Wednesday, November 3, 2004

:: hampir tewas

Image Hosted by ImageShack.us

teringat ayam percik yang nampak basah dengan kuah dia yang meleleh-leleh di bucu ayam. dan kelihatan spot hitam terlebih bakar (kerak) yang semestinya rangup dan terasa sedikit pahit, tapi dimansuhkan oleh kemanisan santan sebagai kuah. daging ayam dia lembut dan putih menarik aku untuk makan.



teringat dadih anika perisa. Dengan tekstur yang lembut dan hancur apabila di tekan dengan lidah ke arah langit-langit. tak perlu mengunyah. hanya nikmati kemanisan dan telan.



teringat karipap pedas yang berkilat-kilat dan merah menyala. rasanya sedikit pedas dan manis, agak rangup untuk dikunyah.



teringat ayam goreng yang rangup dan panas. apabila digigit, bahagian yang tinggal akan mengeluarkan asap panas dan minyak ayam tu akan mengalir di tangan. biasanya ayam goreng di bazaar ramadhan adalah ayam segar yang baru disembelih.



teringat mini murtabak yang hanya rangup ketika panas. salutan tepung yang nipis di sekelilingnya menyaluti ini kentang dan ayam. ia tidak berapa pedas tetapi cukup sedap untuk pekena sampai 4 keping sekali jalan.



teringat udang masak merah yang merah menyala ibarat api. kulit udang akan dibuka dengan teliti sehingga sepenuh isinya dapat dinikmati. kepedasannya yang stay lama dalam mulut pastinya meningkatkan nikmat menghisap rokok selepas makan.



teringat awek yang jual lauk pauk kat pasar ramadhan yang tak lokek ngan senyuman.



teringat sup 'Akmal Gearbox" yang kelihatan simple, tetapi penuh dengan aneka rasa yang unik. bila menghirup sup sambil mengunyah daging yang agak liat mata pasti akan tertutup kenikmatan.



ia memerlukan keazaman yang sangat tinggi untuk stay berpuasa lepas berfikir pasal perkara yang telah disebut di atas. hari ni aku ambik keputusan untuk balik ke umah dan tido sampai tiba waktu berbuka puasa. Semoga Tuhan rahmati semua umat Islam yang berpuasa pada hari ni.



(gambar di songlap dari http://www.sharizal.net/)

No comments:

Post a Comment