Monday, December 20, 2004

:: Membuat kad pengenalan baru

Hari ni aku tak menjalankan 'Berlari Untuk Ketenangan' sebab aku ada agenda lain yang lebih penting. Nak pegi buat IC baru mesti kena smart tahap nak pegi interview punya sebab gambar yang kat dalam IC tu akan menjadi identiti kita buat satu tempoh masa yang panjang.

Aku tau agak terlewat untuk aku menunaikan tanggungjawap ni, sebab dah lama dah orang suh buat MyCard ni. Maklumlah, aku terlalu sibuk membuang masa.

Pepagi aku dah bersiap dan mengenakan pakaian formal yang jarang-jarang sekali aku pakai. Rasa macam nak pegi interview pulak. Bila dah siap wangi-wangi, aku terus menuju ke Jabatan Pendaftaran dengan penuh bersemangat.

Bila keta aku lalu je depan Jabatan Pendaftaran tu...



"Orang ramai tak ingat. Melimpah-limpah. Ada yang tersepit kat dinding, makcik-makcik 'mintak nyawa' kena himpit. Kanak-kanak menangis. Ada yang menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas kipas, atas meja. Ada yang kena pijak. Awek-awek menjerit merayu pertolongan dari aku. Ada yang masuk dalam tu hajat nak jalan-jalan je, tapi tak dapat keluar. Suasana hiruk pikuk. Hujan lebat dan langit gegak gempita laksana hendak runtuh. Cermin depan Jabatan Pendaftaran tu seolah-olah nak pecah kerana tak dapat menampung orang yang sebegitu ramai. Haiwan-haiwan ternakan semua lari bertempiaran. Pokok-pokok tercabut dari bumi dan berterbangan tanpa haluan. Pontianak dan jembalang mengilai-ngilai. Harimau mengaum kelaparan. Dah la pejabat tu kecik je. Penuh dengan darah dan keringat mereka yang berjuang untuk membuat MyKad."



"Kalau awak malas nak buat MyKad tu, cakap je. Jangan nak buat alasan. Nanti kena denda baru padan muka awak." - mak saya



:: Note

I'm off to Bentong for a few days.

No comments:

Post a Comment