Thursday, January 27, 2005

:: Member-member saya yang caring

"Sudah la tu kumprinx, risau komeh nengok engko ni"

"Entahnye... sampai bila nak sasau macam ni. Tak fun la cenggini"

"Kami rindukan kumprinx yang dulu"

"Aaa.. macam ni, kami akan rekemenkan ko sorang awek"

"Haa.. betul tu. Ko cakap je yang macamana kitaorang akan 'agensi-mencari-jodoh-kan' ko"



Jawapan saya:

"First sekali mesti cantik. Bukan cantik muka je, tapi hati pun mesti cantik. Cantik muka tu aku tak kisah sangat. Orangnya haruslah sedang-sedang molek. Tak lebih besar dari aku, seboleh-bolehnya kecil tubuh badan supaya sedap mata aku memandang. Kulit dia mesti cerah. Tapi bukan sebarangan cerah. Aku nak yang stail ada transparency value pada kulit dia di mana cahaya tak akan di-reflect straight dari permukaan tapi tembus ke dalam dulu, baru reflect. Setakat pigment sesikit tu aku boleh maafkan. Dan orangnya mesti tak banyak bersolek, sebab kalau cantik bila bersolek, aku ragui dia akan still cantik bila tak bersolek. Kalau boleh yang takde secalitpun kimia kat muka dia, tapi still cantik. Percakapan dia haruslah lembut dan jelas pertuturan. Di mana bila aku bercakap pulak, dia akan menumpukan perhatian dan mendengar sepenuh hati walaupun aku cakap perlahan. Dia mesti tau apa yang aku nak, bila aku nak, dan macamana aku nak. Tak perlu aku cakap kalau aku perlukan sesuatu, jesteru dia haruslah peka terhadap keperluan aku. And in return I'll do the same. Aku tak suka main-main. Seseorang itu haruslah menyerlahkan kualiti tersembunyi di hadapan aku sampai aku jatuh cinta separuh mati bukan sebab sifat fizikal dia. Tapi sebab diri dia yang sebenar. Seseorang yang sanggup menunjukkan semua yang buruk dalam diri dia sebab dia tahu kalau aku dah suka kat dia aku tak kisah pasal semua tu. Pasal pemakaian pulak, aku nak seseorang yang bila aku tengok, aku akan nampak diri aku sendiri dalam diri dia. Di mana kalau aku ni pompuan, aku akan pakai sebegitu jugak. Sebab pakaian-pakaian yang sebegitu aku gemar. Aku nak seseorang yang tak takut nak get in touch with her inner feeling. Seseorang yang akan betul-betul cakap apa yang dia betul-betul fikirkan. Tak bersembunyi dan tak simpan apa-apa ngan aku. Seseorang yang akan selalu menegur kesilapan aku but in the same time boleh tolerate apa-apa yang aku buat. Seseorang yang appreciate the simple things in life yang kita selalu overlook. Cinta dia terhadap aku haruslah tak berkarat dan pandai menjaga kredibiliti aku di mata masyarakat. Seseorang yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap apa yang aku buat, *tapi* kalau berkenaan apa yang dia tak suka, dia takkan komplen cuma tak ambik pot je. Haruslah sanggup melancarkan tumbukkan padu maut terhadap aku apabila aku bersikap keterlaluan. Pandai menjaga diri sendiri sebagai orang yang berdampingan dengan aku. Yang paling penting seseorang yang memberi impak yang besar dan mampu mengubah persepsi aku dengan kebijaksanaannya. Lagi pasal bagaimana bla..bla..bla..."



Sejam empat puluh lima minit kemudian...



"Pegi mati la kumprinx!!"

"Entahnye, ko kahwin ngan pontianak la!"

"Masuk geng 3 kupang la ko nanti"

"Kawan ngan monyet la..."



Mustahil ada pengganti untuk 'Bidadari'

No comments:

Post a Comment