Tuesday, January 18, 2005

Image Hosted by ImageShack.us



Pengenalan

Aku dibesarkan di kawasan kampung. Kat tengah-tengah Pahang ni. Dalam lingkungan kurang dari 100km radius daripada titik pusat semananjung malaysia ni. Jadi di sekeliling aku hanyalah hutan, pokok, dan bukit-bukau yang tiada penghujung.



Hujung Daratan

Masa aku kecik-kecik, kawasan pantai ni aku hanya tengok dalam TV je. Kawasan pantai adalah satu area yang sangat asing bagi aku. Bila tengok dalam peta, senang je kita nak bezakan antara laut ngan daratan. Tapi bila aku pergi ke pantai, pertemuan antara air dan daratan adalah satu perkara yang sangat magik dan menakjubkan. Mainly pantai timur. Belah sana tu tak best sangat kot?



Angin

Udara kat tepi pantai terasa segar. Entah dari mana tah dia datang. Sedangkan angin dari Siberia pun boleh sampai kat Sabah. Angin kat pantai dah bertemu banyak mende sebelum mengusap pipi kita dengan lembut. We never know udara dari mana yang kita jumpa kat tepi pantai. Hembusan nafas siapa? Karbon dioksida dari sapa?



Jutaan Pasir

Bila kita menapak patas pasir, kaki akan tenggelam sikit. Sebenarnya pantai tu memujuk kita supaya stay kat situ. Dia tarik kita supaya tak pergi.



Ombak Yang Menghempas

Cerita 'Ong Bak' memang seronok di tonton. Tapi ombak kat pantai lagi seronok nengok. Endless. Tak henti-henti. Bunyi dia is everything but annoying. Sangat menenangkan bagi aku.



Berlari

Skang ni bila aku dah beso. Aku boleh pergi ke pantai bila-bila masa aku nak. Paling dekat Kuantan. Paling best Terengganu. Tapi yang sedihnya, jauh. Jauh sangat. Naik cramp pinggang kalau drive dari Lipis Ke Kuantan. Minyak pulak dah sekian. Apatah lagi tol highway baru ni. Maka berada di tepi pantai ibarat satu kemewahan bagi aku yang sekali-sekala je boleh pekena.



Bila sampai je tepi pantai, aku tak sabar-sabar lagi. Pastinya aku akan melompat keluar dari keta dan berlari-lari ke arah pantai



Menghirup udara sedalam-dalamnya

Membuka mata menyaksikan keluasan laut yang terbentang

Merasai pukulan ombak walaupun sekadar di hujung jari

Membuka tangan dan merasai angin dengan setiap deria



Image Hosted by ImageShack.us



Sungguhpun peratusannya terlalu bangang untuk di ambil kira

Namun aku percaya

Kerana aku tahu apa yang berada di seberang sana

Kerana di sinilah paling hampir aku berada dengannya



Hek ele...

No comments:

Post a Comment