Tuesday, September 28, 2004

:: Sakit Demam

Image Hosted by ImageShack.us

sebagai seorang perokok handalan yang berjaya, aku seringkali ditimpa sakit batuk yang berlarutan. Dalam setahun adalah beberapa kali kena. Bila kena, aku tau yang 2-3 minggu akan datang adalah hari-hari yang takde ong punya. Kekerapan aku kena penyakit telah banyak mengajar aku. Sekarang aku kongsi bersama pengalaman aku dengan korang semua sebagai rujukan di masa akan datang.

Batuk:

-Batuk adalah penting untuk memastikan salur tekak dan pernafasan tu bersih.

-Tapi kalau batuk banyak sangat maksudnya ada penyakit lain la pulak.

-Batuk yang aku selalu hidapi bukanlah berasal dari alergik, asma ataupun jangkitan paru-paru seperti pneumonia atau bronkitis yang teruk. Tetapi punca dia adalah dari merokok. Mungkin aku hisap terlalu banyak, ataupun baru-baru ini menukar brand. (sesekali merasa hisap cerut ataupun masalah kewangan yang menyebabkan aku terpaksa isap rokok murah)

-Batuk terjadi disebabkan oleh kahak (atau:gede) yang ingin dikeluarkan oleh badan melalui proses semulajadi (batuk). Jadi untuk menghentikan batuk, bolehlah menarik keluar semua kahak tersebut.

-Guaifenesin (bahan boleh didapati dalam Breacol)boleh membantu menarik keluar kahak tersebut. Tapi kena minum banyak air baru jadi.

-Ubat batuk 'hitam-punya' yang mat fit selalu beli kat farmasi tu memang boleh meredakan batuk. Walaupun batuk ni perkara yang menyakitkan, tetapi ia adalah satu cara untuk badan 'menyelenggara' secara otomatik. Jadi, kita mungkin tak nak menghentikan proses 'penyelenggaraan' ini melainkan ia mengganggu proses penyembuhan itu sendiri seperti tidak boleh tido dan tidak boleh duduk diam dalam kelas ataupun menyuarat.

Jesteru itu kalau batuk, batuklah dengan tune dan alignment yang betul di mana batuk tersebut benar-benar berfungsi untuk taruk keluar kahak (gede).

Friday, September 24, 2004

:: Cerita Dalam Seluar

Image Hosted by ImageShack.us

Kali ini aku akan bagi satu pendedahan yang ekslusif untuk korang semua. Sebagai seorang yang menjalani kehidupan yang sangat huru-hara dari segi fizikal dan mental, aku kena banyak bersedia. Aku kena banyak bawak barang2 ke sana-kemari. Banyak mende kena standby. Jadi poket aku selalu penuh. Jadi skang ni aku nak cerita kat korang pasal mende2 yang aku sentiasa bawak dalam poket aku. Kalau McGyver boleh bawak selotape ngan pisau Swiss Army ke mana-mana, aku pun nak standby jugak. Aku boleh gerenti, kalau korang jumpa aku, aku boleh tunjuk semua mende ni kalau korang mintak, sebab aku memang bawak ke mana-mana, hari-hari.

Takde cara lain untuk tunjuk seme barang-barang ni selain daripada tebar semua atas scanner.



Dompet

Image Hosted by ImageShack.usInilah mende paling primary sekali aku bawak ke hulu-kehilir. Tugas dia bukan untuk simpan duit (sebab aku memang takde duit sepanjang masa). Dalam dia ada IC aku yang versi lama tapi gambar kaler. Lesen memandu. Kad bank dalam 7-8 keping. Namecard-namecard yang penting. Pick gitar 2-3 keping. Kad klinik gigi, klinik kesihatan dan hospital. Plaster. Koleksi duit RM lama (orang cakap ada ong kalau simpan mende ni, aku haram tak percaya)



Talipon Bimbit

Image Hosted by ImageShack.usIni adalah perkara no.2 primary. Tipon bimbit ni aku beli tahun 2001 ari tu lepas dapat durian runtuh dari Jabatan Buruh. Sebelum beli tu aku 2 tahun tengok gambar je tipon ni. Kalau korang tak tau inilah model yang Neo guna dalam cerita The Matrix yang first ari tu. Terlalu satisfied ngan telepon bimbit idaman aku ni, skang aku takde planning langsung nak tukar yang baru. Kapasiti storage dia boleh simpan 1000 no tipon awek-awek. Tapi aku baru guna separuh.















Kunci Utama

Image Hosted by ImageShack.usMenatang kunci ni dari awal dunia lagi dah berada dalam poket aku. Sangat penting sampai mende yang diaorang bukak pakai kunci ni aku tak boleh bagitau. Rahsia. Tapi ada satu kunci motor Yamaha Y80 aku yang dah kena tarik ngan polis aku simpan lagi demi untuk menunjukkan bahawa motor yang terkunci rapi kat balai polis tu adalah kepunyaan aku. Satu hari nanti aku akan raid balai tu dan ambik balik motor aku tu. Jumlah kunci dalam keychain utama aku ni semakin bertambah dari hari-ke hari.



Kunci Kawasaki Turbo

Image Hosted by ImageShack.usKawasaki Turbo adalah sebuah mesin yang sangat berbahaya sehinggakan kunci dia kena letak berasingan dengan kunci-kunci yang lain. Kunci power dia yang hitam tu manakala kunci tank minyak dia adalah yang diperbuat daripada kuprum permaganat tu (warna emas). Bila outstation aku tak bawak kunci ni sebab buat berat je.











Rokok Kent.9

Image Hosted by ImageShack.usKalau menatang ni takde dalam poket aku, bermakna aku sedang berada kat dalam umah, ataupun sedang tidur, ataupun tengah takde duit, ataupun tengah mandi sungai. Dengan harganya yang melambung tinggi, aku akan sentiasa memastikan bahawa mende ni sentiasa ada menemani aku dalam apa jua keadaan sekalipun.





Lighter

Image Hosted by ImageShack.us

Kalau dah ada rokok, kenalah ada lighter kan? Takkan hari-hari nak pow api kat mamat indon yang sering lalu-lalang kat depan kedai aku nih. Dan lighter tu pulak haruslah sedondon dengan warna kotak rokok untuk memastikan kadar stylo yang tarbaik sepanjang masa.



Singgam

Image Hosted by ImageShack.us

Makan singgam adalah perlu selepas makan nasik untuk clearkan balik mulut kita. Takkan bau petai tu nak maintain je dalam mulut? Supply singgam ni kena sentiasa ada.



Pick Gitar

Image Hosted by ImageShack.usIni untuk standby kalau melepak mana-mana yang ada gitar, boleh jugak layan-layan riff Plug In Baby. Aku main gitar kena pakai pick sebab fingering memang tak ngam dengan jiwa aku. Pick ni cap Scotty's nylon (medium). Aku tak tiru langsung Matthew Bellamy (Muse) tapi kebetulan selera kitaorang sama. Masa sure pekat ari tu aku beli 6 keping pick ni untuk spare masa aku perform. Skang dah tinggal sikit.



Itulah semua mende yang aku bawak dalam poket aku hari-hari. Yang aku herannya korang boleh baca mende ni sampai habis, takde mende lain ke nak buat? Mende dalam poket aku pun nak tau jugak ke? Hoh!

Thursday, September 23, 2004

:: McDangdut

Image Hosted by ImageShack.us

Semalam kat Mentakab, sekali singgah kat The Store pekena Sundae McD, peehh! Dia punya texture, dia punya manis, dia punya rasa. Bila suap masuk mulut, tekan pakai lidah kat lelangit, aiskrim dia akan merebak ke serata mulut membenarkan semua deria rasa kat lidah tu rasa kemanisannya. Aiskrim dia pekat tak ingat. Liat pulak tu, campur ngan cekelat dia. Rasa cekelat dia unik. Aiskrim tu sejuk tapi cokelat dia panas menyebabkan aiskrim mencair terkena cekelat tu...

Realitinya:

Image Hosted by ImageShack.us

-Makanan kat McD tu tak bagus/tak menyihatkan

-Ternakan mereka terseksa hingga sampai masa nak sembelih/dimakan/jadi burger.

-McD tak hirau pasal alam sekitar, yang penting, profit/keuntungan.

-Pekerja diaorang gaji 'talak untung punya'.

-Hutan semualajadi dimusnahkan untuk buat kertas packaging/ternak lembu.

-Bungkusan makan segera diaorang, langsung tidak dikitar semula.

-Korang ingat berapa ramai ayam/lembu yang mati jadi burger selama ni?

-Makanan diaorang semua kategori 'junk food' macam Super Ring, Mamee ngan Tam-Tam.

Klik:

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: aku dah lama berhenti menghalang diri aku daripada melakukan apa-apa yang aku suka

Wednesday, September 22, 2004

:: Duit Sekampit

Semua orang ada impian bahawa pada satu hari mereka berjalan-jalan dan tetiba terjumpa duit sekampit yang takde sapa-sapa punya. Aku dah planning awal-awal dah nak buat mende. Klik:

Image Hosted by ImageShack.us

Korang pulak, apa rancangan?



:: signal

Aku tau hari ni pasti akan menjadi hari yang ceria bila aku naik lift yang penuh ngan awek-awek yang manja dan pemalu dalam perjalanan turun ke kedai.

:: business trip

Image Hosted by ImageShack.us

balik dari jengka kelmarin tetiba kanser usus menyerang kembali. Pegi petronas, tandas dia tutup. Terpaksa merempit ke mapley berhampiran untuk melepaskan hajat. Mujur tokei mapley sporting. Mesti ada something wrong ngan nasik goreng makcik tadi. anyway we went home happy, with a happy customer, and money in the pocket.



:: Potong rambut

Ini sebelum aku potong rambut

Entah puaka mana tah yang merasuk aku suh potong rambut pagi semalam. potong rambut ni mende remah je. Tak perlu nak spend banyak perhatian. Pegi kedai gunting rambut, suh dia

potong lebih kurang

pusing leher lebih kurang

sampai terkehel.

biasa aku potong rambut, aku bagi can je kat mapley tu untuk menyerlahkan kreativiti dia.

"U potong la ikut suka..."

lepas tu aku layan tidur. Bila aku terjaga

"Ini mau potong juga ka?"

Time tu gunting dia betul-betul kat janggut. Tunggu nak snap je.

"Tara sayang u punya anak bini, potong la!"

Ta[i aku takde la ganas sangat ,acam tu...

Memang lepas tu kepala aku langsung tak steady, tapi bahagian yang paling penting adalah bila balik umah dan apply styling yang baru. Kali ni aku tak nak tekankan bahagian kepala tapi aku nak highlight janggut aku. maka styling kat kepala tak perlu beria sangat. yang penting janggut menyerlah.

Monday, September 20, 2004

:: Top Ten Hampeh Room 'Rokok naik harga' Edition

Image Hosted by ImageShack.us"Sekarang semua orang tau langit tinggi rendah"

"Bapak aku skang ni dah hisap Winston je"

"Nak pow rokok? Langkah mayat aku dulu..."

"Style tetap style, mahal macamana sekalipun aku tetap ngan Marlboro"

"Cekik paru-paru"

"Makcik, bagi tembakau sekampit"

"Err... macamana nak order rokok dari internet"

"Kat Langkawi murah kot?"

"Bukan dapat percuma Milo pun"

"Hold on, jangan mengalah!"

Friday, September 17, 2004

:: The Sims

Image Hosted by ImageShack.us Baru je dalam seminggu dua ni aku start main menatang ni. Zaman dulu aku dah try main, tapi tak feel sangat. Skang seronok pulak main. Aku suka kalau aku ada sepenuh kawalan terhadap sesuatu. Kesukaan aku ni di-apply dengan sepenuhnya dalam permainan The Sims ni. Sim aku, Shaiful Bahari Baharum skang ni dah ada 4 orang awek, umah dua tingkat dengan kolam mandi terbina dalam, perabot yang tak ingat punya banyak sampai mende yang takde fungsi pun main taruk je. Skang ni dah kerja pangkat tinggi sebagai seorang anggota polis. Tetiba semalam release The Sims 2. Hmm.. tak sabar naik main. Dengarnya power sangat.





Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Pepehal, main mende ni buang masa je. Buat sakit badan layan lama-lama.

:: Setiap sedutan membawa erti

Image Hosted by ImageShack.us Pagi tu pada mulanya sungguh ceria. Setelah membeli tiket perjalanan ke Bentong, aku ingat ada baiknya aku layan asapan rindu dulu sepam dua sebelum naik bas. Aku tengok auntie yg jaga kedai tu tengah tepek tanda harga kat rak rokok dia. Darah aku menyirap ke kepala. Harga rokok naik lagi. Naik sampai Rm1.10. Aku rasa inilah kenaikan harga yang paling tinggi dalam sejarah. Aku tau harga rokok akan naik tapi aku tak duga dia naik hari tu. Sepanjang perjalanan dalam bas hati aku menyumpah seranah mengenai harga rokok ni. Banyak mende aku pikir:

-Kerajaan mengeksploitasi tabiat merokok rakyat untuk mengaut keuntungan

-"Kempen 'Tak Nak!' tak menjadi. Baik kita naikkan harga rokok."

-Cubaan untuk menaikkan taraf aktiviti merokok kepada aktiviti golongan elit.

-Supaya duit rakyat semua abis kat rokok je, takde la habis beli perabot/membazir/susu anak.



Image Hosted by ImageShack.usRasionalnya, perokok tetap akan merokok. Bebudak sekolah tetap akan belajar merokok. Masyarakat akan membazir dengan lebih drastik lagi membeli rokok.

Tiba-tiba koleksi tembakau import aku berasap kembali.

Tiba-tiba rokok murah rasa sedap.

Tiba-tiba aku jadi kurang merokok.

Tiba-tiba aku sanggup menumpahkan darah kalau ada yang berani pow rokok aku.

Jesteru itu, menurut pendapat aku tindakan menaikkan harga rokok ini tidak akan menbawa sebarang impak yang besar. Macam biasa je. Mulai hari ini, belilah rokok bebas cukai. Belilah rokok seludup. Sokonglah aktiviti penyeludupan rokok supaya kita boleh menikmati rokok yang murah. Bila banyak permintaan terhadap rokok seludup, maka tokei-tokei smuggle ni akan lebih berani menyeludup dalam kuantiti yang lebih besar. Pasaran rokok akan dipenuhi dengan rokok murah. Sapa nak beli rokok mahal?!

TAX SUCK, BUY SMUGGLED CIGARRETES

Saturday, September 11, 2004

:: Roadtrip

Image Hosted by ImageShack.us Sepanjang minggu ni asik berjalan je. Pegi jengka, naik Kl, balik Lipis, rempit ke Bontong, naik KL balik. Letih toksah ingat. Sebab tu lah aku tak amik lesen memandu, sebab tak nak jadi pemandu. (padahal takde duit nak amik lesen). Bila jalan-jalan ni banyak tempat menarik kita dapat tengok sepanjang roadside, tapi takde tempat yang paling best selain daripada bilik tidur umah kita sendiri...



:: Full Metal Alchemist (FMA)

Image Hosted by ImageShack.us

Sekali layan cite ni rupanya best jugak. Kompom gua angkat VCD dia nanti. Konsep dia menarik. Pasal alkimia rasanya. Anime zaman skang ni bukan untuk bebudak lagi dah...

Monday, September 6, 2004

:: Pra Puasa (part1)

Image Hosted by ImageShack.usJadi sebelum start puasa ni baik aku makan mende-mende yang nanti bila dah start puasa terasa nak makan. Ada berapa hari lagi boleh makan siang? Aku tak nak lepaskan peluang. AKU MESTI PULUN HABIHH!!!!



:: Senarai pulun habih hardcore edition:

-Hassan kepak (king of kepak ayam madu panggang Lipis)

-satay pizza

-ayam kentaki

-McFlurry/Sundae

-nasik beriani ayam madu kat Raub

-nasik ayam Azri (lagenda nasik ayam Lipis)

-dadih

-mini murtabak

-ayam golek

-kari kambing Rapi Shop (champion kambing peringkat daerah)

-chiken chop Cik Pie (lagenda chicken chop Lipis)

-nasik goreng Kedai Din (ketua nasik goreng)

-nasik lemak/mee kari Pak Teh Korner(top breakfast spot)

-mee bandung Makcik Milah

personal favourite- udang tepung sweet and sour (citarasa berbeza antara restoran)



by the time korang baca ni, mungkin aku dah setel separuh dari senarai di atas.

Sunday, September 5, 2004

:: sketch

Image Hosted by ImageShack.us

Ini sketching untuk projek 'Adik Pedal'. Baju kelas. Masa meeting ari tu aku sempat melakar overview design baju tu. Diaorang haram tak puas hati...



Image Hosted by ImageShack.us

Ni Motif utama baju tersebut. Dalam bulatan tersebut adalah gambar kepala gadis (kartun). Mengikut content flow dia, orang akan notice gambar awek tu dulu sebelum baca nama kelas diaorang. Kemudian barulah baca nama sekolah (SMKC). Aku tak nak orang overlook gambar awek tu sebelum baca nama kelas ni. Jadi susunan dia haruslah begini.



Image Hosted by ImageShack.us

Ini position design-design tersebut pada baju. Depan logo kelas. Belakang nama-nama pelajar dalam kelas tersebut.



Image Hosted by ImageShack.us

Gambar mouse untuk menunjukkan bahawa kelas ini membangun sejajar dengan perkembangan IT.



Sekali dah siap...

Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us

(amacam, ada sapa-sapa lagi nak tempah baju kat Oxygen Studio?)

Saturday, September 4, 2004

:: Mental Block

Image Hosted by ImageShack.us



Dalam keletihan yang teramat sangat aku masih mampu lagi membuat sebarang pekerjaan kalau kena dengan gayanya. Dalam tekanan perasaan yang mendalam, apa-apa pun boleh jalan lagi. Tapi kalau dah mental block ni, apa pun tak jadi. Macam tu tak boleh, macam ni tak boleh. Padahal senang sangat setakat nak design baju bebudak asrama. Tapi silapnya diaorang request supaya ada stereng kapal dalam design diaorang. Ahh.. mende-mende stereng kapal ni tak kena langsung ngan jiwa aku.

Mungkin ini semua bukan sekadar mental block?

Mungkin daya kreatif aku tersangkut sebab nak buat sesuatu yang tak kena ngan jiwa aku?

Oxygen Studio flagship t-shirt design coming soon...

Friday, September 3, 2004

:: Karnival Lipis 2004

Tahun ke tahun karnival Lipis semakin selenge. Malam perasmian semalam lagi selenge. Artis ramai gile tapi tak sempat nak perform sebab tak cukup masa. Sebabnya? Ucapan panjang berjela dari tah sapa-sapa tah. Paling selenge sekali takde pertandingan kugiran seperti tahun sebelumnya. Maka karnival lipis hanyalah untuk makcik2 dan pakcik2 serta kanak-kanak. Yang muda-mudi remaja boleh menggunakan kesempatan ini untuk merempit motor masing-masing dengan jayanya.



:: Hei si gadis yang manis

Usyar2 laptop Pedal terjumpa pulak gambar sorang gadis ni. Masa first time aku tengok, hati aku berkata "Ini orang ke bidadari?". Lalu gueh save ka dalam disket, dan hasilnya!

(gambar ini hanya akan diremove jika terdapat sedikit sahaja komplen dari sesiapa yang concern sangat kononnya)



:: Bertemu Yasin Senario

Dia ni memang lawak sampai ke tulang orangnya. Tapi aku tak jumpa langsung gambar dia dalam internet. Sesapa ada passing la kat aku!



:: Video of the week special!

Gua jumpa video ni kat Jiwang.org. Aku sangatlah merekomen korang untuk download dan menyaksikannya sendiri. Aku memang suka. Muse- Butterflies and hurricane tu mungkin akan stay sampailah ke tarikh release single lagu tu pada 20th Sept.

Alizee - La Isla Bonita

kat section download diaorang di:

Image Hosted by ImageShack.us

*update 8.30pm- ada lagi 2-3 vclip yang power kat jiwang ni. Korang check la sendiri.