Sunday, December 25, 2005

The Day God Lifted A Finger (and Hapdet Terkini!)

Asian Tsunami 2004

The Day God Lifted A Finger
Setahun nan lalu satu bencana yang sangat besar melanda area kita ni. Hari tu aku nengok utusan.com.my "Wahh ada tsunami ngan gempa bumi kat Malaysia", bisik hatiku. Namun aku tak sedar langsung betapa besarnya kesan kemusnahan bencana ni kat negara lain. TV pun tak nengok, asik ngadap komputer je. Lalu aku mengepost blog pasal tsunami ni. Post pun main-main je. Sampaila malamnya aku nengok berita. Pehh.. ramai gile orang mati rupanya. Barulah aku tau kedahsyatan tsunami ni. Ahli-ahli sains, cerdik-pandai, pakar geologi semua cerita macam-macam pasal tsunami ni.Gempa bumi la, arus pusaran la, geografi la. Bagi aku, there's only one explanation for all this, God lifted a finger. (Tuhan baru cuit sikit je). Jadi kita kena la selalu beringat akan kebesaran Tuhan, jangan selalu hanyut dibuai duniawi. Jangan sudah terhantuk baru mengadah. Waima demikian aku ucapkan takziah kepada semua mangsa tsunami tahun lepas.

Sesungguhnya Ku Sangat Sakit Kepala
Walaupun template baru nanti aku buat dari scratch, tapi dia masih lagi nampak macam template pre-made yang dah sedia ada dalam Blogger ni. Bagi aku, yang selama ni main taktik kotor pakai TABLE, DIV, DHTML, ngan Javascript, skang ni, CSS amat sukar bagi aku. Sebab baru sekarang ni aku nak explore possibilities dia. Besar potensi dia. Tapi pepehal aku kena stadi dulu. Entah jadi entah tidak ni kang. Pelancaran kmxnine untuk tahun baru ni terpaksa ditangguhkan. Lambat sikit la baru jadi. Nak kena baca dulu semua artikel tu. Nak kena buat beratus-ratus percubaan. Ele.. orang buat lampu tu rilek je. Ku harap selepas kmxnine ni nanti aku dah pandai dan mampu buat template macam template pre-made Blogger tu dengan seorang diri. Ya, template yang dah pre-made tu memang dah cukup baik. Tak perlu lagi nak sakit-sakit kepala pegi ejas, namun demikian bukankan ini Pyrokumprinx Advanced Media?

The Last Of Kepak Ayam Madu
Isnin nan lalu aku tetiba kepingin sangat nak pekena kepak ayam ni. Dapat jugak merasa dua bijik. Petang tadi aku mendapat berita yang sangat mengejutkan iaitu pengusaha kepak ayam ni akan berpindah ke Kolumpo 2-3 hari lagi. Hari yang aku pekena tu adalah hari last dia berniaga. Nasib baik aku..

Karan Yang Bakar Line
Skang ni kat Kuala Lipis selalu takde api.(bukan api memasak atau api lighter, tapi karan. Elektrik) Biasanya selepas takde api tu, pengguna akan dapat api yang minima. Iaitu api yang tak cukup power nak nyala satu rumah. Takde api pulak selalu berlaku dan sekejap-sekejap. Kalau lepak kat umah baring-baring takde hal langsung perkara sebegini berlaku, namun kalau tengah menghadap kompiter pastu tetiba takde karan cukup membuatkan aku menjadi hangin. Dah la begitu, kalau takde api keadaan dalam kedai aku ni akan menjadi gelap gelita yang sangat ekstrim sampai hantu jembalang semua berkumpul kat sini. Namun demikian pihak yang bertanggungjawap (TNB) kini dilihat sedang mengorek-ngorek tanah kat tepi-tepi jalan. Pengorekkan tersebut juga telah mengganggu lalulintas dan kadangkala takde orang jaga trafik sampai aku nyaris eksiden petang tadi. Walaupun aku tahu pihak TNB sedang bertungkus lumus membaiki kualiti 'konsistensi' api (karan) kat Lipis ni, namun ketiadaan karan secara tiba-tiba memang bakar line bagi aku.

Header Galore Is Ready To Rock!
Setelah beberapa request, kini Header Galore sudahpun bersedia untuk dilancarkan. Tapi aku ingat nak launch masa kmxnine tu nanti. FYI Header Galore adalah koleksi header yang aku pernah guna untuk blog ni. Header adalah satu konsep yang aku gunakan supaya senang ank nak ejas 'mood' keseluruhan blog ni dengan mudah. Untuk header jugak aku menggunakan gambar-gambar terbaik yang aku cilok, songlap dan rembat dalam internet. Jadi header galore adalah satu koleksi terbaik antara terbaik yang tak mungkin korang lepaskan!


Some Standard Feature Disabled
Skang ni aku dah buang beberapa perkara kat blog ni untuk memudahkan kerja-kerja upgrade. You might notice this already.

2 comments:

  1. alone aka sayapdewa \m/January 2, 2006 at 7:34 PM

    hepi tahun baru kepada ko..memang orang nampak macam templete free jer.. tapi tuan punya blog ada sedikit sebanyak kembang hidung pasal boleh memecah kepala buat script.. daripada pandangan mata separa propesional dalam graphic dan reka letak nie.. bila ko gabung kan itan dan putih secara jelas kita akan nampak yg putih tu lebih menonjol.. sedikit sebanyak akan menrosakkan design kita.. kaler tak boleh main sgt kat situ.. jadi ko kena tengok balik banner ko tu.. boleh aku masuk kaler putih tu buat semacam tak pro' lak ko punya blog nie.. sedangkan aku tahu ko sgt terer.

    sekadar memberikan pandangan.. yapi aku tak berjaya pun kalau ko suruh buat macam nie .. cakap boleh laa suruh buat mampus tak reti

    ReplyDelete
  2. ye memang skang ni template ni aku dah tak bicara nak ejas dah. aku tepek je mende patut skang ni. bab color scheme tu memang dari dulu lagi 'pain in the a**' bagi aku. namun begitu skang ni template utk kmxnine tu aku tak dapat idea lagi macamana. buat masa skang ni aku tengah test-test service baru nak nengok macamana aku boleh implement dalam kmxnine tu nanti. cerita banyak gitu-gini, tapi hasilnya nanti sure hampeh. tapi aku berusaha buat yang terbaik. lambat lagi la baru nak launch ni agaknya. pepehal aku memang anticipate komen2 dan idea yang berguna.
    thanks bro!

    ????

    ReplyDelete