sebegini nampak remeh, tapi sebenarnya aku cukup hangin kalau berlaku macam ni.
Kali ni aku nak setelkan hal macam ni once and for all.
Aku bukannya sombong, jauh sekali nak lupa member. Mesti ada sebab aku terlepas pandang korang yang tengah semangat nak tegur aku.
Pertama sekali, kalau aku tengah jalan tu, nak kontrol hensem dah satu hal, lagipun aku bukan stail jalan nengok sekeliling sepanjang masa. Aku mesti ada tujuan dan matlamat, dan aku mesti fokus sepanjang masa.
Yang kedua adalah cara korang panggil aku. Berikut adalah cara panggilan yang aku memang tak suka.

"Pakcik.. pakcik!"
Panggil macam ni biasanya bebudak. Memandangkan aku ni belum lagi berumahtangga, jauh sekali memiliki sebarang cahayamata, jadi status aku skang ni belum lagi pakcik. Lagipun aku ni muda lagi. Kalau panggil macam ni, jangan harap la aku nak respon. Kecuali 'Bidadari' dan adik beradik dia, aku approve kalau nak panggil aku Pakcik. Orang lain tak boleh. Dan besar kemungkinan korang akan dapat pelempang sekeping dua dari aku.

"Hoi!"
Teknik panggilan macam ni jelas sekali si pemanggil tu mencari gaduh. Jadi aku bukan gaduh punya kaki, maka tipis peratusan aku nak respon. Lagi satu panggilan macam ni menunjukkan korang tak merespek orang yang di panggil. Jadi susah aku nak merespek orang yang nampaknya tak merespek aku. Jadi, boleh blah!

"Janggut!"
Hehe, aku tau la janggut aku panjang, lurus pulak tu. Dan korang mesti jaki nengok janggut aku ni. Dan aku yakin bahawa ramai lagi remaja-remaja kat luar sana yang mengimpikan janggut persis janggut aku ni. Namun yang demikian, tak bermakna nama aku pun 'Janggut'. Jadi jangan panggil aku dengan nama sebegini. Menambah perkataan Abang di hadapannya menjadi Abang Janggut ataupun Brader Janggut tidak akan mengubah apa-apa. Sebab nama aku takde sikit pun iras-iras perkataan 'Janggut' tu.

"Criit.. critt!"
(ni bunyi yang mulut muncung macam bercumbu sambil sedut angin. Biasa buat panggil orang kedai makan suh kira)
Ni lagi la aku hangin. Aku takkan respon kalau korang panggil macam ni. Jangan harap. Serius punya. Apply teknik ni untuk mengejas makwe pun aku tak approve. Sebab bunyi macam ni tak sopan sangat gayanya.

Jadi kalau korang pangil aku, tapi aku tak respon, cuba cek balik macamana korang panggil aku tu. Kalau ada tersenarai kat atas ni, maka salah korang, bukan salah aku.

Nama-nama yang di-approve untuk digunakan:
Amin - Global
Abang Amin - gadis sahaja (kalau korang sebaya aku/lelaki panggil aku macam ni aku akan jadi loya)
Encik Amin -untuk tujuan bisnes dan urusan rasmi
Kumprinx - BawahTanah/Kasual/
(P/s: Tak apply untuk salesman yang disusuli dengan ayat "..ada 5 minit tak?")

Jadi lepas ni aku harap, takde lagi yang berkecil hati bila aku tak respon dengan teguran ataupun panggilan mesra korang.

Wednesday, March 2, 2005

:: Late Show With Kumprinx

Seleksi post pendek

:: Duit Misteri
Tadi aku jamming kat umah Mael. Sebelum berentap tu macam biasa aku bawak kuar seme mende kat dalam seluar aku ni (Rujuk: Cerita dalam seluar). Aku letak atas sati rak kat dalam bilik dia ni. Ada la cash beberapa keping sekali aku letak situ.
Lepas jamming aku ambik balik semua barang-barang aku tu. Yang peliknya ku rasakan seperti duit aku tu jadi makin banyak. Yang aku ingat aku ada pecah duit beli air 100plus tadi. Tapi pulangan baki dia takde la sebanyak tu. Sebab aku ni jujur orangnya, aku pun tanya la Mael, dia ada letak duit jugak ke atas tu. Dia cakap takde. Walaupun hepi duit aku jadi banyak, namun aku tetap rasa tak best. Sebab tak baik ambik duit orang. Mencuri namanya.
Bila sampai umah aku rujuk kat Mum aku.
"Mak kenal sangat, duit ni la Mak bagi tadi suh isi minyak. Dah isi?"
Hek ele.. bikin kaget je.

:: Back to basic: Nokia3210
Pagi tadi aku usyar bawak katil aku. Ada basket penuh ngan tipon bimbit (model zaman toru dulu). Ni semua saki baki zaman abah aku jual tipon bimbit dulu. Ada yang boleh pakai lagi, tapi besar macam keta kebal. Tetiba aku jumpa housing 3210. Baru lagi. Lantas aku terus ambik, pasang kat tipon 'secondary' aku tu. Tukar sim-card, dan terus guna. 7110 skang ni boleh berehat.
Zaman aku guna 3210 ni, ia adalah model kebanggaan segenap lapisan umur. Tapi skang ni semakin dilupakan. Orang semua dah sibuk ambik gambar, dengar lagu ngan tipon bimbit diaorang. Tidak lagi seperti dulu, di mana tipon bimbit tetap tipon bimbit, bukan lampu suluh, bukan radio, bukan kamera dan bukan jugak pengurut tengkuk (vibrate).
Bila bunyi orang akan usyar dan cakap:
"Tak politeknik langsung nada dering dia"
"Koman betul tipon mamat ni"
"Mesti screen itam putih lagi"
"Tipon pun dah buruk, mesti takde kedit"
Waima aku menggunakan tipon bimbit ni adalah satu statement kepada masyarakat, bahawa aku hanya perlu berkomunikasi. Dan jugak satu signal kepada orang sekeliling bahawa aku tak mampu lagi nak angkat tipon bimbit model terkini. Huu...
Aku rasa aku akan guna tipon bimbit ni buat satu jangkamasa yang panjang. Masalahnya, banyak no tipon aku kat dalam 7110 tu. Skang ni setiap panggilan telefon dianggap daripada orang yang tidak dikenali. Dan kalau aku nak call sesapa, mungkin aku kena rujuk mana-mana.

:: Tucin
Mende paling hampeh sekali aku boleh tulis kat sini adalah mengenai kucing kat umah aku tu.
Dia ni kucing terbiar. Parent dia dulu ada jaga dia. Tapi dah mati kena hentak ngan makcik cleaner sebab berak merata. Jadi anak-anak dia skang ni yatim piatu. Sebab kitaorang kesian kat dia, dan dia pun cute, maka kami telah merombak polisi kitaorang terhadap haiwan peliharaan.
Dia ni takde langsung nak bermanja ngan orang. Main gigit je. Dah la tu, berlari ke sana kemari. Cakar itu, cakar ini. Langgar itu, langgar ini. Bila orang jalan, dia nak follow. Pastu kena pijak marah. Dah letih main dia tido. Kalau tidur elok-elok takpe, tapi tido stail terkangkang. Ingat elok sangat ke macam tu?!
Ada waktu-waktu di mana aku rasa macam nak bangkit pukul 11 pagi. Tapi terbantut hasrat aku sebab dia dah gigit aku pukul 8.30am. Mana ada orang lain dah dia nak gigit kat umah tu kecuali aku.
Bila tengah main tu tak ingat dunia. Semua orang dia nak gigit. Main langgar ke orang. Pastu lalu depan orang tua secara tak sopan. Sampai naik pening kepala aku menengoknya. Tapi time dia lapar, sikit punya manja. Lembuuut je suara. Hampeh tul la.
Tapi pepehal kehadiran tucin ni kat umah kitaorang berjaya meningkatkan kecerian dalam umah. Bila aku balik, ada jugak yang menyambut aku. Bila aku boring, boleh jugak aku main gigit-gigit ngan dia. Syok jugak.

Spoiler : Hatiku Bukan Pualam
Bab 8
Mael Dan Timmy/Agensi Mencari Jodoh
...Rupanya dia tak mengorak langkah lagi. Masih di takuk lama. Padahal dah banyak gile dah peluang aku bagi kat dia. Bila melepak, aku tinggal diaorang berdua. Kadang-kadang tu sesaje je aku lari.
Satu malam tu kitaorang melepak bertiga sembang-sembang. Bangkit la topik pasal cintan-cintan dan kapel-kapel ni. Kata Timmy,
"Aku tak main la kapel-kapel ni. Aku muda lagi. Baik aku belajar bersungguh-sungguh dulu".
Sekonyong-konyong aku mengerling ke arah Mael dan berkata kepadanya secara makrifat, "Alamak, fat chance la macam ni Mael!". Mael hanya mengangguk-angguk menandakan bahawa dia meng-approve-kan pendapat aku tu (secara makrifat jugak).
(aku skang ni tengah tulis cite ni. Sebab tu la daily post dah kurang)

Repihan Hati
Give me my heart back
(a Kumprinx's approach to poetry)

I hate it when I miss you
I hate it when thought of you suddenly enters my mind
I hate it when I dream of you at night
Worst, I wake up and left awake thinking about you
I hate it when you missed call me sometimes
And I hate to restrain myself from calling you
I hate the thought that you still remember me
Because I'm trying so hard not to
and I hate it when I fail
then I hate it when it hurt like hell

Once again I hate it when I miss you
Because there's nothing else I can really do
for there's nothing else I can really do
and there's nothing else I can really do at all

Ni err.. um.. seleksi pilihan hari ni.
http://shuklin.blogdrive.com/