Friday, June 17, 2005

Kumprinx's Favourite Fruit

Petang tadi aku merempit ngan abang aku ke kampung halaman aku. Sebab dengar cerita buah kegemaran aku skang ni tengah berbuah. Dah 2-3 hari jugak aku planning nak balik kampung ni. Tapi takde masa. Baru sekarang ni boleh pegi. Lepas pekena neskepe o' ngan member aku, tarus je aku pegi. Perjalanan mengambil masa (hek ele..) 20 minit. Dalam keta tu aku entah mengapa rasa loya-loya sakit kepala. Nak kata aku hamil tak jugak. Bila sampai kat kampung terus aku nampak buah ni. Ada yang rendang dan boleh petik gitu je. Tapi malangnya tak berapa masak lagi. Baru fasa ke-2. Buah ni ada 3 fasa kita kena ambik. First sekali masa dia mula-mula berbuah. Pastu masa separa masak. Dan grand finale dia masa dia dah betul-betul masak. Dan paling champion, buah ni hanya berbuah 3 tahun sekali je. Jadi tak boleh lepaskan peluang ini.

Begini ceritanya..
Kira-kira 60 tahun yang lalu kat kampung aku ni ada seorang pendekar ni. Dia ni terrer. Gagah perkasa. Steady pulak tu, tak kerek. Tapi kalau ada orang cari pasal ngan dia, buruk padahnya. Ada penah sekali sorang tok guru ni datang dari utara nak celen ngan dia. Bila tok guru tu sampai depan umah dia terus maki-maki. Cabar dia kata dia tu tak seterrer mana. Pastu pendekar ni dengan stylonya pegang pokok kepala yang menjulang tinggi ni. Pastu sebelah tangan je dia cabut batang kelapa tu. Tok guru ni lepas nengok tu terus kena sawan. Berbuih-buih mulut sebab kagum sangat. Mungkin power dia tak sampai tahap tu. Ataupun power dia setakat baring pastu gelek ngan motor je.
Nak dijadikan cerita, masa tu Jepun datang kampung. Cari pemuda-pemuda yang gagah perkasa nak suh buat jambatan ketapi maut kat Thailand. Jepun dengar cerita pendekar ni kuat. Boleh angkat 3 guni pasir sekaligus. Pastu Jepun pun datang la umah dia. Try nak paksa dia kerja kat Thailand sana. Masa tu pendekar ni tengah makan nasik kat umah. Bila dia dengar Jepun panggil-panggil dia jadi hangin. Pastu dapat tau Jepun ni panggil dia sebab nak suh kerja buat jambatan ketapi dia jadi lagi hangin. Sebab dia tak minat buat kerja construction ni. Dia lebih cenderung kepada kerja-kerja kampung seperti menanam ubi kentang dan menternak kambing. Pastu Jepun ni tadi maki-maki kat dia. Memula pendekar ni tadi rilek je, bila Jepun tu siap kutuk dia sekali, dia menjadi lebih hangin. Sekali dia keluar parang terus cantas kepala Jepun ni. Melambung kepala dia. Pastu badan dia yang tinggal ni masih maintain berdiri. Darah sembur-sembur keluar. Dengan stylonya pendekar ni tadi masuk balik umah dan sambung makan nasik.
Pendekar terus lupakan peristiwa ni. Selang 2-3 hari kemudian, mayat Jepun yang takde kepala yang masih berdiri ni jadi busuk. Ngam-ngam pulak kat laman umah dia. "Tak boleh jadi ni..", getus hati pendekar. Terus dia seret mayat jepun tu dan tanam kat tepi jalan.
Maka tepat kat tempat dia tanam mayat Jepun takde kepala tu. Tumbuhlah sepohon kundang yang hidup subur hingga ke hari ni. Kemanisan buah kundang ni adalah sangat premium dek penangan baja mayat Jepun.
Demikian adanya sejarah pohon kundang kat kampung aku ni.

Masa nak ambik kundang ni tadi, aku terpaksa bersabung nyawa panjat pokok dia. Tak guna betul, buah dia kat hujung-hujung dahan. Tetiba aku jadi gayat. Tapi memikirkan nikmat tak terperi pekena kundang ni, aku tibai je semacam.

Tadi aku ada cerita 3 fasa buah dia kan. Ok sekarang aku cerita satu persatu.
Fasa Pertama-Baru nak berbuah
Time ni hanya yang hati kering je boleh makan. Keseluruhan buah dia jadi rangup. Bijik dia tak mengeras lagi dan warna purple. Memula persiapkan bahan untuk 'colek' dia dulu. Ambik kicap masin (Tamin), tambah gula secukup rasa, secubit garam, beberapa titis cuka buatan (cuka buatan tau, jangan cuka getah-nak mati ke?) dan untuk kick yang lebih power masukkan beberapa ulas cili kecik. Kundang muda boleh dipotong terus (belah dua) sebab bijik dia lembik lagi. Bila dah potong dua, cungkil keluar bijik dia yang purple tu. Pastu colek ngan colek yang kita buat tadi. Pastikan dengan colek-kan anda tadi anda kaut sekali gula yang tak hancur secukup rasa. Pastu cepat-cepat masuk dalam mulut sebab nanti takut dia meleleh jatuh. Time ni pejam mata kuat-kuat sebab ke-masam-an dia adalah sangat ekstrim. Cuma dia akan di-neutral-kan oleh manis gula, masin garam dan lada kecik tadi tak membantu peneutralan dia sebab tugas dia adalah untuk tambah kick je. Jangan tunggu lama. Terus kunyah cepat-cepat dan biarkan rasa dia merebak ke seluruh mulut. Anda akan dapat rasakan rembesan hormon adrenalin dalam badan anda. Sebab tu aku cakap fasa pertama ni hanya untuk yang hati kering je. Lagi hardcore, kepat-kepat dulu sebelum telan. Biasanya time ni badan aku menggeletar kena penangan kenikmatan yang sangat jitu.

Fasa kedua-Baru nak masak
Baru nak masak ni boleh dimakan sama dengan teknik fasa pertama tadi. Pakai teknik untuk fasa 3 pun boleh. Best of both world la..

Fasa ketiga-Masak sepenuhnya
Kundang yang masak akan berwarna kuning ke-oren-orenan. Lagi oren lagi power. Kali ni intensiti kemasam-an dia ditambah pulak dengan rasa manis yang sangat eksotik. Kundang masak akan bulat seperti belon dan telus cahaya. Yang ni senang je. Masuk separuh kundang dalam mulut, pastu gigit. Bila gigit dia akan mengeluarkan bunyi 'pop' yang menunjukkan kundang ni sangat masak dan sihat. Bila dia 'pop' je korang akan rasakan lagi rembesan adrenalin dalam badan korang. Terus gigit keluar sebahagian daripada kulit dia. Ada sesetangah orang suka makan kulit dia sekali. Tapi berpotensi untuk sakit tekak sebab dia ada getah (sikit je) kat kulit dia.

Yang aku ambik kat kampung aku ni kundang fasa kedua. Pastu dalam 2 minggu lagi aku akan follow up untuk fasa ketiga pulak. Ada sapa-sapa nak follow? Tapi kena ada skill panjat pokok. Kalau boleh muka iras-iras monyet sebab skill memanjat kena tinggi. Boleh tahan banyaknya kundang aku bawak balik tadi. Dan sampai skang ni aku tak berhenti lagi makan. Sakit perut/cirit-birit tu lain cerita. Yang penting, kat depan mata skang ni kita enjoy je.

Oh ye, pasal baja mayat jepun tu aku reka je.

3 comments:

  1. waa... meleleh air liur..
    aida pun ada pokok kundang manis sgt..kalo fasa pertama tu kami adik bradik bule mkn dgn selambe jer.. but now pokok tu dah mati..yg pokok baka pulak buah nyer sedikit masam... tu yg dok cari mana tau ada petua/cara utk maniskan buah dier balik...

    ReplyDelete
  2. saya sajes apply teknik baja mayat tu..
    hehe..

    ReplyDelete
  3. dah guna bermcm2 mayat pun.. tikus,katak,ular,lipan semer ada... tp mayat org tu tak terlintas laie nak guna... takut tak saper yg brani nak petik buah kundang to esokk-esokk.

    ReplyDelete