Monday, January 31, 2005

:: Sua Suwey Good Morning

tak mandi, tapi melepak



Takde yang paling best di waktu pagi selain menghisap rokok. Nak-nak pulak pekena sambil buang air besar di pagi yang syahdu.

Pagi tadi aku bangun boleh tahan awal. Masalahnya supply rokok dah habih. Jadi aku ambik duit dari dalam wallet, dan terus turun bawak beli rokok. Bila nak masuk umah semula, baru aku sedar aku tadi keluar straight dari katil (rambut serabai, muka bersepai, masih dengan sut tido- spenda tak pakai dan berbau harum), dan hanya ambik duit note RM10 je. Kunci umah, tipon bimbit semua tak bawak. Nak nangis rasanya tak dapat masuk. (waktu pagi takde orang kat umah aku).

Aku turun kedai, tapi takde orang. Mak aku entah ke mana dah pepagi ni. Aku menjadi kaget. Dengan condition aku yang tak mandi ni, maka tak elok sangat aku berada di luar umah.

Dalam keadaan panik tu, aku terserempak ngan member aku ni. Tetiba dia insist ajak aku minum air (sarap). Sungguh-sungguh ajak. Tak nak menghampakan member ni, aku pun pekena la minum ngan dia.



Begitulah kisah rentetan peristiwa aku tak mandi tapi melepak pagi tadi.

Sunday, January 30, 2005

:: Late Show With kumprinx

Seleksi post-post pendek



:: Ngeh ngeh ngeh.. bidadari...

Tadi aku baca balik Bidadari. Banyak jugak typo rupanya. Dan ada jugak *beeb* yang tak kuar bunyi (on the Geoshities server, run your cursor through the grey *beeb*, you will hear a 'beeb' sound).

Jauh di sudut hati aku, aku nak tulis balik Bidadari ni with full detail of apa yang telah berlaku. Masa aku tulis tu pun, macam tergesa-gesa je. Tapi feel masa aku tulis tu dah tak berapa terasa skang ni. Masa tu jiwa aku tengah betul-betul kacau. Dengan penuh emosi aku menulis. Laju pulak tu. Maklumlah, ingatan tengah fresh. Siap buat The Making lagi. Hmm... nak tulis ke tidak? Banyak jugak mende yang terlepas pandang, tak sempat nak masuk. Amacam?

Untuk menjaga integriti kisah aku ni, setiap page aku taruk script yang menghalang korang dari right-click ngan select text. Mana tau ada kutu yang nak pegi copy cite aku ni tepek kat tempat lain pulak. Boleh, tapi kena launch dari main page dia tu (atau blog ni).



Namun begitu ada satu bab yang korang boleh select text dia. Dan kalau korang select semua sekali, korang akan jumpa satu bab yang tersembunyi. Jumpa tak? ;)



:: TagBod

Kalau korang tag kat tagbod ni, tinggal la URL sekali. Senang aku nak buat serangan balas. I know the cute Liza (cubit pipi kang...), seraph, ngan deetree.



:: Header baru

Tadi aku semangat waja buat header baru. Sempena tahun baru cina ni. Sekali nengok kalendar, lambat lagi rupanya. Nantilah aku tepek. Tapi kali ni jangan bimbang, takde dah 'seksoss nyosss'. Biasa aku nengok blog orang lain, geram-geram aku nak buatkan header untuk dia. Ikut depa lah..



:: Near Miss

Ahh.. aku rasa bangang je letak timer 'Radio Darkness' ni. Dah banyak kali dah near miss yang akan menyebabkan aku terpaksa reset balik timer dia. Bila-bila aku makan nasik, nak jugak aku sms tanya dia dah makan ke belum. Bila bangkit dari tido, nak jugak aku ucap 'Good Morning' kat dia. Tapi skang dah 5 hari. Satu perkembangan yang memberansangkan...

:: Kepak Ayam Madu Jerantut Yang Kecewa

Tak berapa lama dulu Kuala Lipis dikejutkan dengan satu hidangan istimewa kat RapiShop (Kedai mamak) iaitu kepak ayam madu. Makanan ni menjadi sangat popular di kalangan pekerja-pekerja lombong dan mereka-mereka yang baru balik dari pejabat.



Perusahaan kepak ayam madu ni dijalankan oleh En.Hasan. Dia menumpang kedai RapiShop ni untuk berniaga. Berasal dari Sabah (yang popular dengan kepak ayam bakar), bapa kepada 2 cahayamata ni telah menempa nama sebagai kepak ayam yang paling champion sekali kat Lipis ni. Biasa dia bukak time 3-4 petang. Dan menjelang pukul 6pm, semua supply dia dah habih. Orang berebut-rebut beli.



Kepak ayam dia toksah cerita. Berkilat-kilat dipanah matahari. Di bakar sampai keperang-perangan dengan aroma yang menusuk. Dihidangkan dengan sepiring sos istimewa (agak cair dan manis). Menjadikan kombinasi pencicah yang paling ideal untuk kepak ayam dia ni.



Kepak akan dipotong di bahagian sendi menjadi 2 bahagian. Biasa aku balun drummet dia dulu, baru pekena wing dia sebagai jurus finishing. Memula korang patahkan hujung sayap tu. Gigit-gigit dengan manja, kendian progress ke bahagian yang tertinggal tadi. Bahagian ni ada 2 batang tulang. Seluk ke dalam daging yang empuk tu (pakai jari), dan keluarkan tulang yang pertama (mana-mana satu pun boleh). Time ni kulit dia dah terkoyak dan menampakkan isi yang putih dan berasap kepanasan. Nanti! Jangan masuk mulut lagi! Cicah kat pencicah dia sampai hati korang terharu menengok keputihan isi ayam yang empuk tu dicemari dengan merah pencicah istimewa tu. Pastikan pencicah tu meleleh, baru stylo. Pegang hat hujung tulang yang tertinggal tu. Kendian macam biasa, pejam mata pelan-pelan... masuk dalam mulut, tarik tulang tadi (hanya tulang je keluar, isi tinggal dalam mulut) dan kunyah. Pada peringkat ini tidak mengapa untuk mengalirkan air mata. Semua orang pun macam tu.



Dan yang paling penting, harga kepak ayam dia ni hanyalah RM1.20 (masa mula bukak dulu RM1.00).



Tetapi itu semua tak lama. En.Hasan telah diserang penyakit yang misterius. Dia jarang bukak gerai kepak ayam dia. Ramai yang kecewa. Last-last dia stop. Ke mana haluan En.Hasan ni kitaorang tak tau. Dengar cerita dia dah balik Sabah.



But we have'nt seen the last of Kepak Ayam Madu. En.Hasan sempat menurunkan ramuan istimewa dia kepada RapiShop. Lalu RapiShop telah mengupah seseorang lain untuk menjual kepak ayam madu di kedainya.



Namun, rasa dia dah takde 'kick' sebagaimana En.Hasan buat. Dah tak pure. Takde feel. Teknik dia bakar pun macam lari tune sikit. Tapi rasa ramuan En.Hasan tu tetap ada. Cuma feel je dah hilang.



Malam semalam sekembalinya dari Mentakab, aku singgah kat Jerantut untuk makan malam. Ada ternampak orang jual kepak ayam bakar. 'Kepak Ayam Madu' katanya. Maka aku pun berhajat nak sample kepak ayam ni. Hasilnya sangat mengecewakan. Ada something wrong dengan teknik membakar dan aplikasi madu dalam kepak ayam dia. Madu tu hangus dengan teruk sampai hilang definisi rasa dia. Dah tu hidang pulak ngan kuah kicap pedas. Satu kombinasi yang gagal sama sekali. Tak sedap tu aku tak kisah sangat sebab nak komplen banyak-banyak kang, mende tu makanan. Tapi yang paling aku hangin harga dia.



Kamon la... RM1.70 satu?!

You got to be kidding me brader...

Friday, January 28, 2005

:: Mencerna Keyakinan Diri Yang Positif (18)

Image Hosted by ImageShack.us

Zaman kegemilangan aku kuat travel dulu, aku selalu pekena buang air kat tandas awam. Tandas awam ni ada macam-macam jenis. Ada yang wangi, ada yang cantik bersih dan tak kurang jugak yang bau macam ular.

Selalu tandas awam mesti penuh ngan orang. Nak-nak tempat hotspot macam stesen bas. Nak buang air pun kadang-kadang kena tunggu sampai 20 minit. Itupun kalau tak kritikal. Kalau time kritikal tu, nak buat macamana?

Biasanya aku akan bersabar sampai turn aku. Sebab sebagai pengguna perkhidmatan bas yang tegar, aku pasti bisa manahan panggilan mesra alam hingga ke saat yang terakhir. Tapi fokus aku hari ni adalah kepada buang air kecil.

Sebelum ni aku sanggup tunggu sambil kepit-kepit kaki padahal menatang kencing berdiri tu ada kat tepi. Cikgu aku panggil mende tu male urination. Tak kisah la apa jaddah nama dia. Masalahnya aku takde keyakinan diri untuk pekena kencing kat situ.

Mana tau ada orang pakat-pakat sekodeng nak nengok $%^$& aku. Lagipun kalau ada orang kat tepi-tepi memang susah nak kencing. Pasal psikologi jugak ni. Korang pun aku yakin ada jugak mengalami masalah ni.

Lama-kelamaan aku sedar kepentingan bagi aku untuk mampu kencing kat menatang tu. Mana tau nanti bas berhenti kejap je, tapi orang ramai tunggu turn. Mana tau nanti ada emergency yang betul-betul memerlukan aku gunakan menatang tu.

Akhir-akhir ni aku training kencing kat situ. Memula memang haram tak boleh pegi punya. Nak-nak ada orang kat belakang. Walaupun orang tu buat rilek je tak menunjukkan tanda-tanda nak sekodeng, tapi dia tak boleh gi jugak.

Kendian aku memujuk diri aku, kalau orang tu nak sekodeng pun, apa yang dia dapat? Sama-sama laki. Dia pun ada #%$&^ jugak. Nak nengok orang punya buat apa? Lain la ada kamera. Kalau macam tu maka I'm free to kick his ass la.

Bab masalah psikologi tadi, aku rasa kalau dah nak kencing tu buat apa nak malu-malu? Semua orang kencing jugak. Tapi bab ni lah yang paling susah aku nak atasi. Ia memerlukan kosentrasi dan daya tumpuan yang tinggi. Lama-kelamaan aku berjaya jugak



Sekarang, tak kira tandas mana, kalau aku nak kencing, aku akan dengan konfiden menuju ke male urination tu, bukak zip, dan terus shhh...

Hidup aku skang ni menjadi lebih mudah dengan adanya skill baru aku ni. Aku tak perlu lagi kepit-kepit kaki nak tahan kencing kat tandas awam. Aku sungguh bangga dengan kemahiran baru aku ni. Aku rasa normal macam orang lain jugak. Dan yang paling penting, skang ni aku tak takut lagi dengan penggilan mesra alam.

Bring It On!!

Thursday, January 27, 2005

:: Radio Darkness timer

Ok! Aku dah pasang timer kat blog ni. Timer tu mengira masa dari kontek (SMS/phone call) aku yang terakhir sekali ngan 'Bidadari'. Lepas ni aku akan berusaha untuk tak mengontek dia lagi. Sama-sama kita nengok selama mana aku boleh bertahan.

Tell you now, at any given moment, my finggers are itching for the phone.

Korang jugak kena la bagi semangat kat aku dengan mengucapkan "Berusahalah!!" (atau "Ganbatte!!" dalam bahasa Jepun) kat TagBod tu. Dengan dorongan dari semua, aku mampu melakukannya!!

Ayooohh!!



p/s: This site looks funny in Firefox.

:: Member-member saya yang caring

"Sudah la tu kumprinx, risau komeh nengok engko ni"

"Entahnye... sampai bila nak sasau macam ni. Tak fun la cenggini"

"Kami rindukan kumprinx yang dulu"

"Aaa.. macam ni, kami akan rekemenkan ko sorang awek"

"Haa.. betul tu. Ko cakap je yang macamana kitaorang akan 'agensi-mencari-jodoh-kan' ko"



Jawapan saya:

"First sekali mesti cantik. Bukan cantik muka je, tapi hati pun mesti cantik. Cantik muka tu aku tak kisah sangat. Orangnya haruslah sedang-sedang molek. Tak lebih besar dari aku, seboleh-bolehnya kecil tubuh badan supaya sedap mata aku memandang. Kulit dia mesti cerah. Tapi bukan sebarangan cerah. Aku nak yang stail ada transparency value pada kulit dia di mana cahaya tak akan di-reflect straight dari permukaan tapi tembus ke dalam dulu, baru reflect. Setakat pigment sesikit tu aku boleh maafkan. Dan orangnya mesti tak banyak bersolek, sebab kalau cantik bila bersolek, aku ragui dia akan still cantik bila tak bersolek. Kalau boleh yang takde secalitpun kimia kat muka dia, tapi still cantik. Percakapan dia haruslah lembut dan jelas pertuturan. Di mana bila aku bercakap pulak, dia akan menumpukan perhatian dan mendengar sepenuh hati walaupun aku cakap perlahan. Dia mesti tau apa yang aku nak, bila aku nak, dan macamana aku nak. Tak perlu aku cakap kalau aku perlukan sesuatu, jesteru dia haruslah peka terhadap keperluan aku. And in return I'll do the same. Aku tak suka main-main. Seseorang itu haruslah menyerlahkan kualiti tersembunyi di hadapan aku sampai aku jatuh cinta separuh mati bukan sebab sifat fizikal dia. Tapi sebab diri dia yang sebenar. Seseorang yang sanggup menunjukkan semua yang buruk dalam diri dia sebab dia tahu kalau aku dah suka kat dia aku tak kisah pasal semua tu. Pasal pemakaian pulak, aku nak seseorang yang bila aku tengok, aku akan nampak diri aku sendiri dalam diri dia. Di mana kalau aku ni pompuan, aku akan pakai sebegitu jugak. Sebab pakaian-pakaian yang sebegitu aku gemar. Aku nak seseorang yang tak takut nak get in touch with her inner feeling. Seseorang yang akan betul-betul cakap apa yang dia betul-betul fikirkan. Tak bersembunyi dan tak simpan apa-apa ngan aku. Seseorang yang akan selalu menegur kesilapan aku but in the same time boleh tolerate apa-apa yang aku buat. Seseorang yang appreciate the simple things in life yang kita selalu overlook. Cinta dia terhadap aku haruslah tak berkarat dan pandai menjaga kredibiliti aku di mata masyarakat. Seseorang yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap apa yang aku buat, *tapi* kalau berkenaan apa yang dia tak suka, dia takkan komplen cuma tak ambik pot je. Haruslah sanggup melancarkan tumbukkan padu maut terhadap aku apabila aku bersikap keterlaluan. Pandai menjaga diri sendiri sebagai orang yang berdampingan dengan aku. Yang paling penting seseorang yang memberi impak yang besar dan mampu mengubah persepsi aku dengan kebijaksanaannya. Lagi pasal bagaimana bla..bla..bla..."



Sejam empat puluh lima minit kemudian...



"Pegi mati la kumprinx!!"

"Entahnye, ko kahwin ngan pontianak la!"

"Masuk geng 3 kupang la ko nanti"

"Kawan ngan monyet la..."



Mustahil ada pengganti untuk 'Bidadari'

Wednesday, January 26, 2005

Image Hosted by ImageShack.us

Seleksi Awek Minggu Ini (AWI) tak semestinya datang daripada industri hiburan sahaja. Kami juga memperluaskan pencarian ke arena sukan, politik, perniagaan, modelling dan lain-lain.



Memperkenalkan Maria Sharapova

Image Hosted by ImageShack.us

Anak kelahiran Nyagan, Rusia (Wilayah Siberia) ini adalah the only reason to watch tennis on TV. Dia start main tenis pada usia 4 tahun. Bapak dia ajar. Pastu dia masuk Nick Bollettieri’s Tennis Academy kat Florida, US masa umur 9 tahun. Time tu 2 tahun tak jumpa mak dia sebab masalah visa ngan kewangan. Sian dia ekk..?



Tapi semua tu dah berbaloi skang ni. Dah la cantik, terrer pulak tu. Kalau dah cantik, maka endorsers pun suka la nak endorse. Tapi meskipun begitu, Sharapova tetap fokus terhadap permainan dia. mende-mende lain tu dia tak ambik pot sangat.



Bila nengok permainan dia, kita tau dia jenis yang takkan give-up senang-senang je. Sejak muda lagi (turned pro at 14) Sharapova dah follow satu program physical conditioning. Dan hasilnya nengoklah sendiri. Dah la tinggi (1.83m), slim pulak tu. Kualiti-kualiti yang macam ni lah yang melayakkan seseorang itu mendapat pengiktirafan Awek Minggu Ini.



Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



Unofficial Website

:: Awek yang hilang selipar

Ada awek 2 orang ni masuk kedai aku guna kompiter. Masa tu aku kat umah pekena Alias. Bila aku turun aku pun jeling-jeling nak nengok macamana rupa paras budak ni. Sorang tu tak bape cun, pastu sorang lagi muka tepung. Tetiba jelingan aku berjaya dikantoikan. Lalu aku macam biasa buat-buat senyam ramah untuk cover-line.

Diaorang ni bebudak lagi. Stail gedik-gedik mengada-ngada. Maklumlah bebudak baru nak membesar. Masa diaorang nak kuar tu, tetiba menjerit budak ni. "Selipar ilang!!". Tak sempat pun aku yang caring ni bertanya apa yang dah berlaku, dari mulut diaorang dah kuar macam-macam sumpah seranah. Tak tinggal jugak petik-petik nama orang yang diaorang saspek curi selipar dia tu.



Kalau la muka ko tak tepung

kalau korang ni elok bahasa percakapan

kalau la korang ni tak buat perangai gedik

Kalau la korang mintak bantuan aku instead of maki-maki

aku sanggup naik umah ambik selipar bagi korang pinjam

tapi dalam kes sebegini...



Korang balik kaki ayam je lah!

Tuesday, January 25, 2005

Image Hosted by ImageShack.us



Malam semalam. 10.05pm



Suasana cerah ibarat siang

bulan mengambang penuh

bersinar ceria

Bintang berkelipan



Sejak dulu lagi aku saspek. Bila bulan mengambang penuh, tarikan graviti bulan tu memberi kesan terhadap otak aku. Dan seterusnya mengaktifkan mode blues yang jarang-jarang sekali muncul. Bila mode blues telah diaktifkan, pemikiran akan menjadi berkarat. Thus, the term 'Jiwang Karat'. (Hek ele...)



(Start pada sini, korang baca dalam keadaan bergema)

Hari-hari aku memujuk diriku.

"Sudah-sudah la tu... apa lagi yang nak di-sasau-kan?"

Dan aku juga dah nekad, aku tak nak dah hantar-hantar mesej pesanan ringkas. Hantar kredit ke. Aku tak nak dah me-refresh ingatan aku.

Tapi sekali-sekala ada jugak SMS-SMS yang kantoi ter-send ke bumi kenyalang tu.



Mende-mende yang telah berlaku terhadap aku ni terlalu rumit/sulit untuk difikirkan. Indeed, they all have a certain reason. Unfortunately, the reason is

way beyond my ability to comprehend.



and then I remember to relax, and stop trying to hold on to it, and then it flows through me like rain-

Hakikat apa yang telah berlaku



And there's nothing else I can really do

there's nothing else I can really do at all



Tiit tit... tiit tit...

One message received - Read

From:

Bidadari




Keluar, dongak ke

atas...

Malam ni saya

hadiahkan langit

untuk awak...

:: Membangkitkan Wolverine yang terlena

Image Hosted by ImageShack.us

Hari tu aku semangat waja nak simpan rambut. Pekena rambut panjang pulak. Kemudian tetiba terasa rimas. Tanpa pikir panjang aku pun pegi potong.



Kedai Gunting Rambut Bintang (est. '60an) adalah pilihan primary aku sejak zaman-berzaman. Kat sinilah aku first time potong rambut (kat kedai). Dan sampai hari ni seingat aku, aku tak penah pegi potong rambut kat tempat lain. Kedai ni kedai india. Semua crew dia india.



Masih jelas dalam ingatan aku masa aku kecik-kecik dulu, potong rambut kat sini. Punya la ligat tangan mapley tu, sekali terpotong sikit secebis dari cuping telinga aku. Magiknya aku tak menjerit pulak. Mungkin sebab aku tak duga langsung kelalaian mapley tu. Darah mengalir ke tengkuk aku. Mapley tu pulak panik. Kelam kabut cari ubat kuning. Mujur tak banyak sangat kena. Sikit je.



Namun kes tersebut tidak mematahkan semangat aku untuk terus mendapatkan perkhidmatan Kedai Bintang ni.



Trick dia gunting rambut kat kedai ni adalah jangan banyak komplen. Suruh je dia potong. Pastu balik umah, mandi dan korang apply sendiri styling macamana nak. Macam tu lah yang aku buat selama ni. Kalau nak harap dia ejas rambut korang sampai jadi macam Hugh Jackman, jangan harap la. Semuanya ikut 'ong' korang. Kalau nasib baik, elok la jadinya. Kalau jenis 'talak-untung' punya ari tu, jadi la macam cilake rambut korang. Nasib la.



Masa aku belajar ari tu, aku ada satu stail rambut ni macam wolverine. Nampak macam rumit nak buat, tapi I have perfected the teknik sampai bagi aku senang je. FYI aku dah 5 tahun tak penah guna sikat untuk styling rambut. Semuanya hasil jari jemari lembut aku ni.



Kini setelah sekian lama, kini aku nak buat rambut stail tu balik.

Lepas ni bebudak kembali melarikan diri bila nengok aku. Makcik-makcik akan sekali lagi menganggap aku ni penjenayah. Dan sesiapa pun akan rasa tak selamat kalau naik lift sekali ngan aku.

Aku peduli apa?!

Sunday, January 23, 2005

:: Kampung Gua - Sungai Koyan - Tanjung Lipis - Kuala Lumpur - Tanjung Besar [Non Stop]

Kampung Gua

Sebelum merempit ke Sungai Koyan aku kena pikap Ben yang berada kat Kampung Gua. Kampung gua ni kampung yang stail tepi-tepi jalan. Nampak la kemeriahan sambutan dengan keta-keta yang bersusun tepi jalan. Semuanya anak-anak yang jauh balik datang beraya. Kat kampung gua ni aku miss nengok orang sembelih lembu. Yang ada hanya sup gearbox terhidang untuk aku. Jadi aku pun pekena la sedas dulu sebelum memulakan perjalanan ke Sungai Koyan bersama Ben.



Sungai Koyan

Sungai Koyan ni umah member aku masa sekolah dulu. Yati namanya. Aku ingat dekat je pegi sini, rupanya jauh tak ingat. Lalu ikut tengah ladang kelapa sawit. Naik pedih la jugak mata nengok kelapa sawit terbentang luas. Pepehal aku dah janji ngan Yati nak datang jadi aku tabah je sepanjang perjalanan. Sampai umah Yati aku ngan Ben melepak pekana air oren satu jug. Sembang-sembang. Paling best Yati ada bawak member dia balik. Orang Kedah. Elok sangat rupa paras orangnya. Yati ada hidang satu hidangan yang aku tak pasti apa namanya. Lontong ke, lotong ke, soto ke apa tah. Yang penting best.



Tanjung Lipis

Menjelang petang aku ngan Ben pun beransor pulang ke Kuala Lipis. Sampai umah aku dan mandi-manda je, pastu terus ke umah famili ipar aku kat Tanjung Lipis. Diaorang menganjurkan parti satay raya aji. Kat sini 2 family berkumpul sama-sama bakar sate dalam keadaan yang chaos (sebab semua amatur bab bakar sate ni). Kejap-kejap kang api besar, semua kecoh. Kejap-kejap kang api padam, kecoh lagi. Yang penting perut aku padat ngan sate. Diaorang semua memang champion bab-bab hospitality ni.



Kuala Lumpur

Pepagi lagi abang aku dah tipon ajak pegi KL. Kebetulan aku pun kena naik jugak sebab banyak supply kedai yang tak berapa nak ada. Kat KL semuanya touch and go action. Takde berpleseran jenjalan nengok-nengok. Menjelang petang terus balik.



Tanjung Besar

Ni umah arwah Aki aku. Pakcik aku ada buat kenduri kat sini. Dari KL kami terus merempit ke Tanjung Besar untuk pekena kenduri. Macam biasa musim Raya Korban ni, sempat jugak aku pekana sup gearbox diaorang. Malam tu barulah aku kembali ke tanah air.



2 hari aku kehulu-kehilir non-stop. Badan akupun dah macam seat keta dah. Letih tapi seronok sebab banyak dapat jumpa muka-muka yang aku jarang nengok. Pepehal raja aji tahun ni memang best. Tapi ralat sebab tak dapat nengok orang sembelih lembu/kerbau.

Thursday, January 20, 2005

:: Edisi Petang

:: Ayam (II)

Zaman dulu kat Kuala Lipis ni ada satu kedai jual nasik ayam yang sangat popular. Nama dia Halim Nasi Ayam. Time lunch hour padat ngan orang pekena nasik ayam. Setakat datang pukul 3 petang, jangan harap nak dapat pekena sebab ayam dia semua dah sold out menjelang waktu itu.

Entah macamanajaddah dia boleh buat nasik ayam yang best masih lagi menjadi misteri. Ayam dia semuanya soi-soi. Sup dia terasa macam sup betul (bukan sup kiub ayam). Pedas-pedas dia just nice. Nasik dia penuh dengan aroma sampai korang rasa makan nasik gitu je dah cukup.

Kendian Encik Halim ni ada masalah kewangan yang sangat serius. Dia terpaksa menamatkan aktiviti dia dan berhijrah. Buat seketika semua orang Lipis keputusan bekalan nasik ayam yang champion.

But we have'nt seen the last of Halim Nasik Ayam.

Halin sempat menurunkan ilmu nasik ayam champion ni kepada seorang kroni dia. Tak lama selepas itu dia bukak pulak satu kedai nasik ayam siap dengan breakfast menu. Maka legacy nasik ayam champion Kuala Lipis tak berakhir di situ.



Cerita kosong takde makna

Lusa aku ingat nak pekena nasik ayam.



:: Hari yang Migrain

Au bangun je dah sakit kepala. Banyak mende nak kena buat ari ni tapi semua tak jalan. Aku prefer melepak nengok gambar gadis kat pc. Pastu kat tengkuk aku ada pulak macam cramp-cramp. Orang cakap salah tido. Tapi apa jaddahnya salah tido. Macamana teknik tido aku boleh salah? Ada cara lain ke nak tido yang aku tak tau?



:: Lagu Karat Minggu Ini

Pade ada datang opis aku bawak hard disk. Dalam tu punyalah banyak video. Tak sempat nak nengok semua. Lagu pun banyak. Aku jumpa satu lagu yang dah lama aku cari. KRU- Janji Tinggal Janji. Zaman dulu aku ada kaset. Tapi dah hilang. Sekali sekala aku nak jugak pekena karat-karat ni.

Gadis... yang ku pinta hanyalah satu

Semadikanlah kenanganmu bersamaku

Walau ditakdirkan tak bersama lagi

Kau gadis pertama yang ku cintai




:: Seleksi Video Minggu Ini

Ni dari Awek Minggu Ini (Delta Goodrem)



Kylie Minouge - I Believe In You

Image Hosted by ImageShack.us

Kalau video akak Kylie ni mesti best pekena. Walaupun usia dah lanjut, tapi solid lagi beb. Video-video dia banyak meneroka idea baru dalam penyampaian visual. Dan cara dia present diri dia sendiri memang kreatif berjaya mencapai tahap seksi yang maksima (pada usia dia la). Saya suka sangat.

Kylie, we give love to you.



Pepehal itu sahaja untuk Edisi Petang.

Aku nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

Kepada semua.

:: Ayam

Masa zaman dulu-dulu, Kuala Lipis ni adalah satu ibusawat ayam yang popular di sekitar pahang ni. Masa dia jadi ibu negeri ari tu. Kat area jalan Jelai ni, aktiviti ayam ni memang meluas. Pelombong-pelombong yang baru dapat gaji semua akan flock ke Jalan Jelai ni untuk pekena ayam. Tak kira la yang bujang ke, yang lepas kahwin ke.

Skang ni aku saspek aktiviti ayam ni dah mula bertapak kembali kat Lipis ni. Ada seorang bapak ayam yang selalu supply ayam untuk warga tempatan. Ada ayam muda, ayam tempatan, ayam international. Saban hari ada je muka-muka baru yang fresh. Dan ayam-ayam ni takkan stay lama kat Lipis ni. Diaorang akan digantikan dengan ayam lain. Paling lamapun dalam 3 minggu je.

Malam semalam masa melepak kat Kompleks Alamanda (Cawangan Lipis) maka datanglah ayam 3 ekor kuar dari persembunyian rahsia diaorang untuk pekena makan malam. Ayam muda beb. Pakai seksi. Muka boleh tahan. Semua orang usyar semacam je. Mungkin ini adalah kempen saraf bapak ayam tu untuk mempromosikan ayam baru diaorang ni.



Hai ayam...

mengapalah engko jadi ayam?

Kalau engko tak ayam

Kalau engko kerja jual mee goreng hailam.

boleh jugak aku apply mengorat.



Rugi lagi sorang muka cantik

Wednesday, January 19, 2005

Image Hosted by ImageShack.us



Gambar ni dah lama dah kitaorang ambik. Time tu rambut aku pun pendek lagi. Tetiba baru ni Mael cakap ada hantu menumpang ambik gambar. Memula panik jugak. Pastu tengok bebetul, hek ele.. biasa sangat jadi macam ni. Kalau hantu sekalipun, datang la dekat-dekat sikit, baru clear. Ini tidak, main duduk jauh-jauh pulak.



Gambar ni kitaorang ambik kat tempat jamming Pakcik Rahim. Jamming dia ni dia letak kat umah kerajaan lama yang dah lama orang tinggalkan. Sebab kat situ dia boleh curi karan dan menjimatkan kos jamming dia ni.



Pakcik Rahim penah cerita, ada satu malam tu dia trainning sampai larut malam. Pastu bila dia balik, dalam keta dia ada terlebih sorang penumpang. Time tu Pakcik Rahim ni buat cool je dan pusing balik ke jamming tu. Sampai kat jamming tu, dia bukak pintu dan politely suh hantu tu kuar. Dia cakap

"Toksah la ngikut komeh..."



Pepehal gambar ni memang tak meyakinkan langsung. Mungkin refleksi mende-mende lain macam dahan pokok, sarang tebuan, langsuir ataupun jembalang tanah yang kebetulan cari makan kat situ. Pepehal kehadiran hantu ni telah mencacatkan gambar aku yang tengah posing baik punya ni.



:: Coming Soon

-The RM10,000 t-shirt (Spesel Feature)

-Game character that looks like Bidadari.

Tuesday, January 18, 2005

Image Hosted by ImageShack.us



Pengenalan

Aku dibesarkan di kawasan kampung. Kat tengah-tengah Pahang ni. Dalam lingkungan kurang dari 100km radius daripada titik pusat semananjung malaysia ni. Jadi di sekeliling aku hanyalah hutan, pokok, dan bukit-bukau yang tiada penghujung.



Hujung Daratan

Masa aku kecik-kecik, kawasan pantai ni aku hanya tengok dalam TV je. Kawasan pantai adalah satu area yang sangat asing bagi aku. Bila tengok dalam peta, senang je kita nak bezakan antara laut ngan daratan. Tapi bila aku pergi ke pantai, pertemuan antara air dan daratan adalah satu perkara yang sangat magik dan menakjubkan. Mainly pantai timur. Belah sana tu tak best sangat kot?



Angin

Udara kat tepi pantai terasa segar. Entah dari mana tah dia datang. Sedangkan angin dari Siberia pun boleh sampai kat Sabah. Angin kat pantai dah bertemu banyak mende sebelum mengusap pipi kita dengan lembut. We never know udara dari mana yang kita jumpa kat tepi pantai. Hembusan nafas siapa? Karbon dioksida dari sapa?



Jutaan Pasir

Bila kita menapak patas pasir, kaki akan tenggelam sikit. Sebenarnya pantai tu memujuk kita supaya stay kat situ. Dia tarik kita supaya tak pergi.



Ombak Yang Menghempas

Cerita 'Ong Bak' memang seronok di tonton. Tapi ombak kat pantai lagi seronok nengok. Endless. Tak henti-henti. Bunyi dia is everything but annoying. Sangat menenangkan bagi aku.



Berlari

Skang ni bila aku dah beso. Aku boleh pergi ke pantai bila-bila masa aku nak. Paling dekat Kuantan. Paling best Terengganu. Tapi yang sedihnya, jauh. Jauh sangat. Naik cramp pinggang kalau drive dari Lipis Ke Kuantan. Minyak pulak dah sekian. Apatah lagi tol highway baru ni. Maka berada di tepi pantai ibarat satu kemewahan bagi aku yang sekali-sekala je boleh pekena.



Bila sampai je tepi pantai, aku tak sabar-sabar lagi. Pastinya aku akan melompat keluar dari keta dan berlari-lari ke arah pantai



Menghirup udara sedalam-dalamnya

Membuka mata menyaksikan keluasan laut yang terbentang

Merasai pukulan ombak walaupun sekadar di hujung jari

Membuka tangan dan merasai angin dengan setiap deria



Image Hosted by ImageShack.us



Sungguhpun peratusannya terlalu bangang untuk di ambil kira

Namun aku percaya

Kerana aku tahu apa yang berada di seberang sana

Kerana di sinilah paling hampir aku berada dengannya



Hek ele...

Friday, January 14, 2005

:: Kelas Mari Belajar Komputer Mak saya

Memula mak aku lancarkan kelas ni aku tak berapa yakin sangat. Kelas ni adalah untuk mereka-mereka yang haram tak tau apa-apa pasal komputer. Basic.

Tetiba ramai je awek-awek yang datang tanya. Rupanya berpotensi sungguh kelas mak aku ni. Sampai aku sendiri terpaksa turun padang sebagai tenaga pengajar. Jadi cikgu la aku.

Kelas mak aku ni menggunapakai teknik hands-on. Maksudnya one-on-one. Dan kitaorang akan ajar sampai korang betul-betul dapat. Hari ni aku part time mengajar.

Biasa tengok dalam drama-drama melayu:

-Letak tangan atas bahu pelajar sambil jari menuding ke skrin pc.

-Bantu pelajar mengandalikan mouse dengan meletakkan tangan atas tangan dia

Mujur semua pompuan yang datang belajar.



:: Seleksi Pilihan Hari ini

Ada cerita best kat http://catruffeen.blogdrive.com/

:: Awek minggu ini - Delta Goodrem

Macamana kita boleh nengok seseorang dan kita cakap dia tu 'cantik'

Apa itu kecantikan sebenarnya? Ada banyak teori. Saintis pun dah banyak kaji pasal ni. Dan salah satu daripada teori tersebut ialah 'mapping'.

Maksudnya kalau semua menda terletak betul pada tempatnya, maka cantik lah dia jadinya.

Memperkenalkan Delta Goodrem.

Image Hosted by ImageShack.us

Ni awek baru jumpa punya. Dia ni adalah contoh teori 'mapping' dalam menilai kecantikan. Nak kata cantik sangat takde la dia ni, cuma semua kedudukan mata, hidung, mulut, kening dia berada di posisi yang betul.

Image Hosted by ImageShack.us

Kecantikan ni tak boleh diukur, tak boleh di banding-banding. Pernah tak korang jumpa seseorang memula tak cantik. Lepas tu lama-lama nengok jadi cantik pulak. Bab Delta Goodrem ni, first time nengok terus cantik. Sebab mapping dia yang tepat.

Image Hosted by ImageShack.us

Ofkos, aku menulis ni berdasarkan pengamatan visual semata-mata. Banyak lagi elemen lain yang kita perlu ambik kira sebelum benar-benar mengatakan seseorang itu-Cantik.



Official Site



:: Malaysia Topblogs

Vote la saya..

Thursday, January 13, 2005

:: Edisi Petang

:: Ikan makan orang

Tak masuk akal langsung. Tetiba takut makan ikan apa kes? Kalau ikan tu makan orang sekalipun, apa salahnya? Mesti ikan tu jadi lebih gemuk dengan makanan yang berkhasiat. Yang kita makan tu ikan, bukan orang yang ikan tu makan. Tahan la manusia daripada ayam yang makan cacing. Aku heran mengapa diaorang ni tetiba paranoid macam ni. Aku rasa setakat ikan kembung tu tak mboh pekena peha manusia. Makan je la ikan tu. Sian kat nelayan-nelayan kita.



:: Saya heran

Ada tak sesapa boleh explain. Skang ni banyak berita pasal nelayan-nelayan. Aku nengok masa diaorang tolak ikan tu diaorang berbisik-bisik. Pasal apa aa..? Ada nak cerita gossip apa?



:: Rosie Pak Wan Chik

Macamana ekk nak eja nama dia ni? Rosie ke Rozie? Dia ni telah menunjukkan persembahan yang hebat kat dalam rancangan Majalah 3 ari tu. Kagum aku nengok. Best la dia dapat pegi kat Achek tu nengok-nengok mangsa tsunami. Siap bagi duit kat makcik tu.

Rosie/Rozie Pak Wan Chik, we give love to you!



:: Sweet Proposal

Baru aku tau tajuk sebenar cerita ni. Cerita Korea rasanya. Pasal masak-memasak. Selama ni aku nengok aku haram tak tau tajuk cerita dia. Pagi tadi adalah episod terakhir dia. Aku miss sebab masa tu aku dalam bas nak balik ke Lipis. Ada sesapa nengok? Apa dah jadi kat awek tu? Jadi tak dia pegi luar negara? Yang laki tu pulak apa cerita?



:: Puteri

Satu lagi rancangan yang aku miss semalam sebab terpaksa merempit ke bank. Aku dah lama dah stenbai nak nengok. Siap buat alarm kat tipon lagi. Alih-alih miss jugak. Hangin tul...

Cerita ni semata-mata nak jual muka awek iklan tuala wanita yang dia sepit bunga ngan daun pintu tu (Intimate), emm... sapa nama.. Siti Farah?

Dia ni memang cute. Cuteeee sesangat. Suara pun cute. Ralat betul aku terlepas menengok. Dah takde review untuk korang.



:: Terasa hendak demam

Bukan aku kepingin nak demam. Tapi badan aku skang ni rasa macam tak best je. Ada seram-seram sejuk, kadang-kadang panas. Adakah ini tanda-tanda awal nak demam? Wabak denggi pun dah banyak kat Pahang skang ni. Dah la musim ujan. Nyamuk banyak.



:: Seleksi Pilihan

Ada cerita best kat Arisa Putri.

:: Signboard baru

Sebelum ni, opis kitaorang kat bentong banyak mengundang persepsi buruk di kalangan penduduk setempat. Antara syak wasangka diaorang, kedai kitaorang tu adalah:

-Tempat proses dadah

-Stor barang seludup

-Production house untuk video lucah dan gambar bogel

-Kilang ubat batuk

-Ibusawat kongsi gelap

-DiskoDut yang beroperasi secara haram



Ahad yang lalu berlaku satu peristiwa bersejarah di mana aku memberikan identiti kepada opis ni dengan meletak sebuah signboard DIY (kos: RM15) yang stylo. Skang semua orang patut tahu bahawa kitaorang bukanlah penjenayah yang buat mende tak elok kat situ. Lepas adanya signboard baru ni, ramai yang datang bertanya:

"Ada kerja kosong tak?" - Paling popular

"Jamming sejam berapa?" - Tak relevan sebab kitaorang bukan studio jamming

"Ni studio ambik gambar kahwin ke?"

"Studio perfileman ke bang? Ada audition pelakon baru?"

"Artis mana yang rakam album ngan korang ni?"



FYI

Kami menjalankan aktiviti silkscreen printing. Mencetak t-shirt dan kain rentang (banner). Bukan jual dadah, bukan discoDut.

Nama syarikat kitaorang adalah OXYGEN PRINTING SOLUTIONS. Dan nama OXYGEN STUDIO adalah jenama bagi produk kami. Hoh!



Video Padi - Kasih Tak Sampai - sapa ada? kontek aku ekk..

Thursday, January 6, 2005

:: Relive The Memories

Aku tau hari ni akan chaos dan aku terpaksa merempit ke sana-sini sebab hari ni aku akan berangkat ke bentong. Sebab tu awal-awal lagi aku dah mendapatkan sarapan yang berkhasiat. Hari ni aku pekena minum kat Restoran Tai Choong. Padahal tak penah-penah aku gi minum sini. Walaupun restoran cina, tapi semua kakitangan dia orang melayu.



Restoran ni corner lot kat tengah-tengah bandar Lipis ni. Antara restoran-restoran otai yang dah lama bertapak. Seingat aku sejak awal dunia lagi dah. Masa mula-mula bangunan tu didirikan, terus je restoran ni bukak. Kipas, suis kipas, meja kerusi dan semua peralatan dalam kedai tu sepatutnya dah hantar masuk museum.

Aku order roti kukus. 2 keping 'roti paun' yang dikukus dihidangkan dengan sepotong mentega beku dan sedikit kaya homemade. Mem-pekana hidangan seperti ini, yang aku tahu orang 50 tahun yang lalu pun pekena mende yang sama jugak, cukup membuatkan aku terasa satu perasaan 'old-school' yang manarik. Rasa macam zaman 50an dulu.



Roti paun kukus tu dihidang dalam keadaan panas yang berasap. Bila kita calit mentega beku, ia akan terus mencair dan menyerap menusuk ke dalam rongga roti tu. Belum boleh suap masuk mulut lagi. Kendian kita sapu pulak kaya homemade dia tu sampai meleleh-leleh. Lepas tu pejam mata kuat-kuat, baru suap dalam mulut. Pehh...

Menangis beb...



Kendian aku merempit ke stesen bas untuk membeli tiket ke bentong pukul 1.00pm. Benti je keta kat depan kaunter tu, terus ada sorang pakcik ni approach keta aku.

"Awak ni anak Ma Kampung Lalang kan?"

"Ha'ah pakcik" (time ni aku salam)

"Pakcik pegi hospital ni tadi. Uhuk uhuk..(batuk) Boleh tak hantar pakcik balik?"

"Balik mana?"

"Balik Kampung Lalang. Pakcik tak daya nak naik bas..."

Aku dalam hati:

"Hishh pakcik ni kang... Orang dah lambat ni. Nak balik bas pukul 1. Mana sempat. Minyak keta pun takde ni. Bukannya dekat Kampung Lalang ni. 16 batu pegi balik..."

"Boleh uhuk uhuk... boleh tak...?" tanya pakcik tu lagi.

Kesian pulak aku nengok pakcik ni. Lagipun bukan orang lain. Orang kampung aku jugak.

"Aa... boleh. Pakcik tunggu jap aa... saya beli tiket bas kejap"



Kendian akupun merempit menghantar pakcik tu ke kampung aku. Sampai kat umah dia.

"Terima kasih ye hantar pakcik. Nah, ganti minyak keta..."

Bila aku nengok duit yang pakcik tu hulur, bayangan...

-Mexican Chicken Hotel Centerpoint

-Kad topap celcom RM50

-Sundae McD

-Drumstick Zildjian 5B

-Rokok Kent9 sekarton

...silih berganti dalam fikiran aku.



"Tak payah la pakcik. Saya ikhlas hantar ni..."

"Jangan la macam tu, pakcik pun ikhlas jugak nak bagi awak ni."

"Tak payah... banyak sangat ni..." kata aku sambil ambik jugak duit tu.



Kampung aku ni jenis yang jauh masuk ke dalam. Bas pun lalu sampai simpang je. Dalam perjalanan kuar aku terserempak pulak ngan makcik jiran aku masa aku duk kat kampung ni.

"Weh! Datang maneh?"

"Aaa... Amin rupanye, datang bando ni tadi. Nak balik ke umah dah ni"

"Jalan kaki?"

"Ha'ah"

"Papalih jauhnye. Moh la saya hantor..."



Kendian sekali lagi aku masuk ke dalam kampung.

Makcik ni duduk kat sebelah umah aku time aku duduk kampung dulu. Masa aku kecik-kecik dulu, bila aku ter-stray main samapi ke umah dia, dia mesti panggil aku masuk dan ajak aku pekena nasik. Tak kiralah pukul berapa. Mesti dia ada stenbai nasik. Dan dia akan pastikan aku makan kenyang-kenyang.



Bila sampai umah dia, dia ajak aku masuk. Sebab ada mende nak kirim kat mak aku. Bila dah terlanjur masuk tu, apa lagi... Pekena nasik la jawapnya. Orang-orang kampung macam makcik ni selera diaorang tak di-spoil lagi dengan makanan-makanan yang 'high-end' macam yang kita biasa makan kat bando ni. Semuanya simple. Dia hidangkan aku sambal jering ngan ikan masin. Itu jam tangkap nangis punya aku makan. Pepalih best. Dia insist aku untuk tambah lagi nasik padahal aku dah 3 kali tambah. Dah kenyang tahap maharaja dah ni.



Aku balik dari kampung halaman aku sebentar tadi dengan perut yang kenyang tak ingat. Dan siap ada tapau sambal jering untuk mak aku. Dan aku tak perlu rushing lagi sebab aku dah awal awal beli tiket bas pukul 3pm.

Tuesday, January 4, 2005

:: Edisi Petang

Amaran! Pastikan anda memegang tangan anak anda apabila melintas jalan.

Tadi aku nyaris nak langgar bebudak kecik. Dia punya bapak steady je lari lintas jalan tinggalkan anak-anak. Pastu anak dia ikut dari belakang. Time tu aku tengah dalam kelajuan 60km/h something, terpaksa membrek emegenshi.

Skreeeetttt!!!

Nasib baik tak kena. Berderau jugak darah aku.



"Bodohh!! Pimpin la tangan anak tu!"

"Anak aku aku tau la!!"



Hei mamat ni kang...



:: Hepi besday Daddy!!

Semalam besday daddy aku. Kitaorang pekena dinner sampai padat usus aku. Lepastu kitaorang melepak kat opis dia untuk mendengar mandat-mandat terbaru sebelum pemergian dia ke Kuantan khamis ni. Tahun 2005 ni memang banyak perubahan drastik berlaku.



:: Hospital

Semalam aku gi hospital untuk pemeriksaan rutin. Aku duduk sebelah pakcik ni,

"Sakit perut, sakit kepala, pakcik ni dah macam-macam penyakit dah"

"Saya ni pakcik, sama lah. Kena gi cek selalu"

"Ye lah kita ni orang-orang tua, kita jaga je lah kesihatan kita. Teruskan je la hidup. Pasal hidup mati tu, itu urusan Allah yekk?"

"Apa kita?!"



:: Sarapova win over Venus

Tapi bukan fight apa, main-main je.



:: Apa Apa Aje

Masa memula iklan rancangan ni ari tu, aku saspen gile nengok sapalah yang jadi host dia. Sebab time tu dia tunjuk kaki je. Aku ingat mesti pengacara baru yang muda dan seksi.

Sekarang aku dapat tau pengacara dia adalah gandingan antara Shiela Rusli ngan Azlee (Senario).

Episod ari ni cerita pasal period pompuan. Mak aku sound,

"Ni cerita period-period ni untuk pompuan je. Awak sibuk nengok apahal?"

"Mak... ni Shiela Rusli ni. Kene tengok!"

Shiela Rusli memang champion. Dia adalah antara artis-artis tempatan yang aku respek. Mungkin sebab ini kali pertama mereka bergandingan, chemistry antara diaorang tak berapa jadi lagi. Aku maafkan.

Shiela Rusli, we give love to you!



:: Bola

Semalam aku tak nengok bola ni kat tv. Sebaliknya aku dengar kat radio je sebab terpaksa merempit ke Kechau 8 atas urusan. Surakhabar cakap Indonesia menang 4-1. Apa dah jadi ni? Kat Indonesia kemain tunjuk belang. Sampai kampung sendiri apa cerita beb?

Berita Harian



:: Bored?

Bacalah e-novel (?)!

Nyanyian Tanjung Sepi

Sesuci Cinta

Monday, January 3, 2005

:: Tagbod ni kang...

experiencing temporary technical difficulties

hangin tul aku. If you have something reeeealy important to say, comment on this post is open to public.



:: Explicity

Hari ini aku dapat tahu bahawa submission aku kepada GT telah di review dan beberapa perubahan kecil terpaksa dilakukan.

Sedari awal 1998 ari tu aku dah berkecimpung dalam dunia penulisan 'bawah-tanah'. Di situ aku memiliki kebebasan tanpa batas mengenai apa yang aku tulis. Macam-macam isu dah aku sentuh. Ada antara penulisan aku yang; memang macam bangang, provokatif dan entah hape-hape. Ada jugak yang aku main redah je tanpa usul periksa. Bila aku baca balik skang, memang macam gampang. Mungkin sebab aku masih kanak-kanak lagi time tu. (time tu peksa PMR aku pun tak suh tulis macam tu).

Berlainan halnya dengan dunia 'blogging' ni. Kalau dulu penulisan aku only available to a selected few, skang ni ia dah berada di dalam arus perdana ni. Dalam internet. Semua orang boleh baca. Baik tua bangka 'umah-kata-pegi-kubur-tak-terima' sampai la kanak-kanak yang tak bersalah boleh tersesat kat sini.



Adakah sampai masanya sekarang untuk aku mengubah 'tune' penulisan aku?

Is it too explicit for you?

Saturday, January 1, 2005

:: Tahun baru, mood baru, wajah baru, feel baru, hidup baru

Sambutan tahun baru aku malam semalam takde lagi berlari-lari macam orang gile. Melompat-lompat macam spastik dan berbaring di dalam longkang.

Sebaliknya aku me-repair damage yang aku lakukan sepanjang 2004 ni.

Aku kontek 'Bidadari'. Dan menyetel banyak perkara dengan dia. Setelah dibincangkan dengan teramat mendalam, akhirnya kisah 'Bidadari' ni sebenarnya takde ending. Ada lagi bab-bab baru yang akan datang.



Pasal blog ni. Pagi tadi aku ejas lebih kurang. Dan hasilnya aku pueh hati. Sebab ambil masa hampir 6 bulan untuk blog ni akhirnya kelihatan macam ni. Layout ni mungkin akan stay macam ni untuk satu jangkamasa yang panjang.



Jadi apa yang korang boleh expect dari Pyrokumprinx Advanced Media ni dalam 2005?

Aku akan start tulis balik sebuah cerita yang paling banyak mendapat hits dalam blog aku ni. Kali ni dengan semua detail dan setiap perincian tidak akan ditinggalkan. Sebab aku merasa ketenangan menulis pasal ni. Menulis juga satu ketika dulu satu passion bagi aku. Skang aku nak bangkitkan kembali semangat yang terpendam tu.

Ah... satu 'Deleted Chapter' juga akan di publish dalam zine Gangguan Teksual #3 yang akan di-releasekan kelak. Yang ni tak sesuai untuk kanak-kanak.



Tahun 2005 ni nanti ada banyak yang berubah dalam kehidupan aku. I can see it coming.



:: Azam?

Hoh, menatang azam ni trendy je sebenarnya. Pepehal untuk tak menghampakan korang semua, aku tulis la jugak.

-Bisnes macam raksasa/profit macam maharaja

-Puasa penuh

-Fitness tetiap hari

-6 pack

-Gradually kurangkan merokok sampai terberhenti ngan sendiri

-Mandi laut

-Sponsor ketibaan 'Bidadari' di tanah melayu

-Menetapkan perkara selain wang sebagai priority dalam hidup

-Melancarkan jurus penamat proses shut-down dengan dunia lepak

-Simpan rambut

-Tidak lagi meng-abuse janggut/rambut aku dengan styling yang ganas-ganas

-Membuat comeback dalam arena drumming dengan setup yang baru



Pepehal, Happy New Year!!