Sunday, July 10, 2005

Late Show With Kumprinx

it's good entertainment though..

Anniversary
Malam sebelum lay-uot baru ni dilancarkan, aku pulun habih buat final touch-up. Bawak ke pagi. Jadi 2-3 hari ni aku berehat dulu kejap. Bukak kompiter pun nengok e-mail je. Ahh.. skang ni nak buat apa pun aku rasa macam malas je..

Liberality
Aku baru sahaja mendapat laporan bahawa seorang member aku masa sekolah dulu skang ni tengah kapel ngan sorang 'awek' ni yang tak berapa nak awek. Laki yang dah convert jadi awek. Dengar ceritanya serius diaorang ni bercinta. Aku macam tak percaya ke apa yang aku dengar ni. Pepehal aku kena jumpa dia sendiri.

Lumba Keta
Skang ni aku cuti lagi. Cuti bergaji yang diluluskan olih diri aku sendiri. Jadi aku tau takde mende nak buat siang hari, maka sepanjang malam aku lumba keta. Aku sebenarnya bukan kaki game sangat. Tapi kalau aku main game, aku main bersungguh-sungguh. Nanti aku buat review pasal game yang aku main ni. Series aku cakap game ni adalah game lumba kereta yang paling cool sekali pernah aku main.

Battle of The band
Setelah beberapa tahun takde event macam ni kat Lipis ni, skang aku dengar khabar angin akan ada balik masa Karnival Lipis nanti. Jadi band aku tentunya akan beraksi. Dengar cerita event ni terbuka Pahang. Jadi memang takde can lah nak menang. Waima demikian kitaorang tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Menang no.2. Yang penting perform. Jadual latihan telahpun disediakan. Jaga-jaga la korang..

No comments:

Post a Comment