Friday, September 24, 2004

:: Cerita Dalam Seluar

Image Hosted by ImageShack.us

Kali ini aku akan bagi satu pendedahan yang ekslusif untuk korang semua. Sebagai seorang yang menjalani kehidupan yang sangat huru-hara dari segi fizikal dan mental, aku kena banyak bersedia. Aku kena banyak bawak barang2 ke sana-kemari. Banyak mende kena standby. Jadi poket aku selalu penuh. Jadi skang ni aku nak cerita kat korang pasal mende2 yang aku sentiasa bawak dalam poket aku. Kalau McGyver boleh bawak selotape ngan pisau Swiss Army ke mana-mana, aku pun nak standby jugak. Aku boleh gerenti, kalau korang jumpa aku, aku boleh tunjuk semua mende ni kalau korang mintak, sebab aku memang bawak ke mana-mana, hari-hari.

Takde cara lain untuk tunjuk seme barang-barang ni selain daripada tebar semua atas scanner.



Dompet

Image Hosted by ImageShack.usInilah mende paling primary sekali aku bawak ke hulu-kehilir. Tugas dia bukan untuk simpan duit (sebab aku memang takde duit sepanjang masa). Dalam dia ada IC aku yang versi lama tapi gambar kaler. Lesen memandu. Kad bank dalam 7-8 keping. Namecard-namecard yang penting. Pick gitar 2-3 keping. Kad klinik gigi, klinik kesihatan dan hospital. Plaster. Koleksi duit RM lama (orang cakap ada ong kalau simpan mende ni, aku haram tak percaya)



Talipon Bimbit

Image Hosted by ImageShack.usIni adalah perkara no.2 primary. Tipon bimbit ni aku beli tahun 2001 ari tu lepas dapat durian runtuh dari Jabatan Buruh. Sebelum beli tu aku 2 tahun tengok gambar je tipon ni. Kalau korang tak tau inilah model yang Neo guna dalam cerita The Matrix yang first ari tu. Terlalu satisfied ngan telepon bimbit idaman aku ni, skang aku takde planning langsung nak tukar yang baru. Kapasiti storage dia boleh simpan 1000 no tipon awek-awek. Tapi aku baru guna separuh.















Kunci Utama

Image Hosted by ImageShack.usMenatang kunci ni dari awal dunia lagi dah berada dalam poket aku. Sangat penting sampai mende yang diaorang bukak pakai kunci ni aku tak boleh bagitau. Rahsia. Tapi ada satu kunci motor Yamaha Y80 aku yang dah kena tarik ngan polis aku simpan lagi demi untuk menunjukkan bahawa motor yang terkunci rapi kat balai polis tu adalah kepunyaan aku. Satu hari nanti aku akan raid balai tu dan ambik balik motor aku tu. Jumlah kunci dalam keychain utama aku ni semakin bertambah dari hari-ke hari.



Kunci Kawasaki Turbo

Image Hosted by ImageShack.usKawasaki Turbo adalah sebuah mesin yang sangat berbahaya sehinggakan kunci dia kena letak berasingan dengan kunci-kunci yang lain. Kunci power dia yang hitam tu manakala kunci tank minyak dia adalah yang diperbuat daripada kuprum permaganat tu (warna emas). Bila outstation aku tak bawak kunci ni sebab buat berat je.











Rokok Kent.9

Image Hosted by ImageShack.usKalau menatang ni takde dalam poket aku, bermakna aku sedang berada kat dalam umah, ataupun sedang tidur, ataupun tengah takde duit, ataupun tengah mandi sungai. Dengan harganya yang melambung tinggi, aku akan sentiasa memastikan bahawa mende ni sentiasa ada menemani aku dalam apa jua keadaan sekalipun.





Lighter

Image Hosted by ImageShack.us

Kalau dah ada rokok, kenalah ada lighter kan? Takkan hari-hari nak pow api kat mamat indon yang sering lalu-lalang kat depan kedai aku nih. Dan lighter tu pulak haruslah sedondon dengan warna kotak rokok untuk memastikan kadar stylo yang tarbaik sepanjang masa.



Singgam

Image Hosted by ImageShack.us

Makan singgam adalah perlu selepas makan nasik untuk clearkan balik mulut kita. Takkan bau petai tu nak maintain je dalam mulut? Supply singgam ni kena sentiasa ada.



Pick Gitar

Image Hosted by ImageShack.usIni untuk standby kalau melepak mana-mana yang ada gitar, boleh jugak layan-layan riff Plug In Baby. Aku main gitar kena pakai pick sebab fingering memang tak ngam dengan jiwa aku. Pick ni cap Scotty's nylon (medium). Aku tak tiru langsung Matthew Bellamy (Muse) tapi kebetulan selera kitaorang sama. Masa sure pekat ari tu aku beli 6 keping pick ni untuk spare masa aku perform. Skang dah tinggal sikit.



Itulah semua mende yang aku bawak dalam poket aku hari-hari. Yang aku herannya korang boleh baca mende ni sampai habis, takde mende lain ke nak buat? Mende dalam poket aku pun nak tau jugak ke? Hoh!

No comments:

Post a Comment