Monday, July 25, 2005

Monday Muse

Muse rocks!


Dewa
Ada orang datang kat aku cakap, "Ko layan Dewa lagi ke? Diaorang tu yahudi tau tak?!". Ele.. artis-artis barat lain pun yahudi jugak. Korang dok puja-puja, tampal gambo dalam bilik, atas fail seme. Inikan pulak Dewa tak tak pasti kesahihannya. Kendatipun aku kesian kat brader Dhani Ahmad tu. Banyak orang hentam dia. So jangan la kacau dia.

Akademi Fcukinghell la..
Telah dikenalpasti skang ni blog yang pasal AF ni paling banyak hit. Aku masih tak mengerti mengapa orang boleh go to great length untuk cover pasal AF ni. Bukan itu saja, pasal Sawi dan 'Dunia'nya. Banyak lagi yang aku tak mengerti akan ku paparkan di sini. Takpe. Dalam 2-3 hari ni aku akan melancarkan post aku pasal AF ni bertajuk: Akademi Fcukinghell la..:Kumprinx's take on the mother of all reality show.

Anniversary Button
Dalam 2-3 hari lagi aku nak tanggal dah button anniversary tu. Terima kasih kepada yang mengambik bahagian. Aku nak letak mende lain pulak kat situ. Nanti besday aku aku buat freead lagi.

Ayah Pin/Pimp Daddy
Aku baharu sahaja selesai menonton video Pimp Daddy ni. Tak guna betul, ada orang hirup air kaki dia! Gile! Pastu ada makwe yang selalu follow dia tu tak pasti sapa. Bini dia barangkali. Dan ada jugak keluar gambar 2-3 orang artis. Lawatan dia ke Indonesia. Gambar kat tempat dia tu. (Ya ada teko beso) Pastu ada satu binaan yang diorang dok pegi keliling (mcm tawaf). Muka Pimp Daddy ni takde la cool sangat. Selenge je. Pastu cakap pun macam main tibai je.
Sebahagian daripada menara kesesatan Pimp Daddy yang aku nengok dalam video tu:
-Encik Peter rasa terharu sebab dilantik sebagai incas cawangan Kristian untuk seluruh dunia oleh kerajaan langit.
-Ada orang hirup air kaki dia!
-"Saya yang cipta agama Hindu ni. Tapi dulu saya letak nama lain", kata Pimp Daddy ngan nada bersahaja.
Pastu dalam satu interview dia ada cakap, "Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada." Best la kau..
Dengarnya ada banyak lagi ajaran sesat kat Malaysia ni. Mana lagi? Aku nak nengok jugak!

Torrent
Saya dengan ini secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada En. Buttet kerana telah mengajar saya pasal Torrent ni. Dengan torrent ni saya bisa me-muat turun banyak lagu-lagu best-best. Kendati demikian, saya menyeru orang kampung semua agar membeli cd dan kaset original artis tempatan. Kalau artis luar tu, takpe la donlod. Diaorang dah kaya. Selamatkan industri muzik tanahair!

Soalan paling bangang minggu ni
"Secara ikhlas, menurut pandangan ko mana satu lebih power; Henset Daun ke Sabun?"
Kalau ada lagi kutu pegi tanya soklan macam ni kepada aku, maka jawapan daripada aku hanyalah berbentuk sekeping pelempang.

Celcom Rocks On
Semalam aku baca sekabar katanya skang ni boleh topap tiga inggit? Best la macam ni. Satu point yang paling berkesan untuk selalu ke kedai topap yang ada awek. Emm mana satu nak gi? Kedai Melati ke kedai lain?

Anggerik
Korang dah baca pasal pemergian Puteh. Korang dah nengok pasal Melati. Kini, kisah Anggerik pasti akan meruntun jiwa korang. Akan datang.

5 comments:

  1. tak sabo aku nak bace post Akademi Fcukinghell..haha..aku sokong..!

    ReplyDelete
  2. long live akademi fcukinghell.hahaha.

    weh nanti aku nak afundi sapa?.hahaha

    ReplyDelete
  3. hehe dh ade yg nk ner lempang.. ekeke :p
    mane entry AF (xsabo nih) :p

    ReplyDelete
  4. ehehe..henset daun yg cane ek..aku kenal hensep sabon jek..besa melebar je rupe..cey

    ReplyDelete