Friday, April 29, 2005

i see you nothing long!! Part 1

Image Hosted by ImageShack.us



Pengembaraan beribu batu, makan tak hengat dunia dan migrain yang berpanjangan

Emperor's New Toy
Untuk menyapport kedatangan kembali aku ni, aku telah mempersiapkan diri aku ngan kompiter baru. Kompiter aku yag lama dulu dah maleh aku nak berpandir. Ngan spyware nye, fail korupnye, dan jugak hard disk yang ciput.
Kompiter baru yang aku gunakan skang ni lebih laju, lebih boleh dipercayai dan lebih besar ruang storan dia. Loading potosop pun laju. Padahal kompiter lama aku dulu pakai Celeron je, tapi takde masalah pun aku guna setakat edit-edit gambo ngan lagu/video.

Tak Sengaja Pakcik...
Pagi tu aku dijadualkan ke Bentong bersama-sama Pedal. Jadi aku bawak keta mak aku dulu pegi ambik Pedal kat umah dia. Pastu aku pikap Mak aku kat umah (sebab dia nak bawak balik keta) dan meneruskan rempitan ke stesen bas. Time ni tetiba aku rasa sakit perut yang serius. Rasa macam cirit gred pertama punya.
Jadi akupun 'put the pedal to the metal' merempit dengan kelajuan maksimum.
Sampai kat stesen bas orang tak berapa ramai. Jadi aku pun cari parking paling dekat sekali ngan tandas. Niat aku nak benti betul-betul kat depan tandas tu, kemudian melompat kuar dari keta.
Sekali aku nampak satu awek cun ni duduk kat tepi tu. Macam tengah tunggu bas. Jadi macam biasa aku terpesona..
"Amin pakcik kat depan tu!!", jerit Pedal dengan kuat.
"Eh pakcik tu!!", mak aku pun jerit jugak.
Skreeettt!!!!
Skang aku dah macam fobia je nak bawak keta. Aku fokus naik motor je. Pasal cerita ni pun aku dah malas nak flashback sebab aku akan dihujani dengan rasa bersalah yang tak terhingga, penuh penyesalan. Jadi aku post kat sini, supaya menjadi pedoman dan iktibar buat aku di masa akan datang.

Offline
"Eh, ngape bil Telekom ni tak sampai-sampai lagi?"
"Entah la. Mungkin diaorang sengaja nak beri kita perkhidmatan percuma kot?"
"Ha, kalau macam tu untung lah kita. Hahaha.."
"Hmmha ha hahaha!!"
Sekali line telefon kena potong, ambik ko!

Uno
Rupanya dah 4-5 hari blog aku ni mendapat No. 1 di Malaysian Top Blogs. Masa aku mula-mula tepek button dia ari tu, aku yakin, bahawa satu hari nanti aku pasti akan mencapai no.1. Skang ia telah menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua. Aku sayang korang semua. Macamana aku boleh dapat no.1? Toksah tanya. Sex sells. Lain cerita takde...

Non-stop Action
Kuala Lipis-Dong
Memula pengembaraan aku ni start kat tanah air aku sendiri, iaitu Kuala Lipis. Menjelang petang tu aku tunggu bas kat stesen bas. Bila drebar tu datang je, terus aku serbu naik bas tu padahal orang hek ele, takde la ramai sangat. Dalam bas aku tak bukak luas sangat tingkap sebab nanti angin kuat bisa mem-banchaukan rambut aku. Rasa macam nak tido, tapi seat tu tak sesuai untuk landing. Jadi aku stay up je nengok-nengok pemandangan.
Sampai kat Dong aku turun. Planningnye aku randevous ngan Pedal kat sini. Pastu pegi kat satu kedai ni buat stitching. Tapi dia haram tak sampai lagi. Jadi aku melepak je tunggu dia kat situ. Dong ni adalah pintu masuk kepada Lata Jarum. Sebuah tempat perkelahan yang popular kat area Raub ni. Tapi jauh la masuk ke dalam tu kalau nak pekena mandi. Kat dalam Dong tu jugak rumah Mona Fendi dulu yang bunuh sape tah aku dah lupa. Aku penah pegi umah dia ni. Umah dia dah hangus terbakar. Tapi seram tak hengat punya kalau jalan kat situ.
Dalam sejam kendian, Pedal datang, dan kitaorang pun meeting ngan kedai tu. Dah siap tu terus kitaorang meneruskan pengembaraan.
Dong - Raub
Dari Dong, kitaorang merempit ke Raub. Hari pun dah petang, perut pun dah ada rasa lapar sket. Jadi aku ambik keputusan ini untuk mempekena makan kat Restoran Mualaf. Kali ni kalau kedai tu tutup lagi, aku nekad nak bakar kedai tu. Namun nasib baik kedai tu bukak pulak hari ni.
Macam dah biasa makan kat kedai Cina, terus aku order 'Chak Fann'. Aku pun tak tau maksud perkataan ni, tapi yang aku tau ia adalah nasik campur. Bukan nasik campur berlauk tu, tapi nasik yang campur. Jelas terasa influence cina dalam hidangan aku tu. Dan macam biasa masakan cina tak pedas. Jadi kalau tak biasa, 'mboh meloye.
Raub-Bentong-Genting
Sampai kat opis bentong aku buat kerja sikit lebih kurang. Dah siap tu, menjelang malam kitaorang merempit ke Genting sempah untuk satu meeting. Malangnya orang yang nak jumpa tu tak sampai lagi. Kat Rawang. Jadi aku ngan rakan sekerja aku membuat satu executive decision yang kritikal, iaitu mempekena usyar awek kat Genting dulu sambil tunggu orang tu sampai. Pukul 12 malam kitaorang turun, sembang lebat lebih kurang, terus balik ke ibusawat kat bentong.
Bentong-Lipis
Keesokan harinya kitaorang kembali ke tanah air untuk rangka percutian selama 2 hari sebelum rempitan mega yang telah dirancang.
Lipis-Berchang
Dari Lipis aku merempit ke Berchang untuk jumpa supplier. Dia ni slow banget buat kerja. Nak marah kang, dia beso lagi dari aku. Kang sia-sia je aku kena hentak ngan dia. Hari terakhir sebelum Rempitan Mega ni aku melepak kat umah je kemas-kemas beg. Jumpa member aku, dia setuju nak follow Rempitan mega kitaorang tu. Lagi ramai lagi meriah ekk?
Lipis-Bentong
Pagi sebelum Rempitan Mega tu aku membuat beberapa Rempitan runcit iaitu ke bank, jumpa orang tu, jumpa orang ni. Menjelang tengahari jugak kami memulakan perjalanan. Sampai kat opis takde mende sangat nak buat, jadi aku pekena nengok VCD. Pastu aku tido, sebab aku tak esok nak kena gerak pagi.
Bentong-Kolumpo
Pagi tu kami bergerak dengan penuh semangat ke Kolumpo. Ada 4 meeting yang telah dijadualkan. Dah la hujan lebat. Jem pulak tu. Aku teringat balik sebab utama aku pindah balik ke Lipis. Sebab Kolumpo ni huru-hara sangat bagi aku.
Kolumpo-Bentong
Memandangkan tak sempat nak rempit terus ke Kuantan sebab hari dah malam, badan pun dah rentung keletihan. Maka kami mengambil keputusan untuk balik ke ibusawat di bentong dulu. Rehat lebih kurang.
Bentong-Kuantan
Bukan sebab kitaorang bangun lewat. Tapi ntah buat apa tah yang menyebabkan kami terpaksa rushing ke Kuantan dan harus tiba sebelum pukul 4 petang. Sampai Kuantan on-time, meeting lebih kurang, hantar barang. Dan kalau dah ada kat sini, aku pasti tidak akan melepaskan peluang untuk Berlari Ke Hujung Daratan. Walaupun hari dah petang sangat, tapi aku tak sanggup melepaskan peluang ini untuk mempekena tiruk kat Teluk Cempedak.
Lepas pekena tiruk tu, kitaorang tak terus blah. Lepak kat situ lebih kurang. Bila malam ada DJ kat Pentas Seni dia. Pastu orang boleh karaoke free kalau nak. Ada yang suara best. Tak kurang jugak yang hampeh. Malam minggu macam ni memang ramai orang lepak kat sini. Aku pekena makan kat restoran apa tah kat sini.
Kuantan-Bentong
Instead of terus balik ke Kuala Lipis, kami terpaksa kembali ke ibusawat di Bentong sebab ada pertarungan maut ngan Mr.Kwat Si Tuan Tanah. Sampai bentong terus tido sebab letih sangat. Keesokan paginya kitaorang merempit ke umah Mr.Kwat Si Tuan Tanah ni. Aku cuba mempercepatkan urusan ngan dia sebab percakapan dia aku haram tak paham.
Bentong-Chamang
Dari Bentong tu tetiba Pedal bersuara "Tapi kalau kau mau, kita boleh singgah kat Chamang pekena tiruk". "Molek!", jawap aku. Kebetulan hujung minggu. Penuh ngan amoi tengah mandi-manda kat situ. Lalu aku ambik satu spot yang baik, dan berendam sambil pekena usyar amoi.
Chamang-Raub
Dari Chamang kitaorang menuju ke Raub untuk Grand Finale bagi Rempitan Mega ni. Kemuncak dia adalah singgah kat Restoran Mualaf ni pekena dinner. Projek semua dah setel. Masa untuk celebrate. Kalau makan kat sini aku sajes korang pekena ostrich sweet and sour. Memang best gile. Dia punya manis bukan manis gula yang biasa ni, tapi mende lain.
Raub-Lipis
Dari raub kami terus merempit ke Lipis. Dan terus tido. Aku tido 2 hari straight sebab letih sangat.

Fcuking Hell
Semalam aku bangun pagi. Pagi tak pagi sangat, tapi dalam pukul 8am gitu. Aku tengok kabus semacam je, jadi aku ambik keputusan untuk keluar dan melancarkan 'Berlari Untuk Ketenangan'. Kali ni aku gandakan route aku sebab dah agak lama tak pekena lari ni. Lepas lari tu aku balik umah. Mandi lebih kurang. Lepas tu aku tertido balik. Malam semalamnya aku tak makan sebab lupa nak makan. Seronok sangat melepak. Jadi bila aku bangun dari slumber aku tu, perut aku rasa macam lapar sangat. Lapar tahap fcuking hell punya. Dah la pagi tadi berlari. Semalam tak makan pulak. Kandungan tenaga kat dalam badan aku berada di tahap minima. Kat umah apa makanan pun takde. Gas pun dah habih. Kalu tak boleh jugak goreng-goreng ikan masin. Tapi nasik nak cekau mana? Dah la aku tak reti masak nasik ni.
Jadi aku tau kalau aku adu kat orang pun diaorang akan cakap "Lapar makan la..", maka aku terus menuju ke bawah ingat nak beli nasik. Dalam lift aku teringat, duit aku hanya ada RM1.55 je dalam poket ni. Aku menjadi panik. Terlintas di fikiran, aku akan ditemui dalam keadaan kurus kering oleh janitor Centerpoint ni. Pastu bila CSI siasat, diaorang cakap aku mati sebab lapar.
Time ni kaki aku dah ketar-ketar sebab lapar sangat. Nak jalan pun tak mampu. Tapi sebab lapar sangat, aku terpaksa menapak ke bank. Kawasaki turbo aku kat umah Pezal, tengah servis. Keta entah mak aku bawak pegi mana tah. Nasib baik ada jejantas. Ku gagahi jua menapak ke bank. Padahal takde la jauh sangat. Tapi rasa macam jauh sebab takde tenaga. Sampai bank aku dengan semangat waja cucuk kad. Tapi naik menyirap darah aku bila dapat tau yang baki kat dalam bank aku tu ada RM7.31 je. Nak kuar RM 10 pun tak lepas. "Mesti diaorang tak clear lagi cek yang aku masuk semalam", getus hatiku.
Berazam untuk tak nak mati kelaparan, aku ambik keputusan nekad. Aku tipon Daddy aku kat Kuantan. Dan dengan suara yang selenge, "Tolong transfer RM5 masuk bank, nak kuar RM10.." Lebih kurang 5 minit kendian aku dapat SMS dari Daddy aku mengatakan duit dah masuk. Sekali lagi aku berbaris kat ATM tu, dah la panas. Orang ramai pulak. Semua tengah kuar duit gaji masing-masing. Akhirnya dapat jugak aku kuar RM10. Aku ingat nak pegi kat kedai Din Corner kat sebelah KFC tu nak pekena nasik goreng dia. Tapi sebab jauh (tak jauh sebenarnya) dan aku tak larat sangat dah nak menapak ni. Jadi aku ambik keputusan nekat tapau nasik kat Kompleks Alamanda (cawangan Lipis beb...) yang berdekatan ngan Maybank ni.
Bukan sebab aku sengaja nak beli nasik kat kedai Tini tu, tapi sebab aku tak larat dah nak menapak jauh. Nampak aku je dia terus tanya, "Ngape engko nampak sedih je ni Amin?". Memula aku ingat nak jawap ngan nada bengis, tapi sebab dia ni cute jadi aku jawap stail lembut dan mengada-ngada, "Sebab aku lapar tahap fcuking hell ni! Lain cerita takde, nasik goreng paprik ngan neskepe 'o satu dengan segera!!". Kemudian Tini yang cute tu sendiri tanya, "Kat bawah umah ko takde orang jual nasik?". "Oh, saya ke bank dulu tadi", jawap aku kepada Tini dengan nada kontrol-kontrol jambu.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment