Tuesday, May 31, 2005

Coming Soon

Selaku tokei kepada Sure Pekat III, aku skang ni sungguh sibuk banget. Dah la buat keje 2-3 orang je. Motor pulak rosak. Terpaksa la tumpang member nak gi sana sini. Jesteru banyak mende-mende yang aku nak post kat sini tertangguh. Ni senarai Special Feature yang akan tiba dalam bulan ni. Gua akan try penuhi semua.

Tahap Dewa
-Dewa Concert review (Visual pending/esok sempat post kot?)

Lemari
-A Kumprinx approach to horror writing

SPIII Report
-Laporan lengkap

Dendam Kesumat
-Kisah masa aku sekolah dulu

Prelude Pyrokumprinx Advanced Media 8
-PyroKmxAdvncdMda turns 1!

Bulan Depan/Lambat sangat lagi:
-GT02
-Bidadari Rewritten

Begitulah senarai yang akan datang ke sini tak lama lagi. Jadi korang cek-cek la selalu. Jangan terlepas apa-apa. Rugi sangat.

Sure Pekat
Nak nyanyi ke tak nak nyanyi? Tapi sora aku tak best. Tapi aku nak. Ahh tibai je la...

Thursday, May 26, 2005

Dewa Live at Menara Kuala Lumpur

Poyoo je...

2-3 tahun yang lepas aku terlepas nengok diaorang ni secara live kat 'Ladang Kuda' sebab hujan yang lebat. Aku dah smart-smart siap rambut sikat belah tepi, baju kemeja bunga-bunga siap wangi-wangi lagi. Sekali hujan lebat. Dah la aku planning nak naik motor je time tu. Tak mengenangkan hujan lebat sangat, aku redah semacam je. Tapi malangnya hujan yang lebat bermakna lopak air yang dalam dan bermakna pakaian yang basah kuyup setibanya di Ladang Kuda tu. Terpaksa aku batalkan hasrat aku tu dengan penuh kekecewaan. Tambah sakit hati bila dengar member-member cerita pengalaman pegi nengok. Hangin saya..

Namun kini, aku telah mendapat peluang kedua untuk menyaksikan Dewa secara live. Esok diaorang akan perform kat menara kolumpo. Kali ni aku takkan lepaskan peluang ini. Musti tonton. Pastu aku akan menulis laporan yang lengkap sekembalinya aku ke tanah air kelak.

Kalau korang jumpa aku kat sana, jangan lupa 'give me calit'.
Hik hik hik... SERONOTNYEEEE!!!!

'spectator' on Answers

Tuesday, May 24, 2005

Ibanez is here.


Ahad nan lalu kami merempit sekali lagi ke ibukota Kolumpo untuk angkat 'final pieces' bagi projek DevX. Ia adalah 2 bijik speaker PA System dan satu bijik Bass Amp Ibanez SW100. Trust me, kotak dia dah beso boleh isi kambing dewasa sebanyak 2 (dua) ekor. Maka barang yang kat dalam kotak tu lagi berat daripada kambing sebanyak dua (2) ekor. Paling rumit sekali adalah nak bawak naik ke kedai kitaorang yang terletak di tingkat satu (1). Ada pemegang kat atas dia. Tapi macam tak boleh sapot je berat dia. Jadi kami mengambaik inisiatif untuk bukak dulu kotak amp ni sebelum bawak naik ke ibusawat. Jadi amp tu tidak lagi anak dara setibanya ke kedai kitaorang. Kalau tak dah lama aku tulis satu lagi special feature bertajuk 'Anak Dara' yang penuh dengan ayat-ayat 'panas'.
Aku terlalu letih malam tu untuk men-tala Ibanez ni. jadi aku tido dulu dan pekena keesokkan harinya. Pagi tu buat pertama kalinya aku menghidupkan amp Ibanez ni. Sambil tunggu dia warm up, aku baca dulu users manual dia. Setelah paham lebih kurang terus aku cucuk gitar bass dan try. Tanpa disedari air mata aku mengalir mendengar kelunakan sound yang dikeluarkannya. Tak lama selepas itu aku meng-on kan suis 'Tweeter'. Ya bass amp ni ada tweeter untuk kuarkan sound yang berfrekuensi tinggi jika diperlukan. Tweeter ni menambahkan lagi variasi sound yang mampu dihasilkan menjadikan Amp Ibanez ni sangat versatil dalam apa jua corak permainan. Best gile bila main 'slaping' (chee.. slaping konon..).
Memandangkan aku tak berapa main sangat gitar bass ni, jadi sessi 'pecah dara' aku tu takde la lama sangat. Nak tengok dia elok dan berfungsi ngan baik je. Dan jugak skang ni semua equipment untuk projek Code Named:DevX dah ada. Jadi korang tunggu je la pengumuman dari aku nanti.

Ibanez yang kat opis aku ni tak boleh bergandingan ngan
Ibanez kepunyaan ND. Namun begitu aku very looking forward untuk menge-test gitar barunya itu pada Sure Pekat III kelak.

Beginilah rupa paras Amp itu

Friday, May 20, 2005

Paloi (Bodoh)

Hari tu setibanya aku di tanah air aku straight balik umah. Tetiba aku seluk-seluk poket, kunci umah takde. Aku menjadi kaget. Terus je aku tipon Daddy aku yang kebetulan ada kat Lipis ni untuk mintak kunci. Dia suh pegi ambik kat opis dia kat stesen ketapi. Sebab takde transpot, maka akupun menapak halfway across town untuk jumpa dia. Bila sampai kat opis daddy aku, aku sedar bahawakunci tersebut sebenarnya ada kat dalam poket aku. (poket syiling suar jean). Maka aku menjadi hangin dan malu. Lantas aku terus je pegi pasaraya Aktif beli-beli cekedis untuk mengubat kemaluan aku. Pastu malam tu aku tak kuar sebab malu sangat (padahal nengok tv). Begitulah rentetan peristiwa bangang yang berlaku kepada aku.

No Longer Interested
Selama sebulan aku berada di carta teratas Malaysian Top Blogs. Pastu ramai je yang dengki. Tak puas hati sebab aku main taktik kotor katanya. Skang ni aku dah tak berminat lagi ngan menjadi Blog paling top di malaysia ni. Nanti aku akan dedahkan macamana aku boleh manjadi nombor satu, supaya korang semua jugak boleh dapat nombor satu. Banyak kali aku cakap, Sex Sells...

Sunday, May 15, 2005

:: Quick Post

mentibai

Fasa pertama dah pun siap. Skang nak progress ke fasa 3. Dan semuanya akan siap dan bersedia untuk dilancarkan apabila fasa 3 dah siap. Hari sabtu nan lalu kitaorang merempit ke Kolumpo untuk angkat barang. Tapi tak muat keta (Van rusa). Jadi hari ni (2pm) aku akan merempit sekali lagi ke sana untuk ambik yang selebihnya. Nengok gambar kat atas tu, cuba teka apakejaddahnya projek DevX ni?

Sikit lagi...
Mende yang paling seronok sekali nak nengok adalah counter untuk blog ni. Skang ni purata ada 1600+ orang nengok blog ni dalam sehari. Mengapa jadi camtu? Sex Sells! Lain cerita takde. Sikit lagi nak cukup 2000 orang sehari. Hehe.. Kalaulah aku ada masa yang banyak untuk ejas mana-mana yang patut. Malangnya aku ni tak menang tangan dah. Takpe gua akan usahakan. Kalau dulu aku selalu memberi cuti kepada diri aku sendiri, skang dah tak boleh.

Sure Pekat 3 Postponed
Sure Pekat 3 sekali lagi ditunda. Cuba check kat tab SP3 Blog.

Mee Kari Sha's Corner
Kedai dia ni kat Janda Baik. Kecik je tapi makanan best. Roti canai dia pun best. Uniform pekerja dia cun. Sebab kitaorang yang buat. Pegi la nengok. Mee kari dia tak hengat punya best. Kalau nak dibandingkan ngan mee kari Pak Teh kat Lipis ni, Pak Teh punya tu intense manakala Sha'z ni rasa dia 'laid-back' sikit. 2-2 best dalam kategori tersendiri.

Finally
Akhirnya semalam, dapat jugak aku tido. Balik dari Kolumpo, aku seting-seting barang jap, pastu terus landing. Sampai petang. Skang ni aku lebih bertenaga dan rejuvenated. Haha..

Fcuking Hell
Hey jangan arr tag mende-mende tak elok kat TagBod tu. Buat susah aku je nak kena delete. Nak mengikut biar berakal, nak menurut biar pandai...

Friday, May 13, 2005

DevX

Image Hosted by ImageShack.us

Oxygen Studio adalah sebuah syarikat yang selama ini memfokuskan kepada mencetak t-shirt dan banner. Walaupun selama ini kami tidak meletakkan sebarang had kepada apa yang boleh kami lakukan (kecuali gali kolam pakai back-hoe) tapi kini ia semua akan berubah.Kali ni kami akan menambah satu lagi cabang perniagaan yang langsung tiada kena mengena dengan percetakan (genre utama). Diasaskan oleh En. Kumprinx sendiri, selaku seorang Business Development Executive cum Chief Designer cum Ofice Boy cum Janitor. Dengan bantuan dari partner dia, En Adfzal selaku Marketing Executive cum Financial Advisor cum TeaLady cum Window Cleaner.Sejak 4 bulan kebelakangan ini , jurutera-jurutera kami di Oxygen Studio telah melakukan pengujian, brainstorm dan survey (secara rahsia) untuk mengkaji kesesuaian projek ini untuk membantu masyarakat, remaja amnya serta implikasinya terhadap persekitaran baik dari segi sosial dan jugak alam sekitar. Setelah sessi pengujian yang intensif, kini projek pembangunan ini telah diluluskan untuk pelancaran.
Oxygen Studio's top secret project concerning monumental shift code named DevX will be launced in a few days.Stay tuned.

Mintak nyawa
Sessi merempit aku kali ni bermula tenghari kat umah aku. Hari tu aku ingat nak pekena tido sampai petang memandangkan dah lama sangat aku tak dapat tido yang betul-betul 'decent'. Namun hasrat aku terhenti setengah jalan apabila aku menerima mesej pesanan ringkas dari rakaniaga aku di bentong yang berbunyi, "Sila merempit ke Bentong sekarang! Projek emegensi kod merah". Kod merah bermakna projek yang tak dapat dibendung lagi. Terpaksa dibuat dengan kadar yang segera sangat, by whatever means necesary.

Ku lepaskan kasih sayang ku terhadap tilam yang empuk tu. Dan bersiap untuk ke Bentong. Takde orang nak hantar aku pegi stesen bas, maka aku terpaksa menapak sendiri ke sana. Hari dah la panas tak hengat, boleh tahan jauh pulak tu. Planning aku nak naik bas pukul 4.30pm. Sampai kat kaunter tu akak tu cakap "Bas ke Kuantan ada hari Jumaat Sabtu Ahad je, hari ni takde. Akak sajes awak naik bas lompat." Aku cuba menyembunyikan perasaan horror bila akak tu cakap macam tu sebab kalau naik bas lompat ni (Pahang Lin Siong) kondisi dia panas sangat. Harap angin je, itupun berdebu. Lagi satu maybe tak sempat untuk aku transit kat Raub nanti. Sebab bas last yang bawak aku ke Bentong bertolak pukul 6.30pm. Bas Pahang Lin Siong tu pulak bertolak pukul 5.00pm. "Boleh jadi tak sempat", getus hatiku.

Lepas tu aku tibai je naik bas Lin Siong tu. Dalam bas tu ada 2 orang budak yang terlajak benti sebab tertido. Jadi aku beri diaorang 2-3 inggit suh naik bas lain pulak gostan ke destinasi diaorang. Padahal time tu aku takde cash sangat. Setibanya di Raub, aku jumpa mamat disto yang distribute zine aku tu sebab aku nak passing zine Journal suh dia distribute jugak. Tak sampai seminit meeting aku ngan dia sebab bas ke Kolumpo (yang aku nak naik ke Bentong) tu dah nak jalan sangat. Tak sabar-sabar aku habih rokok.

Sampai dah malam. Tanpa berlengah lagi aku terus menjalankan tugas aku mengecat banner. Sampai la larut malam. Pastu aku pesan kat rakaniaga aku, "Ko tengok-tengok la banner tu. Aku nak baring-baring jap". Aku ingat lepas banner tu kering, aku nak pekena neskepe o kat depan opis ni. Tapi itu semua menjadi harapan yang tak pasti pabila aku terlanding sampai pagi esoknya. Bila bangun aku nengok banner dah takde (dah hantar) dan rakaniaga aku tu tengah terbongkang kat bilik belakang. Terpaksa la aku pekena kemas-kemas lebih kurang.

Menjelang tengahari kami ke bandar bentong untuk pikap barang dari KL dan jugak pekena lunch kat Restoran Sri Padang. Sumpah aku cakap nasik ayam dia ni paling champion penah aku rasa. Baik korang try. Bila malam menjelma, kami merempit pulak ke Janda Baik untuk hantar baju dan jugak sembang lebat lebih kurang. Dulu-dulu aku sering tertanya-tanya apamende yang ada kat Janda Baik ni. Seorang janda yang baik hati dan mudah didampingi masyarakat ke ataupun janda yang 'baeeek' punya dan memiliki bodi yang solid dan kulit yang gebu. Lepas pekena mee celup kat sana,bebudak sana ajak kitaorang pegi Lata Caruk (area Janda Baik ni la). Katanya kat situ ada satu tempat jamming open air. Time tu jugak (1.00am) masih ada bebudak yang jamming. Lalu akupun pegi la nengok-nengok. Bebarang dia boleh tahan. Tapi yang paling power adalah kaki yang main kat situ. Seme by heart je. Setelah melepak selama 3 jam di situ tengok diaorang jamming (memula aku test jugak main, tapi takde lagu sangkut sebab diaorang semua main lagu yang aku tak/jarang dengar), dan jugak setelah bertukar-tukar no. tipon untuk potensi kolaberasi di masa akan datang, kamipun blah ke ibusawat di bentong.
Pagi esoknya sedar-sedar aku sorang je kat opis. Lepak-lepak layan neskepe ais, tetiba rakaniaga aku tipon;"DevX project approved. Execution begins now!"
5 sen worth
-Learn about Raub at http://akubudakbiadap.blogspot.com/
-Entah bila nak hapdet 'Special Feature' ngan 'HOC'

Tuesday, May 10, 2005

:: Kenapa IE saya tak boleh bukak blog ni?

Ada beberapa sebab mengapa blog ni tak boleh bukak ngan IE (Internet Explorer). Yang pertama adalah mungkin korang ada guna perisian spyware remover (cth: Spybot, Spyware Stormer dll.) yang permanently block penggunaan certain script yang ada kat Blog aku ni. Dia ingat ada spyware, sebab tu la dia segan-segan nak display. Namun demikian aku berusaha keras memastikan blog ni sesuai untuk semua browser. Semua script yang aku gunakan ada alternate scripting untuk both IE ngan Netscape. Namun demikian jugak, ada free service yang aku gunakan kat sini mem-pop kan window iklan. Itu aku tak bley nak elak sebab barang free bai.. Jesteru demikian jugak, korang haruslah 'mepastikan' korang sentiasa men-download Windows Update yang terkini.Pastu isu screen size pulak. Bawah daripada 1024x768 blog ni memang tak saport. Sebab aku ada pakai absolute positioning, yang pastinya banchau kalau pakai screen size yang kecik. Ini semua sebab aku dah tak reti dah nak ejas macamana. Dia tak mboh jadi.Tapi yang pastinya, Pyrokumprinx Advanced Media 'mepastikan' tiada sebarang spyware dan spam berlaku di sini.
p/s: I'm off to bentong now.
Gambo aku masa muda-muda kat http://undisputed.blogdrive.com/

Monday, May 9, 2005

Kumprinx:

-Dah nak masuk 4 hari tak tido
-Semalam nengok pelancaran XPDC Berakit Antarabangsa kat Sungai Jelai, Kuala Lipis. Ada mamat kena flare (mercun askar tu). Pastu td dengar cerita ada yang dah dead sebab karam.
-Ada satu rakit tu deco dia ditaja oleh Oxygen Studio
-Sakit kepala sangat
-Sibuk arrange Sure Pekat 3
-Skang ni ulang alik Kechau-Kuala Lipis
-Keje banyak lagi kena buat, tapi mengutamakan lepak sebagai priority no.1
-Planning nak usyar awek kat kedai baru bukak kat Kerpan Walk. Tapi takde masa.
-Guna dial-up. Streamyx tak jumper lagi.
-Masih lagi no.1 kat Malaysian Top Blogs
-Dll..

Thursday, May 5, 2005

Sure Pekat 3 - Lipis Jamming Festival

Image Hosted by ImageShack.us

Aku nak hapdet blog ni ngan seme info pasal SP3 ni, tapi takde masa. Nanti Isnin aku try. Visual seme dah siap, tapi takde masa sangat ni. Haduh...

Program Pemutihan


Hek ele.. mende ni pun sempat buat..