Thursday, January 12, 2006

Kawasaki Turbo

Kawasaki Turbo

Beberapa hari nan lalu aku telah berjaya menye-spray Kawasaki Turbo aku. Kaler itam. Projek dijalankan di sebuah lokasi yang terpaksa dirahsiakan. Namun demikian aku hanya spray satu bahagian je. Side tepi.
Nak bukak punyalah susah, kena bukak grip-point dulu, seat dulu. dan 2-3 panel dulu baru boleh tanggal panel yang nak di cat itu. Apabila aku pasang balik, ada terlebih 4-5 bijik skru. Skang motor kesayangan aku ni dah kaler itam (sebelah je). Dan paling penting adalah acara menepek sticker 'Need For Speed: Most Wanted'.

Sticker ni aku scan sendiri dari kotak cd dia, pastu trace sendiri dalam Illustrator, pastu sendiri pegi hantak kedai potong sticker.
Aku bukan jenis jumpa sticker yang cool dan cantik, terus tepek. Samalah jugak ngan baju. Aku bukan main tibai je. Semua menda, sticker, print atas baju mesti ada signifikannya yang tersendiri. Tak boleh main-main. Kalau main-main sebab tu lah kita selalu jumpa helmet atau motor yang ada tampal sticker 'Tengok Boleh, Pinjam Sori', 'Guano Demo?', 'Malu Tapi Mau', bagi aku sticker ni semua murahan dan takde signifikan untuk tampal kat mana-manapun. Lainlah kalau kau memang naga rempit tak pernah tewas maka sesuailah tepek sticker 'Berani Meh La Racing'.

Banyak aku nampak keta atau motor yang tampal sticker NFS:Underground. Hek ele.. brand lama la.. Suka sangat nampak perkataan 'Underground' tu.
Lain halnya dengan Kawasaki Turbo ni. IMHO Kawasaki Turbo adalah motor yang paling sesuai untuk title 'Most Wanted'. Untuk itu mari kita sama-sama kaji 'track-record' Kawasaki Turbo ni. Ingin jugak dimaklumkan di sini bahawa aku jugak telah tamat bermain game NFS:Most Wanted. Dan aku jugak bukanlah mat rempit yang jenis bawak motor laju-laju dan melakukan wili sambil loading awek kat belakang. (bodo punya makwe, kalau eksiden kang sia-sia je..)

Memula Kasaki Turbo ni digunakan oleh Pihak Berkuasa. Polis. Masa zaman Roda-Roda Kuala Lumpur dulu. Lepas tu diaorang semua upgrade ke motor yang lebih berkuasa tinggi kendian dijual secara lelong.

Dibeli oleh seorang berbangsa cina untuk kegunaan loading getah, pegi minum arak memalam, beli nombor ekor dan pegi main mahjong. Bila malam anak dia buat pegi loading amoi ngan bawak laju-laju buat havoc tengah bandar. 'Pimping' kali pertama dijalankan oleh anak kepada cina ni. Tukar cub dan pasang ekzos 'jantung'. (hape jaddah ekzos jantung ni aku tak tau'). Beberapa modifikasi standard menaik taraf prestasi dia juga dilakukan. Kemudian cina ni menghadapi masalah kewangan yang serius, dan terus jual motor ni.

Dibeli pulak oleh ayah aku dengan harga, hek ele.. pepalih murah. Selama setahun digunakan oleh mak aku untuk pegi kerja. Menjelang 1998, buat pertama kalinya facelift dijalankan oleh abang aku. Dari putih (warna standard motor polis) ke warna silver dan biru. Kendian digunakan oleh aku untuk pergi sekolah.

Tahun 1999 aku tak into dah motor ni sebab dah ada keta kancil sebijik. Motor ditinggalkan berkuap dimamah usia. Berkarat.

2002 The Rise Of Kawasaki Turbo
Aku ambik balik, service semula. Pakai minyak prestasi tinggi dan guna balik untuk aktiviti melepak. Sejak hari tu aku terus menggunakan motor ni untuk apa jua keadaan.

-3 kali bertukar tangan
-2 kali di-impound (tarik ngan polis, naik black maria)
-13 kali langgar roadblock
-3 kali eksiden
-berpuluh-puluh kali 'evading pursuit' (berjaya meloloskan diri)
-berpuluh-puluh saman trafik

Daripada milik polis, skang motor ni paling dikehendaki oleh polis tu sendiri. Kemana-manapun ramai pegawai trafik yang teringan nak bawak balik motor ni ke balai. Nak-nak bila akhir tahun. Orang cakap diaorang nak bagi 'penuh buku'. Jesteru Kawasaki Turbo adalah motor yang paling sesuai dengan title 'Most Wanted'.

Kawasaki Turbo ni takde la laju sangat. Tapi cukup laju untuk aku pergi ke mana-mana destinasi dalam Kuala Lipis ni dalam masa kurang dari 5 minit. Motor ni jugak redefine the term 'bunyi macam ribut'. Sebab bunyi dia memang macam ribut. Bukan perit stail rempit yang biasa tu.

Dari segi prestasi, ia bagaikan kuda yang dikekang. Tak boleh bawak slow. Kena bawak laju kalau tak dia akan undertorque dan seterusnya mati enjin. Bila tengah bawak, biasanya aku akan tersenyum sorang sebab tak kira berapa laju aku bawak, aku tau masih ada lagi power yang aku tak unleashed lagi. Untuk memecut dengan lebih laju, kona-baring lebih rendah, cilok lebih rapat.

Biasa kalau orang tengok, mesti dia tanya, "Motor jenis apa ni?". Kalau tipu aku cakap je custom made. Biasanya aku bagitau la model apa. Pada awal 2001 dulu ada seorang usahawan dari Perlis ternampak motor ni. Pastu dia terus cari aku. Dia berminat nak beli motor ni sebab no. plet dia ada value yang tersendiri bagi diri dia. Dia nak angkat motor ni, pastu ambik no plat dia je letak kat BMW dia. Aku tau, lepas dia transfer no plat motor ni ke BMW dia, motor ni akan di-rendered useless. Paling sadis, dia buang je kat tempat besi buruk. Bermakna penghinaan untuk Kawasaki Turbo. Bila ditanya, aku menjawap dengan penuh sopan, "Awak ambik je RM20,000.00 awak ni, sedekah kat anak yatim".

Biasanya Kawasaki Turbo akan mati tengah jalan. Part ni aku tak tau mana silapnya. Minyak itam kena tukar seminggu sekali untuk prestasi yang optimum. Sekali-sekala kena tukar plug. Pasal minyak pulak, RM2 dah cukup untuk 2 hari melepak.

Satu lagi kelebihan Kawasaki Turbo ni aku namakan 'Aftertouch'. Bila berhenti, enjin akan mati sendiri. Pastu dalam keadaan begini, aku hanya tolak satu kaki je pastu masuk gear terus hidup. Siap wili lagi. Kalau aku lepaskan pendikit (throttle) masa tengah laju, letupan akan berlaku kat dalam enjin dia menghasilkan percikan api biru di ekzos. Thus the word 'Turbo'.

Motor ni aku bukan buat racing lumba haram. Bukan buat loading awek walaupun setiap kali aku masuk parking Melati macam kecur air liur je nak naik motor aku ni. Bukan buat long distance, jauh sekali nak masuk lumba drag. Tapi aku gunakan motor ni untuk pergi melepak. ke mana sahaja aku nak pergi, aku mampu pergi sebab aku ada motor ni. Walaupun alat-alat ganti dia memang dah takde dalam pasaran, namun aku tau aku tak perlu berbelanja besar nak selengara motor ni. Aku hanya perlu treat her with respect. Walaupun aku kata motor ni tak laju, kalau lawan ngan Kriss pun sure tewas tapi kalau ada sapa-sapa berhajat, meh la..


Klik untuk beso
Klik Untuk Beso

4 comments:

  1. akhirnya...terserlah jua KawasakiTurbo mu itu..

    ReplyDelete
  2. wah salah sattu benda kesayangan ya, walaupun lama tetap dihatikan

    ReplyDelete
  3. serius

    gua ingat mmg betul motor power.

    terkena gua tapi mmg kena treat with respect lah.

    benda2 lama macam nie lagik banyak jasa dia.

    ReplyDelete
  4. hui tinggi betui bounty hunter point kawasaki turbo ..ranking berapa dalam blacklist nie..adakah menyamai ranking gsx ayam aku...

    ReplyDelete