Sunday, March 5, 2006

I've done the impossible

Ni nak habaq mai pasal kasut Nike aku yang aku beli kat Bandelero beberapa bulan nan lalu. Kasutnya bertemakan Laskar Cinta sebab kaler scheme dia warna hitam dengan stripe merah.
Lepas beli aku basuh kaw-kaw punya, dengan treatment antiseptik membunuh kuman, aku jemur tengah panas. Tetiba tanpa diduga, struktur kulit (leather) dia menjadi rapuh. Maklumlah kasut bundle recon. Bila aku pakai buat pertama kali, kasut tu mula membuka mulut. 2-2 belah sekali.
Itu jam hati saya sangat hancur melihatnya. Sebab saya sayang kasut ni. Dan tak sempat lagi nak up kat member-member, dah koyak. Memula aku hantar kat kedai repair kasut kat Kuala Lipis ni. Brader tu cakap, "Kalau macam ni mana boleh repair dah bang, dah hancur. Tak boleh buat apa dah. Campak Sungai Jelai je la. Haha..". Tak guna punya brader tukang kasut.
Tak berputus asa aku pegi ke Raub. Sejam jugak naik keta bawak slow-slow. Dengarnya ada tukang kasut handalan kat sana. Kata brader tukang kasut Raub pulak, "Ni mana boleh repair dah ni. Dia takde support depan dia ni. Kalau jahit pun nanti tak tahan lana". "Jahit je, tak kiralah tak tahan lama ke asal dia elok balik". ujar aku. "Tak boleh. Buang masa saya je. Saya banyak lagi mende nak buat ni. Anak-anak lagi, jahut selipar lagi, nak jumpa makwe lagi petang ni. Kasut ni memang takboleh repair dah! Tak reti bahase ke. Buang je la.." Huh, sia-sia trip aku ke Raub. Aku pekena Happy Fried Chicken kat sana untuk melegakan hati aku yang nyilu ni.
Nampak gayanya takde harapan dah buat kasut Nike Laskar Cinta aku ni. Tapi setelah beberapa lama aku merempit pulak ke Bentong sana. Dan aku jumpa tukang kasut handalan kat Bentong pulak. Jawapan dia sama. Tak boleh repair dah. Aku hampir-hampir putus asa. Kasutnya memang takde harapan langsung.
Malam semalam berbekalkan gam Gajah yang aku pau dari Mael, Gam lilin yang aku pau jugak dari Mael dan glue gun yang seperti biasa aku pow dari Mael aku memulakan operasi baik pulih kasut ni. Tugasnya sangat rumit nak gam semula kulit yang terkoyak. Aku mengembil rehat selama sejam untuk menengok Smallvile kemudian meneruskan kerja dengan penuh tekun dan dedikasi.
3 tukang kasut handalan merejek kasut aku ni. 3 bandar aku jelajah. Semua orang cakap kasut ni dah tak boleh repair dah. Namun selepas operasi aku semalam, aku berjaya mengembalikan kegemilangan kasut ni. Siap aku kiwi balik bagi nampak berkilat. Aku dah berjaya melakukan yang mustahil. Kini, kasut tu dah kembali beraksi dengan penuh kegemilangan. Dan jugak mungkin aku pakai untuk Battle of the Band 18hb ni.
Jadi persoalannya di sini, siapa sebenarnya tukang kasut handalan?

Related
Bandelero mentioned here
Pasal Kasut
Pasal Kasut jugak!

Susila - Kekasih Di Bumi Kenyalang

ND sent me this. Katanya dia baru beli kaset ni. Pada korang-korang yang muda-muda lagi tu mesti tak tau band apakejaddahnye ni. Memang, band zaman dulu nama diaorang memang pelik if not funny la.
Lagu ni memang menarik. Aura Sarawak dia memang ngam. Menggunakan instrument biasa dia boleh dapat feel tu. Kreatif. Macam sound yang kita dengar bila ada orang menari stail Sarawak itu, apa tah namanya..
Yang pelik, mengapa ND hantar lagu ni kat aku, out of the blue? Apa signifikannya? Tajuk lagunya juga begitu unik. Kenapa ni? Hehe.. Bagi yang dah lama follow blog ni pasti korang tersengih sendirian karena dapat memikirkan jawapannya. Korang memang champion!
Jadi pada hari Isnin yang bahagia ni, korang boleh download lagu ni untuk dengar sendiri. Aku dah upload kat ultra high-speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server.

Susila-Kekasih Di Bumi Kenyalang
(right click-save target as..)

Lirik:
Wajahmu nan ayu menyunting di lubuk jiwaku
Mata yang bersinar sayu di hatiku
Membuatkan aku terasa merindu padamu kasihku
Ingin segera berdamping denganmu

Nun jauh di sana melambai memanggil namaku
Nun jauh mu di awan sayu kau ku lihat
Terasa ku dibuai di bawah helang bersama denganmu
Tak mungkinkan berpisah sayangku

Kaulah gadis kenyalang gemerlapan di taman indahmu
Kaulah gadis yang sejati pelambang di bumi bertuah ini
Ketulusanmu yang bersahaja membuat ku rindu padamu
Engkaulah yang tetap ku puja selama-lamanya

Tima kasih ND.

Thursday, March 2, 2006

kmxnine trailer

Click to view. Opens in new window
Link bukak dalam window baru

Sebentar tadi gua baharu sahaja mengupload trailer untuk kmxnine. Korang boleh klik gambar kat atas sana dan nengok. 'Domestic Poor Animation' Flash bukan bidang aku, tapi aku gemar memain ngan Flash ni nak-nak ada software macam Swish yang menjadikannya semudah 1-2-3. Kadangkala bila menengok balik trailer ni rasa macam masa aku mula-mula kenal HTML dulu. Koman dan macam budak-budak. Pepehal mende ni dah lama aku buat dan tak jadi-jadi. So aku tibai je finishing dia sampai jadi dan upload untuk tontonan korang sebab dah naik menyampah aku nengok kat desktop kompiter aku ni.

kmxnine teaser trailer
Made with
: SwishMax
Running time: Seminit lebih gitu
Hosted on : The super speed, unlimited bandwidth TahapSempurna server!
Soundtrack : Butterflies and Hurricane - Muse
Lirik:
Dont let yourself down
Dont let yourself go
Your last chance has arrived
Best. You got to be the best
You got to change the world and use this chance to be heard
Your time is now
Your time is nowwwww...

Enjoy!

Sunday, February 26, 2006

Diari Kutu Lepak Handalan


Biasa aku start tido pukul 4.00 pagi. Ini menyebabkan aku bangun sekitar 12 tengahari. Ada sesetengah kes aku bangun pukul 4 petang. Biasanya aku akan bangun pagi, dan sambung tido balik waktu petang. Tapi ada satu kes yang pernah dilaporkan, aku bangun pagi, sambung tido balik pukul 12 tengahari, dan bangkit semula pada pukul 9.00 malam. Itu jam aku keliru nengok hari gelap. Entah pagi ke entah malam.

Hari aku bermula dengan chores biasa seperti gosok gigi, mandi dan sebagainya. Lepas bangun tido jugak aku melakukan aktiviti buang air sambil isap rokok yang ke-best-an nya tak ternilai bagi aku. Bagi aku aktiviti ini memberikan aku ruang masa aku sendiri dan meng-isolate diri aku dengan dunia luar supaya aku dapat fokus kepada ponder perkara yang terpaling halus dan merangka keseluruhan aktiviti aku sepanjang hari nanti. Ada jugak sesetengah kes aku membaca buku sejurus selepas bangun daripada tido untuk menimba ilmu dan menambahkan pengetahuan. Time aku bangun tido jugak ngam-ngam time tu la rancangan Oprah ke udara. Jadi aku terpaksa nengok. Kadang-kadang best jugak. Kalau aku terjaga awal pagi, aku akan melakukan brisk walk di sekitar bandar Lipis ni untuk meningkatkan stamina tubuh badan dan supaya balance dengan tabiat merokok aku yang heavy tu. Ada sesetangah kes, lepas bangun tido je aku terus pekena mee kari kat kedai pakteh sana.

Dah siap mandi seme, aku akan turun ke ibusawat (cybercafe) untuk layan komputer ataupun main game PS2. Jika saya menghadap komputer maka takkan ada habisnya perkara yang aku nak buat. Dan perihal main game pulak aku main game secara sistematik. One game at a time. Cari game power dan main sampai habis. Baru main game lain pulak. Kemudian aku akan balik rumah dan makan nasik. Lepas makan nasik besar kemungkinan aku akan tido balik untuk cover waktu tido aku (kalau aku bangun pagi). Ada sesetangah kes, lepas makan nasik aku akan sambung balik main game ataupun layan komputer.

Menjelang petang kalau ada kutu datang melawat aku, aku akan mengajak mereka pekena minum kat kedai bawah sana untuk nengok orang lalu lalang dan berbincang mengenai perkara current effect. Lepas lepak bawah sana, biasanya aku akan terus mengorak langkah pegi studio untuk jamming. Jamming adalah perkara yang penting bagi aku. Kalau lama tak jamming bisa membuatkan aku gila meroyan dan meracau seorang diri. Kadangkala ada ramai kutu kat (privately owned) studio tu menyebabkan aku cenderung suruh diaorang main dan memberi peluang untuk aku berkaraoke. Kalau takde orang, aku ngan Mael akan berlatih pattern-pattern dan lagu-lagu baru.

Lepas jamming (biasanya 7 petang) kalau tak melepak umah Mael sampai tenggelam matahari, kitaorang akan mengorak langkah ke kedai Rapi untuk pekena neskepe'o sampai malam. Kemudian kami akan bersurai. Aku balik umah. Kalau ada nasik kat rumah aku makan nasik dulu, mandi-mandi seme dan keluar balik menyambung perjuangan melepak. Ada beberapa lokasi melepak di waktu malam ni seperti Ali Kapak, Alamanda, Uptown dan Bt.2. Kalau boleh aku memang nak melepak sampai pagi, tapi memandangkan kutu lain semua bekerja pada siang hari esoknya, maka kitaorang terpaksa bersurai jam 12.00 malam.

Balik ke rumah aku akan terus mendapatkan komputer. Baca berita, nengok blog, update, edit gambar, jalan-jalan sana sini. Bukai kedai baru, nengok e-mail, nengok gambar. Aktiviti berinternet aku majoritinya melibatkan research untuk program kewangan aku dan belajar mende-mende yang aku nak tau dan perlu tahu seperti PHP, Pearl dan CSS. Aku gemar meneroka ruang eksploitasi baru untuk si-implement kan ke blog ataupun website. Chatting jauh sekali.

Akhirnya pukul 3 pagi baru aku balik rumah. Ini kerana aku melimitkan masa aku berinternet (research, buat page baru) hanya 3 jam sehari. Sebab nanti kalau aku dah berjaya aku boleh sembang lebat kat orang lain "Hek ele.. aku kerja hadap komputer 3 jam je sehari.." Pukul 3 tu aku tak tido lagi. Sekali lagi aku akan meneruskan baca buku. Sebab aku nak perkara yang aku baca tu berada last sekali dalam aktiviti berjaga aku supaya otak aku dapat absorb sepenuhnya waktu aku tido. Lepas tu barulah aku tido dengan tingkap yang terbuka luas, kipas speed no.2 dan kabus pagi menerjah ke dalam bilik aku.

Bila aku terjaga keesokan harinya, semua ni akan bermula sekali lagi. Cuma anomaly berlaku hari selasa di mana petang tu kalau ada duit lebih sikit aku akan melepak di KerpanWalk. Dan hari jumaat aku jenjalan kat pasar malam.


Mungkin bagi sesetengah orang, melepak sepanjang hari adalah sangat boring dan membuang masa. Tapi bagi orang macam aku ni apa lagi yang nak dibuat selain daripada melepak? Bagi aku melepak ni adalah satu seni yang perlu dihargai dengan sepenuh hati. Tak boring ke? Mana ada boring. Aku berpegang teguh kepada kata pujangga seorang pendita yang berbunyi "Takkan kamu merasa gundah gulana jika kamu sekalipun tidak merasa bosan dengan apa-apa sekalipun walaupun hanya berbaring melihat langit membiru dan awan yang berubah bentuk" - Kumprinx (2000)

Ada 2 keadaan. Yang pertama aku banyak duit dan boleh beli rokok sekotak. Keadaan yang satu lagi tu aku tak berapa ada duit sangat dan terpaksa bergantung hidup kepada rokok batang. RM0.50 sebatang. Tapi biasanya aku ada kurang dari RM5 dalam poket aku. Nak ikutkan belanja harian aku abis minimum seringgit sehari iaitu untuk beli rokok 2 batang. Dan biasanya RM6-7 inggit gitu untuk beli rokok sekotak dan neskepe'o 2 gelas. Itu je yang aku perlukan. Lain tarak.

Ya aku memang sengkek orangnya. Duit takde, melepak kuat. Aku ingat orang sekitar pun dah mula saspek kat aku. Tertanya-tanya aku ni kerja mende. Walhal kalau ada orang tanya aku gembira menjawap bahawa aku tak bekerja dan menghabiskan sisa hidup aku dengan melepak. Tapi bila aku senang sikit, makan besar kat kedai ke, isap rokok kotak besar ke orang akan pandang slack dan merasa dengki.

Aku hidup di pekan kecil bernama Kuala Lipis yang penuh dengan orang-orang gila. Hari berlalu dengan sangat slow kat sini. Takde kejadian tembak menembak, rompakan bersenjata dan aksi kejar mengejar ngan keta. Yang ada cuma orang-orang yang rasa dia lebih best daripada orang lain. Hasad dengki adalah nama ke-2 bagi setiap penduduk kat Kuala Lipis ni. Mesti dengki ngan sesiapapun. Tak boleh orang senang sikit. Nak-nak kutu lepak macam aku ni. Tak boleh aku hidup dalam kemewahan padahal aku tak bekerja. Bila orang lain lebih diaorang dengki dan bila dia sendiri lebih, dia akan up sampai orang lain pun dengki jugak.

Aku jugak tak punya ramai kawan sebab aku tak berbual dengan ayat-ayat crap-hole. Aku tak ambik tahu hal orang lain dan aku tak bercakap perkara-perkara yang tak berfaedah. Aku juga tak membuang masa untuk menyiasat latar belakang sesiapa, dengki kat sesiapa dan tak juga mengambil tahu mengenai gossip-gossip terkini. Aku juga tak ramai kawan sebab aku takde masa nak merempit naik motor laju-laju, mengacau awek-awek di jalanan. Aku juga tak ramai kawan sebab aku tak bercerita dan tak mengambil tahu mengenai hal-hal yang di luar kemampuan aku contohnya dalam bidang permotoran, spoiler kereta, ekzos kecoh, telefon bimbit model terkini dan pakaian fesyen yang paling latest.

Aku memandu motor cabuk (yang laju) dan sungguh buruk rupanya. Orang biasanya akan memandang jelek. Kereta nak keluar simpang pun tak tunggu aku lalu dulu, terus main tibai je. Aku tak mampu nak repair motor tu. Nak beli roadtax, nak tukar lampu depan/belakang. Jauh sekali nak solek cantik-cantik. Ini menyebabkan polis cenderung menyaman aku setiap kali. Semuanya sebab aku tak mampu nak biaya itu semua (baikpulih) dan mereka menambahkan lagi beban hidup aku dengan suruh aku bayar saman dan naik mahkamah. Kadangkala mereka menarik motor aku ke balai dan lagi susah hidup aku kalau jadi macam tu.

Aku jugak memakai telefon bimbit model 'zaman toru' yang dah hilang tanda button dia. Entah mana satu no1 mana satu no9. Butang no.8 dan no.3 jugak sukar ditekan dan ada sesetengah kes, sampai patah kuku aku menekannya. Bila aku bercakap dengen telefon aku ni, orang lain yang memandang akan terus bawak keluar telefon bimbit model terkini-mp3-bluetooth-banyak video lucah diaorang supaya diaorang rasa lebih superior dari aku.

Mana sumber pendapatan aku? Takde. Aku tak makan gaji jauh sekali makan rasuah. Cuma kadangkala ada orang mintak aku taip surat ke, repair komputer ke apa ke, itu je lah sumber pendapatan aku.

Dengan kehidupan minimalis aku ni, biaya kehidupan aku sedikit. Dan aku gembira dengan hanya ada RM5 je dalam poket aku pada satu-satu masa. Aku menggunakan segala resource yang aku ada dengan planning dan strategi yang licik. Aku tak perlu terkejar-kejar pegi topap henset, bayar itu bayar ini. Aku pastikan semuanya simple dan mudah supaya tak banyak hal yang timbul.

Rancangan masa depan? Aku ada rangka rancangan yang paling besar yang akan berlaku dalam masa 5 tahun yang akan datang ni. Lepas tu aku akan bersara dan settle down kalau umur masih panjang. You wont belive what i have in store. Buat masa ini, inilah jalan kehidupan aku skang ni. Penuh keseronokan, debaran, excitement dan penuh crap.

Mungkin ada sesetengah orang yang merasakan yang hidup aku ni penuh crap, tak berfaedah, tak menyumbang kepada masyarakat dan good for nothings. Selagi aku pekakkan telinga dan buat tak peduli aku akan bahagia. Aku rasa hidup aku ni lebih best daripada hidup diaorang yang jadi hamba gaji, hamba makwe, hamba kereta, hamba bil, hamba style terkini, hamba kad topap dan hamba politik. Mengetahui aku memacu hidup aku tepat sebagaimana yang aku nak, dan tak pernah gagal, memberi keyakinan kepada aku untuk meneruskan hidup.
Hidup secara minima
Hidup dengan penuh riang gembira
Hidup dengan penuh ambisi dan matlamat
Hidup di antara mereka yang jiwanya telah lama mati
Hidup sebagai kutu lepak handalan

and i love.

every.

fucking.

second.

of it!


"Menyanyi lagu bukan dangdut asli tapi yang penting kita hepi"


Extra: Kuala Lipis Page by Kumprinx

Saturday, February 25, 2006

Tag/Meme

Pepagi dah kena. Dari Eastmail. Mujurlah hari ni aku ada banyak masa lapang.

4 Jobs
Though banyak kerja-kerja sambilan yang pernah aku buat sepanjang hidup aku ni, 4 di bawah ni adalah yang paling menyerlah. (mintak 4 je pehal?)
-Pembanci pokok kelapa sawit di Felda Kechau (2000)
-Peng-install Streamyx (2004)
-Mengumpul besi-besi buruk kumpul duit pegi nengok Konsert Search (2005)
-Kutu lepak sepenuh masa (2006-sekarang)

4 Movies
Ini 4 movie yang last sekali aku nengok.
-Rock
-PHSM 2
-Die Another day
-Remember the Titans
Ni antara 4 movie yang aku dah nengok 5+ kali.
-City of Angels
-Perempuan, Isteri dan..
-Kill Bill vol.1,2.
-Sin City

4 places I have lived
-Penjom
-Tempoyang
-Taman Maluri
-Pandan Indah

4 tv shows I love to watch
-Indo Top Ten
-Alias
-MythBuster/MegaConstruction
-Asian Fashion Luminare :P

4 places I've been on vacation
-Pangkor
-Marang
-Borneo
-Gunung Tahan

4 blogs I visit daily
-
Boing-Boing
-
GoogleBlog, Adsense, BloggerBuzz, GoogleNews (In Google We Trust)
-
PostSecret (Weekly)
-Blog kengkawan yang ada RSS feed (semua sekali)

4 of my favorite food
-Nasik Goreng Ayam Ali Baha (Tmn. Ksm)
-Cak Fann Din's Cafe
-Ayam Goreng KerpanWalk
-Mini Murtabak/Apam Balik Nipis (Kuala Lipis proprietary cuisine)

4 albums I can't live without
(answers does not reflect my current play/setlist)
-Absolution
-Bintang Lima
-Pieces Of You
-Mirrorball

4 vehicles I owned
-Basikal Flatland (lost-stolen)
-Basikal MountainBike (lost-stolen)
-Yamaha Y80 Racing Spec (impounded)
-The Legendary Kawasaki Turbo (current)

4 mangsa seterusnya
In accordance to Pyrokumprinx Advanced Media policy, I will never bug people with unwanted or/and but not limited to, anticipated meme/tag. Unless I really want to.
Have a nice day!


What is Meme?

Wednesday, February 22, 2006

Juara Kugiran Terbuka Lipis 2006

Tahun ni, Juara Kugiran Terbuka Lipis akan memeriahkan lagi scene muzik Kuala Lipis. Pertandingan ni terbuka untuk semua orang tanpa mengira usia. Aku sajes korang masuk pertandingan ni sebab yuran hek ele.. murah gile RM30inggit je. Hadiah pertama bernilai RM5rat. Minimum 3 orang ahli dan tak boleh lebih dari 5 orang. Kena bawak satu 'lagu dari artis tempatan' dan satu lagi lagu pilihan sendiri.

Pertandingan akan diadakan pada hari Sabtu 18 Mac 2006 bermula lam 10 pagi. Bertempat di perkarangan Lipis Centerpoint. Venue ni memang sure havoc dan pasti ramai awek yang datang nengok. 8 band akan dipilih ke peringkat akhir pada malam hari yang sama. Tak perlu handal nak masuk, asal boleh main je. Takde hal punya. Just play for fun. Mana tau menang juara boleh pekena makan ayam selama 5 hari berturut-turut dengan wang yang korang menang tu. Apa-apa genre pun boleh main asalkan tak 'muzik klasik eropah', lucah, politik dan macam biasalah takkan korang tak tau.

Aku jugak menyarankan korang agar menonton dahulu filem ROCK sebelum beraksi untuk 'bagi naik' semangat. Dan jugak aku akan mengkonsider band yang menjadi juara untuk memenuhi 'Hightlight Slot' untuk Sure Pekat Jamm Festival 2006 yang akan diadakan pada bulan Jun akan datang.

Ayuhlah ke Kuala Lipis untuk memeriahkan suasana.

Hadiah Utama:
Johan - RM500.00+Sijil
Naib Johan - RM300.00+Sijil
Ke-3 - RM150.00+Sijil
Saguhati - Hamper+Sijil

Hadiah Sampingan:
Vokalis Terbaik
Gitaris Terbaik
Bassist Terbaik
Drummer Terbaik
Masing-masing akan menerima RM50.00+Sijil

Yuran Pertandingan:
RM30.00

Tarikh dan masa:
18 Mac 2006 (Sabtu)
10.00am-3.00pm - Saringan
9.00pm - Final

Tempat:
Perkarangan Lipis Centerpoint
(kalau dah sampai Kuala Lipis, you cant miss this venue. Mesti jumpa)

Tarikh tutup penyertaan:
13 Mac 2006 (Isnin)

Sila Kontek:
Eddie - 012-384 9263
Faris - 012-689 3213
Yan - 013-203 3092
(tell them Kumprinx send you)

Tuesday, February 21, 2006

Kumprinx Home Remedies Part 2

Setahun tak pernah pegi hospital tak bermakna aku tak jatuh sakit sekali sekala dalam hidup aku. Namun demikian aku sering meng-apply trick rawatan buatan sendiri aku yang murah dan berkesan. Sekali lagi aku ingin nyatakan di sini bahawa, AKU BUKAN DOKTOR!

Sakit Otak
Sakit otak jenis ni berpunca daripada makan ABC ataupun aiskrim bertubi-tubi. Zaman dulu bebudak kampung datang Kuala Lipis nengok wayang. Sebelum nengok wayang mereka akan pekena ABC ngan Mee kari dulu kat satu mapley kat atas bukit sana. Bila wayang dah start ada sesetengah kes yang pecut terus lari, tinggal je mee kari tak habis. Dan ada jugak yang sokiu makan ABC tu laju-laju. Inilah yang menyebabkan sakit otak. Bila sakit otak macam ni berlaku, tekan lidah korang ke langit-langit mulut korang. Biar tutup semua permukaan. Dengan ini korang akan transfer haba dari lidah tu ke langit-langit. Bila makan ABC laju-laju, saraf kat lelangit tu akan menjadi terlalu sejuk, otak korang ingat dia pun sejuk sekali. Takut menjadi beku, otak korang akan memanaskan otak tu secara otomatik untuk mengelakkan beku. Sakit otak terjadi apabila otak kita ter-overheat.

Luka Ringan
Hek ele.. luka ringan ni kategori dia adalah tak sedalam satu inci dan tak sepanjang lebih dari 10cm. Cuci pakai air, dan aku selalu guna antiseptik cap Basidin. Nama dia menarik macam Baharuddin sebab tu aku seronok guna. Pastikan bersih sepanjang masa. Selalu tukar balutan/cuci. Jangan biar sampai bernanah.

Sengal
Orang kampung aku panggil 'Senyo'. Sengal biasa berlaku di bahagian kaki sebab terlalu lama buang air besar kat dalam tandas. Kadang2 tu bukan buang air besar sangat, tapi sebab baca majalah dan isap rokok menyebabkan masa yang lama digunakan dalam tandas. Pabila duduk untuk jangkamasa yang lama juga akan menyebabkan sengal. Sengal rasanya tidak best dan macam ada jarum cucuk kulit korang. Jika sengan di bahagian tangan, ubatnya adalah goyangkan kepala anda ke kiri dan ke kanan cepat-cepat. AMARAN!: Jangan sampai terkehel. Sengal disebabkan tekanan pada saraf-saraf di tengkuk. Kita kena longgarkan balik tekanan tu. Kalau sengal kat bahagian kaki, amik Hulahop dan lakukan senaman Hulahop. Menari twist dan gelek gerudi juga berkesan sebab tekanan di bahagian bawah badan menyebabkan sengal kaki.

Habuk masuk mata/ Mata masuk habuk
Mata masuk ke dalam habuk memanglah perkara yang bohong dan merepek sebab mana muat nak masuk. Tapi masih ada lagi yang guna ayat tu. Yang sebenarnya adalah 'Mata dimasuki habuk'. Mata masuk habuk time sedang memecut di atas motor memang berbahaya dan silap haribulan boleh membawak eksiden. Pabila mata korang dimasuki habuk, isi pinggan dengan air, kemudian menyelam dalam pinggan tu sambil kelip-kelip mata. Memang seronok kalau dapat kesan apa dia yang masuk dalam mata kita tu sebab ia akan terjatuh ke dalam pinggan. Ambik habuk tersebut, balut dalam kain kuning dan letakkan di atas busut jantan. Tiada apa-apa yang akan berlaku.

Liat bangun tido
Memang susah nak bangun tido terutama sekali bila hari hujan. Bila terjaga, terus minum minuman yang manis (jus oren, milo, neskepe) dan lantas nyalakan rokok sebatang. Kita susah nak bangun sebab badan kita masih dalam keadaan rilek dan jantung kita pun slow. Rokok akan meningkatkan pace jantung anda dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh badan dengan lebih cepat. Anda akan berasa lebih segar dan bertenaga.

Insomnia/Susah nak tido
Susah nak tido sering berlaku pabila kita berasa gelisah dan banyak problem. Dalam ketakutan ataupun menunggu waktu interview/baca akad nikah keesokan harinya. Tak cukup tido akan menyebabkan kita berasa lemah dan tak bertenaga keesokkan harinya. Dalam kes sebegini, korang pegi Klinik Sulaiman kat Lot8 Lipis Centerpoint dan beli ubat batuk cap 'Hitam Punya'. Bila dia tanya terus cakap "Saya ni memang Mat Pet" sebab ramai mat pet melepak depan klinik dia beli ubat. Dan minum separuh botol. Anda pasti akan mengantuk dan terus 'out'!
Satu cara lagi adalah mandi air panas. Otot-otot dalam badan anda akan berasa lebih relaks dan cepat mengantuk. Kalau tak jalan jugak, sila baca buku teks Kimia untuk SPM. Works everytime.

Rambut Beruban
Rambut beruban menandakan anda telah menjengah senja dan takde ubat untuknya. Cuma jaga tingkahlaku anda dan perbanyakkan amal ibadat.

Itu sahaja untuk post Encore- Kumprinx Home Remedies. Ingat, gua tak tanggung apa-apa kesan sampingan yang berlaku. Sentiasa amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang berkhasiat.

Sunday, February 19, 2006

Kumprinx Home Remedies Part.1

AMARAN!: AKU BUKAN DOKTOR!

Ni nak cerita pagi semalam aku bangun dari tido, sakit perut tahap dewa punya. Memulas-mulas. Sakit sangat rasa macam nak mati. Gileb*bi punya. Masuk bilik air pun takde maknanya. Sepanjang hari sakit perut.
Pegi hospital? Oh.. jauh sekali..
FYI aku dah genap setahun tak pegi hospital ataupun klinik. Last aku pegi hospital tahun lepas. Itupun sebab sakit kepala je. Sepanjang tahun ni aku tak pernah dapat rawatan ke hospital. Kiranya aku langsung tak menjejakkan kaki ke hospital melainkan hantar mak aku ke hospital, nengok member eksiden ngan usyar nurse (misi) yang cun-cun.
Aku givap pegi hospital sebab biasanya bukan doktor betul yang rawat kita. Entah kutu mana tah. Kalau demam, bagi ubat demam. Kalau batuk bagi ubat batuk. Takde langsung nak cek-cek penyakit mende. Lalu aku membuat kesimpulan pergi ke hospital untuk sakit-sakit yang remeh ni hanyalah membuang masa. 4 jam menunggu giliran jumpa doktor tu macam-macam mende aku boleh buat. Dah la orang ramai, ngan bebudak muntah atas lantai lagi. Hish..
Jadi aku kalau sakit aku buat apa? Untuk sakit-sakit biasa tu aku ada home remedy aku sendiri. Memula korang kena paham betul-betul macamana sistem badan korang berfungsi dan signifikannya kepada aktiviti dan pemakanan seharian. Aku seorang yang tak mengamalkan kehidupan yang sihat dan sering membuang masa dan memakan makanan tak berzat. Jadi aku perlu cover semua ini untuk memastikan kesihatan yang optimum. Aku juga tak nak membuang masa berharga aku untuk menunggu giliran berjumpa doktor di hospital ataupun klinik. (kat klinik tu pun bukan semua orang sakit, orang beli 'ubat' je banyaknya)Lalu hari ini, buat julung-julung kalinya aku akan mendedahkan sistem perubatan moden terkini yang aku reka sendiri dan aku namakan 'Kumprinx Home Remedies Part.1'. Ekslusif untuk Pyrokumprinx Advanced Media.

Batuk
-Selaku seorang perokok handalan, ini adalah penyakit yang paling selalu sekali aku kena. Merokok yang berlebihan, cucuk angin lori 3 tan dan gatal nak mencuba rokok daun/gulung pastinya akan memberi kesan batuk yang serius. Kelemahan sistem pernafasan aku (disebabkan oleh rokok) akan melipatgandakan derita batuk yang aku hidapi. Paru-paru lebih sakit, nafas makin singkat sampai terbaring 'mintak-nyawa'. Untuk batuk aku menggunakan Cough Syrup jenama Woods. Woods ni sungguh berkesan sebagai ekspektoran. Iaitu remedy sementara untuk batuk. Ia juga melegakan tekak dan berubat menyembuhkan batuk itu sendiri. Rasanya yang macam cekelat angin tu sungguh selesa tatkala batuk. Dan kalau minum banyak boleh membawak 'high'. Minum sikit-sikit je bila batuk boleh mengurangkan kesakitan. Untu itu aku jugak sarankan gula-gula cap Woods untuk simpan dalam poket korang bila jalan-jalan. Batuk ni adalah proses semulajadi menyelenggaraan sistem badan. Jadi biarlah kita batuk. Dan gunakan ubat yang aku sarankan di atas untuk mengurangkan kesakitan. Anda mungkin perlu berhenti/mengurangkan merokok buat sementara waktu hingga batuk sembuh.

Sakit Perut
-Biasanya ada 2 faktor aku kena sakit perut, angin dan salah makan. Perut masuk angin boleh terjadi pabila berjaga malam dan overnight kat luar. Tidur atas simen juga mampu memberi sakit perut berasaskan angin ni. Angin ni akan berasa tak selesa dalam perut dan mampu melembabkan aktiviti seharian. Untuk sakit perut cawangan angin ni, aku akan mengorder teh halia yang banyak terdapat di restoran-restoran biasa. Kalau takde korang boleh bancuh sendiri teh kat umah pastu masukkan hirisan halia. Pastu minum sokiu sampai habis. Jauhkan diri dari orang ramai sebab anda pasti akan kentut tanpa henti untuk beberapa jam yang akan datang. Baru-baru ni produk baru iaitu Eno Ginger diperkenalkan di pasaran. Berkesan gak.
-Sakit perut keracunan makanan terjadi apabila makan di kedai-kedai yang kotor dan tak mementingkan kebersihan. Kadang-kadang kombinasi bahan masakan juga ada menyumbangkan kepada perkara ini. Penyakit ini akan mengundang cirit birit yang serius dan jangan berfikir nak naik bas. Duduk kat umah je pakai kain tuala untuk stenbai rempitan ke tandas kerana ciritan tak mengenal masa. Anytime je brader.. Pertama sekali korang kena cuci balik usus korang. Ini aku namakan 'Terapi Berpuasa'. Jangan makan nasik, minum air je. Ubat Pill Chik Kit Tek Aun jangan lupa makan selalu. Simpan 3-4 kotak dalam poket. Minum banyak air juga akan menyebabkan cirit menjadi semakin serius, tapi korang perlu bersabar supaya usus dapat dibersihkan sepenuhnya. Minum Vitagen atau apa-apa brand air kanak-kanak yang ada Laksidopilus Asidohapekejaddah iaitu sejenis kultur hidup yang boleh cuci usus korang. Time cirit usah mengada-ngada nak berjalan ke mana-mana. Pinjam 3-4 vcd kat member dan duduk kat rumah je sampai baik (selepas melakukan perubatan yang dinyatakan di atas)

Sakit Kepala
Perangai member yang serupa ular dan jugak tekanan dari sekeliling mampu memberi sakit kepala. Paling senang, makan panadol. Kalau duduk kat umah makan panadol biasa je. Kalau kat luar makanlah panadol aktifast. Pastu jangan pikir mende yang heavy-heavy.

Pening/Loya/Nak Muntah
Melihat perkara-perkara yang jijik bisa membuatkan kita berasa loya. Membaca buku-buku politik dan tabloid murahan seperti Metro dan Warta Perdana juga bisa menyebabkan rasa nak muntah. Tak lupa jugak keta Kancil 'lowered' enjin turbo bawak laju-laju ekzos kecoh dan pasang lagu 'Crazy Frog' juga boleh menyebabkan loya. Ubatnya senang je. Minum air berkarbonat. Dalam kes sebegini aku sarankan minum Coke yang baru dibukak botolnya. Coke mampu menghilangkan rasa loya. Juga sesuai untuk kanak-kanak yang travel naik keta. Tak payah sangkut plastik kat telinga dah. Kat rumah juga adalah sesuai untuk simpan sekurang-kurangnya setin coke untuk persediaan kes sebegini.
(Bersambung Part.2 tidak lama lagi)

Aku tak bertanggung-jawap dengan apa yang aku tulis kat sini. Ia bertujuan sebagai rujukkan dan ikut korang la nak ikut ke tidak. Bagi aku yang dah setahun mengamalkannya, aku tak perlu lagi ke hospitan dan membiaya ubat yang mahal. Selamat mencuba.

Thursday, February 16, 2006

Lefthanded 2006

Lefthanded 2006

Band Lefthanded akan membuat comeback dengan line-up baru pada tahun 2006 ni. Berbekalkan semangat daripada Amy (Search) yang menyeru ke-excellence-an rock 'n roll pada 2006 ni masa konsert kat Backroom ari tu band ni tampil dengan imej baru yang fresh dan lebih bertenaga. Mereka akan masuk studio pada April tahun ini dan album sulung mereka dijangka keluar menjelang Jun.
Ekculi banyak mende nak post ari ni. Tapi Blogger ni kejap hang, kejap kang hang jadi aku naik mangli nak berusaha. Aku sajes nengok Diges untuk post-post terkini.
So eberibodeh, have a great weekend.
Diges

Monday, February 13, 2006

Hapdet Terkini!

yeah right

Ini bukan kmxnine
Sedang korang semua ada yang dah naik boring menunggu kmxnine, hari ni aku up template baru. Ni namanya 'Lite Edition'. Loading jauh lebih cepat dari pyrokmxadvncdmda8 ari tu dan jugak kalering yang fresh untuk memberikan sedikit idea apa yang korang boleh expect untuk kmxnine nanti. Dalam sedikit masa lagi aku akan upload trailer terbaru kmxnine untuk korang nengok. Pepehal bawak bersabar.. It'll worth the wait!

Roadblock

Akhir2 ni roadblock kuat betul. Kat depan pejabat Tasklink sana. Siang tadi aku sangkut kat umah Mael sampai pukul 11 malam menunggu diaorang habih. Ya, saya tak memiliki sebarang lesen memandu dan saya juga memandu kenderaan yang 'Most Wanted'. Esok aku nekad amik lesen.

Banjir

Dengan ini aku secara rasminya melaporkan bahawa jalan Lipis-Jerantut sudah banjir. Banjir kat Mela dan jalan tersebut kini ditutup sehingga itu air kembali surut. Kepada yang ingin menggunakan laluan alternatif ke Kuantan dinasihatkan agar membatalkan hasrat tersebut melainkan korang menaiki speedboat atau jetski. Jika ada sebarang masalah jangan telefon saya. Telefon Samy Vellu.

Selasa nan Boring

Zaman dulu hari selasa memang aku tak kuar umah. Malam semua cite best kat AXN. House, Las Vegas. Skang 2-2 cite tu dah abis (season). Jadi malam ni aku akan menjadi selenge kat umah dan barangkali keluar melepak kerana bukankah melepak tu makanan aku dan bukankah ini Pyrokumprinx Advanced Media?

Kings Of Construction

Tak lama lagi aku akan melancarkan projek construction yang paling besar sekali dalam hidup aku. Kita bercakap tentang simen, batu-bata, air tapau dan kereta sorong. Ini bukan projek main-main. Tapi kalau ia berjaya ia merupakan projek construction aku yang pertama sekali dan saya sepatutnya berasa bangga.

Tuesday, February 7, 2006

Seleksi Blog Pilihan Minggu Ini - Sofeanny-Catatan Emosional

Sofeanny-Catatan Emosional

Sekarang mungkin aku terpanggil untuk meletakkan blog-blog 'baru di pasaran' untuk masuk dalam Seleksi Blog Minggu Ini. Namun sejak zaman berzaman lagi ada satu blog ni aku memang into dan menantikan post terkini setiap masa.
Sofeanny:=catatan emosional
Aku tak tau dia ni siapa, duduk kat mana keje mende tapi blog dia ni ada satu aura tarikan yang champion. Mungkin sebab keikhlasan dalam penulisan dia. Stail dia ataupun cerita-cerita yang digarap dengan penuh rilek. Bila baca aku bayangkan bibit perkataan tu semua keluar dari mulut dia macam tu lah. Jadi senang nak baca. Tak heavy macam sesetengah blog yang berusaha keras untuk mepastikan ayat-ayat nampak gempak gitu.
Dari pemerhatian aku dalam setahun lebih gitu, dia ni selalu jenjalan mana-mana, shopping seme. Dan paling champion adalah aktiviti mengail (memancing) yang selalu naik dalam post-post dia.
Di tengah-tengah orang semua cerita itu ini (Akademi Fcukinghell, AJL, craphole movies) tak kurang jugak yang main rembat je post dari sumber-sumber lain, Sofeanny stay cool ngan post-post biasa. Mengekalkan term blogging tu sebagai satu diari secara konsisten. Aspek yang paling aku minat adalah honesty. Tak perlu kita open bagitau kepada semua orang siapa kita, keje mende, anak bape ramai, yang penting apa yang kita tulis tu. Dan apa yang kita nak express dengan menggunapakai medium blogging ni sebagai satu platform. Aku takde hal kalau cerita tu crap macamana sekalipun, mengail dapat ikan apa sekalipun, naik motor sampai sakit bontot. Bagi aku, inilah blogging at it's purest form. Sofeanny- Pure Blog.

Sofeanny:=catatan emosional

Hit it! Tell her Kumprinx say Hi!

Monday, February 6, 2006

Blues Kawasaki Turbo

Malam semalam sekonyong-konyong aku menolak Kawasaki Turbo yang telah lama berada di Tempat Parking Rahsia (TPR) sebab dah pancit. Tayar depan dia pancit sejak sebelum cuti CNY lagi. Hari jumaat dan sabtu nan lalu kedai En. Bulu Hidung dah bukak tapi banyak sangat keta yang rosak dan hantar kat sana jadi saya kira dia takde masa nak tukar tiub motor aku tu. Encik Bulu Hidung ni namanya sebegini huduh sebab ukuran bulu hidung dia mengatasi misai. Namun sejak akhir-akhir ni dia kelihatan semakin mengambil berat sahsiah diri dia dengan bercukur dan memotong bulu hidung mungkin sebab dia sulah tangkap syok sama itu amoi.

Aku meredah malam pekat menolak Kawasaki Turbo ke kedai En. Bulu Hidung. Signifikannya adalah mengelak cuaca panas dan jugak waktu malam keta tak banyak. Walhal dari TPR untuk sampai ke kedai En. Bulu Hidung tu hanyalah 200 meter sahaja.

Hari ini pabila aku bangkit dari tidur (1.30pm) lantas aku terus menuju ke kedai Encik Bulu Hidung. Nampak gayanya Encik Bulu Hidung tu dah paham dan mengerti masalah Kawasaki Turbo ni. Motor dia letak dalam semak takut kena tangkap ngan polis, dengan tayar yang dah bertukar tiubnya. Aku datang terus bayar je. Tak perlu cakap apa-apa. Encik Bulu Hidung adalah sebuah kedai tayar yang khusus repair tayar keta je. Tapi dia bagi pengecualian kepada Kawasaki Turbo. Namun dia tetap me-mark-up harga sampai 8 inggit kalau tukar tiub.

Setelah tayar depan dibaik pulih aku terus menuju ke stesen minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak sebab dah lama tak bawak for sure minyak kena rembat ngan kutu.

Tatkala aku dalam kelajuan maksimum di hadapan Balai Polis Kuala Lipis, tetiba terasa gewang semacam je tayar belakang. Motor hilang kawalan, aku terus berhenti depan tanah perkuburan Kristian. Ada basten kat situ. Tayar belakang pulak pancit. Saya berasa sungguh terharu sebab baruuu je tadi tukar tiub depan, skang tayar belakang pulak buat hal. Apa punya suwey da...

Terasa malas pulak nak menolak motor tu, aku melepak sebentar sambil menelefon kenal-kenalan lama dan jugak 2-3 makwe. Sekonyong-konyong Mael lalu. Kemudia mael singgah dan bertanya kondisi aku. Aku cakap takpelah, nanti saya tolak sendiri je. Awak pegi la buat hal awak tu. Lalu Mael blah. Pastu ada la 3-4 orang yang singgah berniat ingin menghulurkan pertolongan namun terpaksa aku menolak sebab takde maknanya melainkan kalau korang bawak lori sebijik. Sebab ini kes tayar pancit bukan enjin rosak. Namun saya menghargai tindakan member2 yang berhenti tu. Terima kasih geng.

Setelah sekian lama melepak kat depan tanah perkuburan kristian tu aku pun blah. Dengan tayar belakang yang maseh pancit, aku bawak je motor tu pelan-pelan. Motor terhuyung hayang. Keta banyak nyaris nak hantam sama saya. Tak kurang jugak yang hon-hon. Apa masalah mereka saya tak tahu.

15 minit memandu dengan tayar yang pancit, aku tiba di sebuah kedai pomen kat Esso Kuala Lipis. kedai ni aku tak familiar sangat. Sementara menunggu pomen nenukar tiub tayar depan, aku ke Esso dan angkat air kotak Mangga satu dan layan minum sampai puas.
"Mana lu angkat ini sticker?" tanya apek tu merujuk kepada sticker 'Most Wanted' aku tu.
"Saya sendiri membuat stiker itu belakang..", jawap aku dengan mengekalkan slang cina.

Setelah 15 minit motor pun siap. Aku mengisi minyak sebanyak RM3 dan terus menuju ke bandar. Ingat nak balik umah kejap. Tapi aku mendapati brek depan kurang makan. Susah aku nak buat wikang kat traffic light. Lantas terus je aku menuju ke kedai Seng Heng. Seng Heng adalah seorang mekanik indie handalan yang bekerja dengan peralatan yang minima. Dia sorang je satu-satunya pomen kat Lipis ni yang hati kering nak repair Kawasaki Turbo. Yang lain semua tak boleh harap.

"Saya mahu menukar brake shoe"
"Brake pad?"
"Bukan, brake shoe"
"Brake talak makan ka?"
"A'ah. Kasi tukar itu brake shoe"
"Brake shoe sama itu brake pad itu sama la.. haiya.."
"Ooo..."

Jenama apa yang dia letak aku kurang periksa. Tapi aku suh dia letak yang baik punya. Harganya RM20. Kira mahal tu memandangkan yang mulah punya hanyalah RM10. Dia ni tak banyak soal. Kalau cara macam tu tak jadi dia buat cara lain. Dia jugak buat kerja dengan ikhlas. Dia tak kira sangat pasal mende lain, janji motor yang dia repair boleh jalan dengan prestasi optimum. Kedainya kecik je, tapi peralatan semua cukup. Ada yang zaman dulu punya tools, dan ada jugak peralatan yang dia DIY sendiri. Seng Heng jugak telah menerima pengiktirafan 'Certified Kawasaki Turbo Mechanic'. Iaitu dia sorang je yang boleh repair dan menjaga integriti kerahsiaan spesifikasi prestasi Kawasaki Turbo. Menghantar motor kat kedai dia ni jugak menjadi kegemaran aku memandangkan lokasinya yang terletak di Jalan Jelai. Tempat amoi banyak lalu petang-petang. Lebih-lebih lagi sebelah kedai dia ni adalah sebuah kedai salon rambut. Awek-awek semua ulang alik keluar masuk kedai salon ni menyebabkan aku terpaksa mengontrol jambu di tahap optimum sepanjang masa.
Setelah 20 minit akhirnya siap jugak. Aku menjelaskan bayaran, test drive brek baru lebih kurang dan terus merempit ke Centerpoint karena member aku dah menanti kat sana untuk aktiviti 'Melepak Usyar Melati'.

Overall hari ni banyak masa aku terluang untuk Kawasaki Turbo. Duitpun banyak habis sampai totaled. Tinggal 2 inggit je dalam poket aku. Tu baru pakai motor, belum pakai keta lagi.

Tukar tiub tayar depan kat En. Bulu Hidung:
RM8.00
Tukar Tiub belakang:
RM7.00
Isi minyak:
RM3
Brake Shoe/Brake Pad baru:
RM20

Mengambil selekoh maut di Balai Bomba Kuala Lipis dengan kelajuan maksimum cecah stand keluar percikan api:
Tak ternilai.


Related:
Kawasaki Turbo
Claiming Kawasaki Turbo
Melati

Sunday, February 5, 2006

Champions

Padahal aku bukan champion sangat. Jauh sekali handal. Tapi petang semalam aku meluangkan banyak masa nak buat banner Diges (nengok atas). Banner ni bukan sebarang banner, tapi banner yang akan bagitau post terbaru kat sana. Kalau orang yang dah champion pasal HTML, CSS semua senang je nak buat. Tapi bagi aku ni yang dangkal lagi pemikiran ia sangat susah. Sungguh mencabar. Kejap-kejap kang kena rujuk site, rujuk reference, rujuk buku.
Aku memang into mende-mende yang mencabar. Tapi aku tak into langsung kalau ada orang cabar aku beradu kekuatan apatah lagi cabar aku me-racing motor secara haram.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan cabaran. Bercakap tentang cabaran hidup ni adalah satu isu streotype yang aku dah naik mangli nak baca/tulis. Start bangun tido, bangkit dari tido tu adalah satu cabaran yang getir gak bagi aku. Pastu aku akan dihadapi persoalan adakah aku perlu mandi straight, ataupun nengok tv dulu ataupun pekena milo dulu. Bahkan kadang kala bangun je dari tido aku terus mem-pekena asapan rindu (rokok).
Paling streotype dan biasa kita dengar adalah dari mulut2 cikgu, lecturer ataupun pakar motivasi yang mengatakan kita ni sebelum jadi janin lagi dah menghadapi cabaran yang getir. Iaitu 'berenang'. Sepanjang ingatan aku ada la dalam 4-5 kali aku dengar mende macam ni. Lagipun aku haram tak ingat bila masa aku berenang dan jugak aku percaya bahawa perkara yang sudah tu, sudahlah.
Sepanjang hidup aku aku didugai dengan bermacam-macam cabaran yang getir. Truth is, semua orang cakap masalah dan dugaan dia yang paling power sekali padahal pada mata orang lain hek ele.. remeh sangat. Akupun rasa macam tu jugak. Masa kecik aku dah lalui dengan masalah yang tak tertanggung oleh manusia dewasa yang normal. Bila dah besar pun masalah lagi power. Mungkin sebab tu la sahsiah diri aku melampaui usia aku. Maksud saya dari segi kosmetik. Kalau aku cakap kat sapa-sapa aku ni umur 35 tahun sure percaya. Tu la yang buat aku cepat kena mid-life crisis ni.
Cabaran dalam hidup ni best ke tak best ke kita kena terima. Sebab kita hanya manusia. Walaupun aku tau ada masa-masa korang berangan nak jadi Doraemon dan boleh buat macam-macam perkara yang magik (dan kufur). Walhal kehidupan Nobita tu bukannya kompleks sangat. Takde Doraemon pun boleh.
Dan jugak di sini aku juga tak nak cover pasal 'Tips Penyelesaian Masalah' untuk korang. Penyelesaian masalah adalah satu kemahiran yang sangat subjektif yang takde orang boleh ajar korang. Kena training sendiri.
Masalah yang kompleks selalunya datang dari tempat dan masa yang kita least expected. Sering terjadi aku terpana bila diajukan soalan "Nak order minum apa bang?". Padahal restoran biasa kat lipis ni takde la ada sampai 100 jenis kopi. Antara Milo, Neskepe, teh dan Horlick je. Tapi mengapa ramai orang menghabiskan banyak masa berfikir tentang air apa diaorang nak minum walhal jawapan tersebut ada dalam diri masing-masing all along.
Jawapan tu pasti ada. Kalau kita cari tapi tak jumpa, maka kita mencari di tempat yang salah. Signifikan jugak dengan kondisi penulis ketika ini yang berhadapan dengan masalah ke-putusan rokok di waktu malam. Sedangkan kedai 24jam ada di bandar sana. Yang diperlukan hanyalah menapak sikit. Tentu letih. Kang berpeluh, tak selesa nak tido. Nak mandi malas. Sejuk. Nanti kena paru-paru berair. Jangan main-main ngan penyakit paru-paru berair sebab aku ada sorang member yang meninggal dunia secara tiba-tiba sebab penyakit ni (Al-Fatihah). Jesteru tidak merokoklah saya malam ni. Ini adalah contoh terbaik masalah yang remeh, penyelesaian yang remeh, dan jugak gagal diselesaikan sebab alasan yang remeh.
Paling sadis, takut nak menapak ke kedai di waktu malam sebab takut jumpa hantu kat tanah perkuburan zaman kolonial dulu. Sesapa kat Lipis ni mesti tahu pasal kubur suku-sakat Hugh Clifford kat bawak pokok berhampiran dengan Lipis Centerpoint.

Setelah beberapa jam mencuba. Akhirnya aku berjaya jugak buat banner tu. Hoh.. terrer sungguh aku. Padahal pencapaian aku dalam membuat banner ni adalah sangat remeh. Banner tu pun bukan menjadi sangat. Banyak problem lagi. Orang lain sede-sede je boleh buat. Tapi setiap kali berlaku pencapaian sebegini, aku immerse diri aku dalam kebanggaan tu. Dalam kekaguman aku terpesona ngan kebolehan aku. Sekaligus self-confidence aku meningkat satu level. Walaupun sesetengah orang akan cakap aku terlalu membangga diri, tapi aku rasa tanpa self-conscious macam ni aku takkan berada di tempat aku sekarang. Aku takkan ada keyakinan diri macam sekarang. Aku takkan boleh buat apa yang aku buat sekarang. Sebab setiap masa aku tau yang aku dah lalui macam-macam. Dan setiap kali aku meraih kejayaan, aku hormati dan hargai usaha aku tu. Aku bukan macam sesetengah orang yang terlalu merendah diri sampai naik menyampah orang dengar. Mengapa kita terlalu ego untuk menghargai apa yang telah kita buat?
Renungkan sejenak, siapa diri anda sekarang. Bukankah apa yang telah korang alami selama ni menjadikan korang seorang Champion kalau tidak di mata masyarakat di mata kita sendiri? Jangan takut mengakuinya! Walau seremeh mana sekalipun.

Nyalakan rokok. Hela asap dalam-dalam. Hembuskan dengan lembut. Raikan kejayaan kita. Karena kita semua adalah champion!

"If God want to give us a gift, He wraps it in problems"


(Sh*t man.. x jd pulak bannernye..)

Wednesday, February 1, 2006

Kuala Lipis Chinese New Year Happenings

Tahun Baru Cina (CNY) adalah cuti kegemaran aku. Selain daripada 'Amoi with their best outfit on', berikut adalah perkara yang berlaku sekitar Kuala Lipis sepanjang cuti Tahun Baru Cina tahun ni.

Ops Sikap X
Polis menjalankan operasi Ops Sikap X di depan pejabat Tasklink, Kuala Lipis. Lokasi sekatan jalanraya tersebut adalah termasuk dalam route aku nak pegi jamming. Jadi jangan harap aku nak bawak Kawasaki Turbo aku lalu kat situ. Terpaksa pinjam motor ayah aku (Honda RoadHog) yang street legal dan styling dia standart untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa. Lagipun lesen memandu aku tak siap lagi. Setiap hari aku terpaksa 'kontrol-madu' lalu depan diaorang supaya tak kena tahan.
Rujuk Diges

Cuti sekolah=Kahwin!
Bersempena cuti yang agak panjang sempena Tahun Baru Cina ni, adalah menjadi trend untuk meng-ijab-kabulkan pasangan. Pada hari CNY tahun ni ada 5 jemputan perkahwinan yang aku hanya dapat setel 3 je. Termasuklah member saya masa sekolah dulu yang jugak adik dia berkawan baik ngan saya.

Kunjung-mengunjung
Aku dapat kesan beberapa orang kenalan aku sengaja berkunjung ke rumah tokei-tokei besar kat Kuala Lipis ni semata-mata untuk aim ang-pow. Aku jugak terpaksa men-turn-down beberapa jemputan untuk berkunjung sebab aku ada komitmen lain. Hari ni parok aku kena eksplen.

Eksiden
Selang beberapa jam sehari aku mendengar deringan van ambulan. Maksudnya ada banyak eksiden. Tu tak termasuk satu eksiden yang berlaku depan mata aku kat depan roundabout ikan dan jugak sebuah keta kat depan masjid yang tersadai dalam keadaan 'totaled'. Menurut pemerhatian aku kadak kemalangan yang tinggi masa CNY ni adalah berpunca dari aktiviti 'yam-seng!' yang berlebihan.

Membukak Kanopi
Membukak kanopi sememangnya takde signifikan langsung dengan sambutan CNY tahun ni. Namun demikian saya sempat jugak tolong member saya bongkar kanopi yang digunakan untuk nikah akak dia beberapa hari nan lalu.

Non Familiar Faces at Alamanda
Alamanda di sini jangan dikelirukan dengan Alamanda Putrajaya. Kompleks Alamanda di Kuala Lipis adalah yang pertama sekali menggunapakai perkataan Alamanda ni (setau aku). Kompleks alamanda ni jugak bersambung dengan jejantas yang paling panjang sekali. Hal nya adalah sewaktu melepak kat Kompleks Alamanda ni aku dapat kesa banyak muka yang aku tak pernah nengok. Mungkin sebab musim cuti ataupun orang yang dalam perjalanan singgah untuk makan dan usyar amoi.

Pause
Dengan cuti ni semua aktiviti dalam blog ni dan jugak Diges aku stopkan. Bercuti. Aku jugak telah mendevelope satu sistem kewangan yang bakan di-integrate ngan kmxnine nanti. Selain itu aku jugak bermain game yang aku baru beli ari tu bertajuk Shadow Of The Colossus, Game ni sangat dahsyat sampai aku nak muntah tatkala menentang raksasa 'Lipan Terbang' yang sangat besar. Seriously, nak muntah. Nanti aku post review dalam
Diges.

Magik
Sempena cuti ni jugak ada satu magik yang sangat magik berlaku kepada aku sebentar tadi. Gua akan mendedicatekan satu post yang khusus untuk menceritakan mengenai 'magik' ni. Sebab saya memang suka bercerita perkara yang rubbish dan bukankah ini Pyrokumprinx Advanced Media?

Mata Nan Kuyu
Sebenarnya banyak lagi aku nak report kat sini tapi mata aku ni dah kuyu sangat dah ni. Mengantuk gila beb..

Monday, January 23, 2006

Biar Betik..?!

Diges
Diges skang ni dah melalui 'soft opening'. Penyertaan masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat. Sila mengontek aku dengan apa cara sekalipun. Buat masa skang ni aku dah pun meng-invite beberapa penulis yang aku rasa layak untuk projek ni. Sila respon dengan segara. Post la post pertama korang supaya aku boleh masuk dalam feed terkini kat sana. Feed tu akan display post yang terkini kat blog korang. Kamon la. Kalau dah seharian online takkan tak jumpa mende-mende yang best?

Kumprinx II
Love is in. Love is inevitable. From the first design template back in 2004, i know i need to step a number. The non-existant II will now resurface. Kumprinx II coming soon.

kmxnine
Facelift yang ke-sembilan. Tak kunjung siap. Main blog yang paling berkuasa sebab banyak 'minions' dia yang akan terkena sambaran hapdet terkini dia. I call this- 'Post-Transponse'. Beserta banyak lagi advancement terkini.

Dendam Kesumat
Aku dah plan nak publish cite ni dari dulu lagi. Tapi masanya akan tiba tak lama lagi. Ceritanya panjang. Penuh drama.
Waima aku skang ni boleh dikatakan seorang penganggur, namun waktu aku sibuk memanjang. Aku tak tau apa yang aku buat, dan apa signifikan perbuatan aku tu terhadap posisi kewangan dan jumlah batang rokok dalam poket seluar aku. Bagaimana aku nak luangkan masa buat mende ni semua?
Usah hawatir. Walaupun slow, tapi progres tu boleh dilihat.


Iyee betik..

Thursday, January 19, 2006

Nyaris Eksiden

Tengahari semalam aku berkunjung ke umah member aku untuk beberapa urusan. Umah dia ni taman perumahan kat atas bukit. Dalam perjalanan pulang aku seperti biasa bergerak dengan kelajuan tinggi. Sebelum keluar simpang taman perumahan member aku ni, kena turun satu bukit yang agak curam.
Memula macam biasa aku speed je turun bukit tu. Dah last-last minit kang baru la brek. Sebab kalau bawak slow nanti overtorque berlaku kat dalam enjin menyebabkan letupan turbo. Ada masa-masa aku hangin jugak kalau main letup-letup ni. Sebab tu la aku cuba elakkan walaupun letupan tu bunyinya sungguh cool.
Berbalik kepada situasi aku turun bukit tadi, ketika tu aku tak pikir apa-apa. Cuma melayan deruan angin kat muka sambil dalam kepala otak menyanyi riang lagu terkini Dewa19 "bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..".
Sekonyong-konyong Kawasaki turbo berbunyi 'tit tit tit..' yang berulang-ulang kali. Aku check kat dashboard dia tulis "ABS Fail". Ele.. Antilock Braking System tak penting sangat.. getus hatiku. Pastu dia bunyi lagi. Kali ni "Check Front Brake Cable". Aku menjadi heran. Ketika tu aku sedang menuju laju ke arah simpang yang terletak bawah bukit sana.
Seperti yang telah dirancang, last minit dah nak sampai kat simpang tu baru la aku brek. Aku biasa menggunakan skill brek depan dan belakang sekaligus. Tatkala menarik picu brek depan, tetiba ia menjadi telus. Tebabooo!!! brek depan putus. Aku menjadi kaget. Ada lagi 5 meter sebelum sampai simpang. Aku menekan brek kaki sekuat hati. Tayar belakang terhenti. Tanpa ABS, tayar tu lock, berhenti berputar dan bergesel dengan jalan. Skreeettt! bunyinya. Saat ni, memang mustahil to put Kawasaki Turbo on full halt."Memang tak sempat!!", bentak hatiku.

Kata orang, sejurus sebelum mati, seluruh kehidupan kita akan flash depan mata. Di saat-saat genting tu aku teringat semua perkara-perkara indah yang pernah berlaku dalam hidup aku. Masa riang gembira. Melompat cuba menggapai bintang di angkasa. Melayan bayu yang berpuput lembut. Terjumpa duit RM10 atas jalan. Pegi panjat gunung. Mandi laut. Baring atas rumput. Main gitar kat Sure Pekat. Mengail ikan di Terenggun bersama 2 best friend aku. Menghentak kepala orang yang paling aku hangin dengan helmet. Duduk atas pasir tepi sungai kat Binjai sambil pekena kepak ayam madu. Jamming yang semua lagu menjadi. Bersesak-sesak dalam bas yang penuh dengan awek nak pegi kerja. Kutu tersalah topap tertopap tipon aku. Menerima SMS bunga-bunga yang menyenangkan jiwa. Mendapat komen yang positif untuk post dalam blog. 'Hello World!' aku yang pertama. Berjaya pertama kali ketika mencuba CSS Javascript dan DHTML yang baru. Membaiki komputer dengan sekali sentuhan. Menang tempat ke-dua Lari dalam guni masa darjah 3. Keputusan peperiksaan no.1 dalam kelas masa darjah 2. Belajar sesuatu yang baru. Menapak di dalam hujan. Baring atas katil dalam bilik aku dan membiarkan masa berlalu pergi. Anak-anak kucing comel kat umah aku. Melati mengerling ke arahku. Makan juadah yang lazat. Bangun tido di waktu pagi.. Gitu la lebih kurang mende yang aku teringat. Ada banyak lagi sebenarnya.

Itu jam aku dah tak boleh nak buat apa dah. Hanya berserah kepada takdir je. Walaupun aku tak suka sangat berserah pada takdir ni namun memang dah takde apa dah yang aku mampu buat.
Dengan tayar belakang yang dah lock, Kawasaki Turbo terus menyasar (menyasor kata orang Lipis) menuju ke arah simpang. 50 meter ke arah kiri sebuah Mitsubishi Storm menuju dengan pantas. 100 meter ke arah kanan sebuah Proton Saga, pun menuju dengan pantas. Yang mana satu akan meng-hantam aku hari ni? Aku sudah berada di tengah-tengah jalanraya. Kedua-dua keta dari arah bertentangan tu sudah mula membrek dengan kuat. Bunyi Skreeet!! berkumandang di udara. Pejam mata tak steady, aku membeliakkan mata aku besar-besar...

Nanti dulu.
Kan senang kalau aku tulis satu ayat je:
"Brek motor saya putus hari ni"

Lain kali jangan buang masa baca mende-mende macam ni. Merosot produktiviti. Berapa minit dah masa berharga terbuang di situ? Jadi sekian sajalah pengalaman saya 'Menaik motor dan putus brek di kelajuan tinggi pada hari ini'.
Sekian.
Terima kasih.

Related Post:
Kawasaki Turbo
Claiming Kawasaki Turbo

Melati

Wednesday, January 18, 2006

The Un-cool Factor

Jadual melepak yang padat seharian memberi peluang untuk aku meng-observe kelakuan dan percakapan orang di sekeliling. Macam-macam peel orang aku dah nengok, ada yang sembang lebat, ada yang stail bisik-bisik, ada yang langsung tak pandang keliling.

Biasa orang akan spot aku mengeluarkan ayat-ayat bangang yang langsung tak signifikan kepada baik perbualan dan situasi. Contohnya:
"Malam ni kita bikin havoc!!"
"Macam ni baru la happening" dll.
Apa kejaddahnya ayat sedemikian rupa?! Ia langsung tak mereflect diri dan personality aku. Apa yang menyebabkan ayat dan line-line sebegitu bangang terpacul dari mulut aku?


Ketika melepak di sebuah gerai makan di Bentong beberapa bulan nan lalu, aku terdengar brader kat belakang aku tengah bercerita kat makwe dia;
"Aku kerja kat sana aku buat hal aku je. Kalau aku letih aku masuk bilik rehat aku tido je. Kadang-kadang tu kalau kerja yang aku kena buat hari tu aku rasa macam tak mengembangkan minda je, aku balik rumah je. Tido lagi best. Supervisor ngan aku dah kamcing giler.."
Amacam? Tak ke poyo gile ayat brader tu? Memula aku gelak dalam hati je. Pastu bila dia dah blah, aku dah tak berapa nak gelak sangat dah sebab dah puas ketawa dalam hati. Hatiku berbisik, "Tobat poyo brader tadi". Ayat-ayat dia tu bermain-main di pikiran aku. Bila teringat je aku tersengih sendirian. Dan selalu aku terkeluar ayat macam tu sebab aku rasa lucu. Dan aku seronok melayan perasaan geli hati aku sendiri.


Korang bayangkan berapa banyak masa yang aku gunakan untuk melepak. Dan berapa banyak pick-up line poyo yang aku simpan dalam archive pikiran aku. Sampai ayat-ayat tersebut meniti bibir aku sepanjang masa sebab aku suka layan geli hati sendiri. Itu tak termasuk lagi filem-filem melayu tempatan yang biasanya penuh dengan 'crap-hole-line. Berikut adalah antara beberapa favourite aku:

Gerak Khas The Movie 2:
"Minah KL dah jumpa minah JB, kita havoc la malam ni!!"
Gol&Gincu
"Shopping ke?"
"A'ah.. shopping sikit"

Ringgit Kassorga
"Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.."
Jorgho
"Dio keno bedil"
Perempuan Isteri dan..
"Tapi aku nak?!"
Cerekarama TV3 (tajuk dah lupa)
"Tengoklah anak awak ni mah.. ikut perangai awak la tu.."
"Ish nak salahkan kita pulak.."
Gila-Gila Remaja
"Roy..Roy.. Hati kau keras..."
Gerak Khas (Series)
"Mereka tak serik-serik"
KL Menjerit
"Ambik motor cabuk ko tu kejar aku tengok?!"
Penangkal Ilmu Teluh (Indonesia)
"Aneh?! Dari mana datangnya burung itu?"

Aku tak boleh nak elak dari me-recite ayat-ayat macam ni dalam kehidupan seharian aku. Aku memerlukan dos lucu dalam hidup aku. Biasanya aku akan improvise ayat-ayat di atas untuk fit ngan situasi dan penggunaan.
Ya, ayat tersebut memang tak cool langsung.
Tapi bagi aku yang tak cool tu adalah lucu.
Dan lucu itu cool.
Parody itu cool.
Un-cool is
cool.

Ada lagi crap-hole-line?

Tuesday, January 17, 2006

RoadTrip: Benta

Sabtu nan lalu tatkala melepak di depan kedai aku bersama-sama Mael, tetiba timbul idea untuk pergi ke Benta. Benta adalah sebuah pekan kecil yang terletak beberapa puluh kilometer dari Kuala Lipis. Dia ada pasar malam ahad. So aim kitaorang ari tu adalah pekena pasar malam dia.
Bagi kitaorang yang tak berpengalaman long-distance naik motor ni memang kerja gila pegi sana naik motor. Starting isi minyak 3 inggit kami memulakan perjalanan tepat jam 5.30 petang. Matahari masih lagi panas memancarkan cahaya. Naik rentung jugak lengan aku. Mujurlah Mael yang memandu sebab aku tek merenew lagi lesen memandu aku.
Perjalanan tobat rasa macam jauh gile sebab naik motor. Dah la jalan lurus, straight pulak tu. Tapi hek ele takde la jauh sangat, cuma yang pasti pinggang rasa macam nak patah. Kira2 40 menit kendian kamipun tiba di perkarangan pasar benta.
nengok2 CD cetak rompak, try2 jam tangan cetak rompak, angkat beg Sony Cybershot (beg je mampunya) cetak rompak, beli ayam percik satu lidi, ayam goreng 2 ketul sorang, pekena neskepe 'o kat kedai tepi pasar ni (yang happen to be ada awek cun 2 orang jaga kedai) terhiling-hiling lebih kurang kemudian kami mengorak langkah untuk blah ke kampung halaman.
Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Bandelero. Berikut adalah asal usul nama Bandelero:
Bandelero adalah sebuah kedai bundle kat kawasan rehat Benta. Yang powernya kedai ni dia ada jual kasut bundle 'recond' daripada thailand. Zaman dulu aku selalu singgah kat sini angkat kasut. Pada satu hari aku melepak ngan tokei kedai ni. Seorang brader kelantan yang selalu cakap omputeh. Katanya;
"Kat sini big potential dia, orang balik kelantan semua singgah sini. Tu I ingat nak buat cantik-cantik depan kedai ni. Letak signboard. Bubuh la nama yang steady2 macam Bundle Amerika ke, Benta Bundle ke, Bundle Ku Lari Gagah Berani ke, Bandelero ke.."
Waima sampai hari ni takde langsung signboard yang naik depan kedai bundle dia, namun nama Bandelero tetap lekat di hatiku.
Selepas selesai membeli seluar pendek sehelai sorang, kami berangkat pulang. Malam sungguh indah, bulan mengambang penuh. Motor melunsur tanpa sebarang halangan.
Walaupun Benta ni takde la jauh sangat dari Lipis, tapi trip hari tu memang best dan bisa diingati untuk hari mendatang.

Monday, January 16, 2006

Hapdet Terkini!

Ni adalah sessi Hapdet Terkini pertama untuk suku pertama 2006.

Republik Cinta
Dewa memang band yang aku selalu anticipate album dia. Album terkini 'Republik Cinta' kini berada di pasaran indonesia. Single pertama dia 'Laskar Cinta' sarat ngan elemen timur tengah yang di-implemantasi dengan baik. Diaoprang ni sungguh champion. Waima demikian aku ngak bisa me-review album ini karena aku tak belum lagi mencapai jumlah dengar 100 kali.
Link

Welcome Home Payid
Member saya kini dah kembali ke tanah air. Selama 5 tahun menghilang, kini dia dah ada balik kat Kuala Lipis. Aku tak tau mende plan dia setelah kembali ke tanah air. Saya ucapkan welcome back to the pack Payid, lulusan Hendrey Gurney, Melaka.

Jangan makan di Restoran Sri Medina
Restoran Sri Medina, yang aku highlight kat post satu ketika dulu kini telah di ban oleh aku dan rakan-rakan. Malam semalam aku, Mael ngan D3 telah mempekena roti nan kat situ. D3 telah membuat penemuan yang sangat mengejutkan iaitu terjumpa secebis kuku warna hitam kat dalam air dia. Sejurus sebelum itu aku telah menyatakan komplen terhadap lauk-pauk dia yang tak bertutup sedangkan kedainya di tepi jalan. Apabila kebersihan diendahkan, pekedai yang terlibat akan kehilangan pelanggannya yang paling hardcore iaitu Persatuan Kutu Lepak Kuala Lipis. Nasihat saya, jangan makan dah kat situ.

Pornography
Ada satu ISP ni telah menge-ban Pyrokumprinx Advanced Media dengan menge-cap sebagai laman lucah. Ada lucah ke kat sini? Pernah ke aku tunjuk gambar nipple kat sini. Alat sulit? Hapa la lu..

Berlari Ke Hujung Daratan Sessi 2006
26 haribulan ni aku dijadualkan untuk pekena tiruk kat Kuantan. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan disusuli dengan Berlari Ke Hujung Daratan.

KISS
Keep It Simple, Stupid! Adalah term yang aku belajar masa muda2 dulu. Dan skang aku akan mengapply ke kmxnine nanti. Interface yang simple dan bersih 'mepastikan' loading time yang laju. Entah bila nak release tak tau.

How Do You Like It baby?
Bagi korang la kan, macamana stail penulisan yang korang selesa nak baca. Adakah dengan menggunapakai singkatan seperti "Suka2 hati kau je" ataupun "Suka-suka hati kau je". "Mcm bagus je kau ni" ataupun "Macam bagus je kau ni". Amacam?

Friday, January 13, 2006

Fender Hello Kitty

Tatkala sedang me-muat-turun beberapa driver aku terjumpa site ni.

Model Name
Hello Kitty® Stratocaster ®
Model Number
033-5005-(Color#)
Series
Affinity Series™
Colors
(506)Black,(570) Pink, (Gloss Polyurethane Finish)
Body
Agathis
Neck
Maple, C-Shape, (Satin Polyurethane Finish)
Fingerboard
Maple, 9.5” Radius (241 mm)
No. of Frets
21 Medium Jumbo
Pickups
1 Humbucking Pickup (Bridge)
Controls
Volume
Pickup Switching
None
Bridge
Hard Tail Strings-Thru-Body 6-Saddle Bridge
Machine Heads
Standard Die-Cast Tuners
Hardware
Chrome
Pickguard
1-Ply White Hello Kitty Pickguard
Scale Length
25.5” (648 mm)
Width at Nut
1.61” (41 mm)
Unique Features
Script Hello Kitty Logo Artwork on Back of Pink Body,Collage Hello Kitty Logo Artwork on Back of Black Body,White Knob on Pink Guitar, Black Knob on Black Guitar, Pink Dot Position Inlays on Pink Guitar,Black Dot Position Inlays on Black Guitar,Large Headstock ‘60s Style Headstock,Rear Routed Control Cavity,Black Silkscreen Squier® Logo,Engraved Squier Neckplate
Strings
Fender® Super 250L, (.009 to .042) Nickel Plated Steel p/n 073-0250-003
Accessories
None


Kalau ada duit aku angkat je..
Link

Thursday, January 12, 2006

Kawasaki Turbo

Kawasaki Turbo

Beberapa hari nan lalu aku telah berjaya menye-spray Kawasaki Turbo aku. Kaler itam. Projek dijalankan di sebuah lokasi yang terpaksa dirahsiakan. Namun demikian aku hanya spray satu bahagian je. Side tepi.
Nak bukak punyalah susah, kena bukak grip-point dulu, seat dulu. dan 2-3 panel dulu baru boleh tanggal panel yang nak di cat itu. Apabila aku pasang balik, ada terlebih 4-5 bijik skru. Skang motor kesayangan aku ni dah kaler itam (sebelah je). Dan paling penting adalah acara menepek sticker 'Need For Speed: Most Wanted'.

Sticker ni aku scan sendiri dari kotak cd dia, pastu trace sendiri dalam Illustrator, pastu sendiri pegi hantak kedai potong sticker.
Aku bukan jenis jumpa sticker yang cool dan cantik, terus tepek. Samalah jugak ngan baju. Aku bukan main tibai je. Semua menda, sticker, print atas baju mesti ada signifikannya yang tersendiri. Tak boleh main-main. Kalau main-main sebab tu lah kita selalu jumpa helmet atau motor yang ada tampal sticker 'Tengok Boleh, Pinjam Sori', 'Guano Demo?', 'Malu Tapi Mau', bagi aku sticker ni semua murahan dan takde signifikan untuk tampal kat mana-manapun. Lainlah kalau kau memang naga rempit tak pernah tewas maka sesuailah tepek sticker 'Berani Meh La Racing'.

Banyak aku nampak keta atau motor yang tampal sticker NFS:Underground. Hek ele.. brand lama la.. Suka sangat nampak perkataan 'Underground' tu.
Lain halnya dengan Kawasaki Turbo ni. IMHO Kawasaki Turbo adalah motor yang paling sesuai untuk title 'Most Wanted'. Untuk itu mari kita sama-sama kaji 'track-record' Kawasaki Turbo ni. Ingin jugak dimaklumkan di sini bahawa aku jugak telah tamat bermain game NFS:Most Wanted. Dan aku jugak bukanlah mat rempit yang jenis bawak motor laju-laju dan melakukan wili sambil loading awek kat belakang. (bodo punya makwe, kalau eksiden kang sia-sia je..)

Memula Kasaki Turbo ni digunakan oleh Pihak Berkuasa. Polis. Masa zaman Roda-Roda Kuala Lumpur dulu. Lepas tu diaorang semua upgrade ke motor yang lebih berkuasa tinggi kendian dijual secara lelong.

Dibeli oleh seorang berbangsa cina untuk kegunaan loading getah, pegi minum arak memalam, beli nombor ekor dan pegi main mahjong. Bila malam anak dia buat pegi loading amoi ngan bawak laju-laju buat havoc tengah bandar. 'Pimping' kali pertama dijalankan oleh anak kepada cina ni. Tukar cub dan pasang ekzos 'jantung'. (hape jaddah ekzos jantung ni aku tak tau'). Beberapa modifikasi standard menaik taraf prestasi dia juga dilakukan. Kemudian cina ni menghadapi masalah kewangan yang serius, dan terus jual motor ni.

Dibeli pulak oleh ayah aku dengan harga, hek ele.. pepalih murah. Selama setahun digunakan oleh mak aku untuk pegi kerja. Menjelang 1998, buat pertama kalinya facelift dijalankan oleh abang aku. Dari putih (warna standard motor polis) ke warna silver dan biru. Kendian digunakan oleh aku untuk pergi sekolah.

Tahun 1999 aku tak into dah motor ni sebab dah ada keta kancil sebijik. Motor ditinggalkan berkuap dimamah usia. Berkarat.

2002 The Rise Of Kawasaki Turbo
Aku ambik balik, service semula. Pakai minyak prestasi tinggi dan guna balik untuk aktiviti melepak. Sejak hari tu aku terus menggunakan motor ni untuk apa jua keadaan.

-3 kali bertukar tangan
-2 kali di-impound (tarik ngan polis, naik black maria)
-13 kali langgar roadblock
-3 kali eksiden
-berpuluh-puluh kali 'evading pursuit' (berjaya meloloskan diri)
-berpuluh-puluh saman trafik

Daripada milik polis, skang motor ni paling dikehendaki oleh polis tu sendiri. Kemana-manapun ramai pegawai trafik yang teringan nak bawak balik motor ni ke balai. Nak-nak bila akhir tahun. Orang cakap diaorang nak bagi 'penuh buku'. Jesteru Kawasaki Turbo adalah motor yang paling sesuai dengan title 'Most Wanted'.

Kawasaki Turbo ni takde la laju sangat. Tapi cukup laju untuk aku pergi ke mana-mana destinasi dalam Kuala Lipis ni dalam masa kurang dari 5 minit. Motor ni jugak redefine the term 'bunyi macam ribut'. Sebab bunyi dia memang macam ribut. Bukan perit stail rempit yang biasa tu.

Dari segi prestasi, ia bagaikan kuda yang dikekang. Tak boleh bawak slow. Kena bawak laju kalau tak dia akan undertorque dan seterusnya mati enjin. Bila tengah bawak, biasanya aku akan tersenyum sorang sebab tak kira berapa laju aku bawak, aku tau masih ada lagi power yang aku tak unleashed lagi. Untuk memecut dengan lebih laju, kona-baring lebih rendah, cilok lebih rapat.

Biasa kalau orang tengok, mesti dia tanya, "Motor jenis apa ni?". Kalau tipu aku cakap je custom made. Biasanya aku bagitau la model apa. Pada awal 2001 dulu ada seorang usahawan dari Perlis ternampak motor ni. Pastu dia terus cari aku. Dia berminat nak beli motor ni sebab no. plet dia ada value yang tersendiri bagi diri dia. Dia nak angkat motor ni, pastu ambik no plat dia je letak kat BMW dia. Aku tau, lepas dia transfer no plat motor ni ke BMW dia, motor ni akan di-rendered useless. Paling sadis, dia buang je kat tempat besi buruk. Bermakna penghinaan untuk Kawasaki Turbo. Bila ditanya, aku menjawap dengan penuh sopan, "Awak ambik je RM20,000.00 awak ni, sedekah kat anak yatim".

Biasanya Kawasaki Turbo akan mati tengah jalan. Part ni aku tak tau mana silapnya. Minyak itam kena tukar seminggu sekali untuk prestasi yang optimum. Sekali-sekala kena tukar plug. Pasal minyak pulak, RM2 dah cukup untuk 2 hari melepak.

Satu lagi kelebihan Kawasaki Turbo ni aku namakan 'Aftertouch'. Bila berhenti, enjin akan mati sendiri. Pastu dalam keadaan begini, aku hanya tolak satu kaki je pastu masuk gear terus hidup. Siap wili lagi. Kalau aku lepaskan pendikit (throttle) masa tengah laju, letupan akan berlaku kat dalam enjin dia menghasilkan percikan api biru di ekzos. Thus the word 'Turbo'.

Motor ni aku bukan buat racing lumba haram. Bukan buat loading awek walaupun setiap kali aku masuk parking Melati macam kecur air liur je nak naik motor aku ni. Bukan buat long distance, jauh sekali nak masuk lumba drag. Tapi aku gunakan motor ni untuk pergi melepak. ke mana sahaja aku nak pergi, aku mampu pergi sebab aku ada motor ni. Walaupun alat-alat ganti dia memang dah takde dalam pasaran, namun aku tau aku tak perlu berbelanja besar nak selengara motor ni. Aku hanya perlu treat her with respect. Walaupun aku kata motor ni tak laju, kalau lawan ngan Kriss pun sure tewas tapi kalau ada sapa-sapa berhajat, meh la..


Klik untuk beso
Klik Untuk Beso

Tuesday, January 10, 2006

Kiamat Sudah Dekat

Ha'ah. Kiamat sudah dekat. Anggap je macam esok je nak jadi. Entahkan hari Jumaat ni nanti. Macam-macam signal dah ada. Dengan penyakit takde ubat, 'ayam jantan' semua dah ada.
Namun demikian halnya di sini adalah sebuah telemovie indonesia yang aku nengok semalam kat TV3. Setakat ni itulah cerita paling cool sekali kat tv pernak aku nengok. Korang nengok tak?Awek punya pasal, pintu hati hero cite ni terbukak untuk sembahyang, mengaji semua. Nengok betapa kuatnya pengaruh awek dalam kehidupan manusia ni. Tapi finishing cerita tu, keikhlasan hati dia jugak yang memenangi hati bakal pak mertua dia.
Untuk maklumat yang lebih lanjut pasal pengaruh awek ni, aku sajes korang baca tulisan Firdaus dalam zine Hilang Punca#5.

Friday, January 6, 2006

Special Feature: Sorotan 2005

postHead Galore!!
2005 sudah berakhir. Dan skang tiba masanya kita flashback balik apa yang berlaku tahun lepas. Lets go!

Januari
Sambutan tahun baru 2005 hambar sebab semua orang merespek mangsa tsunami. Dah ramai orang mati, takan kita nak terkinja-kinja enjoy pulak? Waima demikian Januari 2005 bagi aku adalah bulan yang penting sebab time tu aku memberikan identiti kepada syarikat aku sendiri. Buat pertama kalinya aku menghendel sebuah syarikat and profit from it. Signifikan sebab time tu aku dah berdiri di kaki sendiri dan tak pow dah mak aku. Kesibukan yang melampau mula melanda. Aku yang takde pengalaman dengan dunia perniagaan ni mula mengerti akan kedahsyatannya. Time untung kita hepi dan time ada pihak buat palat aku menjadi hangin. Time ni baru ku sedari bahawa 'Fortune Favours The Bold'. Januari jugak bulan yang letih sebab aku masih lagi dihantui aftermath dari kes 'Bidadari'. Namun begitu aku mampu mengukir senyuman sebab azam 2005 aku tercapai dengan segera iaitu mandi laut.

Febuari
Febuari merakamkan perpindahan blog aku ni ke Blogger. Danchan selalu down. Downtime is not good for business. Tindakan aku memindahkan semua post aku ke danchan adalah apabila aku menyedari bahawa Blogger telah diambil alih oleh Google. Bagi aku, 'In Google We Trust'. Bulan ni jugak mengukir sejarah bilamana aku menghasilkan sehelai t-shirt yang paling power dalam sejarah. Begitu hebat sehinggakan aku letak tanda harga RM10,000.00. Bukan nak jual, tapi nak bagi kat orang. Bisnes aku semakin berkembang. Masa untuk melepak semakin berkurangan.

Mac
Bulan yang angker untuk blog ni sebab aku post 2 gambar hantu. Dan jugak sebuah cerita hantu masa aku kat Kolumpo ari tu. Bab bisnes pulak time ni aku banyak terima order yang pelik-pelik. Jadi skang ni adalah proses 'santau akal' yang bertubi-tubi memerah idea. Namun demikian kitaorang berjaya menyetelkan semua projek on time.

April

Bulan April blog tak berapa meriah sebab internet kena potong. Namun begitu di dunia nyata aku sibuk ke sana-kemari atas urusan perniagaan. Yang aku ingat bulan april ni adalah aku pekena mandi laut kat Kuantan. Seronok!

May

Bulan ni aku memulakan kerja-kerja untuk Sure Pekat (SP3). SP3 adalah satu event yang aku organise tetiap tahun kat Kuala Lipis ni. Bulan May ni penting sebab bulan ni aku mengupgrade perniagaan aku dan merintis peluang yang baru. Nak bukak studio jamming pulak. Equipment untuk pojek ni sampai kat opis. Mende-mende yang aku mimpi je nak miliki skang dah ada depan mata. Aku sungguh hepi. Paling penting, bulan Mei ni aku pergi konsert Dewa kat KL Tower. Memang puas hati!

Jun

Awal bulan Jun ni dah havoc sebab aku sibuk menguruskan Sure Pekat 3. 4 haribulan event tu berlangsung. Memang seronok. Aku jugak ada tulis report SP3 ni. Nengok la sendiri. Aku puas hati SP3 ni sebab banyak gambar-gambar menarik diperolehi. SP3 jugak berjaya mengumpul bahan yang cukup untuk 4 post Special Feature bagi blog ni.

Julai

Setelah sekian lama tak pekena, Julai nan lalu aku berjaya jugak naik ketapi. Bersama rakan-rakan seme. Trip ni jugak berjaya menghasilkan satu lagi special feature dengan gambar yang lengkap. Julai adalah bulan yang meriah kat blog aku sebab ada banyak post-post yang penting. Bermula dengan 'Naik Ketapi', pastu 'Puteh', 'Aku Tak Mengerti', Melati:The Tainted Eye Candy', dan sebuah Special Feature istimewa di mana 3 blog bersatu dan memberikan komentar masing-masing. Post tersebut dinamakan 'Akademi Fcukinghell:Glokal Takedown'. Blog yang terlibat adalah blog aku, Buttet dan ND punya blog. Julai jugak adalah Anniversary pertama blog aku ni. Dengan itu jugak aku melancarkan template baru dan brand name yang baru iaitu 'pyrokmxadvncdmda8'. Di mana genap setahun aku ber-blog dah lapan kali aku buat facelift untuk blog ni. Memang bulan yang padat dengan Special feature. Dan kalau aku nak sajes mana-mana archive bulanan yang korang nak nengok, maka aku sarankan bulan Julai ni. Boleh klik kat sidebar sana.

Ogos
Tak sebagaimana Julai, bulan Ogos adalah bulan yang slow untuk blog ni. Kalau blog slow menandakan kehidupan aku tak slow. Menandakan aku tengah sibuk tahap maksima. Projek yang bertimbun-timbun, dateline yang menjengah. Jadi tak berapa banyak sangat mende yang aku paparkan dalam blog. Kurang masa untuk menulis menyebabkan aku banyak menge-post kompilasi Hapdet dengan nama 'Late Show With Kumprinx'. Bulan ni banyak bercerita tantang persediaan aku menghadapi Battle Of The Bands sempena Karnival Lipis kat sini. Cuba cek post Special Feature bertajuk 'Burger'.

September

Hek ele.. September lagi slow rupanya. kerja banyak. Yang sempatnya cuma post 'Merdeka Mayhem'. Dan paling penting jugak adalah 'Battle Of The Fcukinghell'. Rentetan peristiwa kekalahan band aku dalam Battle Of The Bands kat Kuala Lipis ni. Time ni aku jarang dapat jumpa kompiter.

Oktober

Oktober kita semua berpuasa. Demi untuk menjalani ibadah puasa dengan selamat, aku berhijrah ke Ibusawat Oxygen Studio kat Bentong sana. Menyiapkan bilik sound proofing untuk studio adalah satu pengalaman yang berharga. Sebab aku tak pernah buat mende ni. Kena banyak main try and error. Banyak mende aku belajar. Bila kat situ, senang sikit nak puasa sebab makanan takde. Namun demikian impaknya terasa di blog sebab aku tak jumpa internet dan komputer. Overall berpuasa jauh dari umah sendiri memang mencabar. Kat sana aku hidup secara bersusah payah tahap boleh masuk 'Bersamamu' (TV3). Paling sadis, ada masa aku terpaksa bukak puasa makan megi je. Bulan puasa 2005 ni aku betul-betul 'berpuasa'.

November

Bulan ni aku telah menjayakan misi yang sangat penting iaitu mengambik kembali motor Kawasaki Turbo aku kat balai polis yang dah kena tarik sebelum raya hari tu. Nasib baik berjaya. Sampai skang aku guna lagi Kawasaki Turbo aku ni. Special Feature bulan ni bertajuk 'Kejutkan Saya Pabila September Berakhir'. Ada orang cakap cerita plagiat dari lagu, tapi honestly itulah kisah benar yang aku dengar daripada orang. Walaupun tajuk dia aku rembat dari Green Day, namun cerita dia 100% original. Post 100% berbahasa inggeris kali pertama dipaparkan kat blog ni, tepat time besday aku.

Disember

Bulan Disember aku menyambut anniversary post terpenting sekali dalam blog ni. Dan jugak mengambil langkah yang sangat drastik. Lepas raya aku melepak kat Lipis je atas sebab-sebab yang tak boley aku bagitau. Daripada kesibukkan yang ekstrim sebelum ni, kini aku menjadi kutu lepak sepenuh masa. Kerja aku adalah melepak dan bersembang tak tentu hala. Menghabiskan sisa-sisa tahun yang tertinggal di tanah air tersendiri. Bulan ni jugak aku fokus kepada kmxnine. Iaitu facelift yang ke-9 bagi blog aku ni. Dalam proses ni aku telah menemui banyak teknologi baru yang menarik. Surely aku akan implement dalam kmxnine nanti.

Kesimpulan
Tahun 2005 bukanlah tahun yang paling power bagi aku, Namun demikian tetap ada milestone penting yang termaktub dan menjadi memori indah. 2005 bagi aku adalah tahun yang 'slow'. Starting dia slow, tengah-tengah baru dia up sikit pace dia, kendian dia slow balik sampai la hujung tahun. Ia berakhir dengan penuh rilek. Takde sangat masalah yang besar berlaku bermakna aku semakin cekap menguruskan perkara dan mengenalpasti masalah sebab kalau kita tak tau ia masalah barulah ia menjadi masalah otherwise ia hanyalah cabaran. Jesteru 2005 adalah tahun yang penuh cabaran. Takde kemalangan dan kecederaan yang serius aku alami tahun 2005 ni sebab aku semakin berhati-hati. Berat badan aku berjaya dimaintain. Makan pun tak mewah sangat sebab aku berada dalam kemiskinan. Azam tahun baru aku tahun lepas aku berjaya penuhi (walaupun tak semua) dan yang gagal tu aku transfer ke tahun ni (repeat).

2006 - Life
Aku berdebar-debar menanti kehadiran 2006 ni sebab aku ada planning yang paling besar sekali. Tak pernah aku plan perkara yang sebegini besar di mana ia memberi efek kepada segenap aspek kehidupan aku. Projek-projek aku yang lama dulu takde la sebesar ini. Kali ni aku akan melakukan repair yang muktamad untuk hidup aku sampai tak perlu dah nak 'oberhol' untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Korang takkan percaya apa yang aku dah plan untuk hidup aku. Aku sendiri nervous. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Kita nengok la nanti.

Azam 2006
Hek ele.. aku dah kata dah tahun lepas, menatang azam ni trendi je sebenarnya. Tapi demi untuk tidak menghampakan korang semua aku senaraikan jugak azam tahun baru 2006 ni merangkap senarai projek yang telah dijadualkan.

Sure Pekat 4
-Kali ni Sure Pekat adalah event yang paling besar yang akan aku organise. Venue baru. Sure havoc, sure heboh sure pekat!!
Travel
-Kalau korang riki-riki post aku yang lama, korang pasti akan jumpa satu post di mana aku ada mention pasal ni.
Stay Healthy
-Tahun 2006 nanti adalah tahun kesihatan bersepadu. Aku nak kurangkan merokok, jogging dengan lebih ekstrim lagi dan mengamalkan makanan yang sihat. Hujung 2005 dulu aku dah starting dah, cuma skang lah masanya untuk all out.
Muzik
-Aku nak mendalami muzik. Tak seperti tahun lepas, tahun ni aku nak fokus betul-betul sebab skang aku dah ada resource yang sepatutnya.
Education
-Aku harap jiwa aku yang dahagakan ilmu ni akan terubat tahun 2006. Banyak legi mende yang mempersonakan aku dalam dunia ni. Banyak lagi mende yang aku nak tahu.


2006 - Blog
Ni la bab yang paling exited sekali aku nak cerita. Tahun ni jugak aku akan mengadakah facelift yang ke-9 untuk blog ni. Memula aku stadi dulu apa yang aku perlukan, tapi tanpa diduga, aku menemui banyak lagi perkara-perkara baru yang menarik dan seronok untuk di-implement dalam kmxnine nanti. Sebab tu aku menangguhkan tarikh pelancaran dan meluangkan lebih sikit masa untuk stadi mende ni semua. Bayangkan kalau aku boleh pecahkan post biasa kepada dua bahagian, special feature dan hapdet terkini, bayangkan aku boleh link korang bukan dengan cara pilih bulu, tapi kepada blog yang paling aktif. Semua ni aku akan letak dalam satu page yang definitif dan tak perlu dah korang bukak page lain. Sembang lebat memang senang, tapi hasilnya nanti emm.. tak tahulah korang suka ke tidak. Yang paling penting, bila bicara menganai kmxnine I can't stress enough the word 'ADVANCED'. Apa-apa pun, bukankah ini Pyrokumprinx Advanced Media?

2006 Spesel: Header Galore on Yahoo!360
Sempena menyambut tahun baru ni aku melancarkan koleksi Header Galore. Setelah sekian lama, kini aku paparkan semua header yang pernah aku gunakan. Apa itu header? Header adalah header blog ni. Sekeping gambar yang berfungsi untuk mengubah mood keseluruhan blog ni. Dan jugak digunakan untuk kembali ke homepage (klik). Yang kat atas tu. Selalu kat sini kitaorang guna gambar awek la. Biasanya aku akan menggunapakai gambar yang terpaling power dan ada 'exploit-value' untuk dijadikan header. Kalau aku dah guna gambar yang power dalam koleksi aku, dan skang aku himpun pulak semua gambar power tu, bukankah ini adalah koleksi terpower antara terpower? Namun begitu, Header Galore ni ada harga yang tersendiri. Ia dipaparkan kat Yahoo!360 (
http://360.yahoo.com/kumprinx). Tapi tak open kepada public, you have to be my friend. Tak kawan, tak nak kasi nengok. Ini adalah permulaan di mana pada masa-masa akan datang aku akan banyak mengunapakai yahoo!360 ni untuk apa-apa kandungan exclusive (kmxnine). Jadi molek la start skang supaya tak perlu bersusah payah lagi di masa akan datang.

Berikut adalah antara post-post yang menarik sepanjang 2005. Cekidaut!!

AMI Kiera Knightley
Abnormaliti- Manusia kalis sejuk
14 hari mencari hantu
Namun ku punya nama
Road Trip : Gunting Rambut Di Rumah Jie
Anak Dara
Kumprinx's Favourite Fruit
Tahap Dewa (Review Konset Dewa)
akademi fcukinghell
Melati - The tainted eye candy
Aku tak mengerti
Puteh
Special Report : Naik Ketapi!
Burger
Merdeka Mayhem
Battle Of The Fcukinghell
Gedik Tanpa Batas
Perutisan Aidilfitri Dari Kumprinx
Claiming Kawasaki Turbo
Kejutkan Saya Pabila September Berakhir