Friday, March 4, 2005

:: Lagi-lagi Gambar Hantu!!

Image Hosted by ImageShack.us

Yang ni pagi tadi sampai kat inbox aku. Sekali lagi dikirimkan oleh member aku ND.
ND wrote:
"Gambo ni plak aku dapat dari cousin aku.Ni pun die dapat dari kawan die...time tu die tengah lepak kat kampung dengan kawan2 diela.Die cakap lebih kurang pukul 2 pagi time tu...pastu ade sesuatu tengah berjalan kat bawah tiang letrik.Kawan die pun amik gambo pakai hanset diela....tapi nampak bahagian kepala jela.Macam orang pompuan pakai tudung jalan sambil tunduk..tak lame pastu hilang dari pandangan."

Yang ni mungkin gelap sangat dah susah kita nak nampak hantunya. Aku tak berapa yakin dengan yang ni. Mungkin hantu betul, ataupun mungkin prank daripada bebudak. Mungkin jugak nenek kebayan yang on the way nak pegi kedai runcit. Pepehal moral daripada gambar ni adalah jangan melepak tak tentu hala tengah-tengah malam. Lepak minum kat kedai takpe.

Gambar-gambar hantu 'bidan-terjun' macam ni, samada kita nak percaya atau tidak tu perkara lain. Yang penting ada gambar kita nak tengok. Mana tau ada betul hantu yang teringin nak posing depan kamera. Nak komen lebih-lebih aku tak berani. Kang salah fatwa. Tapi aku tau kita kena percaya jugak mende-mende ghaib ni. Pepehal, kalau melepak mana-mana, jangan lupa bawak kamera. Pastu hantar kat aku. Kita kongsi sama-sama. Walaupun tak berapa hantu, tapi hantar je. Dalam pada itu,
Jangan biarkan hidup anda diselubungi... (asap rokok?/kain selimut?)

:: 7th Style
Aku dapat teknik nak host .swf kat imageshack pastu tepek kat blogspot ni. Dengan layout baru ni, aku dapat ruang yang lebih besar untuk header. Ruang yang besar bermakna exploit yang lebih menarik di masa hadapan. Dan aku jugak dapat tau, bahawa kat blogspot ni kita boleh tepek (form) terus ke template dia. Tak macam danchan. Tagbod skang ni tak lagi di-host oleh Web1000 yang jahat tu. Skang ni aku nak ejas style untuk normal post ni. Ada batuk-batuk sikit. Tapi esok pagi aku nak rempit ke Bentong, jadi aku ejas bila aku dah kembali kelak.

3 comments:

  1. lemang2002: tapi aku tetap konfiden
    kumprinx : hehe aku mute sound
    kumprinx : nanti takde la cirit sgt
    lemang2002: itu gambar tipu aaa kump
    lemang2002: ang pasan tak ada bebayang di belakang hantu tue
    lemang2002: hantu penama ada bebayang
    kumprinx : ye ke?
    kumprinx : nanti gua cek blk
    kumprinx : sat aa..
    kumprinx : ha'ah ye lah..
    lemang2002: ang
    lemang2002: memang muka tue sejibik muka laki
    kumprinx : ye la..
    disebabkan kewujudan inkuiri manusia nie y nak tgk sgt hantu nie..maka ia akan menimbulkan rasa tanggunjawab keatas sekumpulan manusia unuk merealisasikan impian manusia yg lain (mcm super hero la )..jadie by hook or by crook dia kena try menreal sesuatu benda tue..bukan tak percaya tapi cuba tk kbykkan gambo hantu nie dia pakai gambo resolution rendah iaiu diambil dgn handphone cam..kalau nak menunjukkan kewujudan benda nie kasie sharp..pakai alatan profesional baru la betui..ini pakai ambaq resolusi rendah kata ia real..ia memang wujud tetapi dia tak dapat menrevealkan dirinya kepada kita keran terdapat hijab diantara dunia kita dgn dunia ghaib..and kita bukan constatine..:P

    sekian pidato aku kali nie

    ReplyDelete
  2. haiiii... apa khabar? banyak jugak koleksi berhantu ko yek...

    ReplyDelete
  3. Nenek kebayan gi kedai runcit kul 2pagi??? biar betul!! ada ke ekdai bukak pepagi gituh di Mesia le ni??? muahahahah

    ReplyDelete