Thursday, January 13, 2005

:: Edisi Petang

:: Ikan makan orang

Tak masuk akal langsung. Tetiba takut makan ikan apa kes? Kalau ikan tu makan orang sekalipun, apa salahnya? Mesti ikan tu jadi lebih gemuk dengan makanan yang berkhasiat. Yang kita makan tu ikan, bukan orang yang ikan tu makan. Tahan la manusia daripada ayam yang makan cacing. Aku heran mengapa diaorang ni tetiba paranoid macam ni. Aku rasa setakat ikan kembung tu tak mboh pekena peha manusia. Makan je la ikan tu. Sian kat nelayan-nelayan kita.



:: Saya heran

Ada tak sesapa boleh explain. Skang ni banyak berita pasal nelayan-nelayan. Aku nengok masa diaorang tolak ikan tu diaorang berbisik-bisik. Pasal apa aa..? Ada nak cerita gossip apa?



:: Rosie Pak Wan Chik

Macamana ekk nak eja nama dia ni? Rosie ke Rozie? Dia ni telah menunjukkan persembahan yang hebat kat dalam rancangan Majalah 3 ari tu. Kagum aku nengok. Best la dia dapat pegi kat Achek tu nengok-nengok mangsa tsunami. Siap bagi duit kat makcik tu.

Rosie/Rozie Pak Wan Chik, we give love to you!



:: Sweet Proposal

Baru aku tau tajuk sebenar cerita ni. Cerita Korea rasanya. Pasal masak-memasak. Selama ni aku nengok aku haram tak tau tajuk cerita dia. Pagi tadi adalah episod terakhir dia. Aku miss sebab masa tu aku dalam bas nak balik ke Lipis. Ada sesapa nengok? Apa dah jadi kat awek tu? Jadi tak dia pegi luar negara? Yang laki tu pulak apa cerita?



:: Puteri

Satu lagi rancangan yang aku miss semalam sebab terpaksa merempit ke bank. Aku dah lama dah stenbai nak nengok. Siap buat alarm kat tipon lagi. Alih-alih miss jugak. Hangin tul...

Cerita ni semata-mata nak jual muka awek iklan tuala wanita yang dia sepit bunga ngan daun pintu tu (Intimate), emm... sapa nama.. Siti Farah?

Dia ni memang cute. Cuteeee sesangat. Suara pun cute. Ralat betul aku terlepas menengok. Dah takde review untuk korang.



:: Terasa hendak demam

Bukan aku kepingin nak demam. Tapi badan aku skang ni rasa macam tak best je. Ada seram-seram sejuk, kadang-kadang panas. Adakah ini tanda-tanda awal nak demam? Wabak denggi pun dah banyak kat Pahang skang ni. Dah la musim ujan. Nyamuk banyak.



:: Seleksi Pilihan

Ada cerita best kat Arisa Putri.

No comments:

Post a Comment