Monday, February 6, 2006

Blues Kawasaki Turbo

Malam semalam sekonyong-konyong aku menolak Kawasaki Turbo yang telah lama berada di Tempat Parking Rahsia (TPR) sebab dah pancit. Tayar depan dia pancit sejak sebelum cuti CNY lagi. Hari jumaat dan sabtu nan lalu kedai En. Bulu Hidung dah bukak tapi banyak sangat keta yang rosak dan hantar kat sana jadi saya kira dia takde masa nak tukar tiub motor aku tu. Encik Bulu Hidung ni namanya sebegini huduh sebab ukuran bulu hidung dia mengatasi misai. Namun sejak akhir-akhir ni dia kelihatan semakin mengambil berat sahsiah diri dia dengan bercukur dan memotong bulu hidung mungkin sebab dia sulah tangkap syok sama itu amoi.

Aku meredah malam pekat menolak Kawasaki Turbo ke kedai En. Bulu Hidung. Signifikannya adalah mengelak cuaca panas dan jugak waktu malam keta tak banyak. Walhal dari TPR untuk sampai ke kedai En. Bulu Hidung tu hanyalah 200 meter sahaja.

Hari ini pabila aku bangkit dari tidur (1.30pm) lantas aku terus menuju ke kedai Encik Bulu Hidung. Nampak gayanya Encik Bulu Hidung tu dah paham dan mengerti masalah Kawasaki Turbo ni. Motor dia letak dalam semak takut kena tangkap ngan polis, dengan tayar yang dah bertukar tiubnya. Aku datang terus bayar je. Tak perlu cakap apa-apa. Encik Bulu Hidung adalah sebuah kedai tayar yang khusus repair tayar keta je. Tapi dia bagi pengecualian kepada Kawasaki Turbo. Namun dia tetap me-mark-up harga sampai 8 inggit kalau tukar tiub.

Setelah tayar depan dibaik pulih aku terus menuju ke stesen minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak sebab dah lama tak bawak for sure minyak kena rembat ngan kutu.

Tatkala aku dalam kelajuan maksimum di hadapan Balai Polis Kuala Lipis, tetiba terasa gewang semacam je tayar belakang. Motor hilang kawalan, aku terus berhenti depan tanah perkuburan Kristian. Ada basten kat situ. Tayar belakang pulak pancit. Saya berasa sungguh terharu sebab baruuu je tadi tukar tiub depan, skang tayar belakang pulak buat hal. Apa punya suwey da...

Terasa malas pulak nak menolak motor tu, aku melepak sebentar sambil menelefon kenal-kenalan lama dan jugak 2-3 makwe. Sekonyong-konyong Mael lalu. Kemudia mael singgah dan bertanya kondisi aku. Aku cakap takpelah, nanti saya tolak sendiri je. Awak pegi la buat hal awak tu. Lalu Mael blah. Pastu ada la 3-4 orang yang singgah berniat ingin menghulurkan pertolongan namun terpaksa aku menolak sebab takde maknanya melainkan kalau korang bawak lori sebijik. Sebab ini kes tayar pancit bukan enjin rosak. Namun saya menghargai tindakan member2 yang berhenti tu. Terima kasih geng.

Setelah sekian lama melepak kat depan tanah perkuburan kristian tu aku pun blah. Dengan tayar belakang yang maseh pancit, aku bawak je motor tu pelan-pelan. Motor terhuyung hayang. Keta banyak nyaris nak hantam sama saya. Tak kurang jugak yang hon-hon. Apa masalah mereka saya tak tahu.

15 minit memandu dengan tayar yang pancit, aku tiba di sebuah kedai pomen kat Esso Kuala Lipis. kedai ni aku tak familiar sangat. Sementara menunggu pomen nenukar tiub tayar depan, aku ke Esso dan angkat air kotak Mangga satu dan layan minum sampai puas.
"Mana lu angkat ini sticker?" tanya apek tu merujuk kepada sticker 'Most Wanted' aku tu.
"Saya sendiri membuat stiker itu belakang..", jawap aku dengan mengekalkan slang cina.

Setelah 15 minit motor pun siap. Aku mengisi minyak sebanyak RM3 dan terus menuju ke bandar. Ingat nak balik umah kejap. Tapi aku mendapati brek depan kurang makan. Susah aku nak buat wikang kat traffic light. Lantas terus je aku menuju ke kedai Seng Heng. Seng Heng adalah seorang mekanik indie handalan yang bekerja dengan peralatan yang minima. Dia sorang je satu-satunya pomen kat Lipis ni yang hati kering nak repair Kawasaki Turbo. Yang lain semua tak boleh harap.

"Saya mahu menukar brake shoe"
"Brake pad?"
"Bukan, brake shoe"
"Brake talak makan ka?"
"A'ah. Kasi tukar itu brake shoe"
"Brake shoe sama itu brake pad itu sama la.. haiya.."
"Ooo..."

Jenama apa yang dia letak aku kurang periksa. Tapi aku suh dia letak yang baik punya. Harganya RM20. Kira mahal tu memandangkan yang mulah punya hanyalah RM10. Dia ni tak banyak soal. Kalau cara macam tu tak jadi dia buat cara lain. Dia jugak buat kerja dengan ikhlas. Dia tak kira sangat pasal mende lain, janji motor yang dia repair boleh jalan dengan prestasi optimum. Kedainya kecik je, tapi peralatan semua cukup. Ada yang zaman dulu punya tools, dan ada jugak peralatan yang dia DIY sendiri. Seng Heng jugak telah menerima pengiktirafan 'Certified Kawasaki Turbo Mechanic'. Iaitu dia sorang je yang boleh repair dan menjaga integriti kerahsiaan spesifikasi prestasi Kawasaki Turbo. Menghantar motor kat kedai dia ni jugak menjadi kegemaran aku memandangkan lokasinya yang terletak di Jalan Jelai. Tempat amoi banyak lalu petang-petang. Lebih-lebih lagi sebelah kedai dia ni adalah sebuah kedai salon rambut. Awek-awek semua ulang alik keluar masuk kedai salon ni menyebabkan aku terpaksa mengontrol jambu di tahap optimum sepanjang masa.
Setelah 20 minit akhirnya siap jugak. Aku menjelaskan bayaran, test drive brek baru lebih kurang dan terus merempit ke Centerpoint karena member aku dah menanti kat sana untuk aktiviti 'Melepak Usyar Melati'.

Overall hari ni banyak masa aku terluang untuk Kawasaki Turbo. Duitpun banyak habis sampai totaled. Tinggal 2 inggit je dalam poket aku. Tu baru pakai motor, belum pakai keta lagi.

Tukar tiub tayar depan kat En. Bulu Hidung:
RM8.00
Tukar Tiub belakang:
RM7.00
Isi minyak:
RM3
Brake Shoe/Brake Pad baru:
RM20

Mengambil selekoh maut di Balai Bomba Kuala Lipis dengan kelajuan maksimum cecah stand keluar percikan api:
Tak ternilai.


Related:
Kawasaki Turbo
Claiming Kawasaki Turbo
Melati

4 comments:

  1. brake shoe? tak pakai lining brake ke? rempit... 80km/h je...

    ReplyDelete
  2. aku tak rempit. moto kriss cabuk akunya top speed 80km/h je. kawasaki turbo ko kalu solek baik2 nampak cun.

    ReplyDelete
  3. maybe.
    aku tunggu kewangan kukuh skit aku nak pimp bebaik.
    letak MP4 player satu..
    hehe..

    ReplyDelete