Thursday, January 13, 2005

:: Signboard baru

Sebelum ni, opis kitaorang kat bentong banyak mengundang persepsi buruk di kalangan penduduk setempat. Antara syak wasangka diaorang, kedai kitaorang tu adalah:

-Tempat proses dadah

-Stor barang seludup

-Production house untuk video lucah dan gambar bogel

-Kilang ubat batuk

-Ibusawat kongsi gelap

-DiskoDut yang beroperasi secara haram



Ahad yang lalu berlaku satu peristiwa bersejarah di mana aku memberikan identiti kepada opis ni dengan meletak sebuah signboard DIY (kos: RM15) yang stylo. Skang semua orang patut tahu bahawa kitaorang bukanlah penjenayah yang buat mende tak elok kat situ. Lepas adanya signboard baru ni, ramai yang datang bertanya:

"Ada kerja kosong tak?" - Paling popular

"Jamming sejam berapa?" - Tak relevan sebab kitaorang bukan studio jamming

"Ni studio ambik gambar kahwin ke?"

"Studio perfileman ke bang? Ada audition pelakon baru?"

"Artis mana yang rakam album ngan korang ni?"



FYI

Kami menjalankan aktiviti silkscreen printing. Mencetak t-shirt dan kain rentang (banner). Bukan jual dadah, bukan discoDut.

Nama syarikat kitaorang adalah OXYGEN PRINTING SOLUTIONS. Dan nama OXYGEN STUDIO adalah jenama bagi produk kami. Hoh!



Video Padi - Kasih Tak Sampai - sapa ada? kontek aku ekk..

No comments:

Post a Comment