Friday, January 28, 2005

:: Mencerna Keyakinan Diri Yang Positif (18)

Image Hosted by ImageShack.us

Zaman kegemilangan aku kuat travel dulu, aku selalu pekena buang air kat tandas awam. Tandas awam ni ada macam-macam jenis. Ada yang wangi, ada yang cantik bersih dan tak kurang jugak yang bau macam ular.

Selalu tandas awam mesti penuh ngan orang. Nak-nak tempat hotspot macam stesen bas. Nak buang air pun kadang-kadang kena tunggu sampai 20 minit. Itupun kalau tak kritikal. Kalau time kritikal tu, nak buat macamana?

Biasanya aku akan bersabar sampai turn aku. Sebab sebagai pengguna perkhidmatan bas yang tegar, aku pasti bisa manahan panggilan mesra alam hingga ke saat yang terakhir. Tapi fokus aku hari ni adalah kepada buang air kecil.

Sebelum ni aku sanggup tunggu sambil kepit-kepit kaki padahal menatang kencing berdiri tu ada kat tepi. Cikgu aku panggil mende tu male urination. Tak kisah la apa jaddah nama dia. Masalahnya aku takde keyakinan diri untuk pekena kencing kat situ.

Mana tau ada orang pakat-pakat sekodeng nak nengok $%^$& aku. Lagipun kalau ada orang kat tepi-tepi memang susah nak kencing. Pasal psikologi jugak ni. Korang pun aku yakin ada jugak mengalami masalah ni.

Lama-kelamaan aku sedar kepentingan bagi aku untuk mampu kencing kat menatang tu. Mana tau nanti bas berhenti kejap je, tapi orang ramai tunggu turn. Mana tau nanti ada emergency yang betul-betul memerlukan aku gunakan menatang tu.

Akhir-akhir ni aku training kencing kat situ. Memula memang haram tak boleh pegi punya. Nak-nak ada orang kat belakang. Walaupun orang tu buat rilek je tak menunjukkan tanda-tanda nak sekodeng, tapi dia tak boleh gi jugak.

Kendian aku memujuk diri aku, kalau orang tu nak sekodeng pun, apa yang dia dapat? Sama-sama laki. Dia pun ada #%$&^ jugak. Nak nengok orang punya buat apa? Lain la ada kamera. Kalau macam tu maka I'm free to kick his ass la.

Bab masalah psikologi tadi, aku rasa kalau dah nak kencing tu buat apa nak malu-malu? Semua orang kencing jugak. Tapi bab ni lah yang paling susah aku nak atasi. Ia memerlukan kosentrasi dan daya tumpuan yang tinggi. Lama-kelamaan aku berjaya jugak



Sekarang, tak kira tandas mana, kalau aku nak kencing, aku akan dengan konfiden menuju ke male urination tu, bukak zip, dan terus shhh...

Hidup aku skang ni menjadi lebih mudah dengan adanya skill baru aku ni. Aku tak perlu lagi kepit-kepit kaki nak tahan kencing kat tandas awam. Aku sungguh bangga dengan kemahiran baru aku ni. Aku rasa normal macam orang lain jugak. Dan yang paling penting, skang ni aku tak takut lagi dengan penggilan mesra alam.

Bring It On!!

No comments:

Post a Comment