Friday, July 15, 2005

Sakit Mata

Sakit mata

Semalam pepagi buta aku terpaksa bangun untuk merempit ke bentong kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Dalam keta aku rasa mata aku gatal-gatal. Aku ingat sebab bangun pagi. Mata aku tak ngam lagi. Pastu aku saspek ada menda masuk dalam mata aku. Lalu singgah Raub untuk cek mata aku. Soheh! Sakit mata.
Sakit mata adalah penyakit yang di mana simptom dia adalah mata kita sakit dan jadi merah. Orang pun tak berapa nak pandang sebab takut berjangkit kalau pandang lama-lama. Bodo..
Nasib baik sebelah je kena. Boleh lagi aku menengok dengan jelas. Tapi tetap pedih dan aku terpaksa mengelap mata aku tu selalu. Tensen la jugak. Balik dari bentong terus gi umah mael untuk jamming. Sakit sebelah mata menyebabkan prestasi yang merosot sebab tak dapat nak bajet dengan jelas jarak dan kedudukan tom-tom, cymbal dan snare menyebabkan aku terpaksa berhenti awal (alasan letih nak jamming).

Aku ingat hari ni nak pergi hospital. Tapi kalau aku pegi aku dapat bayangkan. Tunggu turn nak jumpa doktor 4 jam. Pastu bila dah jumpa, doktor pelatih je. Tak nengok langsung mata aku pastu terus bagi ubat. Lagi 4 jam menunggu kat farmasi. Kalau aku pegi beli ubat kat farmasi aku boleh jimat 4 jam.

Semalam mak mael cakap ubat tradisional bagi sakit mata yang paling ampuh sekali adalah susu ibu. Lantas terus je fikiran aku menyenaraikan senarai MILF-MILF yang baru melahirkan anak.

"Puan saya ni sakit mata, nak mintak susu sikit. Buat ubat"
"Boleh apa salahnya"
"Saya harap tak menyusahkan Puan, kerana saya dah tak tahan dah sakit mata ni.."
"Apa pulak menyusahkan.. Biasalah, hidup bermasyarakat. Kita harus saling tolong menolong.."
"Takpe puan, bagi saya perah sendiri. Nanti menyusahkan puan pulak"
"Ehh.. saya boleh buat sendiri. Jangan bimbang.."
"Takpe-takpe.. biar saya buat. Saya yang mintak, jadi biarlah saya berusaha sikit.."
"Ikut suka hati awaklah Amin oii.."
(Senario rekaan)

Gile. Mana nak cari susu ibu? Mungkin aku jugak akan cedera teruk dihentak dalam proses mencari susu ibu ni. Jadi lantak je lah. Nanti dia baik la. Kalau korang ada cadangan tentang ubat-ubat tradisional yang lain. Sila mesej aku.

4 comments:

  1. susu ibu buat ubat sakit mata? biar
    betol?? ke buat tambah sakit mata??
    1. sebab tengok..
    2. sebab kena tumbuk..

    khakhakhakhakha...

    ReplyDelete
  2. aku rasa, susu ibu kambing pun sesuai ah kump..

    ReplyDelete
  3. Pergilah jumpa doktor pakar sakit mata.Saya pasti doktor tu boleh tolong.Tapi, kalau awak tak nak, tak ape, saya tak paksa awak.Itu untuk buatkan awak baik,tapi kalau awak tak nak mata awak baik,tak payahlah nak jumpa doktor pakar sakit mata tu. O.K. Goodbye.Saya harap mata awak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Cungkil je mata tu, lain kali tiada lagi sakit mata..wakakaaaka

    ReplyDelete