Tuesday, January 4, 2005

:: Edisi Petang

Amaran! Pastikan anda memegang tangan anak anda apabila melintas jalan.

Tadi aku nyaris nak langgar bebudak kecik. Dia punya bapak steady je lari lintas jalan tinggalkan anak-anak. Pastu anak dia ikut dari belakang. Time tu aku tengah dalam kelajuan 60km/h something, terpaksa membrek emegenshi.

Skreeeetttt!!!

Nasib baik tak kena. Berderau jugak darah aku.



"Bodohh!! Pimpin la tangan anak tu!"

"Anak aku aku tau la!!"



Hei mamat ni kang...



:: Hepi besday Daddy!!

Semalam besday daddy aku. Kitaorang pekena dinner sampai padat usus aku. Lepastu kitaorang melepak kat opis dia untuk mendengar mandat-mandat terbaru sebelum pemergian dia ke Kuantan khamis ni. Tahun 2005 ni memang banyak perubahan drastik berlaku.



:: Hospital

Semalam aku gi hospital untuk pemeriksaan rutin. Aku duduk sebelah pakcik ni,

"Sakit perut, sakit kepala, pakcik ni dah macam-macam penyakit dah"

"Saya ni pakcik, sama lah. Kena gi cek selalu"

"Ye lah kita ni orang-orang tua, kita jaga je lah kesihatan kita. Teruskan je la hidup. Pasal hidup mati tu, itu urusan Allah yekk?"

"Apa kita?!"



:: Sarapova win over Venus

Tapi bukan fight apa, main-main je.



:: Apa Apa Aje

Masa memula iklan rancangan ni ari tu, aku saspen gile nengok sapalah yang jadi host dia. Sebab time tu dia tunjuk kaki je. Aku ingat mesti pengacara baru yang muda dan seksi.

Sekarang aku dapat tau pengacara dia adalah gandingan antara Shiela Rusli ngan Azlee (Senario).

Episod ari ni cerita pasal period pompuan. Mak aku sound,

"Ni cerita period-period ni untuk pompuan je. Awak sibuk nengok apahal?"

"Mak... ni Shiela Rusli ni. Kene tengok!"

Shiela Rusli memang champion. Dia adalah antara artis-artis tempatan yang aku respek. Mungkin sebab ini kali pertama mereka bergandingan, chemistry antara diaorang tak berapa jadi lagi. Aku maafkan.

Shiela Rusli, we give love to you!



:: Bola

Semalam aku tak nengok bola ni kat tv. Sebaliknya aku dengar kat radio je sebab terpaksa merempit ke Kechau 8 atas urusan. Surakhabar cakap Indonesia menang 4-1. Apa dah jadi ni? Kat Indonesia kemain tunjuk belang. Sampai kampung sendiri apa cerita beb?

Berita Harian



:: Bored?

Bacalah e-novel (?)!

Nyanyian Tanjung Sepi

Sesuci Cinta

No comments:

Post a Comment