Tuesday, November 23, 2004

:: Naik Bas:Special Report

Entah macamana aku boleh naik bas pulak hari ni. Aku nak balik ke Lipis dari Bentong. <sarkastik>Pedal pulak beria-ia nak hantar aku balik, tapi aku menolak dengan sopan</sarkastik>. Bukan tak penah naik bas, tapi dah lama dah aku tak naik bas 'sangkut' macam ni. Selalu naik bas ekspress je. Karier naik bas sangkut aku dah berakhir sedari tahun 1996 ari tu dah. Tapi kalau bas kat KL tu lain la. Aku selalu naik suka-suka sebab ramai gadis2 dan amoi2 yang pergi/balik keje. Tapi itu lain.

Tapi hari ni aku terpaksa naik bas sangkut ni balik. Dari bentong aku naik bas Central. Lepas tu tukar bas kat Raub. Perjalanan dari Raub ke Lipis mengambil masa sejam lebih.

Apa aku boleh cakap, trip aku hari ni memang seronok!



Peristiwa Highlight Naik Bas

-Bas ni popular di kalangan penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jalan antara Lipis-Raub.

-Bas takde 'ekon' (air conditioning - ele... omputih sangat konon!). Kena bukak tingkap untuk rasa angin. Debu banyak!

-Semua yang naik bas ni makcik2 ngan pakcik2 yang baru balik dari pasar. Gadis-gadis baru abih peksa pun banyak jugak.

-Seronok dengar diaorang berborak. Pasal mende-mende yang jenis 'Simple Life' je. Pasal kambing kena langgar lori. Pegi memburu dalam hutan. Bercucuk tanam. Takde pun nak bincang pasal DRB Hicom ke, Sami Belu ke. Semuanya simple.

-Bebudak nakal bawak umur duduk kat belakang isap rokok. Taktiknya adalah asap rokok tak pegi ke depan. Licik!

-Gadis2 naik bas bawak Slurpe yang beli kat Raub tadi. (Ya, Raub ada 7 Eleven).

-Ada makcik duduk sebelah aku offer kopok yang dia makan. Aku tengok kopok tu selebet je sebab dah campur kuah. Tapi aku ambik jugak jaga hati.

-Korang boleh benti kat mana-mana yang korang nak. Cuma tekan loceng. Tapi ingat, 'Push Once'! Kalau tekan banyak-banyak kali, besar kemungkinan drebar bas tu akan hangin dan berhentikan korang jauh daripada sasaran. Paling sadis tak berhenti langsung.

-Bebudak kecik suka kuar kepala dan berpotensi kena sapu ngan lori balak -putus kepala!

-Penumpang semua saling bertanya amende yang diaorang beli kat Raub.

"Beli mende tu?"

"Ni la beli ayam buat makan tengahari kang"

"wooh.. demeh hari-hari makan ayam yekk?!"

"Goner pulok, bebudak kalau tak lauk ayam tak nak makan la demeh. Haha ha"

"Heheha he"

Walaupun aku rasa tak lawak langsung, tapi aku pun layan ketawa jugak untuk bagi nampak happening.

-Bas bergerak dengan kelajuan konsisten 80-100km/j menyusuri selekoh-selekoh merbahaya dan cenuram gaung yang berbahaya (bas sangkut masih ikut jalan lama). Terhuyung-hayang. Tapi penumpang semua buat rilek je. Dah biasa kot? Aku je yang paranoid tak tentu hala.

-Bunyi enjin dia kuat gile. Awek yang duduk sebelah aku tu (makcik kopok dah turun kat Tersan) segar je sepanjang perjalanan sebab bunyi bising tu. Sia-sia aku memperkukuhkan kuda-kuda bahu aku demi untuk menyambut 'lentokan' awek tu nanti in-case dia tertidur.

-Takde duit kecik nak masuk kat dalam 'mesin tiket karan' boleh rilek dulu dan ambik duit kecik masa nak turun nanti.



Best oo.. Nanti aku akan pastikan aku merepeat aktiviti ni. Tapi selepas aku naik ketapi dulu.

No comments:

Post a Comment