Wednesday, July 6, 2005

Anniversary Spesel: Setahun Bersamamu (1)

thank you..

Kehadiran lay-out aku yang kelapan ni aku tak nafikan dah ter-over hype. Tapi aku memang nak raikan kejayaan aku ni setahun berblogging. Lama tu setahun. Kalau kucing dah boleh beromen dah. Waima demikian ini bukan kucing. Ini blog Encik Kumprinx. Kat sini jugak aku dah rakamkan perjalanan hidup aku untuk tatapan semua orang. Blog ni dah jadi saksi banyak perkara dalam hidup aku. Jadi aku nak rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada korang semua yang banyak menyapport aku selama ni. Terima kasih.
Kali ni adalah kali yang kelapan aku menukar layout. dan jugak aku telah menukar ayat 'Pyrokumprinx Advanced Media' kepada perkataan 'pyrokmxadvncdmda8'. Senang sikit nak tulis. Amacam lay-out baru aku nih? Ok tak? So first things first;

pyrokmxadvncdmda8 - Technical Data
Aku cuba mengurangkan tempoh masa site ni load. Kalau korang pakai streamyx ok la. Tapi kalau dial-up tu maybe lama sket. Tapi tak la selama yang dulu tu. Kali ni aku tak embed external file banyak sangat. Cuma ia akan load hanya bila user nak nengok. Jadi overall loading time dapat dikurangkan. Aspek ni lah yang paling aku tekankan. Skang ni aku berjaya kurangkan coding dia kepada 40kb je daripada dulu 200kb lebih. Banyak jugak kesulitan yang aku hadapi untuk cramkan menatang koding ni. Aku jugak telah mengemaskini kandungan-kandungan yang ada kat sini supaya lebih kemas sikit. Aku sorok elok-elok kat bawah tu. Kalau nak nengok, klik je. Emm.. pastu site ni skang support resolution 800x600 ke atas. Barely. Dan pastikan korang enable Javascript kat browser. Sepatitnya semua script yang aku guna ni compatible untuk semua browser. Tapi aku tak test lagi. Semua menda skang ni dah kemas dan aku tinggalkan banyak room untuk future update. Harap-harap takde masalah. Kalau ada problem, sila kontek aku segera.

Support
banner
Ni banner untuk pyrokmxadvncdmda8. Button ada kat belah kanan sana.

Dan skang aku persembahkan post aku yang ke-178:
Anniversary Spesel :
Setahun Bersamamu
(Bahagian Pertama)

Setahun nan lalu..
Blogging ni dah lama aku planning nak buat. Tapi aku masih tak jumpa waktu dan masa yang sesuai. Time tu aku ada hantar zine Journal/Hilang Punca kat Tok Rimau. Pastu bila dia dapat dia e-mail kat aku bagitau yang aku ni molek ada blog. Tanpa berfikir panjang lagi terus je aku buat. Sebab brader Tok Rimau ni yang sajes kat aku, jadi akupun terus je daftar kat we::log. Dan terus hari tu jugak aku buat post pertama aku bertarikh 7 Julai 2004 yang berbunyi:

langkah pertama: sign ngan we::log
langkah kedua: edit menatang ni sampai
puas hati
langkah ketiga: cari hosting
seterusnya...
-kontek Pedal
mintak CD swishMax
-bina main page

the need of online presence
the need to say something
the need to express

The Danchan Days
Time tu meng-godek-godek Danchan ni memang seronok. Macam-macam cara aku eksperimen. Tapi malangnya aku ambik masa yang lama untuk paham sepenuhnya macamana Danchan ni berfungsi. Dan lebih-lebih lagi macamana 'blog' ni berfungsi. Dek kerana ketabahan aku, aku berjaya jugak. Dan lepas tu terus je aku try macam-macam skin dan template.

Tagbod
Aku rasa user interaction tu penting untuk sesebuah website. Jadi terus aku guna je akaun Tag-Board aku yang aku guna untuk blueAI ari tu. Bila first time ada orang tag, seronok bukan kepalang aku. Hek-ele.. ada jugak orang baca blog aku ekk. Namun demikian aku rasa Tagbod ni adalah elemen yang paling penting bagi blog aku ni. Takde yang lebih hepi daripada nengok ada orang tag. Tak kiralah kutuk ke, puji ke..

Full Blast
Sejak dari tu aku tak menoleh ke belakang lagi dah. Semua mende aku cerita kat sini. Aku tulis je apa yang aku rasa, apa yang aku fikirkan. Bila ada apa-apa berlaku, ayat-ayat yang aku nak tulis dalam blog tu bermain-main dalam fikiran aku. Bila mende tu power daripada biasa, aku buat Special Feature. Time ni aku banyak eksperimen elemen-elemen baru dalam blogging ni.

Bidadari
Aku tak nafikan bahawa Bidadari ni adalah post aku yang paling penting sekali. Bila dia start release je, hits blog aku meningkat naik mendadak. Banyak yang YM aku bagitau pendapat diaorang. Ada yang bagi khidmat nasihat, yang kutuk pun ada. Kesimpulannya post Bidadari ni banyak membantu aku menangani perkara ni. Sebab bila aku dah post, aku rasa macam dah lepas satu burden yang besar dalam diri aku.

Migrate
Masalahnya Danchan ni banyak problem. Selalu down. Entah apa masalah dia aku tak tau. Point yang paling penting adalah-Downtime is not good for business. Jadi aku bercadang nak migrate. Aku try Blogspot. Bila aku nak daftar je, aku terkejut nengok bahawa username aku telah pun didaftarkan. Tahun 2002 ari tu. Aku sendiri yang daftar sebab password aku match. Pastu baru aku ingat, bahawasanya niat aku nak ber-blogging tu ada seawal dunia lagi. Jadi aku memulakan proses migrate yang slow dan memang sakit kepala. Semua post-post aku kat Danchan tu aku pindah satu persatu. Kenapa Blogspot (Blogger)? Sebab aku pernah baca satu artikel pasal Google dah beli Blogger ni sebagai salah satu langkah diaorang untuk meng-organise semua informasi yang ada dalam dunia ni. Dan bagi aku -'In Google we trust'.

The Porno Issue
Sekali aku daftar untuk MalaysiaTopBlogs. Pastu aku dapat no.1. Pastu ada yang komplen. Ya memang aku ada guna keyword lucah. Hampir semua kelucahan aku tepek kat situ. Ini blog aku, site aku, aku punya pasal la nak tarik visitor macamana. Itu hak aku. I earned the no.1 spot sebab aku ada cara aku sendiri nak tarik pelawat. Beribu-ribu dah kaki porno aku selamatkan dari menengok lucah sebab jumpa site aku ni. Huh!

Setahun Bersamamu Bahagian 2
-Masa depan pyrokmxadvncdmda8
-Milestone dan Interview banyak lagi!!

2 comments:

  1. zz dah patah hati dengan danchan, sudahnyer ni port yang terbaik sekali..hehe

    anyhow HI..!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. weh!

    keep on rocking and blogging

    nanti aku nak buat interbiu utk ko ah.

    mmg ko rocking abis!.

    ReplyDelete