Sunday, February 19, 2006

Kumprinx Home Remedies Part.1

AMARAN!: AKU BUKAN DOKTOR!

Ni nak cerita pagi semalam aku bangun dari tido, sakit perut tahap dewa punya. Memulas-mulas. Sakit sangat rasa macam nak mati. Gileb*bi punya. Masuk bilik air pun takde maknanya. Sepanjang hari sakit perut.
Pegi hospital? Oh.. jauh sekali..
FYI aku dah genap setahun tak pegi hospital ataupun klinik. Last aku pegi hospital tahun lepas. Itupun sebab sakit kepala je. Sepanjang tahun ni aku tak pernah dapat rawatan ke hospital. Kiranya aku langsung tak menjejakkan kaki ke hospital melainkan hantar mak aku ke hospital, nengok member eksiden ngan usyar nurse (misi) yang cun-cun.
Aku givap pegi hospital sebab biasanya bukan doktor betul yang rawat kita. Entah kutu mana tah. Kalau demam, bagi ubat demam. Kalau batuk bagi ubat batuk. Takde langsung nak cek-cek penyakit mende. Lalu aku membuat kesimpulan pergi ke hospital untuk sakit-sakit yang remeh ni hanyalah membuang masa. 4 jam menunggu giliran jumpa doktor tu macam-macam mende aku boleh buat. Dah la orang ramai, ngan bebudak muntah atas lantai lagi. Hish..
Jadi aku kalau sakit aku buat apa? Untuk sakit-sakit biasa tu aku ada home remedy aku sendiri. Memula korang kena paham betul-betul macamana sistem badan korang berfungsi dan signifikannya kepada aktiviti dan pemakanan seharian. Aku seorang yang tak mengamalkan kehidupan yang sihat dan sering membuang masa dan memakan makanan tak berzat. Jadi aku perlu cover semua ini untuk memastikan kesihatan yang optimum. Aku juga tak nak membuang masa berharga aku untuk menunggu giliran berjumpa doktor di hospital ataupun klinik. (kat klinik tu pun bukan semua orang sakit, orang beli 'ubat' je banyaknya)Lalu hari ini, buat julung-julung kalinya aku akan mendedahkan sistem perubatan moden terkini yang aku reka sendiri dan aku namakan 'Kumprinx Home Remedies Part.1'. Ekslusif untuk Pyrokumprinx Advanced Media.

Batuk
-Selaku seorang perokok handalan, ini adalah penyakit yang paling selalu sekali aku kena. Merokok yang berlebihan, cucuk angin lori 3 tan dan gatal nak mencuba rokok daun/gulung pastinya akan memberi kesan batuk yang serius. Kelemahan sistem pernafasan aku (disebabkan oleh rokok) akan melipatgandakan derita batuk yang aku hidapi. Paru-paru lebih sakit, nafas makin singkat sampai terbaring 'mintak-nyawa'. Untuk batuk aku menggunakan Cough Syrup jenama Woods. Woods ni sungguh berkesan sebagai ekspektoran. Iaitu remedy sementara untuk batuk. Ia juga melegakan tekak dan berubat menyembuhkan batuk itu sendiri. Rasanya yang macam cekelat angin tu sungguh selesa tatkala batuk. Dan kalau minum banyak boleh membawak 'high'. Minum sikit-sikit je bila batuk boleh mengurangkan kesakitan. Untu itu aku jugak sarankan gula-gula cap Woods untuk simpan dalam poket korang bila jalan-jalan. Batuk ni adalah proses semulajadi menyelenggaraan sistem badan. Jadi biarlah kita batuk. Dan gunakan ubat yang aku sarankan di atas untuk mengurangkan kesakitan. Anda mungkin perlu berhenti/mengurangkan merokok buat sementara waktu hingga batuk sembuh.

Sakit Perut
-Biasanya ada 2 faktor aku kena sakit perut, angin dan salah makan. Perut masuk angin boleh terjadi pabila berjaga malam dan overnight kat luar. Tidur atas simen juga mampu memberi sakit perut berasaskan angin ni. Angin ni akan berasa tak selesa dalam perut dan mampu melembabkan aktiviti seharian. Untuk sakit perut cawangan angin ni, aku akan mengorder teh halia yang banyak terdapat di restoran-restoran biasa. Kalau takde korang boleh bancuh sendiri teh kat umah pastu masukkan hirisan halia. Pastu minum sokiu sampai habis. Jauhkan diri dari orang ramai sebab anda pasti akan kentut tanpa henti untuk beberapa jam yang akan datang. Baru-baru ni produk baru iaitu Eno Ginger diperkenalkan di pasaran. Berkesan gak.
-Sakit perut keracunan makanan terjadi apabila makan di kedai-kedai yang kotor dan tak mementingkan kebersihan. Kadang-kadang kombinasi bahan masakan juga ada menyumbangkan kepada perkara ini. Penyakit ini akan mengundang cirit birit yang serius dan jangan berfikir nak naik bas. Duduk kat umah je pakai kain tuala untuk stenbai rempitan ke tandas kerana ciritan tak mengenal masa. Anytime je brader.. Pertama sekali korang kena cuci balik usus korang. Ini aku namakan 'Terapi Berpuasa'. Jangan makan nasik, minum air je. Ubat Pill Chik Kit Tek Aun jangan lupa makan selalu. Simpan 3-4 kotak dalam poket. Minum banyak air juga akan menyebabkan cirit menjadi semakin serius, tapi korang perlu bersabar supaya usus dapat dibersihkan sepenuhnya. Minum Vitagen atau apa-apa brand air kanak-kanak yang ada Laksidopilus Asidohapekejaddah iaitu sejenis kultur hidup yang boleh cuci usus korang. Time cirit usah mengada-ngada nak berjalan ke mana-mana. Pinjam 3-4 vcd kat member dan duduk kat rumah je sampai baik (selepas melakukan perubatan yang dinyatakan di atas)

Sakit Kepala
Perangai member yang serupa ular dan jugak tekanan dari sekeliling mampu memberi sakit kepala. Paling senang, makan panadol. Kalau duduk kat umah makan panadol biasa je. Kalau kat luar makanlah panadol aktifast. Pastu jangan pikir mende yang heavy-heavy.

Pening/Loya/Nak Muntah
Melihat perkara-perkara yang jijik bisa membuatkan kita berasa loya. Membaca buku-buku politik dan tabloid murahan seperti Metro dan Warta Perdana juga bisa menyebabkan rasa nak muntah. Tak lupa jugak keta Kancil 'lowered' enjin turbo bawak laju-laju ekzos kecoh dan pasang lagu 'Crazy Frog' juga boleh menyebabkan loya. Ubatnya senang je. Minum air berkarbonat. Dalam kes sebegini aku sarankan minum Coke yang baru dibukak botolnya. Coke mampu menghilangkan rasa loya. Juga sesuai untuk kanak-kanak yang travel naik keta. Tak payah sangkut plastik kat telinga dah. Kat rumah juga adalah sesuai untuk simpan sekurang-kurangnya setin coke untuk persediaan kes sebegini.
(Bersambung Part.2 tidak lama lagi)

Aku tak bertanggung-jawap dengan apa yang aku tulis kat sini. Ia bertujuan sebagai rujukkan dan ikut korang la nak ikut ke tidak. Bagi aku yang dah setahun mengamalkannya, aku tak perlu lagi ke hospitan dan membiaya ubat yang mahal. Selamat mencuba.

1 comment: