Sunday, January 30, 2005

:: Late Show With kumprinx

Seleksi post-post pendek



:: Ngeh ngeh ngeh.. bidadari...

Tadi aku baca balik Bidadari. Banyak jugak typo rupanya. Dan ada jugak *beeb* yang tak kuar bunyi (on the Geoshities server, run your cursor through the grey *beeb*, you will hear a 'beeb' sound).

Jauh di sudut hati aku, aku nak tulis balik Bidadari ni with full detail of apa yang telah berlaku. Masa aku tulis tu pun, macam tergesa-gesa je. Tapi feel masa aku tulis tu dah tak berapa terasa skang ni. Masa tu jiwa aku tengah betul-betul kacau. Dengan penuh emosi aku menulis. Laju pulak tu. Maklumlah, ingatan tengah fresh. Siap buat The Making lagi. Hmm... nak tulis ke tidak? Banyak jugak mende yang terlepas pandang, tak sempat nak masuk. Amacam?

Untuk menjaga integriti kisah aku ni, setiap page aku taruk script yang menghalang korang dari right-click ngan select text. Mana tau ada kutu yang nak pegi copy cite aku ni tepek kat tempat lain pulak. Boleh, tapi kena launch dari main page dia tu (atau blog ni).



Namun begitu ada satu bab yang korang boleh select text dia. Dan kalau korang select semua sekali, korang akan jumpa satu bab yang tersembunyi. Jumpa tak? ;)



:: TagBod

Kalau korang tag kat tagbod ni, tinggal la URL sekali. Senang aku nak buat serangan balas. I know the cute Liza (cubit pipi kang...), seraph, ngan deetree.



:: Header baru

Tadi aku semangat waja buat header baru. Sempena tahun baru cina ni. Sekali nengok kalendar, lambat lagi rupanya. Nantilah aku tepek. Tapi kali ni jangan bimbang, takde dah 'seksoss nyosss'. Biasa aku nengok blog orang lain, geram-geram aku nak buatkan header untuk dia. Ikut depa lah..



:: Near Miss

Ahh.. aku rasa bangang je letak timer 'Radio Darkness' ni. Dah banyak kali dah near miss yang akan menyebabkan aku terpaksa reset balik timer dia. Bila-bila aku makan nasik, nak jugak aku sms tanya dia dah makan ke belum. Bila bangkit dari tido, nak jugak aku ucap 'Good Morning' kat dia. Tapi skang dah 5 hari. Satu perkembangan yang memberansangkan...

No comments:

Post a Comment