Thursday, July 28, 2005

Akademi Fcukinghell

Wekkkkkrld!!

Prolog
Borhan baru balik daripada Tehran. Pergi melancong. Kemudian dia bawak balik batang besi yang orang cucuk daging nak buat kebab. Dia ingat nak buat kenang-kenangan. Tapi setibanya di tanah air baru dia sedar bahawa dia dah bawak balik sesuatu yang sangat tak berguna. Sayang nak buang sebab jauh datangnya mende tu. Pastu dia bagi kat member dia Salim.
"Best menatang ni woo.. Ada magik" Kata Borhan
"Ye ke? Bagi kat akulah", Salim mula terpengaruh.
"Ha ambiklah. Ko simpan baik-baik..", kata Borhan diiringi dengan satu senyuman sinis.
3 hari Salim merenung batang besi tu. "Mende yang magiknye?", getus Salim. Kemudian salim bungkus batang besi ti ngan kain kuning. Hari kelima Salim mula start perasap batang besi tu ngan kemenyan mengharapkan magik yang dijanjikan oleh Borhan. Syaitan mula menangguk di air keruh. 2 minggu selepas besi berada di tangan Salim, ia mula memberikan Salim apa yang diingini. Kekuatan, kebal dan jugak jujutan nombor yang sering naik 1st prize. Syaitan sudah bertindak.
Saban hari Salim memperasapkan besi tu dan jugak menyapukan darahnya sendiri kepada besi tersebut. Dia mula bergantung kepada menatang besi tu. Sembahyang amal ibadat semakin dilupakan. Kerja pun dah malas. Asyik memuja sebatang besi yang tak berguna. Syaitan akan buat apa saja untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Enter: Akademi Fcukinghell
2 tahun nan lalu aku heran nengok semua orang kerumun depan tv. Lalu aku join sama. "Sapa Vinse? Kenapa orang suka kat dia?", getus hatiku. Pada konset final musim pertama aku baru mengenali Akademi Fcukinghell.

Akademi Fcukinghell. Satu fenomena yang dah kukuh bertapak di industri hiburan tanah air kita. Ambik masa jugak untuk aku paham macamana rancangan ni berjalan. Bebudak 'belajar' kat satu umah. Pastu hujung minggu konset. Pastu sorang blah. Last-last ada sorang je juara. Paling jelas, banyak nangis-nangis.

Cabang Hiburan Baru
"Apasal Vince tu memang? Yang tu lagi power dari dia?"
"Sebab orang undi dia paling banyak"
Memula aku tak boleh terima langsung pertandingan macam ni. Kalau nyanyi tak power pun boleh menang ke? Kemudian aku mengerti. Penganjur, Bastro memberikan sepenuhnya keputusan ke tangan penonton melalui undi SMS. Kemudian apabila juara telah diumumkan, aku nengok seolah-olah Bastro sedang tersenyum sinis kepada semua penontonnya.
"Hmm.. menarik..", getus hatiku.

Musim Kedua
Jadi aku mengambik keputusan untuk follow musim kedua. Kebetulan aku sedang menghabiskan sisa-sisa pengangguran aku di rumah. Jadi apa salahnya. Akademi Fcukinghell adalah sebuah rancangan realiti. Zaman skang ni memang semua orang into reality tv ni. Mungkin sebab kita semua tertanya-tanya apa tindakan peserta seterusnya. Semulajadi sifat ingin tahu manusia. Apa student ni akan buat selepas ni? Macamana dia menangani lagu yang susah tu? Boleh ke dia bawak masa konset nanti? Muka siapa yang dia akan lap lepas ni? Apa pulak 'kezutan' untuk dia masa konset nanti? Ada ke penyanyi asal akan membuat cameo masa persembahan dia nanti? Adakah pengkritik akan memberi komen yang baik? Dan yang paling penting, siap yang akan terkeluar minggu ni?

Fight Glamer
Dalam akademi fcukinghell ni juara adalah yang paling glamer. Tak kiralah ko mulut herot ke. Hidung kat atas dahi ke. Asalkan orang suka kat ko, ko akan menang. Waima ko jongang sekalipun tapi kalau orang dah suka magik 'hilang ibu jari' ko, engkau akan menang! Jangan bimbang!

Business in Business
Aku mem-follow musim kedua Akademi Fcukinghell sampai ke konset akhir. Malam tu aku nak mesej kengkawan ajak pekena neskepe 'o pun tak lepas. Sistem dia hang. Di akhir konset I saw how far the rabbit hole goes. Kutipan hasil daripada undi SMS ni melangkaui berjuta-juta ringgit. Banyak gile pihak Bastro untung rupanya. Waima aku tak suka ngan pemarkahan dan pemilihan pemenang untuk Akademi Fcukinghell ni, tapi aku memberikan tabik hormat penuh respek kepada pihak Bastro. Profit is every businessman's goal. Dan aku jugak seorang bisnesman. Jadi aku mengerti.
Dan sejauh ini aku dah mengerti apa yang berlaku. This is entertainment bagi penonton dan kepada yang follow Akademi Fcukinghell ni. Dan this is a very profitable business bagi pihak Bastro.

Musim Ketiga
Musim ketiga memula ada 20 pelajar. Pastu dia pilih 12 je. Pastu 2 lagi dimasukkan balik. Sawi dan Moksha. Orang ramai tak puas hati terhadap Sawi yang tak dapat masuk. Masa 'Konset Prelude' tu dia bawak lagu nasyid. Semua orang cair. "Waa.. bestnye dia. Bawak lagu nasyid dowwh!!". Ya nasyid. Satu pendekatan yang fresh. Malangnya Sawi tak dapat masuk Akademi Fcukinghell. Harapan penonton untuk lihat seorang pelajar yang memperjuangkan lagu-lagu dakwah dalam AF ni hancur. Mereka kecewa. Bastro, bisnesman yang licik sekali lagi bertindak. Sawi dimasukkan kembali. Semua orang gembira. Sawi adalah satu-satunya penyelamat yang bakal mengegarkan Akademi Fcukinghell ngan lagu-lagu nasyid.

Then Came The Fanaticism
Peminat menjadi fanatik. Tergila-gilakan Sawi. Tak boleh tidur malam mendengar suaranya. Bagi aku takde apa yang istimewa sangat pasal Sawi ni. "Biarlah..", getus hatiku. Saban hari aku memantau perkembangan Sawi ni. Mana tau sebenarnya dia ni power rupanya. Aku harap Sawi ni akan setanding dengan apa yang dikatakan oleh peminatnya. Tapi tak jadi kenyataan. Aku ingat Sawi akan progres menjadi lebih hebat sejajar dengan fanaticism dan puji-pujian terhadap dirinya. Bila dia dapat lagu Dewa-Pupus aku ingat nak bagi dia peluang kedua. Karena aku minat banget sama Dewa. Aku bagi peluang kepada Sawi. Ketika konset pengkritik menyambut baik persembahan Sawi. Betul ke? Mungkin sebab dia Sawi dan dia mesti best walaumacamanapun. Kalau cakap tak best nanti berdosa barangkali? Sawi tidak seperti disangka. Every good things they say about him is mostly untrue. Menari tak pandai, keras dan kaku. Menyanyi selain daripada nasyid tak best. Beautiful Maria? Itu kau kata best? Bukan dia sorang je. Orang lain pun macam tu jugak. Tapi bab Sawi ni ia tak sepadan ngan puji-pujian yang bertimbun-timbun tu. Aku ingat Sawi sendiri tertekan dengan sokongan peminat terhadapnya. He fails to add up. bukan nak memperbesarkan kesilapan dia, orang lain pun silap. Masalahnya he fails to add up kepada reputation dia.

I have to say. Sawi ni adalah seorang yang berbakat. Kalau tak macamana dia boleh masuk shortlist dalam 20 orang calon pelajar Akademi Fcukinghell ni? Ya, tak ramai yang boleh tarik lagu nasyid. Lagu nasyid. Itulah satu-satunya 'edge' yang Sawi ada.

Sejak Sawi dimasukkan kembali, peratus undian dia tak pernah turun. Terima kasih kepada fanaticism ni. Aku tak mengerti lagi. Apa yang best sangat Sawi ni? Aku tak nampak langsung. Adakah hanya kerana dia nyanyi nasyid masa konset prelude ari tu semua orang suka kat dia. Pastu dah masuk dalam akademi fcukinghell dia tak sepower yang disangka. Tapi sebab dah terlanjur fanatik maka peminatnya tak menoleh ke belakang lagi. Tak best-tak bestlah. Alang-alang dah minat.

At first, Sawi gagal untuk masuk ke Akademi Fcukinghell. Kemudian atas tekanan penonton, dia dimasukkan. Lalu terus 'menuju puncak'. Jumlah undi yang konsisten. Kelab peminat yang ada ribu-ribu lemon ahli. Dan ribu-ribu lemon tu jugak fanatik gila menyokong Sawi dengan sepenuhnya. Kalau ada orang yang menentang mereka akan melenting. At first Sawi ni gagal masuk Akademi Fcukinghell! Are we celebrating a failure? Adakah kita meraikan satu kegagalan?

Lelaki Melayu Terakhir?
Keluar dari Akademi Fcuking hell ni nanti Sawi akan berjaya dalam bidang muzik. Kalau masih ada yang fanatik terhadap dia la. Mungkin jugak. Kalau keluar album nasyid. Dan dengarnya ada yang nak beli banyak-banyak kalau dia release album nanti. Ikut korang la. Tapi seperti yang aku cakap tadi, every good things they say about him is mostly untrue. Memperjuangkan seni? Ikon remaja? Ya ikon remaja. Not quality-music-wise. Boleh main gitar? Trompet? Piano? Namun aku ingin tahu apa yang jadi kalau dia berlakon dalam sequel bagi filem 'parti akademi fcukinghell' iaitu Cinta Fotokopi 2 nanti.

Bencana
Fanatik terhadap Sawi tu pun dah teruk. Lagi diaorang nak namakan fanaticism ni sempena nama bencana yang melanda baru-baru ni. Ramai orang mati. Banyak yang musnah. Banyak lagi duit diperlukan untuk membina semua kemusnahan yang dibawa oleh tsunami ni. (nota: tsunami adalah nama kucing peliharaan aku kat umah) Namun demikian banyak wang ringgit telah dihabiskan oleh gelombang 'tsusawi' ni. Kendati demikian, mangsa-mangsa tsunami tak merasa sikitpun duit tsusawi ni. Daripada undi kat Sawi apa salahnya derma kat mangsa tsunami ni. Kesian diaorang. Adakah kegilaan mengundi Sawi ni adalah semata-mata trick untuk bertemu Melati dengan alasan hendak men-topap? Kalau kira-kira 10 kali orang undi Sawi tu konsisten dengan harga rokok sekotak. Rugi betul..

Ini Televisyen?!
Sekali sekala aku suka pekena nengok rancangan 'World's Most Stupid Behavior Caught On Tape'. Walaupun yang dipaparkan adalah aksi yang bodoh tapi masih menarik untuk ditonton. Aku suka nengok orang bertindak tak berfikir panjang dalam rancangan tu. Ya, ia penuh dengan kebodohan, tapi orang masih suka nengok. Nontheless, sebodoh manapun, this is good entertainment.

This Is Good Entertainment
Waima demikian Akademi Fcukinghell ni adalah satu rancangan yang sangat menghiburkan. Seminggu sekali keluarga berkumpul depan tv. Hari sabtu makan awal. Dan planning-planning lain semuanya dibatalkan. Tepat 8.30 malam jalanraya menjadi lengang. Honestly, setiap minggu akupun takkan terlepas nengok konset mingguan. Yes, this is good entertainment! Seronok menonton Akademi Fcukinghell ni. Aku suka nengok Moksha yang seksi tu. All this while I tought Avril Lavigne got the best lips. Kehadiran Moksha menambahkan lagi 'kick' kepada Akademi Fcukinghell. Dendangan lagu 'Pokok Kelapak' adalah satu persembahan yang paling seksi dalam tv tanah melayu ni setakat ini aku rasa. Ramai yang 'water kick head'. Ya, Moksha won my afundi. Aku jugak ingin tahu siapa yang akan terkeluar. Dan siapa pulak yang akan purak-purak kena heart attack nanti?

Ayah Pin(Pimp Daddy)
Currently video yang paling peberet sekali aku dan rakan-rakan aku nengok adalah vcd Ayah Pin (Pimp Daddy) ni. Sekali sekala ada je yang datang kedai aku mintak aku pasang vcd Pimp Daddy ni. Memang terhibur nengok. Pimp Daddy ni muka tak hensem. Cakap main tibai je (Cth:"Sayalah yang cipta agama Hindu tu. Dulu saya letak nama lain") Tapi yang aku herannya ramai orang follow dia. Ikut cakap dia. Tak ke fanaticism jugak namanya ni? Aku tak mengerti. Kenapa orang follow jugak meskipun dia cakap tibai je? Adakah sebab Pimp Daddy ni ada x factor yang kuat? Orang tak tidur malam termimpikan dia ke? Pitching dia tak lari ke laut ke? Mereka tak sedar langsung kesesatan yang dia bawak. Aku kesian nengok diaorang. Dan aku berdoa agar Tuhan buka hati diaorang untuk nampak bahawa ajaran Pimp Daddy ni sesat dan salah sangat! Kembali la ke pangkal jalan weii..

Bila aku bertanya "Apa ada pada si Sawi ni sampai korang suka sangat kat dia?"
Jawap mereka;
"Semoga Allah sahaja yg mampu mencelikkan mata ko ttg kelebihan Sawi....Amin!!"

Lawati kroni Akademi Fcukinghell yang lain
Buttet's Akademi Fcukinghell

ND's Akademi Fcukinghell

Monday, July 25, 2005

Monday Muse

Muse rocks!


Dewa
Ada orang datang kat aku cakap, "Ko layan Dewa lagi ke? Diaorang tu yahudi tau tak?!". Ele.. artis-artis barat lain pun yahudi jugak. Korang dok puja-puja, tampal gambo dalam bilik, atas fail seme. Inikan pulak Dewa tak tak pasti kesahihannya. Kendatipun aku kesian kat brader Dhani Ahmad tu. Banyak orang hentam dia. So jangan la kacau dia.

Akademi Fcukinghell la..
Telah dikenalpasti skang ni blog yang pasal AF ni paling banyak hit. Aku masih tak mengerti mengapa orang boleh go to great length untuk cover pasal AF ni. Bukan itu saja, pasal Sawi dan 'Dunia'nya. Banyak lagi yang aku tak mengerti akan ku paparkan di sini. Takpe. Dalam 2-3 hari ni aku akan melancarkan post aku pasal AF ni bertajuk: Akademi Fcukinghell la..:Kumprinx's take on the mother of all reality show.

Anniversary Button
Dalam 2-3 hari lagi aku nak tanggal dah button anniversary tu. Terima kasih kepada yang mengambik bahagian. Aku nak letak mende lain pulak kat situ. Nanti besday aku aku buat freead lagi.

Ayah Pin/Pimp Daddy
Aku baharu sahaja selesai menonton video Pimp Daddy ni. Tak guna betul, ada orang hirup air kaki dia! Gile! Pastu ada makwe yang selalu follow dia tu tak pasti sapa. Bini dia barangkali. Dan ada jugak keluar gambar 2-3 orang artis. Lawatan dia ke Indonesia. Gambar kat tempat dia tu. (Ya ada teko beso) Pastu ada satu binaan yang diorang dok pegi keliling (mcm tawaf). Muka Pimp Daddy ni takde la cool sangat. Selenge je. Pastu cakap pun macam main tibai je.
Sebahagian daripada menara kesesatan Pimp Daddy yang aku nengok dalam video tu:
-Encik Peter rasa terharu sebab dilantik sebagai incas cawangan Kristian untuk seluruh dunia oleh kerajaan langit.
-Ada orang hirup air kaki dia!
-"Saya yang cipta agama Hindu ni. Tapi dulu saya letak nama lain", kata Pimp Daddy ngan nada bersahaja.
Pastu dalam satu interview dia ada cakap, "Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada." Best la kau..
Dengarnya ada banyak lagi ajaran sesat kat Malaysia ni. Mana lagi? Aku nak nengok jugak!

Torrent
Saya dengan ini secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada En. Buttet kerana telah mengajar saya pasal Torrent ni. Dengan torrent ni saya bisa me-muat turun banyak lagu-lagu best-best. Kendati demikian, saya menyeru orang kampung semua agar membeli cd dan kaset original artis tempatan. Kalau artis luar tu, takpe la donlod. Diaorang dah kaya. Selamatkan industri muzik tanahair!

Soalan paling bangang minggu ni
"Secara ikhlas, menurut pandangan ko mana satu lebih power; Henset Daun ke Sabun?"
Kalau ada lagi kutu pegi tanya soklan macam ni kepada aku, maka jawapan daripada aku hanyalah berbentuk sekeping pelempang.

Celcom Rocks On
Semalam aku baca sekabar katanya skang ni boleh topap tiga inggit? Best la macam ni. Satu point yang paling berkesan untuk selalu ke kedai topap yang ada awek. Emm mana satu nak gi? Kedai Melati ke kedai lain?

Anggerik
Korang dah baca pasal pemergian Puteh. Korang dah nengok pasal Melati. Kini, kisah Anggerik pasti akan meruntun jiwa korang. Akan datang.

Saturday, July 23, 2005

The Bentong Showdown

Lama dah aku tak pegi bentong ni. Tetiba semalam member aku ajak pegi. Tengah-tengah malam pulak tu. Emegensi antor adik dia kepada abah dia katanya. Sebab aku pun tak jumpa mende yang lebih berfaedah nak buat malam tu, jadi akupun ikut je la. Lagipun boleh aku jumpa rakaniaga aku untuk update apa-apa.

Se-setelnya urusan di bentong, ketika pekena air asam jawa kat kedai 'Bunian' maka idea untuk jamming timbul secara tiba-tiba. Sebab korum cukup. Lagipun time tu aku pegi ngan Once. Aku penah cerita pasal Once ni dulu.
Korang siasat la balik kat post lama-lama tu. Time tu aku sakit tekak, batuk-batuk sebab tu la aku minum air asam jawa.

Lantas kamipun pegi ke jamming tu. Diaorang yang kat jamming tu semua terkasima dapat tau kitaorang datang dari Kuala Lipis. Masa melepak tunggu turn kat tempat tu, tokei dia (aku rasa) datang kat aku. Salam-salam lebih kurang pastu dia cakap, "Nak main setengah jam je? Takpe. Korang main sejam tapi aku cas setengah jam je."
"Aneh..", getus hatiku.

Bebarang kat studio tu amp dia semua Peavey. Tapi Peavey dah lama. Kami gagal mendapatkan sound yang diingini. Dapat tu dapat tapi tak berapa fine tuned. Mungkin sebab barang lama dan mende pusing-pusing dia tu (dial kat?) dah tak berapa ngam.

Drum dia ada tulis Tama. Tapi aku tak perasan langsung kondisi drum dia tu. Brand apa. Yang penting sound snare dia best. Tune studio punya. Tom-tom pun bulih tahan la.. Kira ok la drum dia.

Jamming kitaorang ni sebenarnya tak cukup sorang lagi iaitu Mie-bassist. Terpaksa rakaniaga aku takover tempat dia. Diapun bukan ingat sangat lagu nak main. Waimapun aku enjoy ngan drumkit diaorang. Lagu jadi hampeh takpe.

Namun demikian tengah seronok main (dah panas) tetiba black out. Aku ingat lagi time tu Pangeran Cinta batu nak masuk solo. Tetiba gelap. Aku menjadi kaget dan tak keruan.

Lepas tu kitaorang balik. Habis cerita.
Malas sangat aku nak cerita kitaorang pegi minum kat bawah jamming tu, pastu lepak kejap kat keta, pastu brader jamming tu datang cakap dia blah kejap pegi nengok durian kat dusun dia. hek ele..

Kedai Bunian
Kedai bunian ni mendapat nama apabila kitaorang makan kat situ tengah-tengah malam. Setting kedai dia semua kuning. Pastu orang yang datang makan kat situ semuanya pelik-pelik. Pastu kalau lalu siang hati, tak jumpa langsung kedai ni. Thus the name 'Bunian'.

Benchmark: Ultimate Awek Minggu Ini
Ni baikkk punya special feature. Tunggu je. Aku tak pasti lagi ngape aku kena rating 18sx. Emm.. tibai je la!

Wednesday, July 20, 2005

Random Muse

Battle Of The Bands
Event ni tak kompom lagi jadi ke tak. Aku tak tau sapa yang akan anjur mende ni nanti. Diaorang nak buat masa karnival Lipis nanti. Jangan tak jadi sudah. Sebab aku dah semangat gile dah ni. Latihan pun dah tahap intensif dah skang ni. Intensif tak intensif sangat la. Korum pun tak cukup nak training hari-hari. Dengar cerita terbuka Pahang. Jadi sesapa yang duduk kat Pahang ni mai la sekali pekena berentap. Khabarnya hadiah lumayan. Aku tak into sangat hadiah tu sebab memang takde potensi nak menang, tapi yang penting awek mari..

Ayah Pin/Pimp Daddy
Aku hengat sapa la Ayah Pin ni. Rupanya ketua ajaran sesat. Tu la akibatnya dah lama tak baca sekabar. Baca pun online je sekali sekala. Dengar orang bersembang diaorang sebut Ayah Pin. Aku ingat kalau bahasa omputeh ia akan jadi Pimp Daddy. Ha, apa cerita Pimp Daddy skang?

Rintihan Phua Chu Kang
Phua Chu Kang yang aku maksudkan ni adalah seorang budak india kat area umah aku ni. Zaman dulu dia selalu pakai kasut Phua Chu Kang tu. Jadi kitaorang selalu refer kat dia dengan nama Phua Chu Kang ni. Dia keje macam janitor kat Centerpoint ni. Tapi skang dia dah stup pakai kasut Phua Chu Kang. Tapi orang masih panggil dia Phua Chu Kang.
"Saya suda pakai kasut biasapun orang masih panggil saya itu nama. Saya tara suka tau!"
"Ala.. kau yang mulakan"
"Tarapa.. dulu saya tara wang mau beli kasut. Sekarang sudah mampu membeli mengapa mahu panggil saya itu nama belakang taruk?!"
"Ko cakap apa ni Phua Chu Kang?"

Blogger Dont's
Baiklah. Dalam minggu ni aku banyak merantau nengok blog orang. So here it goes..
-Jangan auto start lagu kalau nak taruk lagu. Ini yang aku paling hangin sekali. Kalau aku tengah syok-syok layan 'Jambatan Tampor-uli' sekali serabai ngan lagu korang pulak. Hangin tul la. Lagipun lagu tu lama nak load. Contoh blog yang taruk lagu dengan betul adalah ND (http://undisputed.blogdrive.com/). Sekali-sekala aku bukak blog dia sebab nak dengar lagu je. Dia tepek tak autostart. Viewers got the power.
-Resize gambo properly. Jangan kalau gambo tu dah beso pastu display kecik. Lari tune gambo tu. Resize dulu smart-smart. Pastu baru tepek.
-Aku dapat kenalpastu ada tagboard yang aku takboleh nak tag . Dia cakap 'Cookies Diactivated?'. Apa? kena bawak biskut ke kalau nak tag? Pastu Blogdrive punya tag pun kena masuk nombor. (nota:Berjudi itu haram sama sekali).
-Pastu overall page size tu cuba kurangkan. Ada sesetengah blog tu aku nengok sampai naik hang kompiter aku. Tak perlu tepek banyak sangat gambo 'pelajar rancangan realiti tv yang orang tak berapa berkenan tapi glamer tak hengat'.
-Paling penting! Jangan cut n paste je apa-apa post. Bagi aku bahan cut n paste ni takde value. Tulis sendiri. Tak apply bagi line-line yang di-quote.
Mesti korang cakap "Hek ele.. banyak bunyik pulak mamat ni. Aku punya pasal la.." Ye la.. korang punya pasal la.. aku nasehat je.


Baiklah. Esok ada special feature lagi kot? nengok la..

Monday, July 18, 2005

Melati - The tainted eye candy

Kisah Melati

Biasa aku melepak kat 'Kedai Aji' kat bawah Centerpoint ni pekena neskepe 'o. Kat sini paling power cendol dia. Tapi kadang-kadang santan dia foul jugak. Petang-petang ramai orang keje pejabat datang melepak kat sini sebab kat sini banyak kuih-muih. Siap ada pisang goreng lagi. Cucur, popiah dan aneka macam lagi ada. Sebab orang kalau melepak setakat nak bersembang tu diaorang taknak makan heavy sangat. Ringah-ringan je. Namun demikian 'Kedai Aji' ni adalah prime spot untuk aku melepak siang hari. Kalau petang sikit mungkin aku melepak kat 'Kalapa Wangi' ataupun 'RapiShop Kepak Ayam Madu'. Nama sebenar dia CCP, tapi sebab ada brader anak makcik tu orang selalu panggil Aji keje kat situ, maka jadilah nama dia 'Kedai Aji'.

Kat sinilah aku biasa aku tengok Melati ni. Dia keje kat satu kedai aksesori telefon bimbit dekat je ngan 'Kedai Aji' ni. Dia ni cun. Cun sangat. Tahap tak tahan punya. Kalau nengok sure 'water kick head' punya. Tubuhnya kecil molek (petite) dan muka dia comei sangat. Macam kucing pun ada. Tapi kucing yang comel la. Bukan macam kucing kecik kat umah aku tu. Muka huduh sampai diberi nama jolokan 'Sang Hodoh'. Dah la huduh selalu pulak cari gaduh ngan tucin aku yang satu lagi tu. Dia kecik, nak fight ngan orang besar. Biasanya kucing kecik ni akan tewas teruk di tangan tucin beso kat umah aku tu. Namun demikian memang seronok kalau nengok diaorang fight. Ha, pasal Melati ni tadi. Muka dia memang kiuut sangat. Macam kucing. Serius!

Karier Melati sebagai sales assistant di kedai aksesori telefon bimbit ni menyebabkan dia terpaksa layan pelanggan yang pelbagai karenah. Tapi dari yang aku nengok dia memang cool. Tak kiralah sapa dia layan sama rata je. Mungkin sebab dah dia keje kedai tu, kalau tak layan orang kang takde bisnes pulak. Namun demikian aku dapat kenalpasti orang yang betul-betul nak beli dan orang yang sengaja nak pekena nengok Melati kat kedai dia. Ramai yang sengaja datang nak kenen-kenen Melati ni. Kalau makcik-makcik pun datang seronok sebab Melati ni kiuuut sangat. Tak lokek ngan senyuman.

Zaman dulu Melati ni dressing tak hengat punya. Siap rambut merah-merah lagi. Tapi skang dia dah rilek sikit. Mungkin sebab dia dah semakin matang. Namun demikian dia tetap maintain seksi dari segi pemaikaian. Supaya semua orang 'water kick head' dan terus datang kedai dia. Ataupun sebab dia nak jaga imej dia kerana dia jaga kedai yang paling prime location sekali kat Centerpoint ni. Sebelah 'Kedai Aji' ni semua orang datang minum kat sini. Daripada kutu lepak macam aku ni sampai ke gathering peminat AF, bebudak abis jamming, kerja kontrek tapau air sampai la ke YB-YB yang belanja anak-anak buah.

Pekena meng-usyar Melati memang seronok. Zaman dulu orang panggil 'cuci-mata'. Tapi bila aku melepak kat situ aku pasti akan memilih side yang strategik di mana aku boleh menengok Melati ni. Kalau-kalau dia terkantoi duduk side yang tak senonoh ke ataupun terkeluar nipple. Wa cakap lu, berbaloi korang melepak berjam-jam kat 'Kedai Aji' ni kalau Melati ada duduk kat situ. Macam-macam post dia buat. Kalau korang bertuah ari tu mungkin la dapat post-post yang daring dari Melati ni.

Aku ngan Melati ni walaupun hidup berjiran tapi aku tak penah tegur dia. Sengih-sengih pun takde. Mungkin sebab aku hari-hari jumpa dia. Tak lari ke mana punya. Takde la aku menaruh hati terhadap Melati ni sebab karier dia tu sosial sangat. Dan orangnya aku tak berapa kenal hati budi dia. Malam-malam aku ada jugak terserempak ngan Melati ni melepak ngan bebudak laki ramai-ramai. "Cunn sangat, tapi tak sesuwai..", getus hatiku. Mungkin dah takdir bahawa Melati ni akan selama-lamanya menjadi hanya 'eye-candy' bagi aku.

Setiap hari Jumaat kat Centerpoint ni akan bertukar menjadi Indon-Day. Di mana semua orang indonesia yang kerja kat ladang kelapa sawit ataupun construction akan keluar melepak kat Centerpoint ni. Padat ngan orang Indonesia. Bau tengik asap rokok suria diserikan ngan hingar bingar perbualan yang aku tak mengerti bahasanya. Hari Jumaat boss diaorang bagi cuti. Setiap hari Jumaat jugak kedai aksesori telefon bimbit Melati ni akan penuh dengan warga Indonesia. Ramai-ramai melepak kat kedai dia tu. Nak tak nak Melati terpaksa layan je, meskipun dah ternyata bahawa mat Indon tu hanyalah nak mengusyar Melati. Mungkin sebab Melati ni ramah orangnya, dengan semua orang dia senyum. Dan senyuman dia manis. Aku dah bagitau ke yang dia ni kiuuut sangat?

Itu aku boleh terima. Tapi akhir-akhir ni ada beberapa insiden yang aku langsung tak mengerti. Memula aku nampak Melati ni kuar dari kedai dia jenjalan ngan sorang mat indon ni. "Pegi kedai depan tu je kejap agaknya..", getus hatiku. Pastu selang beberapa hari pulak aku nampak indon yang sama masuk satu kedai ni. Pastu kuar sama-sama. Kat jari Melati ada cincin. Pastu kat lengan indon tu ada gelang. Saling banding-membanding. Shopping sama-sama? Mereka kelihatan gembira. Dari kejauhan aku dapat agak yang mat indon tu tengah gelak yang stail kuar bunyi "Hik hik hik..!" sambil kontrol hensem dan bersikap gedik yang sengaja diada-adakan. Cuba korang teka, muka indon tu kacak ke tak? Ha tepat sekali. Wajahnya bersepai. Tak smart. Usianya aku rasa dalam lewat 30an gitu. Kulit indon tu yang terlebih 'tan' sebab banyak buat keje tengah panas sejibik harampun tak sesuweii ngan Melati yang putih melepak tu.

Adakah mereka telahpun menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih? Dah banyak kali dah insiden ni aku nampak. Dia guna ilmu apa? Macamana Melati boleh sangkut? Hape kejaddahnya taste Melati ni? Kenapa harus begini? Takde jantan lain ke kat bumi Malaysia ni? Kenapa? Kenapa?!!
Persoalan sebegini banyak bermain di pikiran aku. Tapi I could'nt care less about that. Melati bagi aku hanyalah eye-candy. Untuk tatapan mata mereka yang pekena neskepe'o kat Kedai Aji (ataupun air apa-apalah yang dia suka). Tapi jika benar Melati berkapel ngan mamat indon yang 'tan' tu, maka ini tidak adil bagi semua orang. Tak adil sangat!

Waima demikian Melati ada hak untuk buat pilihannya sendiri. Sama jugak ngan mamat indon tu. Mereka tak salah apa-apa. Tapi aku yakin, kelak akan ada banyak hati yang terluka. Melati ni macam Puteh. Should always be available. Tapi skang apa dah jadi?

Oh ye, aku lupa nak bagitau. Melati ni bukan nama sebenar dia (aku reka). Dan 'Melati' ni berbangsa Cina.

Recommended Read:
Puteh

Friday, July 15, 2005

Sakit Mata

Sakit mata

Semalam pepagi buta aku terpaksa bangun untuk merempit ke bentong kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Dalam keta aku rasa mata aku gatal-gatal. Aku ingat sebab bangun pagi. Mata aku tak ngam lagi. Pastu aku saspek ada menda masuk dalam mata aku. Lalu singgah Raub untuk cek mata aku. Soheh! Sakit mata.
Sakit mata adalah penyakit yang di mana simptom dia adalah mata kita sakit dan jadi merah. Orang pun tak berapa nak pandang sebab takut berjangkit kalau pandang lama-lama. Bodo..
Nasib baik sebelah je kena. Boleh lagi aku menengok dengan jelas. Tapi tetap pedih dan aku terpaksa mengelap mata aku tu selalu. Tensen la jugak. Balik dari bentong terus gi umah mael untuk jamming. Sakit sebelah mata menyebabkan prestasi yang merosot sebab tak dapat nak bajet dengan jelas jarak dan kedudukan tom-tom, cymbal dan snare menyebabkan aku terpaksa berhenti awal (alasan letih nak jamming).

Aku ingat hari ni nak pergi hospital. Tapi kalau aku pegi aku dapat bayangkan. Tunggu turn nak jumpa doktor 4 jam. Pastu bila dah jumpa, doktor pelatih je. Tak nengok langsung mata aku pastu terus bagi ubat. Lagi 4 jam menunggu kat farmasi. Kalau aku pegi beli ubat kat farmasi aku boleh jimat 4 jam.

Semalam mak mael cakap ubat tradisional bagi sakit mata yang paling ampuh sekali adalah susu ibu. Lantas terus je fikiran aku menyenaraikan senarai MILF-MILF yang baru melahirkan anak.

"Puan saya ni sakit mata, nak mintak susu sikit. Buat ubat"
"Boleh apa salahnya"
"Saya harap tak menyusahkan Puan, kerana saya dah tak tahan dah sakit mata ni.."
"Apa pulak menyusahkan.. Biasalah, hidup bermasyarakat. Kita harus saling tolong menolong.."
"Takpe puan, bagi saya perah sendiri. Nanti menyusahkan puan pulak"
"Ehh.. saya boleh buat sendiri. Jangan bimbang.."
"Takpe-takpe.. biar saya buat. Saya yang mintak, jadi biarlah saya berusaha sikit.."
"Ikut suka hati awaklah Amin oii.."
(Senario rekaan)

Gile. Mana nak cari susu ibu? Mungkin aku jugak akan cedera teruk dihentak dalam proses mencari susu ibu ni. Jadi lantak je lah. Nanti dia baik la. Kalau korang ada cadangan tentang ubat-ubat tradisional yang lain. Sila mesej aku.

Tuesday, July 12, 2005

Aku tak mengerti

macamana kalau gambo tu lebih besar dari layout?

Melepak di Kompleks Alamanda (Kuala Lipis) memang seronok. Sekali-sekala ada awek cun-cun singgah pekena makan kat sini. Bila malam tempat ni memang happening. Semua orang lepak kat sini. Mat-mat motor melepak, family makan-makan, makwe/pakwe bercinta, usahawan bumiputera yang bersembang lebat dan tak ketingalan jugak kutu lepak sejati (macam aku) yang menghabiskan wang dan bersembang mende yang tak berfaedah langsung. Namun demikian melepak untuk satu jangkamasa yang lama mungkin menyebabkan pundi kencing menjadi padat dan paling sadis, rasa nak berak.
Begitulah halnya aku pada satu hari di Kompleks Alamanda ni. Tengah feeling menghirup neskepe 'o panas tetiba aku rasa nak kencing. Lalu aku meninggalkan kutu-kutu lepak yang lain untuk ke tandas. Kompleks Alamanda Lipis ni memang night spot yang menarik. Ada kedai makan, ada orang jual rokok dan tak lupa jugak tandas awam yang tak berapa jauh dari kedai-kedai makan.
Laju jugak aku memecut (jalan kaki) ke tandas awam tu. Sebab dah tak tahan sangat. Masuk je dalam tandas tu aku terus je mempekena buang air. Tatkala aku sedang (feeling) buang air tu aku terhidu sesuatu. "Oh, bau taik rupanya..", getus hatiku. Memang stendet la tandas awam ada bau macam tu. Jadi aku meneruskan proses penyahtinjaan aku sehingga selesai.
Bila dah siap aku berpusing menghadap pintu sebab nak keluar (mesti la keluar, duduk dalam tu lama-lama buat apa?). Aku terkasima. Time tu otak aku tak boleh terima apa yang aku nampak. Aku tak pernah jumpa perkara macam ni. Ia di luar batasan pemikiran manusia normal. Macam-macam perasaan yang bermain di fikiran aku time tu. Aku rasa hairan, marah, sedih, keliru, takut, panik dan macam-macam lagi pada waktu yang sama. Mende yang aku nampak tu melampaui batasan pemikiran manusia ni. Takde sapa pun boleh terfikir nak buat macam tu, dan takde sapapun di dunia ni yang bersedia untuk melihat sesuatu yang macam tu. Aku nak menjerit, tapi suara aku tak keluar. Freaked out habis! Ini tak boleh jadi ni!
Aku meluru ke luar tandas. Berlari-lari menuju ke arah rakan-rakanku yang tengah melepak tu. Sambil tu dalam kepala otak aku gagal lagi nak mencerna data yang disupply oleh mata aku sebentar tadi. Aku masih keliru. Dengan muka yang panik, aku bagitau kengkawan aku pasal mende yang aku nampak. Mereka juga terkejut dan tak percaya. Kali ni semua rakan-rakan aku meluru ke arah tandas nak tengok jugak apa yang aku nampak tadi.
Bila semua sampai kat tandas, kitaorang semua masuk sama-sama. Sehingga kini aku masih ingat lagi ekspresi wajah kengkawan aku sekor-sekor. Semuanya terpaku. Emosi mereka gagal dibaca. Mata mereka terbeliak melihatnya. "Tu la.. aku cakap tak percaya..", kata aku.

Ada setepek taik melekat kat pintu tandas tu (sebelah dalam). Melekat dengan jitu pada daun pintu tu. Serta ada kesan tapak tangan yang membentuk rupa taik tu (mould). Taik ni telah diletakkan di atas tapak tangan, dan ditepuk dengan kuat ke daun pintu tu sampai melekat.

Member aku tak yakin. "Betul ke taik ni?" katanya seraya mencubit sedikit gumpalan hitam ke-brown-brown-an tu dan menjamahnya dengan lidah.

Sampai hari ni aku masih tak mengerti langsung apa yang terjadi di situ. Apa motifnya? Apa tujuan sebenar dia? Paling misteri siapakah yang berani buat mende macam ni? Kenapa buat macam ni? Marah ke? Tertekan ke? Gila ke? Tapi yang penting perbuatan dia tu telah men-trigger-kan (invoke) banyak emosi kepada yang melihatnya. Mungkinkah ini satu hasil seni yang sengaja diadakan untuk tontonan umum? Adakah ia satu hasil seni sinis dan pedas yang disampaikan dengan elemen misteri dan humor yang jelek. Terlalu taksub dengan penulisan dalam buku kontroversi ke? Dan penjelasan dia terserah kepada mata yang melihat. Genius atau gila?

Peristiwa hari tu sehingga kini masih menimbulkan banyak teka-teki dalam diri aku. Dan hingga hari ini kadang kala aku terjaga di tengah-tengah malam termimpikan peristiwa misteri itu. Aku gagal melupakannya. Bila aku masuk mana-mana tandas aku teringat. Yang penting, sampai hari ni aku masih tak mengerti...

Sunday, July 10, 2005

Late Show With Kumprinx

it's good entertainment though..

Anniversary
Malam sebelum lay-uot baru ni dilancarkan, aku pulun habih buat final touch-up. Bawak ke pagi. Jadi 2-3 hari ni aku berehat dulu kejap. Bukak kompiter pun nengok e-mail je. Ahh.. skang ni nak buat apa pun aku rasa macam malas je..

Liberality
Aku baru sahaja mendapat laporan bahawa seorang member aku masa sekolah dulu skang ni tengah kapel ngan sorang 'awek' ni yang tak berapa nak awek. Laki yang dah convert jadi awek. Dengar ceritanya serius diaorang ni bercinta. Aku macam tak percaya ke apa yang aku dengar ni. Pepehal aku kena jumpa dia sendiri.

Lumba Keta
Skang ni aku cuti lagi. Cuti bergaji yang diluluskan olih diri aku sendiri. Jadi aku tau takde mende nak buat siang hari, maka sepanjang malam aku lumba keta. Aku sebenarnya bukan kaki game sangat. Tapi kalau aku main game, aku main bersungguh-sungguh. Nanti aku buat review pasal game yang aku main ni. Series aku cakap game ni adalah game lumba kereta yang paling cool sekali pernah aku main.

Battle of The band
Setelah beberapa tahun takde event macam ni kat Lipis ni, skang aku dengar khabar angin akan ada balik masa Karnival Lipis nanti. Jadi band aku tentunya akan beraksi. Dengar cerita event ni terbuka Pahang. Jadi memang takde can lah nak menang. Waima demikian kitaorang tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Menang no.2. Yang penting perform. Jadual latihan telahpun disediakan. Jaga-jaga la korang..

Wednesday, July 6, 2005

Anniversary Spesel: Setahun Bersamamu (1)

thank you..

Kehadiran lay-out aku yang kelapan ni aku tak nafikan dah ter-over hype. Tapi aku memang nak raikan kejayaan aku ni setahun berblogging. Lama tu setahun. Kalau kucing dah boleh beromen dah. Waima demikian ini bukan kucing. Ini blog Encik Kumprinx. Kat sini jugak aku dah rakamkan perjalanan hidup aku untuk tatapan semua orang. Blog ni dah jadi saksi banyak perkara dalam hidup aku. Jadi aku nak rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada korang semua yang banyak menyapport aku selama ni. Terima kasih.
Kali ni adalah kali yang kelapan aku menukar layout. dan jugak aku telah menukar ayat 'Pyrokumprinx Advanced Media' kepada perkataan 'pyrokmxadvncdmda8'. Senang sikit nak tulis. Amacam lay-out baru aku nih? Ok tak? So first things first;

pyrokmxadvncdmda8 - Technical Data
Aku cuba mengurangkan tempoh masa site ni load. Kalau korang pakai streamyx ok la. Tapi kalau dial-up tu maybe lama sket. Tapi tak la selama yang dulu tu. Kali ni aku tak embed external file banyak sangat. Cuma ia akan load hanya bila user nak nengok. Jadi overall loading time dapat dikurangkan. Aspek ni lah yang paling aku tekankan. Skang ni aku berjaya kurangkan coding dia kepada 40kb je daripada dulu 200kb lebih. Banyak jugak kesulitan yang aku hadapi untuk cramkan menatang koding ni. Aku jugak telah mengemaskini kandungan-kandungan yang ada kat sini supaya lebih kemas sikit. Aku sorok elok-elok kat bawah tu. Kalau nak nengok, klik je. Emm.. pastu site ni skang support resolution 800x600 ke atas. Barely. Dan pastikan korang enable Javascript kat browser. Sepatitnya semua script yang aku guna ni compatible untuk semua browser. Tapi aku tak test lagi. Semua menda skang ni dah kemas dan aku tinggalkan banyak room untuk future update. Harap-harap takde masalah. Kalau ada problem, sila kontek aku segera.

Support
banner
Ni banner untuk pyrokmxadvncdmda8. Button ada kat belah kanan sana.

Dan skang aku persembahkan post aku yang ke-178:
Anniversary Spesel :
Setahun Bersamamu
(Bahagian Pertama)

Setahun nan lalu..
Blogging ni dah lama aku planning nak buat. Tapi aku masih tak jumpa waktu dan masa yang sesuai. Time tu aku ada hantar zine Journal/Hilang Punca kat Tok Rimau. Pastu bila dia dapat dia e-mail kat aku bagitau yang aku ni molek ada blog. Tanpa berfikir panjang lagi terus je aku buat. Sebab brader Tok Rimau ni yang sajes kat aku, jadi akupun terus je daftar kat we::log. Dan terus hari tu jugak aku buat post pertama aku bertarikh 7 Julai 2004 yang berbunyi:

langkah pertama: sign ngan we::log
langkah kedua: edit menatang ni sampai
puas hati
langkah ketiga: cari hosting
seterusnya...
-kontek Pedal
mintak CD swishMax
-bina main page

the need of online presence
the need to say something
the need to express

The Danchan Days
Time tu meng-godek-godek Danchan ni memang seronok. Macam-macam cara aku eksperimen. Tapi malangnya aku ambik masa yang lama untuk paham sepenuhnya macamana Danchan ni berfungsi. Dan lebih-lebih lagi macamana 'blog' ni berfungsi. Dek kerana ketabahan aku, aku berjaya jugak. Dan lepas tu terus je aku try macam-macam skin dan template.

Tagbod
Aku rasa user interaction tu penting untuk sesebuah website. Jadi terus aku guna je akaun Tag-Board aku yang aku guna untuk blueAI ari tu. Bila first time ada orang tag, seronok bukan kepalang aku. Hek-ele.. ada jugak orang baca blog aku ekk. Namun demikian aku rasa Tagbod ni adalah elemen yang paling penting bagi blog aku ni. Takde yang lebih hepi daripada nengok ada orang tag. Tak kiralah kutuk ke, puji ke..

Full Blast
Sejak dari tu aku tak menoleh ke belakang lagi dah. Semua mende aku cerita kat sini. Aku tulis je apa yang aku rasa, apa yang aku fikirkan. Bila ada apa-apa berlaku, ayat-ayat yang aku nak tulis dalam blog tu bermain-main dalam fikiran aku. Bila mende tu power daripada biasa, aku buat Special Feature. Time ni aku banyak eksperimen elemen-elemen baru dalam blogging ni.

Bidadari
Aku tak nafikan bahawa Bidadari ni adalah post aku yang paling penting sekali. Bila dia start release je, hits blog aku meningkat naik mendadak. Banyak yang YM aku bagitau pendapat diaorang. Ada yang bagi khidmat nasihat, yang kutuk pun ada. Kesimpulannya post Bidadari ni banyak membantu aku menangani perkara ni. Sebab bila aku dah post, aku rasa macam dah lepas satu burden yang besar dalam diri aku.

Migrate
Masalahnya Danchan ni banyak problem. Selalu down. Entah apa masalah dia aku tak tau. Point yang paling penting adalah-Downtime is not good for business. Jadi aku bercadang nak migrate. Aku try Blogspot. Bila aku nak daftar je, aku terkejut nengok bahawa username aku telah pun didaftarkan. Tahun 2002 ari tu. Aku sendiri yang daftar sebab password aku match. Pastu baru aku ingat, bahawasanya niat aku nak ber-blogging tu ada seawal dunia lagi. Jadi aku memulakan proses migrate yang slow dan memang sakit kepala. Semua post-post aku kat Danchan tu aku pindah satu persatu. Kenapa Blogspot (Blogger)? Sebab aku pernah baca satu artikel pasal Google dah beli Blogger ni sebagai salah satu langkah diaorang untuk meng-organise semua informasi yang ada dalam dunia ni. Dan bagi aku -'In Google we trust'.

The Porno Issue
Sekali aku daftar untuk MalaysiaTopBlogs. Pastu aku dapat no.1. Pastu ada yang komplen. Ya memang aku ada guna keyword lucah. Hampir semua kelucahan aku tepek kat situ. Ini blog aku, site aku, aku punya pasal la nak tarik visitor macamana. Itu hak aku. I earned the no.1 spot sebab aku ada cara aku sendiri nak tarik pelawat. Beribu-ribu dah kaki porno aku selamatkan dari menengok lucah sebab jumpa site aku ni. Huh!

Setahun Bersamamu Bahagian 2
-Masa depan pyrokmxadvncdmda8
-Milestone dan Interview banyak lagi!!

Monday, July 4, 2005

Puteh

Jamming di rumah Mael memang seronok. Walaupun equipment yang minima, tapi tetap best. Puncanya; Puteh.
Aku sejak kecik lagi selalu lepak kat umah Mael ni. Tapi baru dalam tahun ni je aku baru dapat tahu yang jiran dia ada anak dara yang cantik. First time aku terpandang wajahnya, satu perkataan terpacul di mulutku; "Puteh.."
Puteh bukanlah nama sebenar awek kat sebelah umah Mael ni, cuma aku saje panggil dia Puteh sebab dia putih sangat. Muka putih, kaki putih tangan putih semua mende putih ibarat tak pernah dijamah matahari.
Sejak kitaorang semua dapat tahu tentang kehadiran Puteh ni, semua orang abis smart dah datang jamming. Rambut sikat belah tepi, baju masuk dalam seluar, kasut kulit yang berkilat dan seluar slack yang bergosok rapi sampai nampak line straight kat depan dia.
Ketika sedang jamming, aku sering menggunapakai taktik berehat sebentar demi untuk meng-usyar Puteh. Sebab aku main drum maka aku lah yang paling letih aku rasa, jadi aku sering- "Aku kuar jap ambik angin, panas.." Selalunya Puteh main badminton ngan adik dia. Time ni la nampak, putih sungguh kulit dia.
Namun demikian kami juga kecewa. Sebab selalu sangat usyar Puteh ni, maka kami jugak pernah ternampak pakwe Puteh mempick-up dan meloading Puteh pegi jalan-jalan. Walaupun pakwe dia boleh tahan jambu muka namun tetap selenge di muka kami. Time kitaorang ada cepat-cepat je dia blah.
Kehadiran Puteh juga telah menaikkan semangat kami untuk datang berlatih hari-hari kat umah Mael. Namun ia tidak kekal lama. Ku sangkakan hujan sampai petang, tetapi panas di senjakala. Sabtu nan lalu aku ngan rakaniaga aku melawat ke umah Mael untuk mendengar kaset. Kitaorang nengok kat umah Puteh ada ramai je orang. Termasuk motor pakwe Puteh. Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa tak lama lagi Puteh akan melanjutkan pelajaran jauh ke tanah Bidadari sana. Namun kami tak menduga ia akan berlaku dalam jangkamasa terdekat ni. Family Puteh buat kenduri meraikan kejayaan anak dia melangkah ke menara gading.
Nasib baik ada abah Puteh datang ajak kitaorang pekena sekali kat umah dia. Ni lah first time aku menjejakkan kaki ke umah Puteh. Kami dijamu dengan bermacam-macam hidangan. Ada pulut kuning, mee goreng, karipap, puding, kek pisang, tembikai dan macam-macam lagi. Dah le mee goreng dia sedap, rasa macam kat kedai. Jadi kitaorang pun makanlah sekenyang-kenyangnya. Sekali-sekala Puteh keluar untuk men-topap mee goreng yang licin kena sapu. memang kitaorang semua lapar sebab baru abis jamming. Lantaklah, lepas ni takde can dah..
Bila ada tetamu lain yang nak blah, diaorang akan bersalam-salam ngan tetamu yang belum blah. Kami terpaksa mem-pause proses pekena beberapa kali sebab ada orang nas blah. Tetiba ada sorang ni muka macam kenal pun nak blah. Dia adalah pakwe kepada si Puteh. Member saya yang pertama buat-buat macam nak salam tapi lepas tu tarik tangan bela rambut (stail Felix). Member saya yang kedua langsung tak pandang pakwe Puteh ni. Manakala member saya yang ketiga salam ngan pakwe Puteh ni, tapi genggam kuat gile sampai patah riuk tangan budak tu. Mende dosa pakwe Puteh ni aku tak paham. Namun aku rasa semua orang hangin ngan dia sebab sangkut kat girl next door ni. Awek sebelah umah mesti kena always available. Dan budak ni dah spoilkan suasana. Nontheless itulah adalah hak Puteh sendiri.
Hari-hari yang mendatang selepas ni adalah begitu hambar sekali. Tiada lagi jeritan manja Puteh akibat di-smash oleh adiknya. Takde lagi kelibat Puteh menengok-nengok koleksi orkid kepunyaan mak Mael. Skang datang jamming pun selekeh je. Nak melepak kat luar pun dah takde mood.

Puteh, ku harap kau akan berjaya di menara gading.
Cepat pulang ye?!