Sunday, April 3, 2005

:: Road Trip : Gunting Rambut Di Rumah Jie

Sepatutnya appointment aku ngan Jie ni semalam. Tapi semalam dia ada meeting apa tah, jadi pospon ke hari ni. Memula aku kontek dia:

"Jie, aku nih, ko ada kat umah ke?"
"Ha'ah aku kat umah ni, ko nak datang ke?"
"Ha'ah. Ko stenbai la.."
"Ko nak datang pukul berapa?"
"Dalam pukul 1 gitu. 1 setengah aku sampai. Boleh la ko ready bancuh-bancuh air, goreng beehun ke.."
"Cet!"

Dah lama aku dengar orang cerita bahawa Jie ni seorang tukang gunting rambut handalan kat Kampung Gua. Semua orang gunting rambut kat dia. Jadi memandangkan rambut aku dah panjang ni, maka aku rasa ada moleknya aku try perkhidmatan dia.

Sebelum pegi tadi aku singgah kat Esso Lipis untuk mengisi minyak. "Neng, kasi isi penuh dong..", kata aku kepada akak atendan stesen minyak tu. Lalu aku merempit ke umah Mael untuk pikap dia. Sebab dia tau umah Jie ni kat mana. Aku tau jugak, tapi aku tak pasti kat mana. Kang salah rumah kang mungkin membawa kemaluan yang besar bagi diriku ini. Dalam perjalanan hujan panas pulak. Terpaksa akungan Mael singgah kat tempat tunggu bas tunggu ujan benti sambil pekena asapan rindu. (Nota:Mael tak merokok). 15 minit kemudian hujan benti, dan kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan.

Sampai kat umah Jie ni, aku ingat duduk atas tangga potong rambut. Tetiba dia kuar bawak kerusi. "Aiseh, nak potong rambut kat mana ni?", getus hatiku. Rupa-rupanya potong rambut kat bawah pokok jambu je. Nasib baik aku ada bawak baju spare. Kalau tak terpaksa la aku bukak baju. Dan kemungkinan besar awek kat sebelah umah Jie ni akan 'mengintai dari tirai kamar' untuk melihat upper body aku tanpa seurat benang pun (perkara sebegini jarang berlaku).

Masa dia potong rambut aku ni angin semakin kuat. Hari macam nak hujan lebat je. Jadi aku suh Jie ni tadi speed-up the process supaya aku tak sangkut kat mana-mana bla hujan nanti. 15 menit kendian semuanya selesai.

"Bape inggit Jie?"
"Tak perlu. Saya memberikan perkhidmatan percuma"

Walaupun aku dah saving bape inggit di situ, tapi aku tak akan lupakan jasa Jie ni, jadi aku memberikan gerenti bahawa, kalau dia datang line aku (Lipis Centerpoint), aku akan banje dia pekena neskepe o.

Memandangkan hari dah mendung sangat. Maka aku ngan Mael takde masa nak sembang lagi. Lantas kamipun merempit kembali ke ibusawat. Namun cuaca tak mengizinkan. Hujan dah start turun. Kami terpaksa singgah kat depan umah pakcik ni. Dia jual air tebu. Macam automatik je kitaorang terus order air tebu 2 gelas.

Pakcik ni duduk 2 orang je ngan bini dia. Anak-anak semua dah berjaya, dah menikah duduk kat tempat lain. Jadi pakcik ni sara hidup dia dengan jual air tebu. Kat belakang umah dia sayup mata memandang pokok tebu. Air tebu dia berharga RM0.50 segelas. Boleh melepak kat situ minum sampai padat pundi kencing. Tebu dia memang berkualiti, mungkin sebab dia tanam kat atas tanah perkuburan ataupun tebu dia ditanam kat tanah rendah. Tempat minum dia kat seberang jalan ngan umah dia. Mesin perah tebu dia kat depan umah. Jadi dia akan mesin tebu dulu, pastu melintas jalan hantar air tebu kat kastemer.

Mem-pekena air tebu yang baru sangat lagi diperah memang best. Air dia somewhat 'sparkling'. Ada buih-buih. Pulak tu dia tak campur apa-apa. Cuma air batu je. Itupun kalau orang mintak. Manis dia serupa gula. Patutla orang buat gula dari tebu. Bukan dari buah jambu ke nangka ke ataupun asam masin.

Hujan memang lebat gile masa kitaorang lepak kat kedai pakcik ni. Basah la badan aku kena tempias. Tetiba sebuah motor kaler merah menuju ke arah kami dengan kelajuan yang tak sepatutnya. Sampai kat bawah atap kedai pakcik di, dia brek emegensyi. Rumanya Usop, member Mael. Tapi aku tak kenal dia, dan inilah first time aku jumpa Usop ni. Selebat hujan, lebat lagi sembang-an Usop ni.

Dia cerita pengalaman dia 10 tahun kerja kilang. Takde kehidupan sosial langsung. Pastu bila dia benti, balik kampung, tak boleh masuk langsung ngan bebudak. Sebab minda dia jauh ketinggalan (10 tahun kerja kilang). Memula aku layan jugak dia sembang. Pastu aku tak berapa into sangat ngan topik dia, jadi aku diam je. Sebab kalau aku join jugak nanti jadi hampeh. Jadi aku dengar je la. Antara point-point yang aku ingat sepanjang sembang lebat Usop ni:
-Orang cina meniaga kotor
-Lepas sekolah elok ambik kemahiran
-Kalau pandai BI, kerja gaji besar
-Usop nak ikut jejak langkah member dia jadi kaya kerja Chef kat hotel
-Lepak kampung kena banyak main politik
-Usop banyak kaji peluang perniagaan, antaranya adalah; Jual lidi penyapu, jual keychain kat pasar malam dll
-Usop jugak berminat nak ambik aku ngan Mael kerja ngan dia meniaga kat pasar malam
-Kalau muka tak hensem tapi pandai sembang, boleh jadi kaya
-Mulakan apa-apa karier dengan menjadi seorang salesman
Jadi kesimpulan aku, perbualan ngan Usop ni takde faedahnya dan hanyalah membuang masa sambil tunggu hujan benti. Tapi hujan makin lebat, dal lagi lebat hujan, lagi sebat sembang Usop ni. Sebab tu aku lega bila hujan benti.

Bila hujan benti, Usop banje kitaorang air tebu tadi. Dan kamipun menuju ke haluan yang berbeza. Aku ngan Mael merempit untuk kembali ke tanah air. Tapi dalam perjalanan hujan balik.

Aku sampai kat umah dalam keadaan basah kuyup, rambut yang kemas, dan pundi kencing yang padat ngan air tebu yang Usop banje tadi.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment